Mar 27, 2008

Penulis Kaki Novel di Pesta Buku 2008


Mar 21, 2008

Jadual Bertugas Penulis di Pesta Buku 2008

Penulis Jemari Seni :- Booth 3029

(sila lawat Jemari Seni untuk lebih jelas)


##%%&&%%##


Penulis Pustaka Nasional/Islamiyah (Gombak) :- Booth


Penulis Dedaun Hijau Di Angin Lalu & yang terbaru beliau Selembut Sutera Sekeras Waja iaitu Manaf Hamzah akan menemui anda pada 12 April 2008 jam 2 petang. (mengikut kata penulis ini sendiri, sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa).



Note:

Saya nak cuba dapatkan senarai penulis-penulis yang akan berada di Pesta Buku nanti... seperti penulis Kaki Novel, Alaf, Creative, PTS dsb... tapi saya tidak mempunyai sumber yang membolehkan saya dapatkan data tersebut *muka sedih*. Insyallah bila saya dah dapatkan maklumat tersebut akan di tampalkan di sini untuk panduan kawan2 semua... atau jika ada sesiapa yang ada... boleh juga emailkan pada saya untuk saya tampalkan disini.


~wan~

Mar 18, 2008

Andrea Hirata di Book Fair

Salam bahagia buat semua Geng UB yang dikasihi....

Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati.

Jid ingin maklumkan 1 berita gembira buat peminat Andrea Hirata (**wink** to kak Anim). Beliau akan berada di Malaysia pada Pesta Buku Antarabangsa Malaysia nanti. Berikut adalah details berkaitan program beliau:

Program: Bedah Buku
Tarikh: 12/04/2008 (sabtu)
Jam: 2.00pm-3.00pm
Tempat: Bilik Seminar Kedah/Johor


Jemputan khas buat UB akan dikirimkan melalui emel sedikit masa lagi. UB akan berpeluang beramah mesra dengan beliau secara lebih dekat. Dan Kak Wabbit boleh bersedia dengan camera canggihnya. (",).

Di attachkan wajah terkini Andrea Hirata dan buku-bukunya yang sudah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.

Mar 17, 2008

The Rain da story..

Salam semua,



Acara: Pelancaran Novel Persis Sebutir Pasir & Garis-Garis Dejavu
Lokasi: The Rain ~ Bandar Baru Bangi

Tema Acara: Bebas & Santai
Tarikh Berlangsung : 15 Mac 2008
Masa yang diambil : 3 - 6 Petang

**~**~**~**~**

Ya, sebagaimana yang telah dijanjikan sebelum ini, majlis pelancaran novel terbaru terbitan Jemari Seni yang ke 10 & 11 ini telah berlangsung pada hari sabtu 15 Mac 2008. Kali ini novel hasil karya sulung ManjLara iaitu Persis Sebutir Pasir dan buah tangan ke-4 John Norafizan dan pertama bersama Jemari Seni iaitu Garis-Garis Dejavu akan mengambil tempat.

Saya agak terkilan kerana tiba sedikit lewat dari masa yang dijanjikan (sedikit saja tau.!) tatkala para jemputan telah mengambil tempat masing-masing. Terkilan juga rasa hati apabila tidak sempat untuk bersama-sama menyambut kedatangan para tetamu... ops, bukankah tugasku hanya sebagai jurukamera yang tak bertauliah..??? hehehe. Walaubagaimanapun saya pasti setiap tetamu yang hadir lebih awal dari saya punyai rasa teruja untuk sama-sama memeriahkan majlis sebagaimana yang saya alami kala itu.

Majlis dimulakan dengan alu-aluan oleh pengacara majlis hari itu iaitu Cik Ahada - yang menjadi bidan terjun saya agak... kerana sepatutnya tugas itu disandang oleh kak Anim yang diserang demam dan hilang suara- walaubagaimanapun syabas buat adik kita ni kerana berjaya melaksanakan tugas yang diberi dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Harris dan sekaligus merasmikan majlis 'soft launch' kita pada petang itu.

