Feb 28, 2011

WA : Cabaran 50 Buku : (7) The Notebook

Pengarang : Nicholas Sparks
Halaman : 213
Tahun : 1997/98
Terbitan:
Harga :

Blurb:

At thirty-one, Noah Calhoun back in coastal North Carolina after World War II, is haunted by images of the girl he lost more than a decade earlier. At twenty-nine, socialist Allie Nelson is about to marry a wealthy lawyer, but she cannot stop thinking about the boy who long ago stole her heart. Thus begins the story of a love so enduring and deep it can turn tragedy into triumph, and may even have the power to create a miracle…


Kata Saya :

Ini kali pertama saya baca karya Nicholas Sparks. Selalu ke kedai buku hanya pegang-belek depan belakang, baca blurb, letak balik. Ambil karya NS yang lain, belek depan belakang, baca blurb letak balik. Tapi oleh kerana ada orang (my sirman) baik hati nak bayarkan, apa lagi tanpa berlengah dua buah (mulanya nak ambil 3 buah) karya Nicholas Sparks yang saya beli iaitu The Notebook dan A Walk To Remember.

The Notebook adalah sebuah kisah cinta yang manis dan romantik. Kisah cinta Noah pada Allie. Noah jatuh cinta pada Allie ketika mereka masih muda (15 tahun). Cinta Remaja. Cinta yang dibawa pergi oleh Allie bertahun-tahun lamanya. Bertahun-tahun Noah hidup bersama memori indah bersama Allie. Bahkan peperangan (WWII) pun tidak mampu menghilangkan ingatan Noah pada Allie, cinta pertamanya.

Allie Nelson, 29 tahun, telah bertunang dengan Lon Hammond Jr yang kacak, bijak, seorang peguam yang berjaya dan datang daripada keluarga yang berpengaruh.

Segalanya berubah pada suatu petang apabila Allie muncul di hadapan rumah Noah. Rumah yang pernah menjadi idaman mereka ketika remaja. Selepas bertahun-tahun terpisah, masihkah ada cinta di hati Allie untuk Noah? Atau cintanya hanya untuk Lon tunangannya?

Membaca kisah ini, saya jadi kagum pada Noah. Cintanya hanya untuk Allie walaupun ada ketikanya saya jadi sedih (bagi pihak Noah) kerana di akhir-akhir usianya cinta hatinya sudah lupa siapa dia. Namun rasa cintanya tetap utuh buat Allie. Ini kisah lelaki yang tidak mampu melupakan cinta pertamanya. Lelaki yang setia pada cintanya walau musim berganti, walau usia meniti senja.

Bayangkan bagaimanakah perasaan kita apabila berpuluh-puluh tahun hidup bersama, di suatu hari orang kesayangan kita bertanya "adakah saya mengenali kamu"? Sedihhhhh!!!

R: Cabaran 50 Buku: (17) ...dan cinta pun tersenyum.


...dan cinta pun tersenyum.
Penulis Nora Ismail (a.k.a Rose Harissa)
Editor : Norhayati Berahim
Terbitan NBKara
630 mukasurat
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
http://novelnbkara.blogspot.com/


Ervan
Indonesia

Surihani
Malaysia

"Sedangkan dua negara bisa berdamai, inikan pula dua hati..."


Lepas pegi majlis pelancaran baru lah aku perabis novel ni :) Nora menyatukan dua hati berlainan negara dalam kisah cinta menyentuh hati ni. Karya ini menggabungkan dua bahasa dalam satu naskah. Ianya sesuatu yg baru bagi aku. Tetapi Nora berjaya membuat kita berupaya mengasingkan lenggok bahasa melayu malaysia dgn lenggok bahasa melayu indonesia apabila membaca dialog watak berlainan negara dalam novel ini. Kedua-dua bahasa itu diintegrasikan dengan baik dan dibantu dgn maksud perkataan indonesia di penghujung setiap bab bagi memudahkan pemahaman pembaca malaysia.


Ervan adalah model metroseksual kaya raya dari Indonesia yg terpaksa tinggal di Pulau Besar, Johor atas perintah ibu dan ayahnya. Mak dia org Malaysia dan ayahnya orang Betawi. Resort Prima Sakti dibina dengan namanya yg gah. Ervan menurut tetapi pada masa yg sama dia cuba memberontak dari jauh. Sikap Ervan membuat ramai pekerja resort yg pelik dgn sikapnya. Dah la tak tahan panas, dengan nyamuk pun dia nak gaduh.


Surihani adalah gadis pulau yg berpendidikan luar negara. Bertahun di luar negara tidak pernah mengikis kemelayuan dalam dirinya. Setiap kali Ervan berbicara dlm bahasa Inggeris Amerika, Surihani akan sentiasa membalasnya dalam bahasa melayu. Tapi bila Ervan cakap melayu Indonesia, kerap juga Surihani salah faham sehingga percuma saja Ervan menerima tamparan wanita dari Surihani. Entah berapa kali lah Ervan tu merajuk, haha. Mau Surihani tak bara, nak jalan balik rumah pun Ervan guna payung! Aduih.


Separuh pertama cerita ini adalah dirancakkan dengan serangan balas membalas dialog antara Surihani dan Ervan. Dialog2 mereka menjadi penyeri cerita membuat kita tergelak-gelak dengan kerenah pasangan ini. Tragedi yg dicetuskan penulis di tengah-tengah cerita adalah cukup mengejutkan buat aku sbb memang tak sangka langsunglah tragedi sehebat itu datang menduga sedangkan mereka sedang membilang detik tibanya hari bahagia.


Watak Akhil yang sejak kecil dipandang tinggi oleh Surihani berubah menjadi watak negatif setelah pinangannya ditolak. Akhil tu memang bila cakap jer mesti ada ayat2 fitnah, ayat2 spekulasi dan ayat2 nak melaga-lagakan orang. Tak pernah nak bersangka baik. Memang sakit hati betul lah dgn Akhil tu. Penulis seperti menunjukkan perbezaan antara cinta yg menguasai akal dgn cinta yang dipandu akal melalui watak Akhil. Cinta antara manusia bukanlah yg paling utama dalam hidup kita. Cintai Allah dahulu, barulah menyintai orang lain.


Di awal cerita Ervan yg memburu cinta Surihani tetapi di akhir cerita, Surihani yang memburu cinta Ervan. Macam mana boleh jadi macam tu? hmm...


Tisu kena claim dgn Nora nih.


Sumber: AlongSide

R: Cabaran 50 Buku: (16) Hati Bila Cinta


Hati Bila Cinta
Penulis: Lynn Allyna
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM20.00
sabah/sarawak RM23.00
512 mukasurat
9789675067648

"Hati kalau dah cinta, benci pun boleh jadi sayang. Sehari tak pandang mulalah jadi gila bayang"

Fenn pernah berkahwin tetapi belum sempat menjadi seorg isteri, suaminya pergi menyahut panggilan Ilahi. Pengalaman itu menjadikannya seorg yg lebih suka menjauhi lelaki.

DZ pernah dikecewakan kekasih hati. Membuat dia agak sukar mempercayai wanita lagi. Pertemuan pertama dengan Fenn tidak mencetuskan sebarang bunyi antara mereka. Tetapi pertemuan2 berikutnya berdentum dentam dengan pergaduhan demi pergaduhan. Ada saja idea utk saling menyakitkan.

Pengalaman silam Fenn menimbulkan simpati ibu DZ dan dia berhajat menyatukan DZ dgn Fenn tetapi kedua2nya membantah. Peristiwa ibu Dz jatuh sakit membuatkan dia percaya hanya Fenn dapat menyenangkan hati ibunya. Dia cuba membuat perjanjian kontrak utk bertunang dgn Fenn tetapi ditolak mentah2. Lalu peristiwa eksiden dgn Fenn dijadikan modal utk mengugut Fenn lalu memaksa Fenn menjadi kekasihnya datingnya utk 90hari.

Perwatakan DZ berubah sepanjang 90hari itu membuatkan Fenn seram sejuk. Kehadiran Syaril, abg arwah suaminya yg sangat seiras dgn suaminya itu membuat DZ jadi cemburu. Hari2 keluar dating membuatkan mereka saling mengenali dan mula menyenangi perilaku sebenar mereka. Tanpa sedar Fenn sendiri merasa kecewa apabila hari ke 90 tiba.

Background Fenn sbg janda berhias yg dianggap membawa sial adalah sesuatu yg jarang2 kita baca dalam novel melayu, tetapi kisahnya dengan DZ dan dgn Syaril membuatkan cerita ini jadi kisah cinta yg biasa-biasa saja.

Memang ada 2 watak yang nama Sarah dlm citer ni ke? *garu pala

sumber: AlongSide

sinopsis/blurb/novelcinta@multiply

Dua-dua tak sebulu. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dgn kucing. boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?

Tetapi, dalam benci ada cinta. Mulut kata benci, hati kata cinta.

DZ tak mengalah walaupun berkali kali dia ditolak. Pelbagaicara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar menjadi rindu dan sayang.

Bagi Fenn, cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yg paling dicintainya. tapi siapa yg mampu mengelak kehendak tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.

"Cinta Iqram Dzulqarnain hanya utk Nur Fazreen"

Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?

KK: Cabaran 50 Buku: (3) 1 4 3

Tajuk : 143...maksudnya I love you
Pengarang : Pingu Toha
Penerbit : Jemari seni publishing
ISBN : 978-967-5118-30-2
Mukasurat : 521 halaman
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

kata kulit buku:

Berapa lama untuk kita jatuh cinta?
Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin?
Berapa lama untuk kita kenal cinta?
Perlukah empat bulan?
Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...
dan kembali kepada cinta?
Cukupkah setahun?
Dan ini cerita tentang...
The Duyong. The Sleeping Beauty. The Rapunzel.
The Lovelorn. The Penunggu. The Hitam Manis.

Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita pelik. Ini bukan lagi mimpi. Ini sebuah cerita cinta.

1
Sekarang…. Satu tahun selepas L.U.V.E.
Cerita Cinta Biasa
Tentang Uth dan Lana.... Lisa dan Haikal.

4
Empat bulan darinya. Dulu.
EXs
Tentang Elina dan Kéri.

3
Ke masa depan, dalam tiga hari…
Merah Biru Violet
Tentang Vee dan Bucks. Dan Rose.


Inilah cerita biasa yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna pelangi cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka ialah ‘cinta’.

* * *
Selepas L.U.V.E... lihatlah bagaimana PINGU TOHA menamatkan cinta mereka dengan sebuah happy ending... berserta ucap ‘I love you’, akhirnya.

kata KK:

sambungan dari kisah L.U.V.E yang saya sudah ingat-ingat lupa jalan ceritanya. 1 4 3 ...maksudnya I love you saya mula membaca akhir tahun lepas walaupun dah lama beli waktu pesta buku dulu. itu pun hanya beberapa helai sahaja. kemudian saya kembali membacanya pada akhir januari ketika cuti semester saya bermula. namun saya membacanya sangat perlahan. ia mengambil masa selama seminggu untuk dihabiskan.hu-hu.

saya sangkakan 1 4 3 berkisar tentang uth dan lana sahaja sebab itulah saya membacanya dengan perlahan macam siput tetapi sebenarnya tidak. 1 4 3 adalah 3 kisaha cinta yang saling berkait antara satu sama lain. ha-ha.

