Oct 30, 2008

Akan Datang - CHINTA karya Norhayati Berahim

Tajuk : CHINTA
Penulis : NORHAYATI BERAHIM
Terbitan : NB KARA
Di pasaran : DISEMBER

Sedikit sedutan tentang Chinta diambil dari blog http://norhayatiberahim.blogspot.com/

“Kenapa kau tak datang kerja?”

“Aku dah berhenti kerja. Masakan Jessi tak beritahu. HR tak sampaikan surat pada kau?” Chinta berkata perlahan sambil menolak tangan Raja Akid yang sudah memegang tangannya.

“Kau marah aku?”

“Tidak, kau yang suruh aku berhambus. Aku berhambuslah..” Chinta berkata perlahan. Dia merenung Candy yang tersengeh-sengeh di hadapan mereka berdua. Tidak selesa Chinta dibuatnya.

“Aku minta maaf..”

“Tak mengapa…” balas Chinta perlahan. Di hati benar-benar tidak menyangka yang lelaki itu akan mencarinya sampai ke rumah.

“Aku nak kau balik kerja semula..” Mudahnya Raja Akid, selepas menjerit dekat aku. Menyuruh aku berhambus, sekarang datang memujuk dan menyuruh aku bekerja semula.

Tidak..tidak! Ego Chinta menolak permintaan lelaki itu.

“Kau dah suruh aku berhambus, kau dah tak suka aku. Buat apa aku datang bekerja..” Perlahan Chinta menjawab. Sudah menjauhkan dirinya daripada Raja Akid. Candy sudah ke dapur mungkin mahu membuat air untuk Raja Akid atau memberi ruang kepada ke dua-duanya bermuzakarah.

“Masa tu aku tengah marah. Kau tengking aku…” Akui Raja Akid tanpa berselindung. Sepanjang dia bekerja dengan Chinta, Chinta tidak pernah menengking dia. Begitu juga dengan dirinya. Sebab itu dia rasa terperanjat dan membalas balik kata-kata Chinta dengan jawapan yang kurang wajar dan agak kurang ajar di telinga Chinta.

“Aku tak bermaksud tengking kau. Aku minta maaf..” kali ini Chinta pula memohon maaf daripada Raja Akid. Dia sedar sepanjang dia bekerja dengan Raja Akid memang dia tidak pernah menengking lelaki itu.

“Tak mengapa..” jawapan Raja Akid itu mengundang senyum dari Chinta.

“Esok kau kena datang kerja semula. Kalau tidak aku pun tidak akan bekerja lagi di kilang itu..” Sambung Raja Akid apabila dia melihat Chinta tidak menunjukkan apa-apa reaksi.Chinta hanya tersenyum tawar. Dia tahu Raja Akid hanya bergurau.

“Tak perlu. Aku rasa kau kena cari pekerja yang lebih baik dari aku. Tidak akan mempersoalkan apa sahaja arahan kau dan tidak akan menengking kau.”

“Kau adalah pekerja aku yang paling sabar yang pernah aku ada….”

Tidak ada kata-kata yang keluar dari mulut Chinta. Raja Akid merapati Chinta dan duduk rapat dengan Chinta.

“Aku minta maaf. Aku akan naikkan gaji kau..” Raja Akid sudah memegang tangan Chinta. Perlahan Chinta menolaknya. Namun Raja Akid mengenggam terus jari jemari Chinta.

“Esok kau datang kerja semula. Selagi kau tidak mengiakan. Aku akan duduk di sini, di sebelah engkau. Memegang tangan kau, meminta pada kau. Sehingga kau mengatakan ya..kepada aku..”

Nak tahu..kisah selanjutnya. Tunggulah Disember ini ...sabar...

p/s tapi anim memang tak sabar :p

Oct 29, 2008

SALE RAYA...


SO... APA LAGI KAWAN-KAWAN??? MEH LA KITA GI AMBUSH PREMISES ALAF SEMENTARA LESS SAMPAI 30% NIH... SEMENTARA HARGA TENGAH MURAH NI... HEHEHE

Oct 23, 2008

Novel Bulan November Terbitan NB Kara

Judul : Serasi Di Hati
Terbitan : NB Kara
Penulis : Nora Ismail
Harga : RM21.00 Semenanjung Malaysia, RM24.00 Sabah & Sarawak
ISNB : 978 967 522 901 5

Blurb:

Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa-biasa sahaja. Tidak ada rasa sayang, tidak ada rasa kasih.... Bahkan Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama-sama berasa serasi di hati.

Oct 15, 2008

Jemputan ke Rumah Terbuka Norhayati Berahim


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada kakak-kakak, adik-adik, cik-cik, puan-puan dan tuan-tuan sekalian....


Dengan mandat yang telah diberikan oleh editor Puan Norhayati Berahim daripada NBKara Sdn. Bhd.( melalui Cik Suraya Adnan) maka dengan ini iejay ingin menjemput anda semua yang sudi melapangkan masa anda ke Rumah Terbuka Penulis : Norhayati Berahim.


Tarikh : 1 November 2008 (Sabtu)

Masa : 3 - 6 petang

Tempat : Pejabat NBKara Sdn Bhd
D19-1B, Jalan Prima Saujana 2/E,
Seksyen 2, Taman Prima Saujana,
43000, Kajang, Selangor
(03-8736 4025 / 03-8736 4028)


Sekiranya anda berminat, sila sahkan kehadiran anda kepada iejay selewat-lewatnya pada 24 Oktober 2008 (Jumaat) di iejay@yahoo.com. Sila nyatakan berapa jumlah comrade / batallion yang akan turut serta bersama-sama anda sekali bersama pengesahan kehadiran anda memandangkan tempat tidak terhad. maka anda bolehlah ajak sesi keluarga, rakan-rakan, adik/kakak ipar mahupun jiran tetangga anda yang berminat untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis yang julung-julung kalinya di adakan ini.


