Apr 30, 2011

Keputusan Cabaran 50 Buku : Bulan Mac 2011

Salam semua,

Selepas 3 bulan berlangsungnya acara ‘Cabaran 50 Buku – Jom Lomba Baca!’, dan sebagaimana yang dijanjikan, inilah senarai 10 ulasan terpilih antara yang terbaik yang dipilih oleh panel penilai. (Harap maklum, bukan mudah mereka nak buat pilihan ya!)

1. Aimie (Azizah) – 3 Jantung Hati
2. Airina – Odisi Bulan Biru
3. Anita Sang – Cinta Dari Istana
4. Arirada – Kau Curi Hatiku
5. Ayu Abu Bakar – Jaja & Din
6. Mardihah Adam – Namaku Bukan Maria
7. Melihat Buku – Tunggul-Tunggul Gerigis
8. Noor Hekmat – 5 Tahun 5 Bulan
9. Xana – Rayyan Fantasi
10.Wan Amalyn – Tok Janggut
(tidak mengikut susunan)

Untuk makluman semua, pemilihan dibuat berdasarkan beberapa kriteria antaranya:
• Ulasan yang mempunyai pendapat dan pandangan peribadi pengulas tentang sesebuah buku yang mereka baca dan ulas. Dan pendapat serta pandangan itu difahami/sampai pada pembaca lain.
• Ulasan yang dibuat juga mampu menarik minat pembaca lain untuk mencari dan membaca karya yang diulas itu.
• Ulasan tidak semestinya pro sahaja, pengulas boleh mengkritik melalui ulasan mereka TETAPI dengan cara yang berhemah bukan menjatuhkan mana-mana pihak.
• Ulasan yang menggunakan ‘bahasa yang betul’ akan diberi keutamaan oleh panel penilai. Cuba elakkan guna singkatan ayat, juga gunakan struktur ejaan yang betul (contoh: begitu bukan gitew)

Walaupun mungkin ini hanya sekadar acara ‘main-main’ pada kalian, tapi kakwan amat berharap agar kita semua menjaga dan memartabatkan bahasa ibunda kita ini. Lagipun kita ada penaja (Jemari Seni Sdn Bhd) yang amat menitikberatkan penggunaan bahasa yang baik dan betul (tidak perlu bahasa berbunga-bunga). Jadi kita harus menghormati dan menghargai sumbangan ikhlas daripada penaja kepada grup kita ini dengan cara berbahasa dengan betul!.

Sehingga kita bertemu di bulan hadapan, dan jangan lupa tanggungjawab kalian untuk terus menghantar ulasan-ulasan terkini. Sekian.

Bahasa Jiwa Bangsa.... Jom kita Lomba Baca!


Kak Wan


Nota: Bagi sesiapa yang masih belum beri alamat yang boleh dihubungi untuk tujuan penghantaran buku, maklumkan pada kakwan bagaimana buku ini boleh sampai ke tangan anda dengan selamat.

Apr 25, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku : (18) Menunggu Hujan

Tajuk : Menunggu Hujan
Penulis: Adileah
Penerbit: Jemari Seni (Mac 2011)
447 Mukasurat
Harga: RM19 (SM)/ RM22 (SS)

Terima kasih kepada Jemari Seni kerana menghadiahkan novel ini untuk Cabaran Lomba Baca bulan Mac. Tahniah juga kepada penulis. Disebabkan novel yang sangat manis dan comel ini, saya sanggup tidak tidur sepanjang malam untuk menghabiskan bacaan. Tidak sanggup rasanya hendak meninggalkan bacaan selagi belum sampai ke penamat. Kalau dibandingkan dengan novel yang pertama, Pada Angin Aku Berpesan, sudah semestinya saya akan memilih novel ini kerana penamatnya yang amat mengembirakan. Mungkin penamat Pada Angin Aku Berpesan untuk Ariel dan Yasmeen tidak seperti kehendak hati. Tapi Menunggu Hujan betul-betul telah mengubat hati yang sedikit terkilan membaca novel sebelumnya.

Tarikan bukan saja terletak pada penamat yang ‘happy ending’, tetapi telah bermula dari kulit novel yang sangat comel. Kemudian kehadiran watak Malisa dan Hafiz yang begitu segar dalam ingatan, mencuit hati dan saya rasa pasangan yang sangat comel dan serasi. Jalan cerita dan bahasa yang bersahaja tetapi diatur dengan cantik merupakan tarikan yang akan sentiasa lekat di hati. Cuma ada satu atau dua kesilapan ejaan ( typing error ) tetapi saya boleh tutup mata kerana itu semua tidak dinafikan hampir akan berlaku dalam mana-mana novel. Adakalanya saya akan tergelak disebabkan kejadiaan-kejadian yang menggelikan hati berlaku antara Malisa dan Hafiz.Oh..tidak dapat dinafikan yang hati memang sudah jatuh cinta dengan watak Malisa dan Hafiz.

Malisa @ pendera Hati @ penambah selera @burung hutan:

Begitu banyak gelaran yang Hafiz berikan kepada Malisa hingga saya jadi tergelak sendiri kerana belum pernah saya jumpa gelaran-gelaran yang begitu untuk si buah hati. Malisa adalah Malisa, mungkin tidak cantik dan tiada yang istimewa bagi orang lain, tapi bagi Hafiz, dialah wanita yang dia inginkan, bersama Malisa dia berasa tenang.Memandang Malisa buat kali pertama di bilik Cik Puan membuatkan dirinya tidak lagi memandang gadis lain kerana hatinya telah dicuri oleh Malisa. Dalam tegasnya ada kelembutan, nampak keras di luar namun hatinya rapuh kalau nama Hafiz terlibat, sentiasa melipat kemas rahsia hati agar tidak jelas di mata.Walaupun sekuat mana dia mencuba, kekadang Hafiz masih dapat meneka dan merasa. Bahagian yang paling mencuit hati apabila Malisa sanggup bersembunyi di bawah katil Cik Puan kerana tidak ingin terserempak dengan Hafiz.

Hafiz bin Mustapha @ Cucu yang ke-50 @ kuih pau yang gebu @ pendera hati

Kalau Hafiz ada gelaran-gelaran yang sangat comel untuk Malisa, Malisa pun tidak kurangnya. Mungkin sebab itu juga saya rasa mereka berdua adalah hero dan heroin yang sangat serasi. Mengenali Malisa dan melihat kelembutan Malisa melayan neneknya, Hafiz sudah dapat meletakkan Malisa di tempat yang teratas dalam pilihan hatinya. Sikapnya yang tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Malisa benar-benar patut di puji walaupun halangan yang paling hebat dari Puan Rokiah (mamanya) dan Dayang Suhaila ( tunang ) tidak putus-putus hingga sampai satu tahap dia rasa perlu berkorban untuk ketenangan Malisa walau hati tidak merelakan. Betapa terharunya. Hafiz juga sangat pandai mengambil hati Atuk dan Opah Malisa, antara orang yang sangat penting dalam hidup Malisa.

Cukuplah saya berkongsi sedikit rasa saya tentang novel ini. Kalau hendak dikongsikan semua rasanya tidak mampu. Buat masa ini hati dan perasaan saya masih penuh dengan Menunggu Hujan ( sekurang-kurangnya sebelum saya menemukan watak dan jalan cerita yang betul-betul dapat membuat saya jatuh cinta). Kalau hendak tahu kenapa wujudnya gelaran-gelaran yang sangat mencuit hati itu, silalah baca novel ini. Tahniah sekali lagi kepada Adileah untuk cerita yang sangat berkesan di hati ini.

---
Anita Sang

KK: Cabaran 50 Buku: (9) 9 Nyawa

Tajuk:9 Nyawa
Pengarang: Ramlee Awang Murshid
Terbitan: Alaf21 SDN BHD
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-487-6
Halaman: 512 muka surat


kata kulit buku:

INTAN SURYANI

Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM

Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan
itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

sumber: alaf 21

kata KK:

Saya mengakui kata penulis “ ini bukan stail baru, Cuma diaplikasikan dalam persembahan novel..”

Kerana kisah semalam mereka bertemu kembali. Intan Suryani dan Hakimi sendiri terlupa tentang kejadian tersebut tetapi hakikatnya sejarah tetap menghantui mereka. Intan mengidapi sakit jantung dan hakim buta kerana kemalangan. Dalam dunia paranormal intan bertemu hakimi. Hakimi seperti membuka pintu hakikat sebenar kepada haryani. Dunia paranormal itulah yang merungkai segalanya.

Saya bersetuju dengan penulis. Biasa. Tidak sehebat trilogi novelnya tetang laksamana susan yang lebih lekat dihati saya. 9 nyawa mengingatkan kita bahawa kita – orang melayu masuh percaya kepada mitos dari Islam sendiri. Pada penghayatan saya, penulis seolah cubamenyampaikan mesej salah satu ciri-ciri peribadi muslim iaitu aqidah yang sejahtera. Kenapa tidak kita teguhkan hati dengan rukun iman. Sahabat-sahabat nabi dulu disiksa hanya mempertahankan uman kenapa tidak kita? mungkin inilah yang penulis mahu sampaikan.

--
-khaulah khalid-

MB : Cabaran 50 Buku : (15) Menerjang Badai : 60 Tahun Mempersada Perjuangan

Judul : Menerjang Badai : 60 Tahun Mempersada Perjuangan
Penulis : Riduan Mohamad Nor
Terbitan : Jundi Resources
ISBN : 978-967-5968-06-8



1. Kehadiran buku ini, pertama kalinya adalah untuk menjawab, membalas hujah, terhadap buku yang ditulis oleh Dr Mujahid Yusof, terbitan The Malaysian Insider Sdn Bhd yang berjudul Menuju PAS Baru Krisis, Pejuang Dan Dinamisme.

2. Dikarang oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor, seorang aktivis PAS yang tidak asing, yang banyak menghasilkan buku-buku untuk bacaan khalayak ramai.

3. Buku ini diterbitkan oleh Jundi Resources cetakan pertama tahun 2011. Sengaja didatangkan dalam rupa yang seakan iras dengan buku Menuju PAS Baru. Berlatarkan rona putih, dengan font diwarnakan hijau dan putih, berserta dengan bendera PAS, mirip benar corak dan susunan kedua buku ini.

4. Walaupun pada kulit buku ini telah dinyatakan sejelas-jelasnya, "Menjawab Buku Menuju PAS Baru", tetapi ia bukanlah untuk menidakkan segala yang ditulis oleh Dr Mujahid, ataupun untuk memulakan api perbalahan antara kedua ahli PAS ini.

5. Di dalam buku ini sendiri telah diterangkan bahawa ia diluncurkan untuk merancakkan medan perbincangan yang sihat, menyegarkan budaya intelektual, berdebat dengan sumur akal yang jernih yang jauh dari sentimen melulu dan emosi yang meledak.

6. Juga dinyatakan bahawa pertembungan ide dan pendapat yang terjadi antara ahli di dalam sesuatu organisasi/parti adalah merupakan suatu proses di antara beberapa proses yang terpaksa dilalui oleh organisasi/parti tersebut bagi mematangkan mereka. Ketidaksefahaman di dalam memberikan pandangan juga berlaku di zaman Nabi saw yang mana para sahabat tidak bercakaran dan bermasam muka lantaran itu, namun sebaliknya merapatkan dan memupukkan kasih sayang dan rasa cinta yang lebih antara mereka demi melihat Islam berkembang dan tercapai di setiap bucu dunia.

7. Begitu juga dengan kedua buah buku ini. Tiada niat menjatuhkan antara satu sama lain bahkan sebagai pembaca, saya melihat ia saling melengkapi pula.

8. Buku Menerjang Badai ini dibahagikan kepada dua segmen. Pada segmen pertama pembaca akan dibawa untuk menelusuri sejarah 60 tahun parti PAS di arena politik tanah air. Bagaimana mulanya, siapa tokohnya, penubuhannya, cabarannya, segalanya diperikan dengan lebih rinci. Pembaca akan merasa lebih mengenali dan mengetahui PAS serta masa silamnya sebaik mengkhatamkan ayat terakhir pada segmen pertama ini.

9. Itu yang saya maksudkan pada poin nombor 7 di atas. Keduanya saling melengkapi. Kepada yang telah membaca Menuju PAS Baru, dan setelah membaca Menerjang Badai, akan dapati bahawa sejarah yang dinukilkan oleh Ustaz Riduan lebih menyeluruh serta lebih mendalam berbanding dengan apa yang ditulis Dr Mujahid.

10. Pada buku Menerjang Badai pembaca akan memesrai PAS dan sejarahnya, manakala pada buku Menuju PAS Baru pula pembaca akan mengutip pandangan ikhlas terhadap krisis yang berlaku di dalam PAS serta ide untuk melihat PAS menuju alaf baru dengan beberapa perubahan agar parti itu kekal relevan pada masa kini dan masa mendatang. Keduanya saling melengkapi.