1. cerita cinta biasa.
cerita cinta antara uth dan lana yang masing-masing cuba main tarik tali. kononnya lana penat menunggu dan tak mahu menunggu lagi dan uth yang masih menunggu. setelah setahun uth kini jadi penulis novel dan penyanyi lagu ost. ha-ha. lana telah berjaya menjadi bintang popular dan kononnya sedang bercinta dengan haikal.lisa muncul sebagai peminat uth.

secara jujur saya tidak berapa suka cerita cinta antara uth dan lana.haikal. juga lisa.kisah mereka agak perlahan dan tidak kena dengan jiwa saya. ha-ha. terlalu jiwang. cerita cinta biasa ini sesuai untuk mengulit mimpi saya.

4. Exs
setelah lompat masuk kisah kedua iaitu EXs. ia berkisar tentang keri dan Elina. bahagian ini yang paling saya suka. he-he. Keri yang melarikan diri dan bertemu Elina ketika perjalanannya ke London. pada awal pertemuan keri dikenalkan dengan orizuru.origami.paper crane.bangau kertas.dan orizuru jugalah yang menemukan mereka kembali di bumi tanah Ratu Elizabeth itu. keri tanpa sedar dan pantas telah jatuh suka dengan Elina. mereka bertemu. saling suka atas sebab yang sama iaitu Broken heart. atas sebab broken heart juga mereka jadi rakan niaga untuk e-shirt. uniknya keri dan elina adalah bila keri pulang ke malaysia mereka saling berutus surat. klasik!

3.merah biru violet.
bab paling akhir kisah tentang vee dan bucks. vee yang tomboy dan telah tamat pengajiannya dalam jurusan seni kulinari dan bertemu dengan buck si penjual burger berdekatan kawasan kediaman mereka.mereka bertemu dengan yang cara tidak berapa baik menyebabkan setiap kali mereka bertemu pasti bergaduh. rose yang comel muncul sebagai penyelamat dan cuba mendamaikan vee dan bucks. bagi saya walaupun kisah vee dan buck adalah biasa, merekalah buat saya banyak ketawa. gelak besar. he-he. bahagian yang tidah boleh lupa bila vee jatuh sakit dan muntah atas baju bucks dan bucks guna selimut pingu vee sebagai ganti baju ketika di klinik.menarik bahagian ini tiap kali bucks melihat vee berbicara, dia seakan melihat-lihat ada warna yang keluar dari mulutnya.satu saja saya tertanya-tanya bagaimana rupa dan rekabentuk selimut pingu vee dan ada tak dipasaran tak? saya nak satu boleh? he-he.


Encik pingu ada tulis pada muka depan buku: dearest K.H.A.U.L.A.H-love make the impossible POSSIBLE. live.life.love. hee~

~khaulah khalid~

Azim : Cabaran 50 Buku : (4) Coke and Sundae

Tajuk : Coke and Sundae
Penulis : Ilya Abdullah
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM 18.00

Sinopsis :

Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh
telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.

Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua,
pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.

Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan
hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do
peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala
tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis
yang tough dan maskulin.

Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan
zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq,
sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq
tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama
yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.

Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat
jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love
you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik
perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.

Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint,
dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada
hati pada Azyan.

Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir
yang sukakan aiskrim sundae?

Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!

Ulasan :

Coke and Sundae merupakan kisah paling kelakar yang pernah saya baca.
Perlakuan Syakir langsung tidak menampakkan kasihnya pada Azyan. Ada
sahaja pergaduhan yang terjadi. Seorang bagai anjing, seorang lagi
bagai kucing. Selain kisah mereka berdua, kisah abang Azyan juga
membuatkan saya tergelak besar. Demi mengelakkan seorang perempuan,
dia sanggup mengaku gay. Innalillah.

Konklusinya, Coke and Sundae merupakan sebuah novel yang patut dibeli
dan dibaca. Apa tunggu lagi? Segera berlari ke kedai buku berhampiran
bagi mendapatkannya!

~Azim~

KK : Cabaran 50 Buku: (2) Nama Atas Kertas

Tajuk : nama atas kertas
Pengarang : nasron sira rahim
Penerbit : Jemari seni publishing.
ISBN: 978-967-5118-29-6
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

kata kulit buku:

Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada:
NASRON SIRA RAHIM...
Engkau tidak dapat melihat aku,
tapi aku sentiasa wujud;
Engkau boleh bersembunyi di mana saja,
tapi aku akan tetap menjumpaimu;
Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,
tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;
Siapakah aku?

Apa tip yang ada?
“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle
dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…”

TAWARAN
Buah fikiran anda diperlukan!
Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Nama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya.


kata KK:
novel thriller yang sangat menarik dan memang menguji minda bilamana penulis cuba berteka-teki tentang siapakah pembunuhnya. biasanya, pembunuh adalah orang yang boleh dijangka. naum, dalam novel ini pembunuhnya adalah tidak disangka-sangka. oleh kerana IQ saya agak tinggi boleh la saya menjangka dari awal pembacaan lagi. he-he.

novel atas nama kertas membawa saya ke utara Malaysia dengan 3 kes bunuh yang berbeza dalam satu tempoh yang tertentu. ketiga-tiga kes ini membawa pentunjuk kepada pembunuh yang sama dengan meninggalkan bukti di tempat kejadian dan menggunakan teknik yang sama pada ketiga-tiga mangsa iaitu menikam mangsa di tengkuk dengan sangat kejam dan ngeri bagi saya.yep. saya sedikit trauma.

kes bunuh yang pertama adalah seorang lelaki yang kononnya baik dan budiman tapi telah melakukan jenayah yang tak disangka. kes bunuh yang kedua pula adalah seorang imam yang nampak alim tetapi melakukan perkara menyalahi agama dan undang-undang. kes bunuh yang ketiga adalah seorang perempuan biasa dan melakukan kesalahan biasa juga iaitu menganggu ketenteraman kawasan kejiranannya.

watak utama adalah inspektor lelaki dan wanita yang saya lupa namanya. hehe. merekalah yang berjaya menyelesaikan kes ini dengan menemui saksi untuk kes yang pertama.

keseluruhannya, cerita ini menarik kerana ia berbeza daripada novel thriller yang lain.sangat mendebarkan sebab saya tidak behenti dari terus membacanya. namun saya sedikit gerun dengan ketelitian penulis tentang teknik jenayah yang dilakukan oleh pembunuh.


pernah baca tentang seorang lelaki melakukan jenayah dengan meniru daripada novel.

~khaulah khalid~

Azim : Cabaran 50 Buku : (3) Lovin' You

Tajuk : Lovin’ You
Penulis : Haruno Hana
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM 18.00

Sinopsis :

Kira yang digelar ‘putera’ di sekolahnya bersikap dingin kerana
memendam perasaan akibat cita-citanya untuk menjadi pemain piano
profesional telah ditentang habis-habisan oleh ayahnya. Ayahnya
mahukan dia meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka yang
berkembang pesat di seluruh dunia. Kira hampa kerana mendiang datuknya
yang mencintai muzik pernah memberikan galakan kepadanya untuk bermain
piano. Sementelah, kawan karibnya sejak kecil iaitu Setsuna telah
berjaya menjadi bintang pujaan ramai dan mendapat sokongan padu
daripada keluarganya.

Perjalanan hidup Kira berubah dengan kehadiran Kotomi. Kotomilah
satu-satunya gadis yang berani memarahinya dan membuka matanya tentang
warna-warni kehidupan di dunia ini. Dengan dorongan dan sokongan yang
diberikan, Kira mula membuka hatinya terhadap kemanisan hidup bercinta
dan keindahan melodi simfoni yang beralun dari piano.

Namun… kecelakaan yang menimpa Kira telah mengubah kisah mereka berdua.

Bagaimanakah mereka mengharungi badai takdir yang menghempas mereka?
Berjayakah mereka mengharunginya bersama-sama?

Ulasan :

Lovin’ You sesuai dibaca oleh mereka yang meminati drama Jepun. Novel
yang ala-ala Jdrama ini begitu menyentuh hati. Taktala Kotomi dihalau
oleh Kira, air mata saya mengalir keluar. Selain itu, novel ini juga
mempunyai bahagian yang menggembirakan. Contohnya semasa Kotomi dan
Kira serta kawan-kawan mereka bercuti di pantai. Di samping itu, ayat
serta percatan yang digunakan tidaklah begitu puitis sehingga anda
tertanya-tanya maksudnya. Huraian penulis tentang sesuatu tempat amat
jelas sehinggakan anda dapat membayangkan perkara yang ingin
ditonjolkan.

Jikalau anda masih belum mendapatkan Lovin’ You, segeralah ke kedai
buku berhampiran bagi membeli novel yang pernah mengungguli carta
terlaris Popular. Novel ini juga merupakan novel Pilihan Popular Wadah
Bangsa. Selamat membaca!

~Azim~

Feb 27, 2011

MB: Cabaran 50 Buku : (1) Buat Duit Dengan Blog

Buat Duit dengan Blog

Dahulu, semasa zaman Sasterawan Negara, Abdullah Hussain masih remaja, (sengaja saya menggunakan nama Abdullah Hussain sebagai contoh kerana beliau sangat dikenali kini) sewaktu awal-awal penglibatan beliau di dalam bidang penulisan ini, beliau bermula dengan menulis berita-berita sekitar perlawanan bola sepak yang berlangsung di sekolahnya untuk di hantar ke sebuah syarikat penerbitan pada waktu itu.

Tulisan-tulisan beliau itu...
telah diterima dan disiarkan di dalam akhbar tersebut. Tetapi beliau tidak dibayar atau diberi sebarang honorarium di atas berita-berita yang beliau kirimkan itu. Namun, sekalipun tidak berbayar, Abdullah Hussain menyatakan bahawa beliau cukup berasa gembira apabila tulisannya itu disiarkan di dalam akhbar dan dapat dibaca oleh khalayak umum.

Itu yang penting menurut beliau. Tulisannya itu dapat dibaca oleh orang ramai.

Tapi itu adalah kisah dahulu. Sungguhlah pula berlainan dengan zaman teknologi kini. Boleh dikatakan rata-rata anak muda (dan anak tak muda) sekarang mempunyai blog masing-masing. Mempunyai ruangan untuk menulis pandangan-pandangan peribadi terhadap sesuatu. Blog telah menjadi medium untuk mereka mencurahkan segala yang diingini.

Namun sebenarnya konsepnya adalah hampir sama sahaja seperti zaman Abdullah Hussain tadi. Kita menulis, karya kita dibaca, dan kita tidak dibayar apa-apa oleh siapa-siapa.

Tapi jika kita melakukan sedikit carian dan kajian, kita akan temui cara-cara mudah untuk mendapatkan duit hasil dari penulisan anda di blog!

Kita masukan entri baru hari ini, tulis tentang gambar seksi artis Malaysia di Bali (sekadar contoh) sedar-sedar akaun bank kita telah bertambah angkanya pada keesokan hari! Ajaib!

Sebelum ini perkara ini menjadi rahsia di kalangan orang-orang tertentu. Tetapi kini ia tidak lagi rahsia! Buku Buat Duit dengan Blog ini menerangkan segalanya dari A sampai Z, dari alif sehingga ya.

Ditulis dengan bahasa yang cukup mudah, dan bisa difahami juga dicerna oleh sesiapapun. Ditambah lagi dengan reka kulitnya yang ringkas tetapi menarik. Sangat mesra dipandang.