Usai bacaan doa di 'amin' kan oleh para jemputan yang hadir, tetamu dijemput untuk menjamu selera dengan juadah istimewa yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Jemari Seni. Sementara tetamu menjamu selera, majlis diteruskan dengan pengacara majlis menjemput penulis Garis-Garis Dejavu iaitu sdr John Norafizan untuk memberi sepatah dua kata... diikuti dengan acara kupasan novel Garis-Garis DejaVu oleh Putri Nur Iman dan Persis Sebutir Pasir oleh Pn Noor Suraya.

Usai upacara 'bercakap', bermula pula upacara menandatangani buku. Ya... saya jadi orang pertama yang minta buku saya ditandatangani oleh kedua-dua penulis berbakat besar ini. Memandangkan kali ini tempat yang lebih luas dengan suasana yang lebih santai, saya seakan tidak mampu untuk berkenalan dan beramah mesra dengan semua jemputan yang hadir. Ampunkan saya andai ada tetamu yang tidak sempat saya ber'hai' - 'hai' cuma sekadar melemparkan senyuman yang sungguh ikhlas dari hati saya.

Sedang saya leka bersembang, upacara 'lucky draw' telah berjaya menarik perhatian saya. Untuk acara ini kedua-dua penulis JS diberi penghormatan untuk mencabut nombor yang bertuah pada hari itu... dan yang paling tidak tersangka-sangka... no saya, no#1 (hehehe hari itu no. cabutan saya ialah no#1 sama dengan nama saya, wan=one... agaknya sebab itu bertuah... ahaks) telah dicabut oleh John.... horayy!! seronoknya rasa hati kerana saya jarang bertuah.!!

Oh ya, bulan Mac ini salah seorang 'ahli keluarga' JS menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-? pihak penganjur merasakan apasalahnya jika sambutan ulangtahun Anis disambut sama... maka jadilah 'surprise party' untuk Anis pada hari itu. Untuk Anis, "Selamat ulangtahun kelahiran moga terus suksess dalam apa jua bidang yang diusahakan"

Sebagaimana yang kita 'sedar', apabila kita benar-benar menikmati masa gembira 'happy hour' dengan teman-teman samada yang sudah mesra mahupun baru nak berkenal mesra... waktu bergerak amat pantas. Sedar tak sedar sudah lebih 3 jam kita bersantai bersama... tiba waktu harus berundur diri... *masa yang pada saya amat-amat menyedihkan, kerana terpaksa berpisah dengan kawan2-padahal banyak lagi benda yang nak diborakkan* walaubagaimanapun saya berharap agar kita akan diberi peluang untuk kembali berkumpul 'anak beranak' di masa akan datang.

Saya bagi pihak penganjur majlis -Jemari Seni- ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat:- anda -para jemputan- yang bersama-sama menjayakan majlis The Rain ini hingga menjadi satu majlis yang pada saya sungguh indah dan tidak mungkin akan dapat saya lupakan seumur hidup saya. Harapan saya, moga anda juga punyai memori yang indah sebagaimana yang saya rasai ini.

Tak lupa juga buat Liyana & Iejay merangkap ajk pendaftaran, syud & Lia-si gadis & muffin kita, kaknOOr yang bertanggungjawab terhadap 'goodie bag' iaitu trademark bagi setiap pelancaran novel yang kita buat sehingga ke takat ini (akan datang belum dapat dijanjikan lagi). Juga buat kaknOtie, penyelaras makanan yang disajikan hari itu... Mar, Nacha & Jid yang menjadi penyambut tetamu kita, Pn MC tak jadi kita -kak anim- moga cepat sembuh & terima kasih atas 'hadiah' kemenangan ciptaan Logo UB, juga cik MC gantian kita iaitu Ahada yang telah menjalankan kerjanya dengan cemerlang, gemilang & terbilang itu. Juga si wabbit shomel yang telah kembali dengan cameranya... serta tak lupa buat Liyana & Fatahiyyah yang setia menjaga 'kaunter' buku kita. Pendek kata ucapan penghargaan ini ditujukan buat semua yang telah menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan majlis ini sehingga menjadi sebegini indah.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat John & keluarga yang sanggup 'turun padang' menempuh perjalanan yang jauh semata-mata untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis The Rain ini. Juga buat ManjLara dan 'kroni'nya hehehe yang sudi menghadirkan diri. Harapan saya agar majlis yang tidak seberapa ini memenuhi 'piawaian' yang anda harapkan... kerana INILAH dia majlis yang kami -anak-beranak- buat bagi 'menyambut' setiap 'kelahiran baru'. cumanya kali ini pada saya agak istimewa sedikit.!!