11. Segmen kedua di dalam buku Menerjang Badai ini pula telah ditampilkan beberapa petikan-petikan yang dianggap 'panas' oleh sebahagian ahli PAS terhadap buku Menuju PAS Baru dan cuba dijawab oleh Ustaz Riduan dengan penerangan yang lebih 'sejuk' sebagai meredakan keadaan.

12. Sesi jawab-menjawab itu terbahagi kepada beberapa persoalan. Antaranya persoalan 'orang luar' yang masuk PAS, yang ditumpukan kepada Dr Burhanuddin, persoalan PAS di era pimpinan Datuk Asri, persoalan Ustaz dan tidak Ustaz di dalam PAS, persoalan pentadbiran PAS di Kelantan, persoalan menasionalkan PAS, persoalan kafir-mengkafir, dan persoalan kepimpinan ulama itu sendiri serta beberapa persoalan lain yang diutarakan oleh Dr Mujahid yang cuba dijawab oleh Ustaz Riduan.

13. Sepertimana dengan buku Menuju PAS Baru, saya juga amat berminat untuk melihat kulit buku pada buku Menerjang Badai ini. Sangat 'jernih' kalau boleh saya katakan begitu. Warna putih yang dipadankan dengan warna hijau muda itu memang kena pada tempatnya. Ditambah pula dengan ilustrasi anak pokok yang sedang membesar di atas telapak tangan dilatarkan pula dengan bendera PAS sebagai backgroundnya, cukup padan dengan judul buku ini sendiri. 60 Tahun Mempersada Perjuangan.

14. Juga boleh difahamkan selama 60 tahun ini, benih yang ditanam oleh para pejuang PAS pada zaman dahulu, sudah mula menampakkan hasilnya. Sudah mula menumbuhkan pohon yang bakal membesar dan terus membesar jika disiram dan dibaja dengan secukupnya.

15. Namun, mungkin ramai yang tidak perasankan pada gambar tangan yang sedang menampung tanah dan anak pokok tersebut. Jika mahu difahamkan secara zahirnya, tangan itu merupakan susuk yang paling penting terhadap perjuangan 60 tahun PAS kerana dari tangan itulah benih yang ditanam mula menunjukkan hasil. Makna kata bukan calang-calang tangan yang patut diberikan tugas 'melakonkan' watak memegang anak pokok tersebut sebagai lambang perjuangan PAS selama ini. Tangan itu harus tangan yang benar-benar turut berjuang bersama, merasa susah dan senang perjalanan PAS selama lebih setengah abad ini.

16. Tetapi jika diteliti dengan lebih teliti pada gambar tangan tersebut, kita akan dapati dan mengetahui bahawa tangan itu bukanlah tangan seorang pejuang. Lihat sahaja pada kuku tangan tersebut. Agak panjang. Tiada sunnah di dalam Islam untuk menyimpan kuku sehingga panjang begitu. Sedangkan PAS adalah sebuah parti Islam, yang menjadikan Islam sebagai pegangan dan perjuangannya. Tetapi 'watak' penting tangan yang memegang benih yang menumbuhkan hasil perjuangan PAS selama 60 tahun tersebut, yang seharusnya diberikan kepada tangan seorang pejuang, namun apa yang terlihat bahawa tangan itu, mempunyai kuku yang panjang yang tidak selari dengan amalan Islam.

17. Mungkin agak melampau-lampau dan berlebih-lebih serta mengada-ngada jika sampai perihal kuku tangan pada kulit buku ini pun mahu dibesar-besarkan. Tetapi sebagai pembaca, saya hanya mentafsir dengan apa yang dilihat. Mungkin juga pemilihan tangan yang berkuku panjang itu tidak membawa maksud apa-apa. Hanya sekadar props untuk menampung anak pokok tersebut. Yang penting anak pokok bukannya tangan. Mungkin.

18. Buku ini boleh didapati dengan harga RM 20.00 senaskhah bagi semenanjung, dan RM 22.00 untuk Sabah dan Sarawak. Saya tidak pasti jika toko-toko buku ternama sudah mula menjual buku ini tetapi boleh sahaja didapati di beberapa laman web yang menjual buku. Seperti di http://belibukuonline.com.my/menerjang-badai-60-tahun-mempersada-perjuangan/

19. Kedua-dua buah buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada semua warga negara yang berminat untuk mengetahui sejarah dan latar belakang sebuah organisasi yang mewarnai dunia politik tanah air. Lebih-lebih lagi kepada ahli PAS sendiri. Buku-buku ini tentang parti yang kalian perjuangkan selama ini. Membacanya akan membuatkan kalian lebih mengerti tentang apa yang dijuangkan. Baca untuk meniti kisah-kisah pejuang yang lalu bagi bekalan kalian untuk terus bangkit berjuang bersama PAS di masa hadapan.

---
melihat buku

KK: Cabaran 50 Buku: (8) Lagukan Senandung Itu

Judul: Lagukan Senandung Itu
Pengarang : Serunai Fakir
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Mukasurat : 311 halaman
Harga : RM18.00
ISBN : 9789836296092


kata kulit buku:

Perjalanannya mempelajari seni gendang tidak mudah. Dia terpaksa melalui jalan berliku, apatah lagi dengan fizikal dirinya seorang wanita. Persepsi masyarakat terhadap wanita dalam permainan tradisional itu tidak menyebelahinya. Begitu pun Fatimah tetap dengan hasratnya untuk mendalami ilmu gendang. Dia sanggup bertualang untuk mencari guru di tempat lain bagi menajamkan ilmunya.

Bukan itu sahaja, ketika perusahaan gendangnya dikhianati sehingga syarikatnya hampir disingkirkan, dia masih melalui saat getir itu dan berjaya membuktikan kebenaran. Kegigihannya mendatangkan pulangan yang berbaloi apabila dia berjaya memenangi pertandingan gendang di peringkat kebangsaan dan turut menerima jemputan ke pertandingan gendang di Korea dan memenanginya.

sumber: serunai faqir

Kata KK:

Buku sastera yang dibeli ketika pesta buku tahun 2010. Cuma cuti semester kali ini sahaja saya berkesempatan untuk membacanya.

Fatimah watak utama dalam buku ini bukanlah cik Tim Fatimah tetapi Fatimah serikandi yang berjuang untuk memartabatkan ilmu gendang. Dari kecil dia telah didedahkan dengan permainan gendang dan serunai. Malan dalam keluarganya dialah yang bersemangat waja untuk mewarisi ilmu gendang dari ayahnya walaupun diah seorang perempuan. apabila dia dewasa, Fatimah kemudian membuka syarikat perusahaan gendang tetapi telah menghadapi kesukaran apabila perusahaan gendangnya telah difitnah. Namun, kesakitan yang dialaminya terubat bilamana syarikatnya diundang untuk menyertai pertandingan gendang di Korea. Pengakhirannya dia mendapat anugerah atas usahanya itu dan membuka sekolah untuk warisan tradisional.

Menariknya membaca buku sastera ini. Saya didedakan bahawa belajar gendang bukanlah senang seperti yang dilihat malah gendang mempunyai pelbagai jenis tidak termasuk dengan gendang dari Negara lain seperti korea, afrika, dan juga Negara timur tengah. Malah bertambah pengetahuan tentang pembuatan gendang dan serunai.

Kebanyakan permainan tradisional seperti ini rupanya masih terikat dengan adat namun kalau tiada ilmu afama di dada pasti ada yang terpesong dengan ilmu gendang tersebut. Begitulah kayanya adat dan budaya melayu.

Kesimpulannya, saya sedikit tersentuh kerana tidak mengetahui tentang permainan tradisi mealyu seperti ini. oleh kerana saya orang Kelantan saya masih menghargai diikir barat sememangnya terkenal sebagai budaya Kelantan. Sekurang-kurangnya saya tahu tentang permainan tradisional negeri Kelantan.

--
-khaulah khalid-

AAB : Cabaran 50 Buku : (5) Kristal Kristal

Kristal Kristal Yang ‘Puitis’.

Membaca cerita derita hati Kasih Iris Arshad saya terleka. Sedar-sedar sudah hampir tiga bab saya membaca dalam satu masa. Jarang sekali saya duduk atau berbaring membaca novel lama begini. Paling lama satu bab kemudian akan ada perkara yang saya harus buat. Mungkin esok atau lusa saya akan mengadap lagi…satu bab lagi. Bukan saya tidak suka membaca novel tapi masa terluang yang saya ada sekaranag, terlalu sedikit. Bahasa yang menggerakkan Kristal Kristal hasil nukilan Misdhiaz, menjadikan saya terbuai-buai. Terleka. Menjadikan cerita Kristal Kristal saya ingat-ingat lupa. Justeru itu banyak ‘ilmu’ bahasa saya pelajari dari Kristal Kristal.

Cerita Iris, kisah derita dan emotional repression seorang perempuan yang sentisif dan sungguh lembut hatinya. Derita Iris bukan hanya berbentuk patah hati pada Dzul Raimi atau Dr. Luv tetapi derita sengsara dari kisah lampau keluarga yang berlanjutan sehingga sekarang. Cintanya pada seni – ayat-ayat cinta dari Dr. Luv, seni lukisan dan galeri lukisan- secara konotasinya melambangkan kelembutan dan sensitiviti hati dan perasaan seorang Iris.

Mendalami Kristal Kristal pada akhir-akhir (sepuluh bab akhir ) cerita, saya boleh meneka tujuan kewujudan setiap watak - yang saya anggap sebagai watak pembantu - melalui simpulan-simpulan cerita pada awal kisah. Semua watak-watak ini diwujudkan dengan fungsi dan tujuan yang tertentu dan bakal menyumbang kepada derita Irish. Yang akan kita ketemu pada pengakhiran cerita. Seperti Aizat, Hakeem, Nia, Aunty Mila dan Qaznur. Pada pendapat saya, penulis tidak mahu ‘mengsia-sia’ watak yang dibentuk.

Pada pendapat saya konflik Iris datang bersilih ganti dan bercabang kemudian beranting kecil. Konsep 'malang' yang diangkat penulis pada Irish untuk meraih simpati terus menjadi lali dan kebas. Irish direpresentasi sebagai seorang wanita yang pasif dalam hubungan dia dengan tunang pilihan hati dia- Hakeem. Tidak pernah cuba 'memberontak' bila Hakeem semenjak bertunang kian hari seperti kian 'hilang'. Serta tidak memperdulikan dia. Malah berani dia menjalin hubungan yang berbaur kasih dengan Dzul Raimi ketika menjadi tunangan Hakeem. Tetapi tidak berani pula dia menyuarakan hasrat untuk memutuskan pertunangan kerana kasih dia sebenarnya memang azali pada Dzul Raimi - cinta pertama dia sebelum Hakeem. Tetapi Irish yang ini terus hilang bila setiap kali berdepan dengan dengan Pak Long. Pak Long, saya 'lihat' seperti tempat Irish membuang marah dan emotional repression dia yang padat di dalam.

Namun begitu, paling saya ingat dan suka, adalah pada Nia. Nia, walaupun bukan watak utama tapi pengajaran yang dikutip sebagai pembaca dapat ‘menenggelamkan’ rasa simpati saya pada kisah derita Irish. Terus cerita Nia menjadi fokus jelas pada saya dan bukan emotional repression dan konflik utama cerita ini (kisah Irish).

Nia, dari seorang yang saya rasa punyai pencirian gadis Melayu Islam, merasakan pencirian begini tidak cukup bagus dan kuat untuk dia meraih semula kasih dan cinta Hakeem- seorang kaki botol dan kaki perempuan. Tidak setanding dengan Irish yang Hakeem tergila-gilakan itu. Sebabkan Iris, dia ditinggalkan Hakeem. Justeru itu dia ingin menjadi lebih ‘bagus’ dari Irish. Lebih ‘daring dan seksi’ dari Irish. Makanya penampilan yang baharu ini berjaya menjadikan Hakeem tunduk pada dia. Yang diakhiri dengan Nia mengandungkan anak luar nikah Hakeem. Beralasakan ini, Hakeem mengkahwininya yang berakhir dengan dia bermadu dengan Irish –isteri kedua Hakeem (yang selama ini adalah tunangan Hakeem). Tapi apa yang dia dapat dari perubahan dengan niat yang tidak betul begini? Selain dari berdosa kerana berzina, dia menjadi tempat membuang baran Hakeem. Berbaloikah Nia mengubah prinsip hidup dan memijak iman demi seorang Hakeem yang sebenarnya tidak layak menjadi suami seorang perempuan?

Ringkasnya di sini, Kristal Kristal saya suka kerana bahasanya yang sungguh ‘puitis’. Cerita Nia sememangnya melekat dihati. Tentunya jika ada Kristal Kristal 2, lebarkan cerita Nia dengan Hakeem selepas Irish tiada.

Tahniah buat Misdhiaz.