*Mengucapkan tahniah kepada orang yang bertanggungjawab dalam reka kulit dan grafik buku ini. (kalau di facebook, kita akan klik butang 'like')

Satu tip yang ingin saya kongsikan bersama yang terdapat di dalam buku ini. Untuk menjadikan blog kita sebagai sumber pendapatan yang lumayan, kita harus menarik minat pengunjung untuk ke blog kita. Bermakna, makin ramai pengunjung yang melawati blog kita, peluang untuk menjana duit daripadanya adalah lebih besar.

Dan salah satu cara untuk membuatkan blog kita dikenali dan popular serta kerap dilawati, adalah dengan merajinkan diri untuk meletakkan komen di blog-blog mereka yang lain. Cara ini adalah cara yang paling basic untuk memberitahu pengguna internet yang lain mengenai blog kita.

Banyak lagi tip dan panduan di dalam buku ini yang telah dikongsikan oleh penulisnya, Tuan Yazid Yahaya. Lawati beliau di blognya. http://strategiblog.com/

Tidak rugi untuk memiliki buku ini. Sama ada anda seorang blogger atau belum mempunyai sebarang blog. Buku ini akan memberikan anda ilham dan ide-ide sehingga anda berasakan membuat blog itu adalah harus bagi setiap orang! Lebih-lebih lagi pada zaman yang semuanya serba naik kini (kecuali gaji dan air hujan).

Buku terbitan PTS Professional ini boleh didapati di toko-toko buku berhampiran dengan harga RM 14.50 sahaja. Atau boleh melayari www.bookcafe.com.my untuk membelinya dengan harga diskaun!

sumber : Melihat Buku

R: Cabaran 50 Buku: (15) Doa Terakhir


Doa Terakhir
Penulis: Fuad Hj Sam
Novel Islamik Alaf 21
Editor: Norlizawati Yaakob
Cetakan 1 - 2011
RM17.00
Sabah/Sarawak: 20.00
423 mukasurat
http://www.alaf21.com.my
9789831246207


"Seuntai ucapan mampu mengubah erti kehidupan"


Kisah dalam novel ini lebih berbentuk collective dan tiada tumpuan fokus kepada satu2 watak sahaja. Penulis menceritakan beberapa kisah yg melanda kawasan kampung. Kebanyakannya ada kaitan dgn gangguan syaitan dan amalan khurafat yg menjadi kepercayaan penduduk kampung. Dari sekecil-kecil kes sehingga ke sebesar-besar kes, penduduk kampung gemar merujuk kepada bomoh walaupun di situ ada klinik kesihatan dan ustaz yang berpengalaman untuk membantu dalam hal-hal mistik, masalah kesihatan dan kekeluargaan.


Dendam, iri hati, keinginan yg membuak-buak juga membuat amalan ilmu hitam Nenek Besar menjadi keperluan demi melunaskan kehendak hati.


Penulis banyak berkongsi tip-tip amalan beserta bacaan yang elok diamalkan utk melindungi diri dengan nama Allah.


Antara kisah menarik di kampung itu adalah Tuan Musa dan isterinya yg jelita Norita. Walaupun sudah beristeri cantik, Tuan Musa sering mencari hiburan luar sehingga anak isteri terabai. Apabila Norita cuba mendapatkan bantuan Ustaz Kamal dan isterinya, Ustazah Fatimah, Tuan Musa mengamuk dan membelasah isteri sendiri membuatkan Norita terpaksa melarikan diri dan cuba mendapatkan penceraian melalui prosedur mahkamah. Kebencian membuak2 membuatkan Tuan Musa cuba menghantar 'tuju-tuju' kepada pasangan ustaz ustazah itu dgn bantuan nenek besar.


Pak Ali pulak terlalu gilakan cikgu muda di sekolah anaknya. Dia cuba guna-gunakan cikgu tu hingga cikgu tu termimpi-mimpikan orang tua yg kaki skodeng tu. Balasan yg menimpa Pak Ali mengaibkan diri dan keluarganya.


Samsudin dan Latifah sudah beberapa bulan mendirikan rumah tangga tetapi Latifah masih dara. Samsudin tu pernah bercinta dgn Maz. Aku ingat ka Maznah, tapi Mazlan rupanya. Setelah berkahwin, dia terputus hubungan dgn Maz lalu menjadikan budak sekolah sbg pemuas nafsunya. Dia mengumpan macam2 pada budak skolah tu yg sememangnya dah ada taste songsang. Latifah cuba mengembalikan suaminya ke jalan yg benar dgn bantuan Ustaz Kamal dan Ustazah Fatimah tetapi pertemuan semula dgn Maz membuat Samsudin kemaruk cinta nafsu lagi dan kali ini Maz menghadiahkannya dgn HIV.


Tuan Musa mati dalam sebuah kemalangan dalam keadaan yg sangat sangat mengaibkan. Menunjukkan balasan Allah tak semestinya di akhirat.

Sumber: AlongSide

Aimie: Cabaran 50 Buku: (8) Bebunga Kasih

Penulis: Hani Fazuha
Publisher: Alaf 21 Sdn Bhd
Harga: RM19.19 / RM22.90
M/S: 502

"Kehadiranmu mula kurasa menjelma di taman hatiku yang sunyi"

Blurb:

Dya dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah 'suami orang'. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!

Sebenarnya, Zarif mahu mengubat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.

Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?


Review:

Karya kedua Hani Fazuha masih mengekalkan tema kahwin paksa seperti novel pertama MB.

Dya bagaikan anak yatim piatu walaupun dia masih mempunyai ayah ibu, kakak dan abang. Namun kerana enggannya Dya menurut segala perintah ayah dia menjadi anak terbuang dan ayahnya juga seperti tidak pernah mengiktiraf dia sebagai anak sendiri.

Dya sentiasa tertanya-tanya sendiri, kenapa dia dilayan seperti anak tiri? Kenapa yang buruk itu semuanya dia? Kenapa ayah terlalu membencinya?

Peristiwa dinodai sejak kecil juga menjadikan dia seorang yang pendendam. Namun status diri pada keluarga membuatkan Dya takut untuk membongkar rahsia itu. Abang Ari terus menjadikan Dya tempat memuaskan nafsu walaupun Dya sudah bergelar isteri.

Kerana tersilap sedikit langkah, keluar lunch bersama Syamir telah menjadi isu apabila dia terserempak dengan Helmi, abang iparnya bersama perempuan lain. Lalu Dya dituduh sebagai perosak rumah tangga orang, sedangkan dia tidak tahu yang Syamir masih lagi 'suami orang'. Dan Dya telah dikurung di rumah kerana peristiwa itu.

Ayahnya telah membuat keputusan untuk menikahkan Dya dengan anak rakan niaganya setelah peristiwa itu. Dya terpaksa menerima setelah dipujuk ibu dan tidak mahu ibu menangis lagi kerananya.

Setelah mengetahui yang tunangnya itu, Zarif iaitu orang yang paling dia benci. Dya mengambil keputusan utk memutuskan pertunangan tersebut dan melarikan diri ke Australia. Namun peristiwa ibu jatuh tangga sekali lagi menjadi penyebab mengapa Dya terpaksa menerima Zarif walaupun lelaki itu amat dibencinya.

Kegilaan Abang Ari makin menyulitkan keadaan dan segala kebaikan Zarif juga membuatkan Dya makin tertekan. Zarif terlalu baik terhadapnya namun Dya menjadi takut apabila Zarif menuntut haknya sebagai suami.

Apabila Dya disahkan hamil tapi bukan anaknya, Zarif memang marah gila dan dia suspect Syamir ayah kepada anak yg dikandung Dya. Opppsss.....tp last2 macam senang la pulak dia terima Dya selepas tahu tentang hal yang sebenar tu....

Cara pengolahan plot dalam novel ini sungguh menarik walaupun macam ada sedikit yang mengganggu kerana terlalu banyak peristiwa kecelakaan yang melibatkan kemalangan jalan raya.

Penamat cerita juga menjadikan kita tertanya apa yang terjadi kepada watak2 lain dalam novel ini seperti Kak Reen, ayah Dya....pengolahan yang sedikit kurang terhadap peristiwa pembunuhan Abang Ari, apa yang terjadi kepada ayah Dya selepas anak lelaki kesayangan dibunuh dengan kejam sekali....

Namun ada kemajuan yang banyak dari Hani bagi karya yang kedua nie...

P/S: Kredit to Hani utk signature dan kata2 cinta di dlm buku ini untuk Kak Chik...hehehh...cam sudah terjatuh hati dgn karektor Dr Zarif yang cukup tenang dan sangat baik...tetapi masih wujudkah lelaki sebaiknya di muka bumi ini????????


LiFe iS a LoNG JouRNeY
~Kak Chik~

Aimie: Cabaran 50 Buku: (7) Harga Sebuah Cinta

Penulis: Hani Fazuha
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Price: RM18.00 / RM21.00
M/S: 451
Cetakan 1 - 2011

"Kenapa masih ada rindu di saat hati ingin melupakan?"

Blurb:

Kenapa setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata?

Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman.

Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dai terhenyak duduk tidak berdaya.

Dalam kekalutan, Zhafir tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafir, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata untuk mendapatkan haknya sebagai suami?

Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka.

Review:

Mula baca tentang Fea-Fir ni dari blog Hani. Jenuh juga la menunggu Hani masukkan entry terbaru...heheh..kredit untuk DLa yang perkenalkan Kak Chik pada rumah Hani tu...sayang DLa...dan hampir sebulan juga selepas Hani tempek cover HSC kat blog dia...baru Kak Chik dapat novel nie...exclusive terus dari Hani...:) ...Terima kasih Hani....

Percintaan antara dua darjat Fea-Arman tidak kesampaian kerana ditentang oleh mak Arman. Lalu Fea dan ibu yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Arman di halau keluar.

Bertahun Fea memendam rasa kerana kekecewaan itu. Namun tidak pernah sekali pun terlintas di hatinya mahu mencari pengganti Arman kerana Arman tetap utuh di hatinya.

Perkenalan dgn Zura sejak di universiti menjadi sebab Fea rapat dengan keluarga Zura. Dalam diam sepupu Zura, Ikmal meminati Fea dan melamar Fea sebagai surinya sedangkan ketika itu dia sudah mempunyai kekasih hati. Hampir saje Fea menerima lamaran tersebut...tapi nasib baik juga dia tak terima kerana Ikmal bukan cinta kat Fea pun sebenarnya...

Dan pertemuan kembali Fea-Arman di pejabat keluarga Zura, makin melukakan hati Fea. Rupanya Arman sudah mempunyai penggantinya iaitu sahabat baiknya sendiri. Namun Arman pula masih mencuba utk meneruskan perhubungan mereka yang tidak pernah ada kata putus. Namun selepas penolakan kali kedua mak Arman, menyebabkan Fea nekad tidak akan menerima Arman lagi. Namun keadaan yang terdesak kerana satu ofis telah menjadi penghalang.

Lalu muncullah Zhafir yang mengajak Fea berkahwin untuk memastikan Arman tetap milik Zura. Namun perkahwinan tersebut tidak seperti yang dipinta. Masih ada derita yang terpaksa ditempuhi.

Mengapa Zhafir tega jatuh miskin demi dia...Siapa Jessica di hati Zhafir... semuanya menjadikan Fea makin tertekan...