Saya juga menyusun sepuluh jari andai ada kelemahan dan ketidakpuasan hati anda terhadap layanan terutamanya dari diri saya pada hari itu, sebenarnya terselit juga perasaan ralat disudut hati, kerana saya tidak berkesempatan untuk beramah mesra dengan semua kawan-kawan yang hadir... ampunkan saya.!! harap anda tidak serik untuk berjumpa dengan saya di lain masa dan ketika nanti.


Sehingga kita berjumpa di Pesta Buku nanti...

salam sayang,
~wan~


PS: untuk gambar sekitar majlis The Rain anda boleh lawat sini ->wabbit<- atau ->syud<- atau ->wan<-

Seteguh Kasih Aina Najihah di MPH Alamanda

Salam semua,


Sebagaimana yang telah diwar-warkan dalam n3 sebelum ini, saya telah berkesempatan untuk menjenguk Dina Najat di MPH Alamanda pada petang 15 Mac 2008 yang lalu.

Saya yang dalam perjalanan ke BB Bangi kerana ada satu lagi 'acara' (akan diceritakan dalam n3 yang lain) sempat singgah walaupun sebentar cuma.

Saya tiba lebih awal dari yang dijadualkan (acara jam 2 - 4 petang) tapi saya tiba disana lebih kurang jam 1.45 petang. Saya disapa dengan senyuman manis milik si penulis yang cantik manis ini. Alhamdulillah Dina masih ingat akan diri ini.!! maklumlah jarang dapat bertentang mata bersua muka.

Di sini juga buat pertama kali saya dapat berkenalan dan beramah mesra dengan kak Udaidza yang peramah dan awet muda ini..!! seronok sungguh rasa hati... bertambah lagi kenalan maya yang menjadi sahabat saya... alhamdulillah.

Saya juga sempat jumpa dengan kak Puteri Andalas, yang datang ditemani anakandanya. Huhuhu rindu sungguh dengan kak Puteri yang baik hati ini. Kami sempat berkongsi 'rahsia' dengan kak Puteri dan bagi peminat setia kak Puteri, jangan lupa nantikan kak Puteri di TV3 jam 12.00 tengahari dalam slot WHI pada hari Khamis 27 Mac 2008. Nak tahu kak Puteri akan bercerita tentang apa..?? itu anda kena nantikannya.

Tak lupa juga khabar gembira buat peminat kak Puteri yang ternanti-nantikan buah tangan terbaru selepas Tanpamu Disisi (juga terbitan Kaki Novel), kerana kak Puteri ada 'hasilnya' sempena BF nanti. Cinta Seindah Madah adalah judulnya yang akan dilancarkan pada 5 April 2008 pada jam 12.00 tengah hari bersama Awang Vampiro novel karya sulung Nizam Zakaria. Jadi beramai-ramailah kita memeriahkan masjlis pelancaran DWI-Novel terbitan Kaki Novel ini.

Saya tidak dapat menunggu hingga acara tamat kerana saya dihambat waktu untuk Majlis di The Rain pula. Setelah mendapatkan novel Dina serta tandatangan beliau, saya terpaksa minta diri untuk beredar. Dan harapan saya semoga Seteguh Kasih Aina Najihah ini akan memenuhi selera pembaca sekelian.