A&N: Cabaran 50 Buku : (10) Cinta Abadi

Cinta Abadi
Nasiroh Abdul Rahman
ISBN: 9878972213
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 1995
Halaman: ~ 259
Harga: RM 11.90

~ Rasaku… ~

Novel ini dibeli di atas cadangan Kak Yayah, yang beria promote. Mujur ada dijual secara online. Credit to Shida. Walaupun buku terpakai tapi jadilah sebab nak dapatkan yang baru agak mustahil kerana ia diterbitkan 16 tahun sudah.

CA bermula dari alam persekolahan. Kisah anak muda yang nak ambil SPM. Menjadi anak remaja memang seronok. Ada banyak kenangan manis. Itu apa yang disampaikan di awalnya. Kisah Izza bersama-sama temannya; Mira, Syafiq dan Tengku Iskandar. Saling membantu dan menyokong antara satu sama lain.

Lumrah cinta akan hinggap di hati. Izza terpaut pada Tengku Iskandar tetapi mengenangkan peperiksaan yang bakal menjelang, dipendamkannya. Namun siapa menyangka rupanya Tengku Iskandar juga punya rasa yang sama. Bila saja berpeluang Tengku Iskandar tidak tunggu lama, mudah dia berterus-terang dengan perasaannya. Izza menyambutnya dengan senanghati. Tetapi sering saja dia ingatkan diri, tanggungjawab utamanya adalah belajar. Bukan hanya asyik bercinta.

Izza kemudiannya bertemu Azri; anak Dato’ yang bermasalah. Pada mulanya Azri seorang pelajar yang baik tetapi keretakan hubungan ayah dan ibunya membuatkan Azri tertekan. Kebahagiaan dalam keluarganya tidak bertahan lama. Disebabkan itu dia tekad untuk keluar dari sekolah berasrama penuh ke sekolah harian biasa. Bertemu dengan Izza berjaya mengubah Azri. Dia bagaikan sudah disuntik semangat baru. Dalam diam, hatinya juga mula menyayangi Izza lebih daripada seorang sahabat. Namun kerana Azri tahu hubungan Izza dan Tengku Iskandar, dia rela berundur.

Kisah seterusnya bila mereka semua menginjak dewasa. Lebih tertumpu pada kisah cinta Izza dan Tengku Iskandar. Dugaan datang. Izza melepaskan cintanya, muncul Izam dan kemudiannya Farriz Arman; abang sepupu Izza. Jadi di mana letaknya Azri? Tegarkah melepaskan Izza sekali lagi setelah tahu kisah cinta Izza yang terkubur? Ha, kena lah baca ya kawan-kawan! :D

Meneliti karya ni mengingatkan aku pada gaya Hlovate. Baik dari segi gabungan dua bahasa [BM+English], ayat-ayat santai dan sempoi. Tetapi gaya je lah, yang pasti kedua-dua penulis ini ada sentuhan yang tersendiri.

Tengku Iskandar sudah mati! Sudah penyek digelek steamroller! Sudah hilang ditelan bumi! [page 207]

Ps: Esok KLIBF! Teringat Kak Adhan, aku dah senyum sampai telinga :D

Happy reading (^-^)

Apr 22, 2011

R: Cabaran 50 Buku: (32) Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna


Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna
Penulis: Nazurah Aishah, Rnysa & Nasz
Terbitan Jemari Seni Publishing
RM21.50
Sabah/Sarawak: RM24.50
569 mukasurat
9789675118487


Warna I: Bukan Dipaksa by Nazurah Aishah
Editor: Mohd Rosdi bin Mohd Zin
mukasurat 1 - 151


Nazurah Aisyah is at her best melayarkan kisah heavy dan sedih tapi memikat hati, malah mengikat kita utk terus membaca demi menyingkap misteri sebenar duka lara yg disembunyikan Ayu mengenai Affan. Aku tidak dapat lari dari meneka yg mungkin Affan pernah terlanjur dgn Ayu tapi kesimpulan di akhirnya tidak semudah itu. Kehadiran si comel Nayli mengubat rindu, merawat hati malah menyembuhkan kebencian yang pernah wujud di sekeliling Ayu. Nayli is a super sweet miracle.


Terasa seperti penulis menghabiskan cerita dgn brek mengejut. Mudahnya hati Hajah Normah yang keras kejung tu jadi empuk dan lembut. Tetapi semua itu tidak datang dgn mudah kepada Ayu, dia terpaksa menempuh kesengsaraan sendirian dan kehilangan yg memilukan sebelum dapat memanggil Hajah Normah 'mak'. Ayu bukan saja sangat degil seperti ayahnya tetapi juga penyimpan rahsia sebaik ibunya.


Happy ending yg buat aku menangis.


Warna II - Hikari Ainori by Rnysa
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
muka surat 154 - 396


Antara 'Bukan Dipaksa' dgn 'Hikari Ainori', aku rasa 'Hikari Ainori' lebih heavy emosi ceritanya. Tiga kali aku baca Hikari Anori. Nak amik feel cerita :) Bagi aku Hikari Ainori ada sentuhan yang sangat personal dari penulis ini. Lapisan penceritaannya terasa seperti penulis menceritakan sesuatu yg sangat peribadi dan akrab dengannya. Lepas beberapa kali baca baru aku boleh meletakkan diri dalam cerita ini.

Dua nama pertama yang aku tangkap adalah hazel dan umar (umar ni set2 lelaki soleh, menjaga pandangan). Mereka bertemu dalam tren ketika belajar di jepun 4 thn yg lalu. Umar pernah memberi nota kepada Hazel, suruh hazel pakai tudung.

Mereka tidak pernah bertemu lagi selepas itu. Sekarang Hazel sudah bertunang dgn jejaka pilihan keluarga, Rafique namanya. Rafique cuba utk mendekati dan memikat hati Hazel tetapi Hazel lebih suka mereka jarang bertemu dan kalau bertemu pun mesti ada mahram ikut bersama.

Rafique pernah bercinta dengan Adriena Ayuni(KEBUN MIMPI). Rafique tak pernah tahu kenapa Ayuni pergi malah dia juga tidak tahu yang Ayuni pernah mengalami tekanan perasaan sehingga pernah cuba membunuh diri.
Hazel berjumpa semula dgn umar (memperkenalkan diri sbg ryan) dalam keretapi Langkawi ekspress (dalam pertemuan kedua ini Hazel sudah menutup aurat tetapi umar sudah berubah dengan rambut berwarna dan gaya yg jauh berbeza dr dulu) Umar berubah kerana kecewa dalam cinta.

Pertemuan semula dgn Adriena Ayuni membuat Rafique membuat keputusan utk berkahwin dgn Ayuni krn dia masih sayangkan ayuni dan dia mahu menebus kesalahan lalu. Walaupun telah menerima amaran supaya menjauhi Adriena Ayuni, Rafique memutuskan pertunangan dgn Hazel kerana merasakan dia bukanlah lelaki yg baik utk gadis sebaik Hazel.

Tersentuh hati jugak dgn kesabaran Rafique menanti Adriena Ayuni. kalau dgn Hazel dulu dia kelihatan seperti kurang sabar (tapi tak lah pemarah), dengan Ayuni dia sangat berdiplomasi dan bersabar. Hazel juga seorg yg bukan pendendam dan sangat memahami. Walaupun Ayuni agak kompleks, dia kelihatan sangat sesuai dengan Rafique yg sabar dan sangat menyayanginya.

Saya suka Umar Rayyan dan Hazel :) Untungla Umar dapat tips nak pikat Hazel dari Rafique :)


Warna III - Karamel by Nasz
Editor: Mariah Mustapha
Mukasurat 401-569


Dua cerita sebelum ni yg ada sentuhan heavy dibalance kan dgn kisah Karamel yg bersentuhan santai dan komedi. Jenis cerita yg sebaik sahaja habis baca patut kita baca semula kerana selepas mengetahui punca sebenar Arif membuli Ana, rasa lebih seronok membaca kisah ini buat kali kedua dan kita akan lebih faham mengapa Arif bersikap begitu.


Interaksi Ana dan Arif memang menghiburkan kerana masing2 tidak kehabisan vocabulary dan idea utk saling berbalas-balas kata. Pertemuan pertama mereka sudah membuat kita terhibur dan tergelak2 membuat kita tk sabar nak mengetahui kisah seterusnya. Mati2 Ana ingat company dia amik OKU yg ada masalah pendengaran. Bila baca 2nd round segala2nya jadi lebih kelakar :)


Akibat salah faham, Arif membuli Ana di tempat kerja sedangkan dgn pekerja2 lain dia sangat baik. Telatah Ana yg selamba memang seronok dibaca. Ada saja insiden yg membuat kita semakin suka dgn Ana dan Arif :)


Bila tengok tajuk novel akan datang dari Nasz adalah Lazuardi, rasa macam terkeluar pulak dari tema 'rasa' yang selalu Nasz gunakan dalam tajuknya seperti 'SWEET SOUR' dan 'KARAMEL' kedua-duanya mempunyai rasa yg menarik.

sure fine whatever
rinn


sinopsis/gengkicap/blurb:


Warna I - Nazurah Aisah
Bukan Dipaksa


Kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh



Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. biarpun tiada Affan di sisi. Affan yg berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yg telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dgn nyawaku.


Warna II - Rnysa
Hikari Ainori


The love ride of hikari


Kisah ini adalah kisah cinta mereka yg pernah hilang. Kisah ini adalah disah pencarian diri mereka yg pernah tersasarr jalan. Mencari semula cahaya hidup yg pernah suram. mencari kembali makna diri yg pernah pudar.


Warna III - Nasz
Karamel


Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.
"Bila pula saya suruh duduk?" dia tanya aku, keras.
"Laa... tak boleh dduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya 's-u-k-a' berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula." Aku jawab, lembut.
Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?

Apr 21, 2011

Arirada - Cabaran 50 Buku [11] : Salju Sakinah (Zaid Akhtar)

Judul : Salju Sakinah
Pengarang : Zaid Akhtar
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Genre : Sastera
Mukasurat : 559 halaman

Salju Sakinah mengisahkan tentang Sumayyah, pelajar tahun akhir Universiti Yarmouk, Jordan. Kisah bermula beberapa minggu sebelum Sumayyah menduduki peperiksaan akhir, tiba-tiba didatangi warkah kiriman seseorang yang amat dinanti olehnya. Malangnya, warkah yang dinanti rupa-rupanya membawa perutusan duka, Afnan memutuskan ikatan kasih sayang mereka secara tiba-tiba dan meminta melupakan dirinya kerana dia bakal berkahwin dengan pilihannya yang lain di Kaherah. Khabar duka itu disimpan diam-diam oleh Sumayyah, tidak diceritakan kepada teman-teman rapatnya, Hakimah dan Fatehah.

Dalam kegalauan hatinya menghadapi kesedihan itu, berlaku satu peristiwa yang menemukannya dengan seorang mahasiswa senegara di universiti yang sama, lelaki berkopiah ala Raihan, yang cukup meninggalkan bekas di hatinya. Tidak lama selepas itu, selaku mantan exco tertinggi siswi, dia telah diundang sebagai salah seorang panel forum anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia Yarmouk (PERMAYA). Meski bakal menduduki peperiksaan paling penting, serta hati yang sedang gundah dengan berita perpisahan, Sumayyah yang tebal dengan semangat da’ie tetap menerima tugasan tersebut, yang tanpa disangka telah menemukannya lagi dengan lelaki berkopiah ala Raihan yang telah membantunya, Naufal.

Peperiksaan akhir berlangsung, dan Sumayyah melaluinya dengan persiapan yang sebaiknya. Lima hari selepas peperiksaan selesai, seperti yang telah dirancang, Sumayyah terbang meninggalkan bumi Jordan, dengan rindu yang sarat kepada keluarga di tanah air. Namun, tanpa diduga, dia disambut dengan berita yang maha mendukacitakan rasa, abah yang amat disayangi rupanya telah pergi dijemput Ilahi! Belum lagi sembuh rasa duka lewat warkah Afnan, dia diduga lagi, dengan rasa duka yang lebih besar. Beberapa hari pemergian abahnya ditangisi, dia mula sedar akan tanggungjawabnya menjaga umi dan menguruskan perusahaan kerepek yang ditinggalkan oleh arwah abahnya.

Dengan dibantu oleh Muazam, pemuda bersuara persis Afnan yang menjadi pekerja kepercayaan arwah abahnya, Sumayyah mula menyesuaikan dirinya dengan urusan perniagaan. Dalam kesibukan dengan urusan di Desa Wali, Sumayyah juga mula melibatkan diri dengan aktiviti dakwah dan tarbiyah di sekitar daerahnya, atas ajakan dan dorongan bekas gurunya, Ustazah Samihah. Sumayyah semakin betah dengan kehidupan barunya, menjaga umi, menguruskan Desa Wali dan melibatkan diri dalam dakwah dan tarbiyah.