Sungguh seronok baca novel ketiga Hani ni tapi macam tak puas kerana Kak Chik jangkakan ceritanya panjang..Belek-belek punya belek dah sampai last page...huhuhuhu...Plot cerita seperti sedikit berkurangan berbanding dengan BK dan HSC seperti kurang sedikit skop-skop suspent...

Tapi apa pengakhiran bagi kisah Arman-Zura yea????

P/S: Hani..tahniah...menanti kehadiran Zhafran....:) & TQ for signature & lovely bookmark...


LiFe iS a LoNG JouRNeY
~Kak Chik~

R: Cabaran 50 Buku: (14) Juara Carta Cinta


Juara Carta Cinta
Penulis: Lynn Dayana
Editor: Mazuen Yahya
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
494 mukasurat
9789831246320


"Aku + Kamu = Cinta Atas Awan" - Haiqal


Kalau tengok kulit depan, kulit belakang, kita dah boleh teka siapa yg juaranya :) so, sedikit membunuh surprise cerita utk melihat penentuan juaranya.


Maya tu suka nyanyi lagu kanak2. sweet! tapi part dia nyanyi lagu injit2 semut tu buat aku terbayang2 muka 'hantu kak limah go back home'. huhu...


Kemunculan awal Haqiem dalam kisah ini cukup memikat, charming dan dia memang sangat pandai mengambil hati. Walau bagaimanapun, sikapnya terhadap Mimi yg over dan ngengada tu buat aku rasa Haqiem tu kelihatan seperti hero novel yg tipikal yang tak dapat menolak kehadiran wanita seperti Mimi dalam hidupnya. He let Mimi masuk control hidupnya/rumahnya at the same time he expect to tackle Maya's heart sedangkan semua tu berlaku depan mata Maya yg merupakan jiran sebelah rumahnya.


LD ada kelebihan menggarap watak antagonis yg cukup menjengkelkan. Memberi kita cukup rasa asam dan garam utk membenci watak2 seperti Mimi dan Nora. Malah Intan yg mulanya watak putih pun berjaya di twist menjadi watak agak antagonis yg menjengkelkan.


Maya Hanum adalah seorg novelis yg ada peminat2nya tersendiri. Dia membuka perniagaan cenderahati yg turut memasarkan novel2 tempatan. Maya ni kalau tengok taste dia, jenis suka lelaki hensem. Dari zaman sekolah, mudah saja dia tertarik dgn Reza yg hensem dan berkarisma. Semasa bertunang dgn Adnan, dia tidak dapat menolak rasa hatinya yg jatuh cinta kepada Haqiem. Maya bukanlah watak wanita sempurna yg sering kita jumpa dalam novel2. Dia adalah wanita biasa yg pernah tewas dgn perasaan. Pengalaman itu menjadikan dia lebih berhati-hati dalam memilih cinta. Dia tidak pernah mahu meniup semula bara cinta lama.


Adnan memang totally out of list la utk dijadikan pilihan. Dia tu sudah jadi suami orang dan apabila tahu isterinya, Intan tidak dapat mengandung, dia segera mengalihkan perhatian kepada bekas tunangnya, Maya. Haqiem juga turut menyesal kerana melepaskan gadis sebaik Maya. Dia berpisah dgn Maya kerana Maya tunangan orang dan menganggap dirinya tertipu sepanjang percintaan mereka. Apabila semua terlerai dan mereka bertemu semula sbg jiran tetangga, Adnan dan Haqiem cuba mengejar semula cinta Maya.


Kehadiran Haiqal menambahkan lagi peserta dalam perlumbaan itu. Kehadiran Haiqal menyebabkan kelebihan 'charming' Haqiem menjadi malap. Wataknya yg cute dan misteri menjadikan kita juga seperti Maya yang tertanya-tanya, siapa dia. Rasanya memang susah nak teka kerjaya Haiqal. Ada ke sesiapa yg dpt meneka dgn tepat? Saat kita mula merasakan manisnya cinta Maya-Haiqal, kilat datang menyambar. Ni bukan metafora, betul2 punya kilat sudah sambar itu heroin lah. Nasib baik la tak mati atau jadi hitam. Rentak cerita menambah debaran cinta bercampur debaran set2 seram tak seram sbb Maya tiba2 bleh nampak bayangan org yg mati tersiksa dlm keadaan yg kejam. ishhh Lynn Dayana, ko memang kejam. huhu...


Dalam Jika Benar Cinta, LD banyak menggaul unsur komedi dalam penyampaiannya dan aku sangat suka. Hak Cinta Terpelihara menonjolkan kelebihan LD mengendalikan banyak watak dalam ceritanya. TArikh Luput cinta dan Cinta Edisi Terhad menyerlahkan kelebihannya dalam mengalunkan kisah cinta-thriller. dan kehadiran Juara Carta Cinta menunjukkan bagaimana LD menggabungkan cinta-komedi-thriller sbg satu kisah yg sangat menarik :) Tahniah atas kelahiran novel ke5 ni. Lahirlah seorang lagi penulis prolifik Alaf 21. Semoga terus aktif berkarya.

sumber : AlongSide

R: Cabaran 50 Buku: (13) Mandatori


Mandatori
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Editor: Wan Rohana Wan Abdul Manaf & Sa'adiah Mohamad
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
501 mukasurat
9789831240397
Cetakan Pertama 2000
Cetakan Ketujuh 2010


"Case Closed"


Cerita ini tidak semudah ABC, tetapi Amran, Bogart dan Carlos (ABC) menjadi penggerak rentak misteri thriller kisah ini. Setiap bab menaburkan kepingan2 jigsaw puzzle yg memberi klu-klu kepada pembaca. Setiap klu membuat kita memikir arah cerita ini. Di awal cerita yg kerap menginjak time frame dari past-present-future membuat pembacaan aku jadi berhati-hati kerana aku tak mahu keliru. Nyata garapan RAM sangat kemas menarik.


Mulanya aku sangka aku akan jadi pening sepertimana aku pening semasa membaca Rahsia Perindu yg sangat berbelit kisah dan character nya. Mandatori nyata berbeza. Walaupun melayarkan kisah konflik jiwa, ianya kemas dan mencemaskan. Walaupun tidak susah utk kita meneka di mana letaknya Norman dalam ABC, tetapi cara RAM menyingkap kisah hidup Norman membuat ianya kelihatan menarik utk diikuti.


Cerita bermula dgn matinya seorg lelaki yg tidak bersalah di tali gantung. Beberapa tahun kemudian, lelaki2 yg menjatuhkan hukum kepada Tassan mati terbunuh secara misteri. Amran adalah anak Tassan yg dibuang sekolah kerana terlibat dlm pergaduhan di sekolahnya kerana rakan2 yg lancang mengata dirinya sbg anak pengedar dadah. Kesabaran ada hadnya tetapi natijah yg diterimanya amat mengecewakan ibunya. Demi membantu keluarga, Amran ke laut mencari rezeki. Tetapi jejak pertamanya ke laut membawanya karam dalam dunia kecelaruan personaliti. Dalam dunia itu dia mengenal dendam, dia menjadi jaguh, dia menjadi penyayang, dia menjadi penegak keadilan yg sentiasa menjatuhkan hukuman mati mandatori di muncung pistolnya.

Kelvin, Juliana dan June yg pernah menghina Amran berjaya dalam kerjaya masing2. Sekali sekala kenangan kenakalan mereka dulu membuat mereka menyesal. Adakah penyesalan mereka boleh menerima pengampunan di mahkamah yg sentiasa menjatuhkan hukuman mati mandatori? Jika perlu memilih antara menyulam cinta atau melunaskan dendam, mana yg kita akan pilih?


Sangat banyak watak dlm kisah ini tetapi setiap satunya ada impact tersendiri. Bagi yg kurang gemar dgn watak yg banyak, mungkin akan sedikit pening :)

sumber: AlongSide

Feb 26, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (6) Tiga Ceritera dalam Sebuah Kebun Mimpi

Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Harga: RM 21.50
M/S : 536

Blurb:

Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi...

Ceritera I ~ Kebun Mimpi...oleh Noor Suraya

Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain...?
Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.

Sudah Ain tanam, sudah Ain semai...namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga!
Bagaikan kebun mimpi...apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.

Ceritera II ~ Tas Merah Jambu oleh Syud

Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.

Jomlah sama-sama ikut SYUD membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!


Ceritera III ~ Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa

"Ya. Kalau sayapnya elok lagi, 'dia' boleh terbang..." balas Ehsan.

Izzah rasa rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mat itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.

Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.


Review:

Kredit tu Kak Hani sebab novel ni memang pinjam dari dia tapi Kak Chik dah set dalam otak...nanti JS buat offer, kena beli la ni sebab memang novel ni best...

Ceritera I ~ Kebun Mimpi...oleh Noor Suraya

Sebenarnya karya Kak Su: Untukmu Ain, Kak Chik belum baca pun lagi..tapi memang seperti karya-karya Kak Su yang sebelum ni...Kebun Mimpi memang tidak menghampakan...tarikan untuk mengetahui pengakhiran memang kuat kalau dah namanya dari Kak Su...

Ain...anak yatim piatu...yang disahkan hamil tapi terpaksa berpisah jauh dari sang suami kerana Adam terpaksa berkursus ke Canberra selama 14 minggu... Ain merasakan seperti dia menjadi Ain yang asal kerana boleh melakukan apa yang diminati dan mahu melunaskan impian menyiapkan Nyanyian Tanjung Sepi - cerita tentang kisah kembara hidup Syarifah Nuur Khalida @ Kak Lida -sepanjang pemergian Adam...

Tapi...dalam keasyikan Ain menulis sehingga hampir terlupa pada keadaan diri yang hamil...mendapat ujian Allah...Alllah mengambil 'buah hati' nya ketika diri keseorangan tanpa suami...Adam jauh di bumi kanggaro...mertua bagaikan mencipta alasan kerana tidak mahu menjaganya...lalu Adam menitipkan pesan kepada temannya Kamal...

Ketika Ain merasa kehilangan...Allah masih lagi memberi 'buah hati' yang satu lagi kekal membesar dlm rahimnya...

Namun kemuncak Ain hampir merasai kebahagian di rumah agam ibu bapa Adam...Ain diuji sekali lagi...walaupun umi sudah menerimanya sebagai menantu...orang yang paling Ain sayangi sedang bergelut dengan ujian Allah...Ain teruji lagi...

Cukup suka cara Kak Su menjelmakan watak-watak dari karya-karya terdahulu...tapi sungguh la Kak Chik sedih dengan pengakhiran Kebun Mimpi...apa kesudahannya ya...

Ceritera II ~ Tas Merah Jambu oleh Syud

Seperti karya pertama Syud, Tentang...Dhiya, Tas Merah Jambu masih lagi berlatarbelakang suasana kampus UTM dan alam siswa siswi...tapi yang kelainannya cara penyampaian Syud yang sentiasa dekat di hati Kak Chik...

Nisa meminati Adif sejak dari minggu orientasi lagi...dlm diam-diam...cuma teman terdekat yang mengetahui rahsia hatinya...kad raya yang mahu dilayangkan pada Adif pada puasa tahun lepas telah menjadi isu...teman-teman telah melayang kad tersebut pada hari pertama puasa tanpa pengetahuan Nisa...tanpa nama tapi dengan gambar tas merah jambu & no. telefon...