Salam sayang,
~wan~

Note: tidak banyak gambar yang sempat saya rakamkan... walaubagaimanapun untuk tatapan anda... anda boleh lihat disini.

Mar 14, 2008

Lakaran Peta KLIBF untuk panduan semua

Sedar tak sedar Pesta Buku Antarabangsa 2008 akan berlangsung kurang lebih 21 hari lagi, disini wan sertakan lakaran peta (thanks to JiD... yang emailkan peta nih) untuk memberi sedikit gambaran.
Insyallah wan sedang mengusahakan untuk mendapatkan jadual penulis2 yang akan 'berumahtangga' sepanjang PB ini berlangsung. Once dah dapat... wan akan tepekkan kat sini.

Mar 11, 2008

Sekadar Renungan Bersama...

Dipetik dari sini.

Apabila Sasterawan Negara dipinggirkan...
Amin Iskandar Jan 22, 08 7:43am

12 Januari lalu Berita Harian melaporkan bahawa tiada karya Sasterawan Negara (SN) tersenarai sebagai buku teks baru Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada tahun 2010.

Selain daripada itu Pusat Perkembangan Kukurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran turut tidak menyenaraikan puisi, cerpen, novel dan drama penerima Anugerah Penulisan Sea dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta, baik bertema Islam mahupun kemerdekaan, meskipun diberi perhatian panel pemilih.

Menurut Laporan Berita Harian tersebut, alasan yang diberikan oleh PPK, Kementerian Pelajaran ialah karya-karya SN terlalu berat dan sarat dengan pemikiran, oleh kerana itu ianya sangat sukar difahami oleh pelajar. Jesteru, PPK memilih penulis popular dan teks yang mendapat sambutan bagi menarik minat pelajar dalam Komsas.

Penulis-penulis popular yang akan diangkat karya mereka untuk menjadi teks sastera oleh PPK ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid a.k.a Zaid Akhtar. Daripada tiga penulis ini, hanya karya Zaid Akhtar yang pernah memenangi hadiah sastera.

PPK juga turut tidak melantik sarjana sastera dan pengarang sebagai sebagai ahli Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas, sebaliknya melantik guru pakar bahasa Melayu dan guru pakar sastera untuk mengeluarkan senarai pendek teks untuk penilaian akhir.

Tindakan PPK ini telah mengundang bantahan daripada beberapa pihak termasuk beberapa orang SN. Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Syed Mohd Zakir Syed Othman mempersoalkan alasan yang diberikan oleh PPK bahawa sebab utama adalah karya-karya SN terlalu berat.



Mantan Sasterawan Negara

Katanya: “Soal berat atau tidak, tidak harus timbul kerana ia bergantung kepada pendekatan pengajaran oleh guru yang seharusnya kreatif. Mata pelajaran lain yang kelihatan sukar seperti sains dan matematik juga dipelajari. Kementerian perlu beri pertimbangan agar Komsas mengambil hasil sastera bermutu sebagai teks."

Prof Dr Syed Othman Syed Omar atau S Othman Kelantan yang juga merupakan seorang SN mengatakan bahawa Jawatankuasa Pemilih Buku Teks perlu pandai menilai dan tahu hasil sastera yang boleh membangunkan minda pelajar. Beliau turut kecewa karya-karya SN yang telah mendapat anugerah tertinggi sastera Negara tidak disenaraikan sebagai buku teks.

Tindakan PPK meminggirkan karya-karya SN turut melukakan hati A Samad Said yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad. Dalam satu program Acara Baca Puisi anjuran Galeri R.A pada 20 Januari yang lalu, Pak Samad menyatakan bahawa “saya sekarang mantan Sasterawan Negara” ketika memberi komen tentang tindakan PPK tidak menyenaraikan karya-karya SN tetapi mengangkat karya-karya penulis popular.