Namun, ujian Allah sentiasa ada untuk mengangkat darjat hambaNya yang bertakwa. Begitu yang menimpa Sumayyah. Di kampung, dia diuji dengan fitnah Zaleha- jiran yang cemburu dan menuduh Sumayyah menggoda suaminya; diuji dengan Kak Long dan suaminya yang terpengaruh dengan ajaran sesat Tok Ayah Mit; dan juga kehadiran bekas teman sekolah- Lokman yang saban waktu menagih kasih darinya. Sebagai manusia biasa, ada kalanya dia hampir tewas dengan ujian yang mendatang, namun sebagai seorang yang punya pegangan agama yang utuh, Sumayyah terus mengharunginya dengan tabah dan yakin dengan ketentuan Allah, di samping berbekal semangat yang selalu diulang arwah abahnya bahawa dia harus kuat dan tabah, setabah Sumayyah Ummu Ammar bin Yasir!

Satu per satu dugaan ditempuhi, dan Sumayyah teruji lagi, apabila mengetahui salah satu subjek yang diambilnya tidak lulus, dan untuk bergelar seorang graduan yang hakiki dia perlu kembali ke Jordan semula untuk mengulang semula subjek tersebut. Dengan hati yang berat dan rasa malu yang tebal, dia kembali semula ke sana untuk menyelesaikan pelajaran yang belum sempurna, tanpa menduga ada takdir yang indah untuknya di sana. Rencana Allah untuk hambaNya tak siapa pun mampu menduganya, dan sesungguhnya benarlah bahawa di setiap kesulitan pasti akan muncul kesenangan, pada setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi

Apa kata saya:

Saya amat meminati karya Zaid Akhtar, semenjak saya mula mengenalinya melalui novel pertama beliau – Sesegar Nailofar. Selepas Sesegar Nailofar, saya juga membaca Rona Bosphorus dan novel ini, Salju Sakinah merupakan karya ketiga beliau yang saya senangi.

Gaya bahasa yang digunakan oleh Zaid Akhtar dalam SS masih ada persamaan dengan SN dan RB, dan mungkin juga lebih baik berbanding kedua-duanya (saya agak sahaja kerana kedua-duanya saya baca lebih kurang 10 tahun yang lalu). Beliau masih selesa menggunakan perkataan-perkataan arab untuk menggantikan perkataan melayu seperti ‘karib’ (dekat), ‘rafik’ (teman/kawan), ‘istifham’ (persoalan/pertanyaan), ‘mauduk’ (topik/tajuk), ‘rukyah’ (pandangan), ‘jihat’ (arah/sudut) dan banyak lagi. Bagi seorang yang pernah belajar Bahasa Arab, hal ini tidak menjadi kesulitan malah saya menyenanginya, dan bagi yang tiada pengetahuan Bahasa Arab tidak perlu risau, kerana glosari disediakan di muka surat terakhir novel 559 halaman ini. Selain itu, banyak juga perkataan melayu yang jarang ditemui dalam buku-buku biasa digunakan oleh penulis dalam novel ini, sebahagiannya tidak pernah saya temui sebelum ini (mungkin kerana saya kurang membaca karya sastera).

Setiap novel yang ditulis oleh Zaid Akhtar pasti mengandungi satu isu utama yang menjadi tunjang ceritanya, dan dalam buku ini beliau mengemukakan isu ajaran sesat. Isu ini ditonjolkan melalui kisah kakak sulung Sumayyah bersama suaminya yang terpengaruh dengan ajaran sesat satu kumpulan yang diketuai oleh Tok Ayah Mit. Penglibatan pasangan tersebut dalam ajaran sesat tersebut telah mengubah sikap Kak Longnya terhadap keluarga, dan menjadi salah satu ujian yang besar buat Sumayyah. Walau bagaimanapun, pada pandangan saya penulis tidak mengupas isu ini dengan mendalam dan terperinci, sedangkan ada ruang untuk didalami dengan lebih baik.

Satu pujian saya buat penulis ialah- beliau berjaya menggarap watak Sumayyah dengan baik sekali. Bukan mudah untuk seorang penulis bercerita tentang watak yang berlawanan jantina dengan dirinya sendiri, tetapi watak Sumayyah dapat dibangunkan dengan baik oleh Zaid Akhtar, pada pendapat saya sebagai seorang perempuan. Ini adalah perbezaan terbesar Salju Sakinah berbanding Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus, kerana kedua-duanya ditunjangi watak lelaki- Iqbal (SN) dan Afham (RB). Watak Sumayyah digarap dengan kekuatan dan kelemahan, tidak terlampau idealistik. Begitu juga dengan cara perhubungan Sumayyah dan teman-temannya seperti Hakimah, Fatehah, Izzati dan Marianis – sangat ‘hidup’, tidak kaku dan saya rasa seolah-olah persahabatan mereka benar-benar berlaku, bukan direka-reka, sehingga lelucon dan usik-mengusik mereka turut saya ‘sertai’ dengan senyuman semasa membacanya.

Salah satu bahan bacaan yang baik bagi saya adalah yang mampu membuat saya mengeluarkan air mata, dan itulah yang berlaku semasa saya membaca Salju Sakinah. Satu per-tiga yang pertama, sudah banyak air mata saya yang mengalir; saya kasihankan Sumayyah yang sedih ditinggalkan Afnan; saya terkesan oleh kesayuan hati Sumayyah berpisah dengan teman-teman baiknya di Jordan; dan saya amat sayu dan sedih apabila kepulangan Sumayyah disambut dengan berita abah tersayang dan amat dirindui telah pergi dijemput Ilahi. Saya cuba membayangkan jika saya yang berada di tempat Sumayyah, dugaan demi dugaan datang bertimpa-timpa!

Soal hati, cinta dan jodoh seperti sudah menjadi sesuatu yang sinonim dengan Zaid Akhtar (ini pendapat peribadi saya sahaja). Hal ini saya temui dalam ketiga-tiga novel beliau, Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, dan Salju Sakinah juga. Hal ini bagi saya bukanlah sesuatu yang negatif, malah salah satu faktor penarik untuk saya setia meminati karya beliau, selain susunan bahasa yang indah dan segar. Dalam Salju Sakinah, beberapa watak lelaki muncul dalam hidup Sumayyah ; Naufal, Lokman dan Muazam, yang membuat pembaca tertanya-tanya, jejaka manakah yang akan berjaya mendapat cinta Sumayyah? Namun, jika anda seorang peminat karya Zaid Akhtar, jawapannya sudah boleh dimaklumi sebelum cerita berakhir. Jadi kepada penulis, saranan saya mungkin Ustaz boleh mencipta penamat yang berbeza dan tak terjangkakan untuk karya yang seterusnya nanti, jika ada.

Secara keseluruhannya, saya menyenangi Salju Sakinah, terutama dua per-tiga bahagian yang pertama, iaitu semasa Sumayyah masih berkuliah di Jordan dan semasa Sumayyah berada di Malaysia. Bab-bab terakhir bagi saya sudah agak meleret-leret, kisah cinta selepas perkahwinan antara Sumayyah dan suaminya pada pandangan saya tidak perlu dipanjang-panjangkan, dan menjadikan Salju Sakinah seolah-olah sama dengan novel cinta yang berlambakan di pasaran.

Tahniah diucapkan kepada Zaid Akhtar atas kejayaan terhasilnya Salju Sakinah, insyaAllah jika ada lagi karya terbaru beliau saya tidak akan teragak-agak untuk mendapatkannya. Kepada peminat novel yang ada pengisian islami dengan garapan bahasa yang segar dan indah, dapatkanlah novel yang sudah diulang-cetak sebanyak 8 kali ini, hayatilah perjalanan hidup seorang Sumayyah, insyaAllah ada kepuasan yang bakal dirasai.


sumber: Arirada

AS: Cabaran 50 Buku : (17) Kasihku Arina

Tajuk: Kasihku Arina
Penulis: Mazni Aznita
Penerbit: Buku Prima
710 Mukasurat
Harga: RM25.90 (SM)/ RM28.90 (SS)

Setelah agak lama menyepi dari ulasan-ulasan novel, kali ini sekali lagi saya ingin berkongsi rasa tentang sebuah lagi karya Mazni Aznita yang memang hampir 100% lain dari genre-genre yang biasa saya baca. Kalau ikutkan memang tidak semudah saya menghadam novel-novel yang lain. Namun begitu, walaupun payah, keinginan untuk meneruskan bacaan sentiasa ada walaupun dihambat kesibukan yang bertimpa-timpa sejak akhir-akhir ini. Disebabkan itu juga saya mengambil masa hampir seminggu untuk menghabiskan bacaan. Mungkin golongan remaja akan lebih cepat untuk memahami jalan cerita sebegini.Mungkin juga jiwa mereka lebih cepat sebati dengan jalan cerita sebegini. Tapi jangan pula menganggap yang tiada ibu yang dah beranak dua turut membaca novel ini, kerana sebelum saya memang sudah ada seorang ibu yang sudah meminjam novel ini dari saya. Dia mengatakan novel ini memang menarik dan tidak salah sekali-sekala kita lari dari kebiasaan, tapi yang penting bila membaca novel ini memang kita perlu konsentrasi yang lebih.

Sesekali bila membaca novel ini, saya turut membayangkan seolah-olah menonton cerita Merlin di tv kerana adanya watak Dragonfiet dan tentera-tentera mutan gregor yang hodoh rupanya,ataupun filem aksi Kantonis yang dipenuhi pertarungan terbang sana sini. Kadang-kala terbayang juga cerita X-Men. Tidak perlulah fikirkan kelogikan jalan cerita ini kerana sememangnya kebanyakan cerita berlaku di demensi yang lain walaupun ada sedikit ceritanya di bumi nyata. Nama Dratusia ( tempat watak-watak baik dan juga Lembah Hitam (setara dengan namanya, tempat pilihan watak-watak jahat walaupun ada watak yang tidak begitu jahat ) menjadi latar hampir 80% cerita ini. Namun begitu Dratusia juga mempunyai sedikit persamaan dengan Mandaluyong, Filipina dan Kuala Lumpur, Malaysia dari segi bangunan-bangunannya.

Mengenali watak utama Arina tidak mencukupi kerana terdapat nama-nama watak lain yang saling berkait antara satu sama lain. Untuk meleraikan perkaitan setiap watak, memang novel ini perlu dibaca dari awal hingga selesai. Pada mulanya, saya menyangka mengenali watak Arina sama seperti saya mengenali watak gadis biasa yang cantik ( watak utama ) tetapi rupanya perjalanan hidup Arina lebih rumit dari watak-watak gadis biasa yang jatuh cinta kemudian bahagia. Rupanya Arina adalah seorang gadis dari demensi lain (Dratusia) yang dihantar ke bumi dan dilenyapkan ingatannya terhadap kehidupan lampaunya. Kehadiran Alwiz secara tiba-tiba seringkali menyebabkan jiwa Arina resah. Namun kehadiran Alwiz, Nakhael dan Jerry juga yang telah membawa Arina kembali mengingati kehidupan lalunya.Siapakah Alwiz dalam hidupnya? Adakah Arina sanggup mendapatkan semula ingatannya walaupun mungkin tidak seindah yang disangka?

Kategori novel thriller, scifi dan fantasi yang wajib untuk dibaca. Jalan cerita yang kadang-kala tidak tercapai dek akal namun tidak salah untuk mencari kelainan dalam pembacaan.

catatan : Anita Sang

NH: Cabaran 50 Buku : (18) Ombak Bukan Biru

Ombak Bukan Biru
Penulis : Fatimah Busu
Penerbit : Pekan Ilmu Publication
Cetakan pertama : 1977

Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Imrah, berasal dari Kelantan. Imrah adalah seorang guru biasa. Mempunyai perasaan untuk menyintai dan dicintai. Imrah seorang gadis yang berdiri di garisan tradisi lama dalam kehidupan moden di Bandar. Imrah menjalin cinta dengan Yamin. Yamin juga seorang guru. Perkenalan mereka di majlis perhimpunan guru-guru di Kota Baru. Cinta antara Imrah dan Yamin adalah cinta yang direstui oleh keluarga Imrah. Tetapi, Yamin telah menkhianati cinta mereka.

Yamin telah keluar bersama si Israel iaitu Rubiah. Rubiah adalah jiran Imrah merangkap musuh dalam diam Imrah. Imrah terserempat dengan Yamin dan Rubiah di Bandar menimbulkan syak wasangka dan salah faham. Imrah terlalu emosional dan memutuskan perhubungan cintanya dengan Yamin. Imrah terus hidup tanpa cinta di hati. Yamin di usir jauh-jauh dalam hidupnya.