Teman-teman Adif terutama Aiman...bagaikan CSI, menjalankan misi mencari suspek-suspek stalker Adif walaupun Adif hanya bena tak bena...cuma bukan teman-teman yang dapat mencari stalker tersebut...tapi apabila sudah mengetahuinya...Adif kecewa...yang Kak Chik suka dia merajuk sampai balik awal dari dinner lepas final exam tu...heheheh...so sweet...

Tapi keberanian Nisa yang berani tak berani tu kira berbaloi la untuk penyudah cerita comel ini...kredit utk Syud...moga terus berkarya...

Ceritera III ~ Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa

Ceritera ini mempunyai 2 cerita yang berbeza...berkaitan yang hanya sedikit...Izzah mengenali Taqi semasa menjadi volunteer di Pulau Redang tp impak kedua-duanya amat besar...

Ehsan - Izzah ...minat yang sama terhadap alam sekitar dan haiwan...namun hubungan mereka tidak pernah terungkap bagaimana...tidak pernah ada kata putus dari keduanya...walaupun Ehsan pernah nak bagi 'hint' masa tengah dok bersih kandang beruang matahari masa kat Sepilok tu...heheheh...betul pun kata Izzah tu...tempat tu tak sesuai langsung untuk Ehsan lamar Izzah..hehehe

2 tahun berpisah setelah Ehsan ke Tasmania demi menambah ilmu...dan Izzah terpaksa kembali ke Kuala Lumpur demi umi dan bekerja di Akuaria...mereka bagaikan terpisah tanpa kata...dan tetiba muncul pula jurutera muda yang cuba curi hati Izzah...yang pasti siapa pilihan Izzah...hanya Izzah yang tahu...

Taqi-Adriena: Dua karektor yang berbeza namun keduanya cuba bangkit dr kejatuhan peristiwa lampau...Taqi anak muda yang membuktikan dia mampu menjadi seperti orang lain selepas dibuang dr UTM...cita-cita Taqi mencipta, membina & menerbangkan Albatros...

Adriena: Anak gadis yang sungguh perahsia, tiada siapa yang tahu kisah lampaunya...seorang yang sentisa berada dalam top list student...mahu melupakan peristiwa lampau yang menjadi igauan hidupnya...

Ketahui pengakhiran kisah Ehsan- Izzah & Taqi-Adriena dalam Albatros...sungguh la Albaltros membawa pengajaran yang bukan sedikit...

Kredit tue Rnysa...mengingatkan Kak Chik kenangan lama apabila dive di dasar laut walaupun dlm Albatros cuma sedikit terselit kisah itu...

2 thumbs up utk 3 women authors from JS...

LiFe iS a LoNg JouRNeY
~ Kak Chik ~

Aimie: Cabaran 50 Buku: (5) Kaca Jendela Ainnur

Penulis: Diya Nordin
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Harga: RM18.00 / RM21.00
M/S: 414
Cetakan 1- Jan 2011

Blurb:

"Masa itu adalah makhluk Allah yang tak pernah henti berdetik."

Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata. Dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!

Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. Sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang-kurang dia punya kasih seorang bapa. Tapi dia salah. Ayah seperti mam. Tidak pernah menerimanya sebagai anak.

Dia menjadi daki dalam keluarga. Dia sedar duduk dirinya. Dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya. Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri.

Kata Zhafran, " Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. Tapi juga pada Uncle Luqman. Salah ke mereka sehingga turut terhukum?"

Apa yang Zhafran tahu?

Semuanya dia yang tanggung. Rasa pedih, terluka. Semuanya ditelan sendiri. Dia sudah sehabis daya mencuba. Dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam?

Kaca Jendela Ainnur

DIYA NORDIN memeta watk Ainnur Shahirah dengan baik sekali. Kaca Jendela Ainnur membaca anda memahami hati seorang perempuan yang tabah. Benarkah hati perempuan itu hening bak kaca?


REVIEW:

Ingatkan ini karya pertama Diya Nordin tp dia kata yang kedua...yang pertama apa ya?

Diya mengolah cerita yang sedikit berbeza daripada novel-novel yang ada di pasaran masa kini kerana sangat jarang penulis muda mahu memeta kisah yang berkisar kekeluargaan walaupun dlm KJA ini tetap ada sedikit berkisar kisah biasa yang selalu kita baca seperti jodoh dari pilihan orang tua.

Ainnur anak sulung kepada Syuhairah yang tidak pernah disayangi oleh mamanya sendiri. Dia jadi tertanya-tanya, kenapa mama begitu tega menidakkan haknya sebagai anak? Kenapa mama begitu membenci Ainnur?

Namun semua itu Ainnur telan selama bertahun-tahun...Ainnur sanggup mengambil jurusan undang-undang demi mama. Ainnur sentiasa mahu cemerlang demi mahu membanggakan mama. Namun semua itu belum mampu mengubah sikap mama terhadapnya.

Dan ketika Ainnur di UUM, kedatangan yang bernama Ili Fatin itu makin membawa berita yang makin menambahkan luka di hati Ainnur walaupun umi sangat baik terhadapnya. Ainnur kira ayahnya sudah tiada selama ini kerana selama 19 thn hanya Papa Uncle yang menjalankan tugas sebagai bapanya walaupun sekadar bapa tiri. Rupanya ayah, Amir Iskandar itu dekat sahaja dengan Ainnur. Tetapi ayah juga seperti mama, tidak pernah mahu menerima kehadiran Ainnur di dunia.

Lalu kerana peristiwa-peristiwa yang melukakan dan kerana Ainnur terlalu letih menagih kasih dari ibu bapa sendiri, Ainnur nekad membawa diri selepas mama sedar dari koma. Kerana itu janji Ainnur dan kerana itu yang mama mahukan selama ini.

Namun sejauh mana Ainnur pergi, tetap ada juga yang menemui...nak tahu kisah Ainnur selanjutnya...hehehehe...sila la beli KJA ya...kerana memang berbaloi untuk kisah yang sungguh berkesan di hati.

Diya Nordin mampu membuatkan Kak Chik bagaikan hanyut bersama liku-liku yang dilalui Ainnur...memang meleleh baca kisah Ainnur nie...sangat berharap Kak Chik tetap dan akan sentisa menjadi ibu yang tidak pernah terleka untuk memberi kasih sayang pada anak.

Tapi kan...kenapa ya nama-nama anak perempuan dalam kisah ni macam nak sama aje...Ainnur Shahirah...Ain Suhana...Ainnun Qasidah...macam janji-janji pula Syuhairah dan Amir Iskandar tu...

Yang sedikit kecewa tak dijelaskan pula kenapa ibu bapa Ainnur tu berpisah walaupun kita tahu Tok Mama dan Tok Baba dah ada calon menantu. Tapi kenapa ya mereka berpisah?...

Sangat suka karektor Zhafran Huwaidi yang cukup memahami dan tegas dalam diam....


LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-

Ain : Cabaran 50 Buku : (3) Datang Dengan Indah

Tajuk : Datang Dengan Indah
Penulis : Sarnia Yahya
Keluaran ; Fajar Pakeer
Halaman : 523 m/s


kisahnya bermula pabila ARDINI terpaksa berkawin dengan calon suami kakaknya RUZANA yang benama IZZUDDIN. ini berlaku bila RUZANA menghilangkan diri di saat akhir majlis perkahwinan RUZANA & IZZUDDIN..sedangkan pada saat itu sebenarnya ARDINI sudah menpunyai teman lelaki bernama FARHAN.

perkahwinan mengejut itu membuka kisah baru buat mereka berdua. kehidupan ARDINI sehari-hari dihiasi dengan kata-kata hinaan bercampur marah..kerana marahkan RUZANA, ARDINI jadi mangsa..fikir IZZUDDIN-'kakak dan adik sama aje'
sampaikan ARDINI memberi gelaran 'lion king' kepada IZZUDDIN..
sering orang bertanya pada ARDINI- macam mana dia boleh tahan dengan lion king tu?
jawapan mudah ARDINI- "aku bukan satu kandang dengan dia.Dia lain kandang,aku lain kandang"..begitu cara ARDINI menpositifkan kehidupan rumah tangganya..

kemunculan FARHAN & ARDINI menuntut janji-seperti mencelikkan IZZUDDIN,rupanya ada kasih ada rasa yang wujud dalam hati IZZUDDIN buat ARDINI.

kerana satu kemalangan-menyebabkan IZZUDDIN dimasukkan ke dalam hospital.melihat pengorbanan ARDINI rasa kasih itu makin jelas..makin terjelas dalam dirinya yang banyak dosanya buat ARDINI..selepas kemalangan sikap IZZUDDIN banyak berubah..dia mencuba sebaik mungkin mengambil hati ARDINI kembali namun tidak mudah bagi ARDINI untuk memaafkan segalanya..

namun kemunculan RUZANA kembali menjadi orang ke3 dalam hubungan mereka..RUZANA begabung dengan FARHAN untuk meghancurkan rumah tangga ARDINI & IZZUDDIN..

NAK TAHU PA YANG JADI SETERUSNYA..baca buku sendiri la ye ^^

komen ainsabrina:
buku ni mengingatkan ainsabrina kepada satu kisah hindustan dolu2..sebijik la jugak..cita ni klise la tapi overallnya best la..

Feb 25, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (4) Kau Curi Hatiku

Penulis: Iman Xara
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Harga: RM20.00 / RM23.00
M/S: 518
Cetakan 1 - Jan 2011

"Seteguh manakah hati seorang isteri kalau hidup bersama suami setiap hari makan hati berulam jantung sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya."

Blurb:

Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti anjing dengan kucing tidak boleh berdekat Seorang bermulut laser dan seorang lagi mulut tiada insurans. Sering juga teman-teman mengingatkan mereka, kata orang, jangan terlalu membenci bimbang nanti menjadi suka. Tapi mereka tak percaya kerana rasa tidak suka itu terlalu tebal. Namun siapalah mereka untuk menolak perasaan suka itu kalau perasaan itu mahu bertunas? Arissa kecewa kerana percintaannya dengan Firdaus terpaksa berakhir kerana keluarga; Zamil pula kecewa kerana hanya bertepuk sebelah tangan dengan Ain. Mereka tidak tahu bahawa takdir telah menentukan hubungan masam-masam manis antara mereka begini dan kemudian begitu, akhirnya.

********

Kata orang hati perempuan itu sukar ditafsirkan. Jadi biarlah IMAN XARA membuka rahsia itu untuk anda fahami, dengan membaca Kau Curi Hatiku.


REVIEW:

Sangat suka karya terbaru dari Iman Xara nie kerana rasanya sangat relevan dengan kehidupan realiti kita. Tidak ada watak2 yang terlampau2 yang biasanya menjadi hero @ heroin dalam KCH. Dan dengan cover yang sungguh cantik dengan sakura yang merimbun makin teruja untuk mengetahui pengakhiran kisah Arissa-Zamil walaupaun pada permulaan cerita rasanya sedikit perlahan dengan plot2 yang sedikit mendatar.

Arissa anak bongsu yang bekerja di Kuala Lumpur sebagai pegawai kewangan syarikat dan Zamil pula bertugas di bahagian pemasaran dalam syarikat yang sama. Entah apa la yang menjadi isu sehingga mereka tidak boleh bertemu muka. Mesti ada sahaja yang tidak memuaskan hati mereka.

