Apr 10, 2013

Pesta Buku 2013

Salam semua,



Sedar tak sedar, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur datang lagi. Bagi pencinta buku pastinya sangat teruja dengan pesta yang menghimpunkan pelbagai jenis buku baik yang bergenre ilmiah mahupun yang berjenis fiksyen di bawah pelbagai syarikat penerbitan dan dihimpunkan di bawah satu bumbung... PWTC.

Sebagaimana tahun-tahun sudah, inilah masanya yang sangat-sangat Kak Wan nantikan. Selain untuk mencari buku/novel, ini juga waktunya kita dapat berkumpul dengan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama iaitu buku.

Pesta ini akan berlangsung selama 10 hari bermula 26 April 2013 dan akan berakhir pada 5 Mei 2013. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang beramai-ramai memeriahkan lagi pesta ini.

Jumpa kalian di sana?? Jommm...

Salam sayang,


Ps: Dah lama tak menulis, terasa hilang seluruh kosa kata untuk ber'bicara'