Imrah mempunyai hobi ke arah kesenian. Imrah amat meminati seni tari. Imrah berkenalan dengan Celine, seorang gadis Eropah yang berkunjung ke Kota Baru dan meminati seni tari dan segala jenis kesenian melayu dari Kelantan. Celine datang dari Pulau Pinang. Imrah terlalu gembira dengan kehadiran Celine sebagai seorang sahabat kerana dapat melupakan segala kenangan indah bersama Yamin. Hubungan persahabatan antara Imrah dan Celine semakin rapat dan Celine mengundang Imrah untuk bercuti di rumah keluarganya di Pulau Pinang. Imrah sanggup menghabiskan cuti penggal persekolahannya di Pulau Pinang.

Kehadiran Imrah ke Pulau Pinang membuatkan hatinya bertambah bahagia kerana di keliling oleh orang-orang yang baik iaitu keluarga Celine. Hati Imrah semakin bertambah bahagia dan gembira apabila menyedari kehadiran seorang jejaka Eropah yang bernama Lawrence iaitu sahabat Celine. Akhirnya, cinta kedua muncul dalam diri Imrah. Dalam keadaan segan, takut sdan gemuruh, Imrah menyimpan perasaan cinta dan sayang pada Lawrence. Rupanya, Imrah tidak bertepuk sebelah tangan, Lawrence juga mempunyai perasaan yang sama pada Imrah. Mereka saling memerlukan dan memendam rasa.

Perbezaan agama antara Imrah dan Lawrence adalah cabaran paling besar pada masa itu. Cinta Imrah terhadap Lawrence mendapat tentangan hebat dari bapa Imrah iaitu Pak Haji Awang Mahmud. Kesukaran bapa Imrah menerima kehadiran orang putih dalam keluarga mereka membuatkan Imrah perlu terpaksa memilih dua perkara penting dalam hidupnya. Antara cinta dan keluarga. Imrah perlu mendapatkan cinta sejatinya terhadap Lawrence walaupun terpaksa menjadi anak yang derhaka terhadap bapanya. Perkahwinan Imrah dengan Lawrence tidak direstui oleh bapanya.

Pilihan yang diambil dan di buat oleh Imrah adalah sesuatu pilihan yang amat sukar untuk seorang gadis melayu. Perkahwinan Imrah sememangnya mendapat tentangan hebat dari semua orang terutama bapanya sehinggakan bapanya menderita dan meninggal dunia.

Hidup dengan hanya berlandaskan cinta, bukan sesuatu yang mudah. Imrah diduga dengan kehadiran Caroline dalam rumahtangga mereka. Caroline cuba untuk memikat Lawrence. Rumahtangga Imrah mula dilanda badai. Bagi Lawrence tidak salah untuk terus melayan karenah Caroline walaupun hati nya masih ditakluki oleh Imrah. Imrah yang suka membuat keputusan terburu-buru dalam hidupnya, terus melarikan diri ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat melupakan Lawrence. Imrah membawa diri ke Kuala Lumpur dalam keadaan sarat mengandung. Imrah tidak pernah memikirkan risiko yang akan dihadapinya pada masa akan datang, dia membuat sesuatu perkara berlandaskan perasaan marah semata-mata.

Dugaan demi dugaan yang terpaksa Imrah tempuhi setelah membawa diri jauh dari Lawrence. Bayi baru dilahirkan, diserah penyakit dan meninggal dunia sebelum habis waktu berpantang. Akhirnya, Imrah pulang kepangkuan keluarga biar pun masih di cemuh oleh kakak-kakaknya. Imrah memulakan hidup baru dan kembali mencari rezeki di Bandar Kota Baru.

Kecekalan hidup Imrah sentiasa di duga. Penulis bijak menceritakan setiap langkah perjalanan hidup yang dilalui oleh Imrah. Berhenti kerja sebagai guru semata-mata mengejar sebuah cinta. Membawa diri jauh dari cinta kerana membuat keputusan terburu-buru tanpa berbincang dengan sesiapa pun. Itulah Imrah, sentiasa tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

sumber: nOOr hEkmAt

KK: Cabaran 50 Buku: (7) Melur Bunga Ivy

Tajuk : Melur Bunga Ivy
Pengarang :Nazurah Aishah
Penerbit : Jemari seni publishing
ISBN: 978-967-5118-42-5
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Mukasurat : 473 halaman

Kata kulit buku:

Loving an Ivy

Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan
besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang
berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil
warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.

Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni
serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan
dalam hidup ini.

Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.
Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh
berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk
membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia
melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.
Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan
abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi
membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu
disatukan, Khalida?

* * *

NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk
mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah
bunga di Loving an Ivy, sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi
di situ.

Sebuah kisah cinta sewangi melur!


Kata KK:

Sewaktu di kedai, saya antara mahu warna atau melur bunga ivy. Keliru,
kedua-dua ingin saya baca. Dua-dua dari jemari seni tetapi yang pasti
saya mesti satu novel saja.

Akhirnya saya memilih melur bunga ivy hanya kerana kulit depannya
nampak menarik dan seperti menjemput saya untuk duduk bersantai
menikmati novel ini.

Melur bunga Ivy berkisar tentang Ivy seorang usahawan baru sahaja
membuka kedai bunga di Johor menemukan dia dengan Azam yang sebenarnya
adalah abang ipar arwah suaminy, Azlan. Azam pada mulanya tidak
mengetahui akan hal tersebut akhirnya mendapat jawapan apabila dia
mula mencari isteri dan anak arwah adiknya sepertimana yang dipesan
dalam surat terakhirnya. setelah mengetahui kedudukan sebenar, kerana
sukakan Stephanie Ivy, azam sanggup memikul tanggungjawab
tersebut.namun begitu konflik berlaku di dalam keluarga Stephanie
seperti ayahnya Gabriel telah membuang Stephanie dari keluarga, malah
Gabriel cuba membunuh ibu Stephanie. Lara dam juga terbongkar sejarah
seorang Gabriel.

Komen dari saya, dari novel pertama sehingga terkini cara nazurah
aishah tidak sesuai dengan jiwa muda saya kerana ketiga-tiga novelnya
lebih kepada kehidupan rumahtangga dan terlalu banyak konflik
membuatkan saya terasa letih dan penat untuk menghabiskan buku ini.
namun, keseluruhan dari novel ini bagi saya penamatnya saya sangat
MENARIK. Berjaya buat saya tersenyum.

Apr 19, 2011

UH: Cabaran 50 Buku: (4) Lasykar Pelangi

Tajuk : Laskar Pelangi
Pengarang : Andrea Hirata
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Muka Surat : 470 Halaman
Nota: Terjemahan dari bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia
Penilaian: 5 Bintang


Sedikit Sinopsis:

Pelbagai peristiwa menakjubkan terjadi pada zaman kecil para anggota Lasykar Pelangi. Sebelas orang anak Melayu Belitong yang luar biasa ini tidak menyerah kalah walau keadaan tidak selalu menyebelahi mereka. Lintang, si miskin cilik yang genius dengan senang hati berbasikal berulang-alik sejauh 20 kilometer untuk menuntut ilmu meskipun kadang-kadang hanya sempat menyanyikan lagu Padamu Negeri pada akhir waktu sekolah. Mahar, selain bersekolah dia turut memarut kelapa untuk biaya keluarganya, adalah seniman yang imaginatif dan kreatif meskipun dia sering dipersendakan sahabat-sahabatnya. Tetapi, dia berjaya mengangkat darjat sekolah Muhammadiyah di kampung mereka. Begitu juga kisah sembilan orang teman-temannya yang lain bersemangat menjalani kehidupan dan berjuang meraih cita-cita.

Apa kataku:

Aku sudah lama tidak terjebak dalam fantasi dunia novel. Tahun 2006 adalah kali terakhir aku menerebos jauh ke alam novel. Ketika itu, aku menerima novel Ayat- ayat cinta karya Habiburrahman El-Shirazy daripada sang sahabat yang kini telah menjadi suamiku. Aku sudah letih dan bosan membaca novel-novel cinta fantasi yang dimomokkan kepada peminat tegar novel. Aku tercari-ari novel yang dapat membangunkan potensi besar dalam diriku sendiri. Mencari dan terus mencari. Sudah beberapa lama aku terdengar dari beberapa orang sahabatku ada sebuah novel yang menarik untuk dibaca antaranya novel Lasykar Pelangi karangan Andrea Hirata. Penulis yang berasal dari tanah seberang yang juga tanah asal nenek moyangku dahulu.

Buka sahaja mukasurat novel ini, aku terus tenggelam dalam dunia Lasykar Pelangi yang jauh nun di Pulau Belitong. Aku hanya menjangkakan aku tidak akan habis membaca novel ini tetapi, sangkaan aku meleset sekali. Aku melekat dengan novel ini sehinggakan anak bujangku pun aku layan seadanya sahaja. Alhamdulillah sang suami memahami ke'gila'an sang isteri terhadap buku. Jadi, si bujang kecil dilayan bagaikan putera raja oleh sang suami.

Aku tertarik dengan gaya penulisan Andrea Hirata. Bab pertama sahaja sudah melayang-layang aku dibuatnya. Gaya penceritaan dan gambaran beliau yang amat teliti itu berjaya membawa pembaca ke alam yang beliau gambarkan itu. Perincian beliau yang begitu halus untuk menggambarkan keadaan sebenar Pulau Belitong, rumah-rumah mewah di Gedong, sekolah di PN timah, sekolah Muhamadiyah yang uzur bagaikan gudang kopra, keadaan penduduk di sana dan pemandangan indah dari atas gunung.

Kupasan ciri-ciri setiap watak dalam novel ini digarap dengan begitu indah. Sepuluh anak muda Pulau Belitong yang diceritakan dalam novel ini mempunyai sifat unik masing-masing. Kenangan indah mereka semasa melalui zaman persekolahan memang indah tapi penuh liku memberikan inspirasi kepada pembaca. Aku secara peribadi begitu mengagumi si genius matematik dan sains - Lintang. Kesudahan hidupnya agak sadis tetapi Lintang tetap optimis.

Kesepuluh anak-anak itu adalah Ikal (Andrea Hirata), Lintang (Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara), Mahar (Mahar Ahlan bin Jumadi Ahlan bin Zubair bin Awam), A Kiong (Chau Chin Kiong @ Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman), Sahara (N.A. Sahara Aulia Fadillah binti K.A. Muslim Ramdhani Fadillah), Kucai (Mukharam Kucai Khairani), Syahdan (Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz), Trapani( Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari), Harun (Harun Ardhli Ramadan bin Syamsul Hazana Ramadan) dan Kucai (Samson).

Gelaran Lasykar Pelangi diberikan oleh Bu Mus yang juga guru kelas mereka selama bertahun-tahun. Mereka sentiasa bersama menghadapi suka dan duka kehidupan untuk menimba ilmu. Aku begitu teruja semasa membaca novel ini sehinggakan aku mahu menjadi sebahagian daripada mereka. Anggota Lasykar Pelangi!

Aku percaya, sesiapa sahaja yang membaca novel pertama Andrea Hirata ini akan terpukau dengan magis yang ada dalam novel ini. Aku memberikan 10 bintang untuk novel ini. Ayuh, kepada pembaca blog jangan tunggu lagi. Jom baca novel yang menarik ini!

p/s-aku tidak sabar untuk membaca tiga lagi novel dalam tetralogi Lasykar Pelangi ini. =))

--
Qatrunnada a.k.a uMMu_Hakeem

R: Cabaran 50 Buku: (31) Hanya Kau Yang Tahu


Hanya Kau Yang Tahu
Penulis: Kamsiah Abu
Buku Prima
Editor: Mohd Ali Haji Mohd Noor
517 mukasurat
RM19.90
sabah/sarawak: RM22.90
9789670184173


"Seandainya boleh kuatur perasaan ini, pasti bukan cintanya yg kucari..."


Kisah ini bermula dgn keterpaksaan Sulaiman Al-Sagof menggelapkan wang syarikat demi menyelamatkan nyawa isteri tercinta yg bertarung dgn maut di meja bedah. Namun Allah lebih menyayangi isterinya. Farah cuba membela tindakan bapanya di hadapan Daniel Harith, bos besar Gemilang Jaya. Pertemuan pertama walaupun Farah sudah lama bekerja di situ. Siapa yg tak kenal dgn Daniel Harith yg sentiasa di dampingi wanita cantik.


Daniel Harith menggunakan kesalahan Sulaiman Al-Sagof utk memaksa Farah menyamar sebagai kekasih terbarunya supaya Munirah, rakan kongsi business tidak mengganggunya lagi. Dia mahu Munirah betul2 kecewa sehingga menjualkan sahamnya kembali dan tak ada kaitan lagi dgn dirinya.


Cerita ini banyak scene daniel harith dan Farah yang saling memendam perasaan sebenar. Walaupun mereka merasakan mereka melakonkan dan pura2 mesra tetapi apa yang dipamerkan adalah perasaan sebenar mereka berdua.