Namun dalam kebencian, tertunas perasaan suka Zamil terhadap Arissa selepas Ain terang2 tidak pernah menyukai Zamil lebih dr seorang sahabat. Tapi heran juga ya bagaimana Zamil tetiba pulak macam berubah arah kepada Arissa. Zamil makin berjaya mendekati Arissa dengan bantuan teman baik Arissa, Zulfa.

Dalam pada itu, Arissa makin rasa kehilangan selepas bekas kekasihnya, Firdaus berkahwin dengan Nurin. Jadi perasaan kehilangan dan kesepian itu menjadikan Arissa resah.

Nak jadi cerita pulak, Arissa dimasukkan ke wad kerana demam denggi. Masa ni la Zamil bukan main romantik lagi dengan bunga ros bagai masa melawat Arissa. Arissa lak macam dah tersuka dengan Zamil bila Zamil hari2 dok melawat dia.

Dan...dengan perjanjian bagai antara mereka...bersatu juga akhirnya...walaupun pada hati kecil ma Arissa tu macam terselit perasaan kurang enak terhadap Zamil...

Namun...dalam Arissa bahagia menjadi ibu...Zamil mula membuat olah...aduh..boleh jadi meroyan kalau tak kuat semangat nie. Sampainya hati Zamil mencari hempedu di luar dari menghirup manisnya madu yang halal. Pelbagai usaha dilakukan oleh teman-teman untuk menyelamatkan rumahtangga mereka. Walaupun mereka mampu bertahan sehingga lahirnya Safya Hani...akhirnya?????

Aduh sungguh Iman sudah menyebab air mata tidak pernah berhenti untuk sama2 merasai penderitaan Arissa selama menjadi isteri Zamil selepas kelahiran Alif Rayyan. Tega Zamil menduakan Arissa selepas dia bersusah payah untuk merebut hati Arissa dulu. Iyalah, wanita walau seteruk mana suami melukai hatinya tetap juga mahu bertahan demi kebahagian anak2 tetapi kalau Allah SWT sudah menetapkan itu, maka itulah yang terjadi...

Untuk pengakhiran kisah yang sungguh relevan dengan kehidupan kita ini...sila-silalah mendapatkan KCH...memang berbaloi...

Thumbs up untuk Iman...aduh memerah aja mata putih sepanjang menyusuri liku2 perjalanan hidup Arissa...

P/S: Allah mengambil apa yang kita suka hari ini, mungkin untuk perkara yang lebih kita suka untuk hari kemudian...


LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-

Azim : Cabaran 50 Buku : (2) Dibius Cinta

Penulis : Qash Irdina
Penerbit : Fajar Paker
ISBN: 978-967-365-052-1
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90

Sinopsis

“Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau
hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil
aku perogol pula.”


Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang
cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin
sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak
sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya
seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan
cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan
Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan
yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever
after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula
menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan
mereka?


Kenapa anda perlu membaca novel ini?

- Ayat yang digunakan sempoi dan mudah difahami

- Jalan cerita yang mudah, tidak rumit

- Anda tidak perlu membaca beratus-ratus muka surat untuk menantikan
saat pergaduhan mereka terlerai

- Memaparkan nilai kasih sayang yang utuh

- Mempunyai pengajaran


Watak :

Adam Shafiq - Berkahwin dengan Cazlin Amalina kerana tidak mahu
kesihatan mamanya terjejas. Seorang anak yang patuh.

Cazlin Amalina - Kehilangan abangnya semasa mencuba menyelamatkan mama
Adam Shafiq. Dia kemudiannya diambil sebagai anak angkat dan
menantu;isteri kepada Adam Shafiq. Cazlin gugur akibat diracun oleh
Hana, seorang aktor terkenal dan juga bekas kekasih Adam Shafiq. Anda
pasti akan mengalirkan air mata apabila membaca saat Cazlin Amalina
keguguran.

Hana - Aktor terkenal dan bekas kekasih Adam Shafiq. Pada permulaan
cerita, dia mengalami kemalangan dan mukanya punah. Namun, baginya itu
bukan satu masalah. Plastic surgery jalan penyelesaian. Dia menghasut
adik Adam Shafiq, Ayuna untuk bersubahat dengannya menggugurkan
kandungan Cazlin Amalina.

Danial Hariz - Seorang yang menginginkan Cazlin Amalina. Semasa Cazlin
Amalina gugur, dia membantu Cazlin Amalina lari dari hospital setelah
dirayu olehnya.

Ayuna & Ayuni : Pasangan kembar;adik kepada Adam Shafiq. Ayuna seorang
yang liar manakala Ayuni seorang yang baik hati. Ayuna pernah
mengandung suatu ketika dahulu dan meminta bantuan Hana untuk
menggugurkannya. Hana pula licik, menggunakan alasan tersebut untuk
mengajak Ayuna bersubahat meracun kandungan Cazlin Amalina.

Konklusinya, Dibius Cinta mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tidak
hairanlah penulisnya, Qash Irdina dilamar oleh Fajar Paker untuk
menerbitkan Dibius Cinta setelah berbulan ianya muncul di laman
Penulisan2u. Bagi anda yang belum mendapatkan Dibius Cinta, segeralah
dapatkannya di kedai buku berhampiran.


~Azim~

Aimie: Cabaran 50 Buku: (3) Rindunya Kian Membara

Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Harga: RM20.90
M/S: 392
Cetakan 1 - 2004
Cetakan 2 - 2005

"CINTA ITU PELIK? SEPERTI HUJAN PANAS. DALAM HUJAN ADA PANASNYA. DALAM PANAS ADA HUJANNYA."

Blurb:

Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula...tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?

Review:

RKM antara 20 koleksi novel yang Kak Chik borong hujung Jan 2011, order terus daru JS...Terima kasih buat Kak Mariah sebab tolong dapatkan tandatangan Kak Su ...& nota dari Kak Su..."Moga cerita kecil ini dekat di hati." Dan alhamdulillah dalam 1 malam dapat mengkhatamkan karya penulis hebat ini...

Jom baca apa yang Kak Chik rasa dari RKM ni....Farhana, anak harapan keluarga yang tiba-tiba nekad meninggalkan keluarga selepas peristiwa aib itu. Kerana cinta Farhana, anak bekas imam itu sanggup memalukan ibu dan keluarga. Kerana cinta juga Farhana sanggup berkurang ajar dengan abang teh yang selama ini ikatan mereka bagaikan isi dengan kuku.

Masri...si buah hati yang menjadi suami yang amat dicintai Farhana. Selepas menikah Farhana nekad menjadi suri Masri. Merelakan ijazah dalam jurusan Bahasa Perancis itu terbiar. Tawaran untuk mendapatkan Diploma Pendidikan untuk mencapai cita-cita sejak kecil juga sanggup ditepis demi cinta yang tulus buat Masri. Namun...panas itu bukannya selalu ke petang... apabila hujan merenyai di tegah hari... hubungan yang bertunjangkan cinta itu terlerai juga...

Kerana terluka dan desakan untuk menjauhkan diri dari bayangan Masri, Farhana nekad meninggalkan ibu dan keluarga...Hidup di rantau orang tidak pernah mudah buat Farhana...apatah lagi dengan diri yang disahkan hamil...

Dan..setelah 7 tahun di rantau orang dengan segala pengalaman dan kesusahan, Farhana kembali ke bumi bertuah Malaysia dengan 2 orang buah hati pengarang jantung...Zetti & Zaynn...namun ketenangan yang dikecapi hanya sementara setelah buah hatinya dirampas secara kejam oleh Masri...walaupun dia hampir hilang separuh nyawa untuk kembali kepada Masri tidak sesekali... dia menanggung penderitaan yang bertimpa-timpa setelah buah hatinya dirampas...

Dan kehadiran Imran dan Ilham juga bagaikan penyeri jalan cerita...sungguh terharu dengan pengorbanan Imran yang sanggup melepaskan sesuatu yang sudah hampir dalam genggaman untuk kebahagian insan-insan yang dia sayangi terutama Najaah yang selalu nampak gembira itu...

Aduhhhhh....kasihan sungguh pada Zaynn yang sungguh membela uminya... tetapi kadang-kadang rasa mcm nak cubit-cubit aja Zetti yang bagaikan tidak kisah tidak tinggal dengan uminya lagi...Memang begitu ke sikap anak perempuan setelah menemui ayahnya kembali?...Sungguh la geram dengan Zetti tu...

Pengakhiran yang sungguh membahagiakan buat Farhana...tapi kalau dia dengan Imran macam lagi 'sweet' kan? Hehehehh...memandai pula Kak Chik ni..

P/S: Jangan sesekali bermain dengan hukun Allah...taklik itu tetap 'jadi' walaupun sebelum kita berkahwin...

Misi: 3 karya Kak Su dr Creative yang blm dikumpul...
1. Biru Ungu Cinta
2. Untukmu Ain...
3. Tanah Andriyana...

Thumbs up untuk Kak Su...dan setia menanti karyaikarya terbaru dr Kak Su...

LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
- Kak Chik-

Feb 24, 2011

KK : Cabaran 50 Buku : (1) Journal Seorang Pelaut

Tajuk : Journal Seorang Pelaut
Pengarang : Hasrul Syah b. Hassan
Penerbit : ar-risalah product sdn. Bhd.
ISBN :983-2672-19-8
Mukasurat : 442 Halaman
Harga: Rm 15.00

kisah seorang pelaut bernama zamri yang telah bertugas di atas kapal sebagai jurutera hampir 9 bulan.setelah tempoh itu dia dibenarkan pulang bercuti dan semasa dia sedang berkemas untuk pulang bercuti dia terjumpa diari seorang pelaut yang juga bekerja sebagai jurutera di atas kapal tersebut tetapi menghilangkan diri.

'walaupun membaca diari orang lain adalah melanggar hak keperibadian seseorang, namun Zamri tetap membacanya kerana keinginannya untuk mengetahui cerita sebenar membuak-buak'

sambil mengemas pakaiannya zamri mula membaca diari tersebut. di dalam diari tersebut tidak disebut empunya nama. malah tuan diari tersebut hanya membahasakan dirinya sebagai aku. malah segala maklumat peribadinya juga tiada dalam diari tersebut. untuk mengetahui apa yang terjadi pada jurutera tersebut zamri terus membaca diari tersebut hingga ke muka surat terakhir diari tersebut.

namun diakhir pembacaannya, 'pesanan aku kepada sesiapa yang membaca diari aku, tolong jangan buangkan diari ini ke laut. kalau boleh tuliskanlah kisah hidup aku ini buat tatapan orang lain. ini adalah bagi tatapan mereka yang sentiasa memandang rendah dan salah faham terhadap diri seorang pelaut.'

setelah selesai membaca diari tersebut, kapal zamri juga telah sampai ke pelabuhan. cutinya telah bermula dan dia mengalami konflik dengan teman wanitanya yang kononnya tidak suka ditinggalkan lama-lama.


tajuk novel ini adalah sangat biasa tetapi menarik. kerana kita jarang didedahkan dengan kehidupan seorang pelaut. malah melihat kepada penerbitan buku ini tidaklah dikenali ramai. jalan ceritanya biasa sahaja tapi buat saya tertarik untuk membaca sampai habis. bahasanya tidak terlalu berat dan santai sahaja. dalam buku ini juga, didedahkan tentang bagaimana kerjaya seorang pelaut dan juga cabaran-cabaran yang mereka hadapi. bahagian paling seronok jadi seorang pelaut adalah mereka naik kapal dan belayar di laut yang luas. seronok sebab boleh tengok langit yang biru. boleh rasa angin. jadi seorang pelaut juga boleh banyak berjalan. yalah, sebab mereka akan berhenti di pelabuhan tertentu untuk hantar dan ambil kargo.

tapi untuk jadi seorang pelaut mestilah kental dan tabah. sebab kene berjauh dari keluarga dan orang tersayang untuk tempoh tertentu.siapa sanggup kene tinggal selalu. pelaut juga memang kene kuat sebab dalam novel ini diceritakan pelaut-pelaut akan berseronok mencari perempuan-perempuan murahan dan minum arak apabila mereka berhenti di pelabuhan untuk seketika. antara sebab inilah ada yang masih memandang serong terhadap kerjaya pelaut ini.

buku ni dah lama beli tapi baru skarang nak baca.huhu.

