Feb 7, 2010

Akan terbit dari Alaf21 & Kaki Novel


Apa sebenarnya pengertian kasih dan rindu bagi seorang lelaki bernama Mohamed Hijaz kalau sekadar menjadi pengucapan yang terlalu murah harganya hingga sesuka hati diucap kepada sesiapa sahaja?

‘Mengapa jadi begini? Mengapa tak setia dalam berkasih?’ Kesal dan terkilan mengongsi seluruh ruang dalam hati.

Dalam sendu, aku menghitung langkah kaki Hijaz mendapatkannya. Bertaut Jari-jemari dan mereka berjalan seiringan. Aku meraung di dalam hati mengenangkan sepatutnya akulah yang berada di situ seperti yang Hijaz janji. Namun, aku tiada upaya mengubah kehendak takdir. Impian bersanding dengannya hanya mampu aku hadirkan dalam bayangan.

‘Dirikan mahligai kasih, bina jangan sampai runtuh. Hanya satu pesan dan doaku, ALLAH jangan kau lupakan ...’ bisik hatiku meminjam lirik lagu yang pernah aku dengar suatu masa dahulu.

Darwina: Aku tahu, Hijaz sedang berbahagia kini. Hatiku pula masih bergelandangan. Masih tercari-cari dahan kasih untuk berpaut.

“Cinta yang menyakiti, sewajarnya dihindari.”

Darwina: “Mengapa suami-suami selalu begini? Mengapa tidak setia dan suka bermain kayu tiga? Dah tak ingat agaknya, sumpah setia dan janji yang dilafaz sewaktu memadu cinta sebelum akhirnya melangkah ke alam rumah tangga?”

RASA cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu.
Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.

Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?

Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama Nana dan Hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu hidup bahagia.

p/s : maklumat berkaitan akan di update kemudian....harap maklum...