Walaupun tak suka Daniel Harith, Sulaiman Al-Sagof tu sanggup berulang alik dari telefon ke bilik anaknya utk memujuk Farah bercakap dgn Daniel Harith yang call all the way dari Cairo.


Daniel Harith sukar mempercayai wanita kerana ibu tiri yg telah memperdaya bapanya merupakan org yg telah merampas segala kebahagiaan dari keluarga mereka. Tetapi pertemuan dgn Farah telah membuat pendiriannya lebur.


hmm cerita org yg sangat hensem dgn orang yang sangat cantik.


sure fine whatever
Rinn


blurb/alongside/sinopsis


Demi kasih sayang seorang anak pada ayahnya, Farah rela berpura-pura menjadi kekasih terbaharu Daniel Harith agar ayahnya tidak dipenjarakan oleh majikannya itu. Ini juga peluang keemasan yg digunakan oleh Daniel Harith, tokoh korporat muda yg terkenal dgn imej 'Romeo' utk melepaskan dirinya dari Munirah Samad. Dilema di hati Farah menajdi bertambah parah apabila impiannya utk membina mahligai bahagia bersama kekasihnya, Rizal menemui jalan buntu. Hanya Kau Yang Tahu akan dapat menyingkap semua rahsia yg seolah-olah memenjarakan Farah dlm penderitaan yg entah bila akan berakhir.


"Sebab itulah abang ambil kesempatan utk libatkan Farah dalam kemelut abang dengan Munirah, kerana abg tahu yang abag telah jatuh cinta pada Farah semasa pertama kali melihat Farah. Hati abg bagai berdetik bahawa abg sudah jumpa perempuan yg akan membahagiakan abg." ~Daniel Harith


Adakah sesuatu yg pahit telah berlaku dlm hidupnya sehingga dia membenci perempuan begitu sekali. Adakah dia mengahwini aku kerana mahu membalas dendamnya pada perempuan.~Farah


"Jgn terlalu yakin farah! Bila saya kata yg awak mesti tinggal kan Daniel, eloklah awak lakukan begitu. Farah tak tau yg Farah tu hanyalah sebagai teman Daniel utk berseronok seronok sahaja. Dia akan tinggalkan awak bila dia sudah jemu nanti. Saya hanya ingin menolong awak sahaja, Farah. ~ Munirah Samad


---
Kerana wang, kekadang manusia sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa melanggar prinsip kehidupan dan harga diri sehingga sanggup membelakangkan dosa dan pahala. Saya mendapat ilham ini utk mencoretkan kisah pahit manis kehidupan seorg gadis yg mementingkan kehormatan diri sebelum mengikat cinta lelaki bergelar suami. Semoga Hanya Kau Yang Tahu dapat memberikan ikhtibar yg baik kpd semua pembaca. ~kamsiah abu~

R: Cabaran 50 Buku (30) Matahariku




Matahariku
Penulis: Aina Emir
Terbitan: KarnaDya Solutions
Editor Zahrah Zainal
537 mukasurat
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
978983316861


"Tanpa suaramu, aku bagaikan hilang arah..."


Syakirah pernah mengecapi hidup sebagai anak orang kaya. Bapak dia yg akhirnya jatuh miskin membuatkan Syakirah mula merasa hidup serba kekurangan tambahan pula dia anak isteri kedua bapanya. Ibunya seorg yg materialistik sehingga sanggup menuntut cerai lalu berkahwin lain dgn lelaki yg boleh menjamin kesenangannya. Sedikit sebanyak Syakirah dipersalahkan kerana enggan menerima Kai, anak sahabat baiknya yg kaya yg mampu memberi kesenangan kepada mereka sekeluarga.


Syakirah tertekan dgn sikap ibunya. isteri pertama ayahnya lebih rela sama-sama susah senang hidup dgn bapanya. dia pun senang dgn keluarga isteri pertama ayahnya. Namun, harga diri membuat dia mahu hidup sendiri tanpa dikongkong.


Sikapnya yg suka berfoya-foya di internet dan mengurat secara online membuat dia rapat dgn seorg mamat arab kenalan businessnya. Dia serba salah apabila mamat tu akan ke Malaysia atas kunjungan business dan tentunya mereka akan bertemu. Tentulah dia malu sebab masa sembang2 online tu dah siap bersayang-sayang dah. mana dia nak nyorok sedangkan di situ tempat dia cari rezeki. Eyyad memang dah kenal siapa Syakirah dan dia senang dapat bersama dengan Syakirah. Syakirah pada masa tu sudah mula menyenangi Kai yg turut berkongsi minat (anime) yang sama dengannya.


Keadaan yg mendesak memaksa Syakirah menerima tawaran Eyyad utk tinggal di apartment milik Eyyad yg sering ditinggalkan apabila pulang ke negaranya. Tindakan Syakirah merahsiakan lokasi tempat tinggal mewahnya dari keluarga dan kawan2 telah menimbulkan syak wasangka. Apabila bapaknya mengetahui tentang perkara itu, dia terus insist nak jumpa lelaki yang membenarkan Syakirah tinggal di situ. Demi maruah Eyyad yg terbuka kepada pelbagai fitnah Syakirah dipaksa berkahwin dgn Eyyad. Syakirah keberatan kerana dia tahu Eyyad sudah beristeri namun terpaksa dituruti (Eyyad tak pernah menyatakan status dirinya). Perkahwinannya cuba dirahsiakan sebaik mungkin sehingga ada yang menyangka dia ada affair dgn suami ketua di tempat kerjanya.


Secara tidak sengaja Syakirah berada dlm situasi yang sama dengan ibunya sehingga dia turut dianggap materialistik dan ibu dan kakak kandungnya pulak selalu cari dia utk minta duit setelah mengetahui suami syakirah sangat kaya.


aku rasa watak yang berjaya mencampur gaul pelbagai emosi adalah ibu Syakirah, Mahfuzah. Dia mempelbagaikan suasana setiap kali wataknya muncul. Memang buat kita rasa geram dan nak tenyeh-tenyeh saja dia dan anak sulungnya tu.





sure fine whatever
rinn





blurb/novelcinta/sinopsis


Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorg ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis 'nakal' yg menghabiskan masa di dunia fantasi 'anime'. Dia juga menjadi 'pakar mengurat' di alam maya. Sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorg lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.


Perkahwinan merupakan sesuatu yg menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sbg gadis materialistik. Pun begitu, kehadiran Khair atau Kai sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yg hampir dekat dengan igauannya!


Kehadiran lelaki yang berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan? apakah kuasa yg dia da utk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis yg kaya dgn keayuan asli itu?


"It's all about going crazy... and doing crazy things. Kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya matahari..."

R: Cabaran 50 Buku: (29) Rindu Di Awan Biru


Rindu Di Awan Biru
Penulis: Meen Zulaikha
Alaf 21 Sdn. Bhd
Editor: Rubiah Aksah
516 muka surat
RM19.90
Sabah/sarawak: RM22.90
9789831246252


"Di awan biru kuseru namamu agar terubat rasa rindu ini"


Akhirnya berjaya juga aku menghabiskan kisah Kapten Akmal yang disebut-sebut kat guestbook aku tu. Memang penggoda kelas satulah dia ni. Pandai putar alam demi kepentingan dan kebahagiaan diri sendiri. Walaupun mempunyai sikap begitu, perwatakan Kapten Akmal diolah dgn menarik menjadikan pembaca pun akan turut jatuh hati dengan Akmal yang caring dan penyayang tu.


Sinopsis belakang novel ini banyak mendedahkan klimaks cerita mungkin mengurangkan sikit kejutan cerita. Hanan berasal dari keluarga yang menderita gara-gara poligami. Ayahnya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami beristeri dua. Ini menjadikan Hanan kurang menaruh minat kepada lelaki. Ini menjadikan mak dia risau yg Hanan tu nanti tak nak bersuami langsung.


Pertemuan dgn Akmal ketika dalam penerbangan ke Melbourne menarik minat Hanan. Bukan senang Akmal nak mengorat Hanan tu. Tapi dengan campurtangan Adi, abg Hanan dan ibunya membuatkan Hanan terpaksa membuat keputusan segera ketika berada di masjid Biru. Hidupnya bahagia sehinggalah terbongkarnya rahsia Akma bahawa dia sudah pun beristeri. Dia jatuh cinta dgn Hanan dan berharap Hanan akan melahirkan anak-anak comel utknya kerana isteri pertamanya enggan mengandung.


Part ini lebih menyerlahkan keadaan sebenar Akmal yang kelam kelibut hidupnya. Hilang terus jejaka charming yg sebelum ini menutupi kelemahan Akmal. Dari seorg yang cool dan bijak terus bertukar menjadi seorang yg tergesa-gesa dan kelam kabut sehingga mudah terpedaya dgn perancangan licik isteri pertamanya sehingga dia terlanjur menjatuhkan talak tiga kepada Hanan. Setelah tenang barulah dia menyedari kesilapan diri dan mengaturkan 'cina buta' utk mendapatkan Hanan kembali.


Ridz yg tampan bergaya muncul mengisi kekosongan hidup Hanan. Bukan mudah bagi Hanan utk menerima Ridz tetapi ruang yang sangat sempit yg disediakan utk kemunculan watak Ridz membuatkan aku rasa mudah saja Hanan terpujuk dan menerima Ridz. Tindakan Ridz tidak mengembalikan segera cek pemberian Akmal menghancurkan kebahagiannya. (Nak sama pulak macam Seth(KYS) yang tak lupuskan topeng yg menjadi punca pertelagahan dgn Elena).


Kerinduan Hanan pada Ridz tidak kelihatan melebihi kerinduannya pada Akmal semasa menjadi isteri Akmal dulu. Mungkin kalau Ridz diberikan ruang yang lebih, kehadirannya akan memberikan impak yang lebih. Apa2pun aku suka endingnya :)


sinopsis/novelcinta/blurb


Jangankan berkahwin, bercintapun Hanan tidak ingin. Menjadi seorg isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.


Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan satu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakan menajdi seorg isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.


Akibat difitnah, Hanan diceraikan dgn talak tiga. dalam pilu dia diburu rindu. Dalam duka dia mengharapkan bahagia. sanggupkah dia 'bercina buta' utk kembali ke pangkuan Akmal sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?

Apr 17, 2011

WA : Cabaran 50 Buku : (13) Sayangku... Aini Sofea!

Sayangku... Aini Sofea!
Pengarang: Norhisham Mustaffa
Halaman : 115
Tahun : Cetakan Pertama – 1998
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd
Harga : RM5.90

Blurb

Aku bagai pelancong asing. Datang tatkala kau sudah bukan milikku...

Aku terasing di sini tanpa arah dan haluan... Yang ada hanya kenangan dan tuntutan naluri diulit janji. Namun, mengapa mereka seolah tidak pernah mengenal aku? Aku dilayan bagai peminta sedekah sedang aku adalah pemilik seluruh kekayaan ini.


Sinopsis:

Syahrul Nizam, kedatangannya dinanti tapi malangnya dia tidak dikenali. Lantaran kehadirannya dipandang sebelah mata. Namun kehilangannya dijejaki dengan harapan untuk menjernihkan kembali keadaan. Apatah lagi dia adalah pewaris kekayaan Warisan Holding yang ditinggalkan oleh arwah bapanya.

Kehadirannya bukan untuk mengganggu urusan Warisan Holding. Urusannya adalah urusan peribadi. Urusan untuk menunaikan janji. Perjalanan berpuluh ribu batu yang diimpikan untuk mengapai bahagia, namun yang terbentang di depan mata meragut seluruh rasa bahagia yang ada dihatinya.

Bumi Los Angeles menemukan mereka – Syahrul Nizam dan Aini Sofea. Janji diikat dengan satu harapan untuk bahagia bersama. Namun janji hanya tinggal janji. Tanjung Bidara meranapkan seluruh impian mereka untuk hidup bersama. Kehadirannya disambut dengan majlis perkahwinan dan pengantinnya adalah Aini Sofea. Sedihnya rasa hati bila harus menyaksikan kekasih hati bersanding dengan lelaki lain!

Aini, aku pergi.
Aku tak pasti apakah aku akan kembali lagi ke Malaysia.
Tapi percayalah, aku cintakan Malaysia, seperti aku tetap mencintaimu.
Malaysia tetap tanah airku.
Engkau pun tetap dewiku.
Dirgahayu Aini!
Dirgahayu sayangku!



Rasa Saya:

Saya marathon karya Norhisham Mustaffa (NM). Ini bukan kali pertama saya membaca buku-buku ini. Saya sudah lupa saya membaca untuk kali yang ke berapa! Dan untuk kesekian kalinya, saya tetap suka. Tiap kali saya menatap bait-bait ayat garapan NM, tiap kali itu juga hati saya terkesan, jiwa saya tersentuh.