Sumber : Khaulah Khalid

Aimie: Cabaran 50 Buku: (2) Geng ABCDE Bercuti ke Arau

Penulis: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM14.00 / RM16.00
M/S : 170
Cetakan 1 - 2011


Blurb:

Azrin
Badrul
Choon Wai
Deva
Ee Lin

... membawa anda bercuti bersama mereka ke Arau, di rumah Tok dan Tok Wan. Di Perlis banyak yang dipelajari Geng ABCDE. Daripada membantu tok menceraikan biji kekabu untuk dibuat bantal, menghiris asam gelugur dan menolong di dapur, mereka juga membantu Tok Wan membuat bubu, menjemur koko dan macam-macam lagi.Selain mandi sungai dan menjelajah Gua Kelam, mereka juga belajar membuat layang-layang. Mereka pernah juga dikejar dengan parang dan pelepah pisang oleh Abang Harun. Benarkah Abang Harun itu seorang pekebun pisang?

Jon sama-sama bantu Geng ABCDE selesaikan misteri penyeludupan dari negara jiran.

"HLOVATE pelajar dari luar negara ini menggunakan pengalaman waktu kecil bersama nenek dan datuknya untuk menulis cerita ini. Pada HLOVATE pendidikan bukan sahaja ada di bilik darjah tetapi kita peroleh melalui pengalaman secara tidak formal"


Review:

Geng ABCDE : Azrin, Badrul, Choon Wai, Deva dan Ee Lin merupakan kumpulan kanak-kanak yang bersahabat baik. Azrin adik kepada Badrul manakala Ee Lin pula adik kepada Choon Wai. Mereka digelar Geng ABCDE kerana keakraban mereka dan nama panggilan tersebut diambil bersempena huruf pertama pada setiap nama.

Kisah mereka bermula, apabila mereka telah mengambil keputusan untuk menghabiskan baki cuti sekolah ke Kampung Permai di Arau. Bercuti di rumah Tok dan Tok Wan Azrin dan Badrul.

Pelbagai pengalaman yang dikutip mereka sepanjang percutian tersebut: membuat layang-layang, mengasingkan biji kekabu, membantu Tok menyediakan asam keping & membantu Tok Wan menjemur biji koko.

Selain itu, mereka juga telah dibawa oleh Tok dan Tok Wan berkelah di dusun buah-buahan dan menjala ikan di anak sungai. Semuanya menjadi pengalaman yang sungguh mengujakan.

Tetapi, siapakah Abang Harun yang telah mengejar Badrul, Choon Wai dan Deva dengan pelepah pisang dan parang yang tajam berkilat. Apakah tujuan Abang Harun berkebun pisang di tanah seberang dusun Tok Wan?

Singkap rahsia percutian Geng ABCDE di Kampung Permai di dalam novel kanak-kanak ini...

Novel ini berguna untuk anak-anak mempelajari peribahasa yang banyak digunakan dalam karya terbaru HLOVATE ini. Selain itu, ada juga bacaan doa-doa harian yang dititipkan HLOVATE untuk pembaca.

P/S: Heheheh.. rasa sedikit pelik apabila HLOVATE menggunakan bahasa yang lain daripada bahasa sarkastik yang menjadi identitinya. Bahasa yang digunakan mudah difahami bagi golongan kanak-kanak.

Kak Chik dah cadangkan pada kawan-kawan untuk beli novel ni untuk anak-anak mereka mempelajari cara penulisan karangan yang baik... :)

2 thumbs up to HLOVATE & JS Adiwarna!!!!!

LiFe iS a LoNG JouRNeY
~ Kak Chik~

Aimie: Cabaran 50 Buku: (1) Tentang...Dhiya

Penulis: Syud
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Price: RM21.00
Page: 544

Blurb:
Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi

Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan.
Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan.
Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?

Menurut Dhiya, Azril tu:
Tipikal groupmate: tak datang diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!

Sedangkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini.
Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.

Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?

Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah...jika itu yang terbaik!

Syud ada gaya yang tersendiri apabila bercerita Tentang...Dhiya.
Watak-watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan kita.

Review:
Karya pertama dari Syud ini memang mampu menarik minat Kak Chik... mengingatkan zaman suka duka di tanah kampus untuk menuntut ilmu...

Dhiya @ Lisa...tak suka orang memanggilnya dengan nama pertama kerana nama itu mengingatkan dia pada org yang dikagumi Faiz...Lisa anak yatim piatu yang menumpang kasih pada keluarga Ayah Ngah Zahim...perjalanan yang sungguh berliku bagi anak tunggal ini...namun dia cuba bertabah hati... kelemahan Lisa ialah dia tak berkongsi rasa hati dengan sesiapa kecuali mereka yang dirapat atau yang dia suka seperti Faiz...namun akhirnya dia terluka juga apabila Faiz menganggapnya sebagai 'masalah'.

Pertemuan dengan Azril ketika kelas elektif EOP, Lisa sudah menetapkan kata hati 'first impression'nya pada Azril memang teruk dan tidak akan berubah. Bagi Lisa, Azril itu tidak bertanggungjawab terhadap tugasan berkumpulan, bena tak bena...jadi penilaian itu dijadikan kayu pengukur pada tugasan terakhir bagi kertas tersebut...dan peristiwa itu juga yang mengubah hati Lisa...

Azril...anak lelaki yang mengalami kepayahan emosi selepas perceraian papa dan mama kerana dia anak yang paling rapat dengan papa. Bagi Azril apa yang dimarahkan sgt oleh Lisa hingga gadis itu tidak pernah bermanis muka dengannya. Jangankan tersenyum manis, bercakap pun tidak pernah lembut dengannya. Namun bagi Azril, senyum itu sedekah.heheheh... Dia tersenyum hanya untuk membuatkan orang lain juga gembira.

Kata-kata terakhir Lisa sebelum mereka terpisah dek rasa bersalah yang terungkap merubah dia menjadi yang lebih baik. Kata-kata yang membuka hati Azril untuk bertemu papa selepas 3 tahun tidak pernah bertemu dan bertanya khabar...

Selepas 3 tahun terpisah...pertemuan yang tidak dijangka di rumah Puan Hajah mengubah segalanya...

Sungguh berkesan cara pengolahan dari Syud walaupun pada pertengahan cerita sudah dapat mengagak pengakhiran cerita Azril-Lisa....

Watak-watak seperti Ezwan dan Faiz tidak cukup kuat utk menggugat kukuhnya watak Azril di hati Lisa...pengakhiran yang sungguh manis....

Buat Kak Chik jatuh hati lagi....

LiFe iS a LoNg JouRNeY
~Kak Chik ~

Azim : Cabaran 50 Buku : (1) Single Unavailable

Tajuk : Single Unavailable
Pengarang : Nurina Izzati
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN :978-983-097-268-8
Mukasurat : 240 Halaman


Taqiah, 17 tahun, merupakan gadis miskin yang juga seorang ketua pengawas di SMK Syed Ahmad. Rakan baiknya bernama Arina. Taqiah sering mendapat tempat pertama dalam setiap kali peperiksaan dan terkenal dengan kecantikan serta ketegasannya. Bakal menghadapi SPM tetapi tidak ingin menekan diri sendiri sebaliknya belajar dengan cara yang sistematik dan proaktif serta sentiasa beribadah.

Melalui insiden di sebuah pusat beli-belah, dia bertemu dengan Latif Marwan Rusydi. Pertemuan itu berbaur pertengkaran kerana telefon bimbit kedua-duanya tertukar. Saling membenci satu sama lain. Mereka bertemu di sekolah apabila Marwan mendaftar sebagai pelajar baru.

Kedua-duanya lambat laun mulai menjalinkan persahabatan, terutama setelah jejaka itu menolong Taqiah yang diganggu samseng jalanan. Sifat Marwan yang hanya tahu bersenang-lenang jauh sekali berbeza dengan Taqiah yang gigih dan baik. Perlahan-lahan, Marwan mula menaruh hati kepada Taqiah. Sifatnya yang selalu ingin mempertahankan kebenaran berjaya merembat hati jejaka itu. Meskipun Marwan hidup dalam kemewahan, dia suka membantu orang yang kesusahan.

Mutharah, adik kepada Taqiah, sangat menyayangi kakaknya. Setelah mengetahui dia menghidap kanser, dia merahsiakannya dari pengetahuan kakaknya. Dia tabah menerima takdir Allah. Sedar dirinya miskin, dia hanya membiarkan penyakitnya itu. Menyukai Marwan tetapi akhirnya sedar bahawa jejaka itu mempunyai perasaan sebaliknya. Apabila Mutharah meninggal dunia, Taqiah begitu sebak dan sedikit terkilan kerana Mutharah merahsiakan penyakitnya tetapi akhirnya sedar tentang kasih sayang adiknya yang begitu mendalam dan setiap hari terpaksa menanggung kesakitan yang amat.

Kehadiran Bang Rifqi sering menghalang Marwan dalam melaksanakan apa pun kerana abangnya jauh lebih pintar dan disayangi ibu bapanya. Meskipun begitu, Bang Rifqi sering alpa terhadap ajaran agama dan sentiasa ingin mendapatkan apa yang dimahukan. Berlagak dengan nikmat duniawi yang diperoleh tetapi sering bersandiwara di hadapan Taqiah. Perasaan cemburu dan iri hati akan keakraban Taqiah dan Marwan membuatkan mereka sering dilanda konflik.

Setelah kematian Mutharah, muncul seorang gadis yang mirip sekali dengan Mutharah. Rentetan senario, Taqiah cuba memenangi hati gadis yang keras itu walaupun dilanda pelbagai cabaran. Marwan pula cuba memenangi hati Taqiah yang akhirnya sedar bahawa hati Taqiah tidak mungkin terbuka untuk berpasangan kerana menuruti syariat Islam.

Kenapa anda perlu baca novel ini?

Novel ini berlandaskan motivasi dan syariat Islam. Ia mengisahkan perjalanan anak muda yang menghadapi konflik kehidupan, pelajaran dan cinta. Selain itu, Single Unavailable juga menunjukkan bagaimana caranya untuk anda mengatasi cabaran serta dugaan yang datang berlandaskan hukum hakam agama. Buku ini amatlah sesuai dibaca oleh remaja-remaja dan juga ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat awal dan pertengahan remaja.

Konklusinya, bagi anda yang ingin mendekatkan diri kepada Allah, bacalah Single Unavailable. Tidak rugi anda melapangkan sedikit masa untuk membaca buku yang berlandaskan agama Islam.