Seluruh hadirin tergamam dengan kenyataan Pak Samad. Kesedihan jelas terlihat di mata SN yang terkenal dengan karya-karya seperti Salina, Langit Petang, Sungai Mengalir Lesu, Hujan Pagi, Adik Datang, Cinta Fansuri dan banyak lagi. Pak Samad yang sering mendekatkan diri dengan anak-anak muda ini tidak mahu lagi menggunakan gelaran Sasterawan Negara. Baginya gelaran tersebut sudah tidak lagi bernilai.

Tindakan PPK tidak menyenaraikan karya-karya SN sebagai buku teks bermula 2010 dan menyenaraikan karya-karya penulis popular seperti Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Zaid Akhtar sebagai buku teks adalah penghinaan tertinggi yang pernah diberi kepada SN. Maka sebab itulah Pak Samad merasa malu untuk menggunakan lagi gelaran SN.

Apakah yang boleh dipelajari oleh pelajar Malaysia pada masa akan datang bermula 2010 daripada karya-karya seperti “Budak Rap”, “Lagenda Budak Setan” dan “Untuk Tiga Hari” tulisan Ahadiat Akashah? Karya-karya ini langsung tidak mengandungi nilai kesusasteraan Melayu. Ia juga hanyalah berkisar kepada kisah-kisah cinta remaja semasa dan kosong dengan pemikiran.

Berbeza dengan karya-karya SN yang sarat dengan pemikiran, mempunyai nilai-nilai kesusasteraan yang tinggi dan berkisar tentang zaman masing-masing. Karya-karya Shahnon Ahmad banyak berkisar mengenai kemiskinan di kampung-kampung manakala karya-karya A. Samad Said banyak menceritakan tentang kehidupan di zaman peperangan dan Usman Awang pula banyak menghasilkan karya-karya yang bersangkut paut dengan peristiwa besar yang melanda negara.



Unsur rasuah?

Tindakan terancang PPK ini, tidak mustahil jika dibiarkan, pada masa akan datang, majalah-majalah hiburan seperti Mangga, Media Hiburan dan URTV juga akan dijadikan sebagai buku teks sekolah dengan menggunakan alasan ianya mampu menarik minat pelajar. Tindakan PPK ini bercanggah Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu.

Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk menjana minda, rohani dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa, dan memupuk sikap berdaya saing kearah pembinaan insan bestari.

Apakah terdapat unsur rasuah dalam isu ini? Siapakah yang akan mendapat kontrak untuk mencetak buku-buku tulisan penulis popular yang akan dijadikan buku teks nanti? Bayangkan jika 500,000 buku yang akan dicetak, berapa banyakkah keuntungan yang akan diperolehi?

Ia harus ditolak oleh semua pihak. Jika alasan karya-karya SN terlalu berat, mengapa tidak diharamkan sahaja matapelajaran Sains dan Matematik? Bukankah pelajar-pelajar sering merungut bahawa matapelajaran Sains dan Matematik susah dan berat?

Jikalau mempelajari kesusasteraan Inggeris kita wajib belajar karya-karya Shakespeare, pada masa akan datang pelajar-pelajar kesusasteraan Melayu hanya akan kenal penulis-penulis novel remaja dan tidak lagi Usman Awang, A. Samad Said, Shahnon Ahmad, S Othman Kelantan dan ramai lagi SN.

Jika langkah PPK Kementerian Pelajaran ini tidak dihentikan, tidak mustahil satu hari nanti rakyat Malaysia akan menangisi kepupusan Kesusasteraan Melayu. Sastera Melayu akan pupus seperti pupusnya “Dinosaur” di muka bumi.



Lain-lain pautan yang berkaitan:

Nota: n3 Ini adalah sekadar petikan untuk dikongsi bersama rakan-rakan sekalian.

Mar 4, 2008

Seteguh Kasih Aina Najihah



Salam semua...

Sekadar untuk berkongsi berita gembira bersama teman-teman ulatbuku. Jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk bertentang mata dengan penulis Seteguh Kasih Aina Najihah ~ Dina Najat bersama karya terbaru beliau di MPH Alamanda pada hari Sabtu 15 Mac 2008 dari jam 2 - 5 petang.