Bagi saya NM seorang penulis yang menulis dengan hati! Setiap karya garapan beliau yang saya baca, pasti kisahnya menusuk ke jantung hati saya. Segala rasa suka, duka, sedih, sebak, gembira bahkan pelbagai rasa yang hadir di hati mereka – watak lakaran penulis – saya turut sama merasainya. Saya akan menangis bila ‘mereka’ berduka, saya tumpang gembira bila ‘mereka’ bahagia (tapi yang banyaknya saya menangis!)

Saya cuba keraskan hati pabila membaca karya-karya NM, tapi sering kalinya saya gagal membendung airmata dari menitis. Saya sering kali kalah dengan perasaan saya sendiri. Inilah kelebihan penulis pada saya. Dia bijak mencuri tumpuan dan perhatian saya sepenuhnya. Walau saya sedar, kisah ini hanyalah rekaan penulis, dan saya tahu saya sudah baca kisah ini untuk kesekian kalinya tapi berkali-kali itu jugalah saya akan menitiskan airmata! Atau paling tidakpun pasti airmata akan bergenang di kelopak mata.

Kisah garapan NM hanyalah kisah-kisah biasa. Kisah golongan marhaen yang hidup seadanya. TAPI yang luarbiasanya adalah bagaimana penulis membawa kita sebagai pembaca menghayati dan turut serta merasai apa yang dirasai oleh watak-watak ciptaannya. Dan apa yang paling berkesan di hati saya adalah, latar cerita yang dikisahkan dalam sesetengah karya beliau berjaya menggamit ingatan saya pada nostalgia yang pernah saya lewati. Melahirkan kerinduan yang tidak terluah pada kenangan lalu yang telah saya tinggalkan.

Latar cerita dalam Leraian Novella yang berkisar di sekitar bandar Kota Bharu dan kawasan sekitar yang dibayangkan dalam novel ini sangat dekat di hati saya. Ingatan pada ‘rupa’ Kota Bharu yang pernah saya lewati era 80an – 90an. Zaman telefon genggam masih belum ada atau belum berleluasa dalam kamus hidup masyarakat. Era telefon awam yang masih lagi berfungsi sebagai alat perhubungan yang penting. Bukan sekadar menjadi objek ‘vandalisme’ anak-anak muda yang tidak bertanggungjawab. Ia sangat menggamit ingatan pada tanah kelahiran saya yang sedang mengalami perubahan atas nama pemodenan. Sesungguhnya novel adalah salah satu alat perakam sejarah yang tidak pernah lapuk jika kena dengan caranya.

Kita juga akan lebih rasa terkesan apabila kisah yang dipotretkan itu dekat di hati kita. Begitulah kisah yang dipotretkan oleh NM dalam Leraian Novella ini. Kisah yang berlatarbelakangkan cara hidup anak-anak kampung sangat dekat di jiwa saya, begitu akrab dihati saya. Persahabatan antara watak Ana & Atma, pernah saya lalui. Saya pernah bersahabat baik seperti mana Ana & Atma bersahabat, bukan hanya sekadar berkawan dengan anak, bahkan saya dilayan bagaikan anak sendiri oleh ibu sahabat saya yang saya seru dengan panggilan ‘Ma’. Membaca Leraian Novella saya bagaikan membuka kembali diari lama yang sudah saya tinggalkan.

Saya juga sukakan bahasa NM. Bahasa orang lama yang penuh nilai-nilai estetika, penuh santun lagi berseni. Oh! terselit juga dialek negeri yang membuatkan saya teruja pada moleknya bahasa negeri saya. Menjentik semangat jati diri saya sebagai anak kelahiran negeri yang pernah tersohor dengan gelaran ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’ ini.

Penulis juga membuatkan saya tumpang bangga menjadi anak Melayu. Watak garapan NM menyuntik semangat jati diri anak melayu walau di mana mereka berada. Seperti watak Syahrul Nizam dalam Sayangku Aini Sofea, walau dilahirkan di bumi Amerika, walau ibunya wanita Amerika, tetapi dia tetap teguh mempertahankan kemelayuannya walau berada di bumi asing yang jauh daripada bangsa Melayu. 'Wajah' anak melayu yang penuh santun dan berbudi bahasa.

Saya sangat rindukan tulisan NM dan saya belum jumpa lagi seorang ‘Norhisham Mustaffa’ di dalam setiap karya yang saya baca dekad ini. Bukan. Saya bukan mencari 'klon' Norhisham Mustaffa, tetapi cukup sekadar legasi yang dibawa oleh orang-orang lama diteruskan oleh pengkarya muda hari ini. Menulis dengan sepenuh jiwa agar karya mereka akan sampai ke hati pembaca seperti saya. Sebuah karya yang telus dan mulus walaupun kisahnya bukanlah semulus yang kita inginkan. Hidup ini adalah realiti yang harus kita hadapi bukannya fantasi.

Bacalah juga Kasih Orang Terbuang, anda pasti perlukan sapu tangan untuk mengelap airmata yang bakal luruh di pipi.

Selamat membaca, moga bermanfaat


WA : Cabaran 50 Buku : (12) Leraian Novella

Leraian Novella
Pengarang: Norhisham Mustaffa
Halaman : 276
Tahun : Cetakan Pertama – 1997
Terbitan : Creative
Harga : RM15.90

Blurb

Irama syairku hanyalah untukmu...

Nirwan Bakhtiar bagaikan permata berharga dalam hidup Atma Afiza. Tidak akan dihilangkan dari genggaman walaupun ada tangan-tangan yang cuba merampasnya. Dia rela bergadai nyawa demi menjaga kesucian kasih sayang mereka. Dan kematian Nirwan hanya menjadi penyudah kepada sebuah jalinan novella ciptaan mereka berdua. . .

Aduh Atma. . .
Tak mungkin kita lakukan itu. Bertahun-tahun kita bina nama yang baik, kita bangunkan citra yang mulus, tiba-tiba hari ini kita musnahkan semua itu hanya kerana kita harus berebut keinginan untuk hidup bersama?


Sinopsis:

Novella Atma Afiza dan Nirwan Bakhtiar dikisahkan oleh Ana – Nunung Rohana, sahabat baik Atma Afiza yang sudah dianggap bagaikan saudara, bagaikan adik beradik. Bahkan persahabatan mereka melangkau pada perhubungan erat dua keluarga. Kedua orang tua Atma seperti ibu dan bapa angkat pada Ana. Begitu juga kedua orang tua Ana bagaikan papa dan mama pada Atma.

Kisah bermula apabila Atma Afiza perkenalkan Nirwan Bakhtiar seorang pengiat sastera, seorang novelis yang berusia dua kali ganda usia Atma Afiza, kepada Ana. Nirwan Bakhtiar yang dikenali Atma Afiza lewat majlis-majlis sastera yang disertainya. Pertemuan pertama Ana dengan Nirwan Bakhtiar menimbulkan rasa kurang senang Ana pada Nirwan Bakhtiar. Pada Ana, Nirwan terlalu ‘tua’ untuk Atma yang baru menjangkau usia 20 tahun. Perhubungan ‘akrab’ antara Atma Afiza dan Nirwan Bakhtiar menimbulkan rasa jengkel di hati Ana pada mulanya. Dan dalam jangka masa yang sama Atma Afiza telah ditentukan jodoh dengan Taufik seorang pegawai bank oleh Pak Yim – ayah Atma, Tuk Pin – datuk dan Nek Yah – neneknya.

Bermula konflik di jiwa Atma yang tidak sukakan Taufik tetapi dia tidak mampu untuk mengatakan ‘tidak’ pada keputusan yang telah dibuat oleh Pak Yim, Tuk Pin dan Nek Yah. Di masa yang sama perhubungan Atma Afiza dan Nirwan Bakhtiar mula dihidu oleh keluarga Atma. Keadaan bertambah parah apabila Atma antara takut dan berani menyuarakan rasa tidak suka pada Taufik dan minta diputuskan tali pertunangan antara mereka. Dan paling tidak disangkakan, Nirwan Bakhtiar adalah anak Su Saemah sepupu Mak Non – ibu Atma Afiza. Anak saudara yang tersisih dari keluarga. Dua pupu dengan Atma yang tidak pernah dikenalnya!

Jalinan kisah yang berselirat menjerat dua jiwa dalam kancah hidup yang tidak berkesudahan. Dan konflik yang terjadi dalam keluarga mereka menjadi barah yang membunuh jiwa Atma Afiza untuk meneruskan hidupnya. Dan kematian Nirwan Bakhtiar menjadi penyudah pada ceritera novella mereka.

* * *

Apr 15, 2011

NH:Cabaran 50 Buku : (17) 2 X 5

Penulis: Areila Sahimi
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan 1 2010

2 X 5 mengisahkan pasangan yang berkahwin atas bercaturan dua keluarga. Watak utama adalah Ahmad Zaim dan Syakirin. Mereka hidup berjiran dari kecil lagi. Ahmad Zaim mempunyai trauma pada perempuan disebabkan pernah ditinggalkan bakal isteri iaitu Sofea di hari perkahwinannya. Ibu Zaim yang tidak senang melihat anak terunanya terus membujang sampai tua, mencari calon isteri untuk Zaim dan meminang anak jiran depan rumahnya iaitu Syakirin. Syakirin gadis yang baru sahaja putus cinta gara-gara tersalah memilih ‘lelaki’ untuk dijadikan teman membuatkannya lebih berhati-hati mengenali lelaki.

Zaim sememangnya tidak menyukai perangai Syakirin menjadi haru-biru apabila mengetahui calon isteri yang dicari oleh ibunya. Haru, memang haru hidup Zaim apabila ibu dan ayahnya makin mendesak supaya cepat-cepat menguruskan hari pernikahannya bersama Syakirin. Akhirnya, Zaim terpaksa akur dengan permintaan ibu dan ayah kerana Syakirin tidak mahu mengikut pakatan yang Zaim aturkan iaitu, Zaim meminta Syakirin menolak pinangan yang dihantar oleh pihak keluarga Zaim.

Syakirin mempunyai perwatakan yang sedikit gila-gila, tidak serius dan suka menyakat Zaim. Semasa mereka keluar bersama untuk membeli barang-barang hantaran, habis licin poket Zaim dikerjakannya. Semua dipilih barang yang mahal-mahal oleh Syakirin.

Pada awal-awal perkahwinan mereka, banyak berlaku peristiwa-peristiwa lucu. Zaim hanya menganggap Syakirin hanya rakan serumahnya. Sudah menjadi adat dalam perkahwinan tanpa cinta, masing-masing buat hal sendiri. Seorang ke timur, seorang ke barat. Lama-kelamaan, disebabkan oleh perangai Syakirin yang tidak tahu malu dan selalu berpakaian tidak sopan di hadapan mata Zaim, Zaim mengalah dan mula menanam rasa cinta dalam hati untuk Syakirin.

Kisah cinta antara Zaim dan Syakirin yang tengah mekar berputik di duga dengan kehadiran kembali Sofea di dalam hidup Zaim. Sofea kembali untuk menagih dari Zaim. Hal tersebut menyebabkan cemburu menguasai diri Syakirin.

Syakirin yang mempunyai perangai yang tidak mahu kalah dengan Zaim terus mengintip segala jejak langkah Zaim dan Sofea. Hancur luluh hati Syarikin apabila melihat kemesraan Zaim bersama Sofea dan anaknya. Siapa yang boleh biarkan suami sendiri di goda oleh bekas kekasih. Tetapi, Syakirin seolah-olah putus semangat untuk terus menakluki hati Zaim kerana Syakirin tidak yakin untuk melawan kehebatan Sofea yang menjadi ratu hati Zaim dari dulu lagi.

Cemburu Syakirin makin hebat apabila Zaim selalu meluangkan masa bersama Sofea dan anaknya. Tahap cemburu Syakirin yang melampau, membuatkan tahap kemarahan Zaim memuncak dan berlakunya pertengkaran kecil. Dari pertengkaran kecil, menjadi pertengkaran besar kerana masing-masing mempunyai sikap keras kepala. Syakirin tidak mahu menerima segala alasan yang diberikan oleh Zaim. Disebabkan pertengkaran-pertengkaran yang berlaku, Syakirin telah keguguran kerana dikasari oleh Zaim. Zaim juga telah meninggalkan Syakirin terkapai-kapai seorang diri.

Akhirnya, Zaim mengetahui berita keguguran Syakirin dan terus menjejaki Syakirin. Kemaafan dihulurkan oleh Zaim, tetapi, hati Syakirin sudah beku untuk menerima Zaim. Keras hati Syakirin mula menguasai dirinya.

Sememangnya Zaim dan Syakirin mempunyai perangai yang sama. 2 X 5. Masing-masing keras kepala dan tidak mahu mengalah. Sampai bila-bila pun tidak akan merasai nikmat kebahagian jika memiliki perangai seperti Zaim dan Syakirin. Perasaan cemburu juga tidak boleh di ikutkan. Kerana sikap cemburu yang melampau, kebahagian yang sedang memuncak akan kecundang juga.

sumber: nOOr hEkmAt

Arirada: Cabaran 50 Buku : [10] Bumi Cinta

Tajuk : Bumi Cinta
Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Penerbit : Ar-Risalah Product Sdn. Bhd
Muka surat : 722

Sedutan sinopsis kulit buku :

Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyas, hidup di Negara yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow, yang kecantikan mereka tiada taranya?