Sumber : Azim

R: Cabaran 50 Buku: (12) Perlumbaan Kedua


Perlumbaan Kedua
Penulis: Marwilis Haji Yusof
Cetakan Pertama 1992
Terbitan Marwilis Publisher & Distributor Sdn Bhd
RM5.50
180 mukasurat
9789836230386
Diperakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


Novel Satira karya Marwilis Haji Yusuf ni aku baca yang versi pelajar yang pernah menjadi bacaan wajib untuk pelajar-pelajar tingkatan 4. Aku tak berpeluang dan tak berminat pun nak baca novel dulu, so tak tahulah berkenaan novel-novel sebegini.


Selain dari 'Perlumbaan Kedua', aku penah baca 'Bila Lagi Kompang Berbunyi' karya penulis ini, tapi dah lama. Aku pun dah lupa cerita dia mcm mana tapi yg aku ingat, citer tu best. haha boleh macam tu? Then aku penah gak baca 'Daun Kering Di Hujung Ranting' citer ni bukan citarasa aku. Cerita dia mcm mana pun aku rasa mcm tau tapi sebenarnya tak tau. Terlupa.


Perlumbaan Kedua bukan cerita tipikal yg kita baca, tak kiralah di zaman tadika dan sekolah rendah ataupun di zaman sekolah menengah dan alam dewasa. Pernah dengar perlumbaan epik antara arnab dan kura-kura? Haa ni adalah sambungan kisah itu. Kisah ini diceritakan dlm nada dewasa dan tidak langsung keanak-anakan.


Aku suka! Aku suka!


Setelah hampir 200 tahun berlalu, Sang Kancil did it again. Dia berjaya 'mencucuk' arnab supaya mengajak kura-kura berlumba buat kali kedua bagi menebus maruah datuk nenek moyang arnab yg malunya masih belum hilang gara-gara kekalahan dalam perlumbaan yg sangat terkenal itu.


Kelancangan sang Kancil telah menyebabkan arnab mahu perlumbaan kedua diadakan dgn syarat ianya akan menjadi perlumbaan terakhir, tiada lagi perlumbaan ketiga sehingga kiamat. Perlumbaan itu juga mesti diadakan di darat dan mestilah disaksikan oleh kesemua penghuni rimba. Tak kira teknik berlumba bagaimana yg nak digunakan, asalkan mereka berlumba. Dan sekiranya sang kura-kura menolak utk berlumba, kura-kura mestilah mengisytiharkan dirinya kalah. Sekiranya sang kancil gagal melaksanakan perlumbaan itu, arnab mencabar kancil utk berlumba dgnnya.


Dengan bantuan sang murai, sekelip mata saja berita perlumbaan sensasi itu tersebar ke segala pelusuk rimba.


Sang Kancil sendiri menemui Tok Kura dan cucu2nya utk menyampaikan cabaran sang arnab. Dari detik cabaran itu disahut, Tok Kura sudah mempunyai strategi utk mempertahankan kejuaraan.


Selepas kawasan nak racing dipersetujui, geng2 sang arnab dan geng2 tok kura sibuk menjalani latihan intensif utk memilih siapakah wakil terbaik utk berlumba buat kali kedua.


Pelbagai strategi digunakan sang arnab dan tok kura utk melaksanakan misi mereka. Sang Arnab pakai spy, si tedung yg dahagakan upah telur ayam fresh setiap hari. Tok Kura lebih kepada cuba menerapkan ilmu kepada golongan kura-kura muda yg dilatihnya tetapi golongan muda ini terlalu dimanjakan sehingga mak bapak sendiri pun marah2 tengok anak mereka diberi latihan yg dikatakan tidak ada kena mengena dgn perlumbaan itu. Memang nangis la kalau baca kisah tok kura masa tu. Nangis aku masa Tok kura menangis hiba sambil berkata "Susu dibalas dengan tuba, susu dibalas dengan tuba." Rasa kecewa yg tebal menyebabkan Tok Kura membuat keputusan utk berlumba sendiri dgn arnab. Memang semua terlopong dgn kebijaksanaan Tok Kura yg sudah hampir berusia 200 tahun itu. Tok Kura yg dihina berbagai spesis kura2 tu lah akhirnya menjadi hero mempertahankan maruah keturunan mereka. Anak2 mengadu sikit dah nak mengamuk. So lahirlah golongan2 manja yang tidak boleh ditegur dan tidak boleh ditunjuk ajar.


Walaupun membaca kisah binatang, pengajarannya besar kepada manusia yg membacanya. Yang tua byk ilmunya, hasil didikan golongan orang lama jauh lebih baik berbanding didikan orang2 kemudian dari mereka.


antara watak-watak menarik dalam novel ini.


Sang Gajah - mudah bersimpati dan adil dlm membuat keputusan.


Sang tedung - sanggup berkhidmat dgn upah yg setimpal
-jadi spy kpd arnab


Tok kura - pergerakan slow tapi akal panjang

sang murai - tak boleh simpan rahsia
- penyampai berita
- hebohkan diri teruk2 buat kerja
- menunjuk nunjuk kebaikan diri.


Sang Kancil - kaki ampu
-penuh muslihat
- melaga-lagakan / mengadu domba


Arnab - suka dipuji
-pantang dicabar
-upah pengintip

Feb 23, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku (6) : Tak Kuduga


Tak Kuduga
Ramlah Rashid

ISBN: 978983366906
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 7 Jan 2006
Halaman: ~ 496
Harga: RM18.90

~ Rasaku… ~

Between love and gratitude, Siti Atilia has to choose between Datuk Firzat and his son's love, Farami. [Blurb taken from website]

Kalau baca blurb di atas dah terang-terang ini seperti kisah cinta 3 segi. Tapi apabila baca aku tak letak ia dalam kategori itu. Sebabnya cinta yang ada tidak dilafazkan. Lantas teringat pada novel Samudera Indah Nian yang mengatakan cinta itu bukannya cinta selagi ia tak dilafazkan. Eh, benarkah? hahaha :p

Siti Atilia Husna [Lia]; gadis muda yang lari dari kampungnya kerana tak mahu berkahwin dengan sepupunya sendiri. Lia yang ketika itu mendapat tawaran ke universiti tidak disokong oleh ibu saudaranya sebaliknya makciknya itu mahu mengikat Lia dengan anak tunggalnya yang memang tak boleh diharap. Lia tekad untuk melarikan diri di hari perkahwinannya. Ni memang kerja gila!

Kali pertama menjejak kaki ke Kuala Lumpur tidak mudah. Apatah lagi untuk gadis mentah seperti Lia. Ditipu oleh Nayli dan nyaris-nyaris saja dia dijadikan pelacur. Mujur Lia ni bijak dan berani juga. Kalau tak memang habis! Dalam episodnya melarikan diri daripada Nayli dan konco-konconya, dia bertemu dengan Datuk Firzat. Lia menumpang teduh di kondominium mewah Datuk Firzat. Di saat itu barulah dia tahu siapa Datuk Firzat sebenarnya.

Ketegasan Lia wajar dipuji. Tidak mudah diperdaya dan dengan perlahan-lahan juga dia berjaya membawa Datuk Firzat kembali ke jalan yang benar. Namun hati Lia berkocak juga apabila berdepan dengan Datuk Firzat. Gaya, kemanjaan disertai dengan budi jasa Datuk Firzat membuatkan Lia teringat-ingat, lantas terjatuh cinta! Kuat penangan Datuk Firzat sehingga Lia yang teguh hatinya turut tewas meladeni rasa cinta yang baru bertunas.

Kemunculan Nik Norman Farami [Farami]; yang merupakan anak angkat Datuk Firzat turut menggugat hati Lia. Kenakalan dan ketampanan lelaki itu acap kali menyebabkan jantung Lia bergetar lebih hebat daripada biasa. Sudahnya Lia bingung. Cintanya itu pada siapa? Datuk Firzat atau anak angkatnya?

Semasa terpandang saja penulisnya, aku dah terus ambil. Kredit kepada penulisnya yang membawa isu pelacuran-perempuan simpanan dalam cerita ini. Ada banyak yang boleh dikutip. Antara dianiayai atau menganiayai, antara kita yang rela atau dipaksa rela untuk memilih jalan sendiri. Memang takdir itu telah ditetapkan tetapi kita berhak dan seharusnya memilih jalan yang mana kita lalui - hitam atau putih. Tepuk dada, tanya hati… bertemankan iman pasti ada jalannya!

Ps: Aku beli novel ni semasa Karnival Alaf hari tu dengan potongan 50%!

Happy reading (^-<) sumber : Airina

Berita Baik..... 'Jom Lomba Baca' sudah ada PENAJA....

Salam semua,

Wah! Sememangnya ini adalah berita baik yang tidak dijangkakan. Acara 'Jom Lomba Baca' kita ini telah mendapat perhatian khusus daripada pihak Jemari Seni Sdn Bhd dan pihak Jemari Seni Sdn Bhd (JS) telah berbesar hati menaja acara 'Jom Lomba Baca' kita ini.

Saya bagi pihak Ulatbuku ingin merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JS yang sudi menaja acara yang tidak seberapa ini. Moga acara ini akan mendapat sokongan daripada anda semua. Dan masih belum terlambat untuk anda menyertai acara ini. Penyertaan anda amat-amat dialu-alukan untuk turut serta memeriahkan lagi acara 'Jom Lomba Baca' ini.

Jomlah Lomba Baca!!!

* * * * * * * *


CABARAN 50 BUKU
Anjuran
ULAT BUKU
Logo UB

tajaan
JEMARI SENI SDN BHD



Sepuluh Hadiah Bulanan:
10 buah buku Jemari Seni Sdn. Bhd. terbitan terkini untuk sepuluh resensi buku pilihan.

Hadiah Utama:

Hadiah Pertama
(a) Baucar bernilai RM200 untuk membeli buku di Toko Buku JS
(b) Hadiah hamper barangan solek bernilai RM200 – Body Shop
(c) Koleksi kerongsang bernilai RM100 daripada Pulau Nami 

Hadiah Kedua
Baucar bernilai RM150 untuk membeli buku di Toko Buku JS

Hadiah Ketiga
Baucar bernilai RM150 untuk membeli buku di Toko Buku JS

* * *

Syarat-syarat:

(a) Cabaran 50 Buku - ‘ Jom Lomba Baca’ terbuka kepada semua pembaca buku di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia (sila lawat laman sesawang http://ulatbuku-06.blogspot.com/ )
(b) Anda boleh mengulas buku apa sahaja daripada mana-mana penerbit pun, serta daripada apa-apa genre juga.
(c) Buku pilihan mestilah menggunakan bahasa Melayu dan ulasannya juga menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
(d) Anda berhak menerima cenderahati bulanan berupa sebuah buku daripada Jemari Seni Sdn. Bhd. sekiranya ulasan anda terpilih sebagai resensi pilihan bulanan.
(e) Pilihan resensi terbaik bergantung pada bagaimana anda dapat meyakinkan pembaca, buku tersebut patut dimiliki. Ini tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik cuma komen serta saran yang positif adalah lebih digalakkan.
(f) Resensi pilihan bulanan akan dicalonkan untuk hadiah utama hujung tahun selari dengan tamatnya Cabaran 50 Buku – ‘Jom Lomba Baca’
(g) Walau bagaimanapun, penganjur (Wan Amalyn) dan kakitangan Jemari Seni Sdn Bhd tidak layak untuk menerima hadiah utama.
(h) Hadiah akan dikirimkan melalui pos.

Jom Lomba Baca!!!