Satu lagi berita menarik buat anda 50 pembeli pertama ini, anda akan menerima cenderahati misteri dari penulis berbakat ini.

So buat anda sekalian... jangan lepaskan peluang keemasan ini... beramai2lah kita serbu MPH Alamanda.!!

And The Winner is...

Salam semua...

Setelah berhempas pulas SPR UB mengira undi semalam, berikut adalah jumlah undi bagi setiap logo dan moto:-
logo 1 - nil
logo 2 - 1
logo 3 - nil
logo 4 - nil
logo 5 - 65
logo 6 - 2
logo 7 - 144
logo 8 - 9
logo 9 - 2

Dengan ini SPR UB mengumumkan Logo dan Moto yang mendapat undian terbanyak ialah Logo UB 7. Dan pemenang cipta logo dan moto UB d’Club ini ialah Wan (logo) dan Wabbit (moto). Tahniah!

Pada yang tak berpuas hati jangan berputus asa...cuba lagi di lain kali (ada ke lain kali? ntah)…Dan kalau ada rasa nak adjust ulat ka buku ka, kaler ka, wording ka, pakat2 lah berbincang elok2 sebab selepas ni penganjur logo tak terlibat dah. Penganjur letih dah kira undi jadi nak letak jawatan dah lah.


Gambar Logo

Mar 3, 2008

UB Logo dan Moto - Final Countdown

Salam semua…

Please stop voting. Time’s up dah! Hah tuh yang baru nak antar komen tuh... sudahhhh...undi dah tak kira dah.

Fuh! At last berjaya gak wat ‘pertandingan’ mencari logo dan moto untuk Ulat Buku d'Club. Disebabkan UB mengamalkan sistem demokrasi terpimpin lagi terkawal jadi sesiapa aje bebas mengundi. Terima kasih pada semua terutama pokcik, mokcik, adik, kakak, abang, 'artist2', 'ahli2 sukan' dan ntah sapa2 lagi... juga tak terkecuali pada ‘makhluk yg seram’ sebab turut mengundi. Pada yg mengundi ramai2 tu sapa yea? musykil sangat tengok macam2 nama dan gelaran. Harap tak de yang tersinggung. Jika ada saya bagi pihak mohon ampun dan maaf.

Sebenarnya mencari logo dan moto UB ni hanyalah untuk suka2 aje. Jadi janganlah amik serius sangat yea tentang 'pertandingan' ni. Logo dan moto yang mendapat kiraan undi yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang. Jadi saya akan umumkan siapakah pemenangnya dan juga sertakan senarai logo dan moto bersama-sama jumlah undi pada hari esok. Sebab petang ni tak dan dah nak kira sebab penganjur logo nak pi wat kempen parti tupperware pulak...hiks!

saya yang menjalankan tugas
SPR UB

selamat bercuti n mengundi...

salam semua...

mulai esok saya akan bercuti selama seminggu...jadi dikesempatan ini saya mengucapkan selamat bercuti dan selamat mengundi pada 080308 nanti (bagi yang cukup umur & berdaftar). :-)

sayang sokmo,
adhan

Ketika Cinta Bertasbih 2

Salam bahagia...

Kepada sekelian geng UB yang dikasihi...

Pagi ini AKuP rasa terpanggil untuk mengkhabarkan satu berita menarik. Ada seorang kawan baru pulang dari Islamic Bookfair di Jakarta semalam dan beliau membawa pulang buku Ketika Cinta Bertasbih 2. Kepada Ulat-ulat yang berminat, boleh dapatkan naskhah yang masih panas ini dari http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=1072

Terhad katanya. Dia bawa balik 30 naskhah aja.. Diskaun 10%. hehehe...

Kepada Ulat-ulat, selamat menjamu selera.

Pemukul Canang,
AKuP

P/S: Tahniah kepada bakal-bakal pemenang... (",)