***
Cerita ini mengisahkan tentang seorang mahasiswa bernama Muhammad Ayyas yang merupakan graduan lulusan agama dari Timur Tengah yang kemudiannya melanjutkan pengajian peringkat sarjana di India dalam pengkhususan pengajian sejarah. Dari India, beliau telah berkunjung ke Moskow bagi mendapatkan data-data untuk penulisan sarjananya, iaitu tentang sejarah perkembangan Islam semasa era Stalin di Rusia. Permusafirannya di Moskow telah menemukannya dengan beberapa individu tertentu dan telah mengalami satu pengalaman yang tidak pernah dilaluinya selama ini, yang benar-benar menguji keimanannya dan keteguhan aqidahnya.

Setibanya di Moskow, Ayyas telah disambut oleh teman lamanya dari Indonesia, Devid, yang telah membantu mencari tempat tinggal untuknya di Moskow. Kejutan pertama buat Ayyas ialah apabila mengetahui dua lagi rakan penyewanya adalah perempuan! Dua orang perempuan yang menyewa apartmen bersama Ayyas adalah Yelena, seorang pelacur kelas atasan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, dan seorang lagi ialah Linor, seorang wartawan, pemain biola terkenal dan juga merupakan ejen perisikan Mosad beragama Yahudi yang amat memusuhi Islam.

Dalam melakukan tugasan sarjananya di Moskow, Ayyas telah ditemukan pula dengan seorang pensyarah muda yang pintar dan cantik, Dr. Anastasia Palazzo, yang menggantikan tempat seorang pensyarah yang sepatutnya menjadi pembimbing Ayyas di Rusia. Sepanjang menjadi pembimbing Ayyas, Dr. Anastasia dapat melihat kebaikan dan kepintaran yang ada pada diri Ayyas, dan seterusnya menumbuhkan perasaan halus di jiwa pensyarah muda itu, tetapi ada tembok penghalang yang amat besar di antara mereka iaitu agama, kerana Dr. Anastasia adalah penganut Kristian yang totok.

Ujian buat Ayyas di Moskow amat besar bagi seorang Muslim sepertinya. Dia teruji oleh cara Yelena dan Linor berpakaian di rumah; oleh pergaulan lelaki dan wanita yang terlalu bebas tanpa sebarang batasan; oleh pesona Dr. Anastasia yang amat menawan hati; oleh perancangan jahat pihak zionis yang ingin memporak-perandakan dunia.

Namun Muhammad Ayyas tetap utuh dengan pegangan hidupnya. Setiap saat dia mengingatkan dirinya tentang Tuhannya dan tidak pernah putus memohon perlindungan dariNYA. Satu demi satu ujian ditempuhi, dan satu demi satu kejayaan dilakar, berkat kesabaran dan pergantungan yang tinggi terhadap Yang Maha Esa.

***

Apa kata saya :

Ini adalah novel ketiga Habiburrahman yang saya baca, selepas KCB 1 dan KCB 2. Novel best-seller beliau yang pertama – Ayat-Ayat Cinta - saya tak baca, kerana saya telah menonton filemnya sahaja. Bermula daripada KCB 1, saya amat menyenangi hasil tulisan beliau, dan tidak sabar-sabar untuk membaca KCB 2 pula. Usai membaca KCB 2, saya tertunggu-tunggu karya seterusnya daripada beliau, dan kini saya telah selesai menamatkan bacaan Bumi Cinta, meski boleh dikatakan agak terlambat.

Bumi Cinta berbeza dengan KCB dan mungkin juga berbeza dengan Ayat-Ayat Cinta, dari segi tema yang diangkat sebagai tunjang ceritanya, serta dari segi watak peneraju cerita. Dalam Bumi Cinta, Kang Abik menonjolkan Muhammad Ayyas sebagai seorang yang hampir sempurna; berbudi bahasa, cerdas, menguasai Bahasa Inggeris, Rusia dan Arab dengan baik, pintar berbahas, berpengetahuan luas, berhati mulia dan mempunyai pegangan agama yang amat teguh. Sepanjang membaca Bumi Cinta, berkali-kali terdetik di hati saya persoalan tentang wujudkah individu seperti Ayyas ini? Namun apabila menyedari semula saya sedang membaca sebuah novel, persoalan itu saya abaikan, penulis berhak mencipta watak yang sempurna begitu kerana ia bukanlah sebuah kisah benar dan agar pembaca dapat mencontohi mana-mana kebaikan diri watak biarpun sedikit; itulah peranan sebuah karya yang baik pada pendapat saya.

Tema yang menunjangi Bumi Cinta adalah kepercayaan kepada Tuhan, sebuah tema yang berat dan besar tetapi dapat diangkat oleh Kang Abik melalui kisah hidup Ayyas bersama beberapa watak utama cerita ini. Kang Abik melakarkan Bumi Cinta bukan dengan cerita semata-mata, tetapi dilatari juga dengan tadabbur kalam Allah dan hasil kajian dan penemuan ilmiah, di samping pengetahuan tentang sejarah. Secara tidak langsung, pembaca akan mengetahui tentang pelbagai input yang bersifat ilmiah, biarpun bukan secara terperinci apabila membaca buku ini.

Salah satu perkara yang saya suka tentang buku ini adalah deskripsi tempat yang melatarinya, iaitu Moskow. Saya suka membaca cerita yang berlatarkan luar negara, kerana melaluinya saya dapat mengetahui tentang keadaan dan budaya sesuatu tempat walaupun tidak berpeluang untuk berkunjung ke tempat tersebut. Melalui buku ini banyak ilmu yang baru saya tahu, seperti akibat yang berlaku kepada seseorang jika terdedah kepada cuaca sejuk, pakaian yang digunakan semasa musim sejuk, keadaan kehidupan masyarakat di Rusia, perancangan jahat zionis terhadap Islam, jenis-jenis atheis, dan beberapa tempat menarik di Moskow seperti Kremlin dan Red Square.

Jika dalam KCB, Kang Abik banyak membicarakan tentang persoalan cinta dan jodoh, hal sedemikian kurang ditonjolkan dalam Bumi Cinta. Tanpa ayat-ayat romantis yang membuai jiwa dan rasa, ia tidak sedikit pun mencacatkan cerita dan tidak sedikit pun mengurangkan keghairahan saya untuk membaca dari kulit ke kulit. Ada rahsia besar yang tersingkap di penghujung cerita, dan saya rasa pengakhiran secara ‘tergantung’ yang dilakukan oleh penulis mungkin menandakan akan ada lagi kesinambungan cerita ini nanti.

Kepada pembaca yang inginkan suatu bacaan untuk pembangunan jiwa dan mengandungi input ilmiah yang disampaikan secara santai, serta menginsafkan diri tentang betapa indahnya Islam dan besarnya kasih-sayang Allah terhadap makhlukNYA, bacalah Bumi Cinta, mudah-mudahan kita berada di bumi cinta dan bakal dibangkitkan suatu hari nanti di ‘bumi cinta’ yang kekal abadi.

sumber: Arirada

MQ : Cabaran 50 Buku : (10) Cinta Sang Ratu

Tajuk : Cinta Sang Ratu
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Tahun terbitan : 2010 (cetakan 8)
Halaman : 554
Harga : RM19.90/ RM22.90

Kesinambungan novel Bagaikan Puteri ini masih mengekalkan watak Laksamana Sunan sebagai tunjang utama dengan dibantu oleh Haryani dan Dani, bagi melancarkan jalan cerita yang mempertemukan dua zaman berbeza.

Novel ini sarat dengan mesej ketuhanan sedari zaman sebelum penciptaan manusia pertama Adam a.s. Keingkaran syaitan sujud kepada Nabi Adam disertai peluang yang diberi untuk menyesatkan manusia sehingga tibanya hari kiamat digunakan dengan sebaik-baiknya.

Penulis berjaya mengetengahkan unsur sihir, mistik dan kepercayaan karut segelintir masyarakat di muka bumi ini dalam penceritaan yang begitu memukau dan penuh debaran sesuai dengan gelaran novelis thriller no.1 di Malaysia.

Justeru novel ini mengingatkan manusia akan kelebihan ayat kursi, unsur ikhlas dalam kehidupan dan bertawakal kepada Allah setelah berusaha selain mengangkat tema cinta fitrah sesama manusia dalam diri seorang pejuang kebenaran yang meletakkan cintanya kepada Allah melebihi cinta kepada makhlukNya.

Membaca novel ini ada debaran, ada manis, ada cinta, ada air mata, ada ketabahan dan ada kesedihan yang dipendam. Syabas kepada penulis kerana membuatkan pembaca berfikir kembali dan merenung diri sendiri.

sumber: Mariah

Apr 14, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (29) Dia & Dia

Penulis: Bunick Firdaus
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN 978-967-5118-54-8
Harga: RM 21.00 / RM 24.00
M/S: 584
Cetakan – Feb 2011

Blurb:

“Dia hadir dalam hidupku untuk menyenbuhkan rawan yang bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorang lagi?”

Cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?

Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?

Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia; ujian pula dating bertimpa-timpa!

Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?

*****

Nukilan pertama BUNICK FIRDAUS ini cuba menyelami bilau hati seorang wanita pada dia yang mahu berkongsi hati dengannya. Bukankah ‘keliru’ itu maknanya hati sudah tersentuh? Biarlah Dia & Dia menjelaskan semuanya!


Kak Chik menukil:

Kekeliruan hati seorang wanita, Arissa (oleh kerana penulis menggarap rasa dari rasa hati aku – Arissa, jadi kita tidak tahu rasa hati watak-watak lain) tentang pilihan hidupnya. Persahabatan yang terjalin 4 tahun antara Arissa dan Fazril termeterai di puncak Kinabalu. Lamaran yang secara mengejut itu telah membuat Arissa terkedu dan terus bersetuju kerana selama ini rasa itu tidak pernah dia selami. Janji Fazril, mereka akan mengikat tali pernikahan selepas 3 bulan selepas detik itu.

Dalam bahagia menunggu hari dirisik dan bertunang, Arissa dikejutkan dengan pertemuan Zhalliya, sepupu Fazril. Kad jemputan kahwin yang tertera nama Fazril dan Zhalliya merenggut kejam kebahagiaan dan impian Arissa. Kenapa kerana silap Zhalliya dan arwah Ikram, Arrissa dan Fazril yang menjadi mangsa. Fazril terpaksa menolak ke tepi rasa cinta demi menjaga maruah keluarga dan patuh pada orang tua. (Dan pada Kak Chik, ketika ini Fazril bagaikan tidak begitu bertegas dengan rasa cintanya pada Arissa kerana dia dengan mudah sahaja meninggalkan Arissa terluka).

Dalam Arissa berkeluh kesah kehadiran Irfan mampu mengubati luka walaupun parut masih jelas kelihatan. Walaupun berkali di lamar Irfan, Arissa tetap bertegas dia hanya mampu berkawan kerana rasa cinta pada Fazril tidak pernah padam walaupun dia mencuba berkali-kali.

Kerana jodoh itu aturan Allah, walau berkali kita lari pasti bertemu juga di penghujungnya. Namun bahagia yang dikecapi tidak lama, lalu siapa yang harus disalahkan pada pertelingkahan ini?

Pada Kak Chik, rasa sedikit terkilan apabila Kak Chik mendalami watak Arissa kerana Kak Chik merasakan Arissa seorang yang mementingkan diri sendiri ketika dia berhadapan dengan Irfan sebagai suami. Dia begitu mendesak Irfan untuk menjauhi Dania selepas mereka berkahwin sedangkan dalam dia tidak sedar dia telah mencabar kesabaran seorang suami apabila dia masih berhubung dengan Fazril. Rasa tercabar dan bersalah Irfan menyebabkan dia sanggup mengalah sedangkan Arissa juga cinta pertamanya. Dia sanggup berkorban demi melihat Arissa kembali bahagia dan tidak mahu Arissa terseksa lagi. Juga Kak Chik sangat suka cara penulis mengolah perhubungan kedua orang tua Irfan dengan Arissa walaupun hubungan Irfan-Arissa terputus.

Mampukah Arissa mencorak bahagia selepas Irfan mengundur diri? Benarkah cinta pertama itu cinta sejati?... Allahuaklam...

P/S: Secara jujur air mata mengalir laju ketika Irfan dan Arissa di mahkamah. Sungguh kasihan pada Irfan…. Sesuatu yang menyesakkan otak Kak Chik, tidak bolehkah cinta dipupuk lagi selepas cinta pertama?....


LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)