Kepada yang sememangnya failed area Kajang (seperti iejay sendiri...) pejabat NBKara terletak berdekatan dengan Giant Kajang dan tak jauh daripada Tesco Kajang. terdapat bas Intrakota dan bas mini yang melalui kawasan tersebut. Apapun di email akan datang setelah iejay dapat pengesahan kehadiran, iejay akan attached kan peta ke NBKara Sdn. Bhd.



p/s: Kalau ada sesiapa yang hendak letakkan jemputan ini di blog anda sendiri adalah dipersilakan. Tetapi sila pastikan pengesahan kehadiran di emailkan kepada iejay juga selewat-lewatnya pada 24 Oktober 2008 (Jumaat) di iejay@yahoo.com



Kita jumpa disana...sana...sana...

Oct 10, 2008

Kaulah Satu ~ buah tangan terbaru daripada KN

Judul: Kaulah Satu
Penulis: Fatin Nilam Sari
Harga: RM19.00
Terbitan: Kaki Novel

Blurb:
Apalah ertinya cinta jika tiada kesetian, tiada rindu dan tiada dendam. Cinta itu paduan semua perasaan. Cinta Halim sentiasa beralih dari satu wanita ke satu wanita. Anisa Camylia tersepit di antara cinta wanita-wanita yang dicintai papanya..

Akan terleraikah segala tekanan yang dialami apabila ketemu Jay, pemain piano muda yang kacak dan berkarisma. Akhirnya dia sanggup berkorban dan menyerahkan nyawa bagi membuktikan kesucian cinta.

*****
Anisa Camylia menjejakkan kakinya ke Pulau Pinang dengan satu misi yang satu : memporak-perandakan rumah tangga papanya dan Auntie Norma dengan harapan keluarganya akan bersatu kembali.

Ironis sekali tatkala misinya telah berubah kepada menyelamatkan Auntie Norma apabila mata hati Anisa Camylia terbuka luas menyaksikan petualangan papanya dengan perempuan lain.

Pertembungan pertamanya dengan Jay di stesyen kereta api Kuala Lumpur Sentral telah menggoyah tugu cintanya dengan Nazwan. Lantas dia terperangkap di dalam permainan perasaan ini.

Berjayakah Anisa Camylia dalam misinya untuk menyelamatkan ibu tirinya itu? Siapakah satu-satunya insan yang bertakhta di hati Anisa Camylia???

Oct 9, 2008

Novel Bulan Oktober Terbitan NB Kara


Penerbitan : NB Kara
Tajuk : Cinta Lelaki
Penulis : Nur Asikin Arsad
Harga : RM19.90
ISBN 978-983-434-737-6

Sinopsis :
Kata orang, lelaki memang banyak pilihan dalam bercinta. Kerana mereka yang akan memilih bukannya dipilih. Benar, tetapi untuk memilih bukan sesuatu yang mudah. Walau banyak yang datang, ramai yang disukai, belum tentu ada yang lekat di hati. Begitu juga Hadi. Bagi lelaki itu, yang disukai memang ramai, yang dicintai itu yang dicari. Kadangkala dia terpedaya. Itulah kata orang, terlalu sangat memilih... akhirnya diri yang terkena. Mampukah Hadi mencari cinta sejati? Siapakah yang berjaya memperdayakannya? Siapakah yang menjadi pilihannya?

Oct 8, 2008

Novel Terbaru Daripada CESB


Rindu-Rinduan - Azira Ahmad
ISBN978-983-893-892-1
RM23.90

Sinopsis:

Kusut, itulah yang dirasai Nur Addriana tatkala menerima khabar duka daripada abahnya. Antara keluarga dan cinta Zaqrul yang menyakitkan, dia nekad kembali ke Malaysia demi tanggungjawab yang terabai.

Pertemuan tidak sengaja dengan Aman Hanafi, membawa cinta baru dalam hidup Nur Addriana. Melenyapkan duka yang bertahun terpendam menjadi barah. Walau Zaqrul masih menyayanginya, masih leka dibuai cinta lama dan masih membiarkan memori silam basah dalam kenangan namun Nur Addriana nekad melupakannya. Walau sejarah silam terpalit noda, walau maruah diri telah lerai tergadai, Nur Addriana nekad beralih kasih, beralih sayang. Kisah silam… biar saja Tuhan yang tentukan keampunan-Nya…

*** ^ ***

Kau Yang Aku Sayang - Liza Nur
ISBN978-983-893-891-4
RM19.90


Sinopsis:


Memori semalam kekadang hadir, kekadang meminggir, sesekali mengusik rasa mengocak-ngocak jiwa menjadikan hati tertanya-tanya telah berakhirkah sejarah kita yang bertahun tersimpan kemas dalam lipatan kenangan? Lalu bagaimana dengan janji-janji lalu, akan terbiar lenyapkah ditelan waktu?

Dan andainya ada kebetulan dalam hidup kita yang memungkinkan aku menemui dirimu di mana-mana, aku bersedia dengan segala kemungkinannya. Aku akur dengan takdir Tuhan andai engkau telah pun berteman. Aku rela asalkan pencarianku ini telah temui penamatnya. Dan andai waktu itu engkau telah pun berteman biarlah janji-janji lalu lenyap ditelan waktu…

Salam Lebaran... Minal Aidil Wal-Faizin

Rasanya masih belum terlewat untuk wan mengucapkan Salam Lebaran buat kawan-kawan semua yang sudi menyinggah di sini...
Moga kawan-kawan semua beroleh kebahagiaan bersama orang-orang tersayang di bulan Syawal ini.
Maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap.