Showing posts with label Nur Amalina. Show all posts
Showing posts with label Nur Amalina. Show all posts

Dec 31, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku (50) : Komunikasi Intim


Tajuk Buku : Komunikasi Intim
Penulis : Abdullah Hassan & Ainon Mohd
Terbitan : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd
Muka Surat : 176


Ulasan

Buku ini membantu mereka yang mempunyai krisis dalam perhubungan samaada hubungan suami isteri, kekasih, ibubapa dan anak-anak, hubungan sahabat ataupun adik beradik. Buku ini menyediakan banyak tips yang boleh dicuba dan diamalkan bagi membaik pulihkan sesuatu perhubungan. Pada pandangan saya, penulis banyak menyelitkan tips untuk pasangan suami isteri mahupun kekasih kerana.

Penulis menunjukkan cara komunikasi yang betul antara individu dengan individu lain untuk kebaikan sesuatu perhubungan. Komunikasi adalah suatu perkara penting yang perlu diperbaiki oleh setiap individu. Kadangkala cara komunikasi yang salah, kadangkala yang salahnya adalah perkataan yang diungkapkan. Penulis memaparkan beberapa contoh komunikasi yang salah agar pembaca lebih memahami dan membezakan dengan komunikasi yang betul.

Pada pandangan saya, semua harus mempelajari cara komunikasi yang betul dan praktikkan dalam kehidupan. Jika semua tahu kamunikasi yang betul pasti dunia ini akan lebih aman dan bahagia. Ini kerana jika dilihat sekeliling, ramai yang tidak pandai berkomunikasi dengan betul. Lihatlah pepatah melayu “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Selain itu, mengapa orang sering mengatakan bahawa “diam itu lebih baik dari berbicara”? ini kerana ramai yang tidak pandai komunikasi yang betul. Dengan lidah boleh menyebabkan dunia huru-hara. Palajarilah komunikasi yang betul dengan membaca buku “Komunikasi Intim” karya Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Anda seperti kanak-kanak yang baru belajar berkata-kata! Ubahlah cara komunikasi yang salah dengan komunikasi yang betul. Orang pasti akan lebih menghormati anda jika anda berkomunikasi dengan bijak


Petikan Pilihan

Mengurut Ego Lelaki

Bagaimanakah caranya ego lelaki dapat disegarkan? Alat untuk mengurut ego lelaki ialah kata-kata. Apabila lelaki bercakap dengan pasangannya, dia bukan mahu mendengar satu ataupun dua perkataan sebagai jawapan. Dia mahu mendengar apa yang disebalik kata-kata itu. Contohnya: mengesahkan apa yang dikatakan seperti “Saya setuju dengan pandangan abang”,”Betul kata abang tu” atau dengan cara menggambarkan perasaan positif seperti “Seronoknya abang dah balik”, “Abang ni pandai mengusik saya la”, ataupun dengan cara menyatakan persetujuan seperti “Idea abang itu memang baik”.


Kulit Belakang Buku

Panduan menjalinkan hubungan persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang yang memuaskan dan berkekalan

Buku ini menerangkan satu persatu teknik-teknik komunikasi yang dapat mencipta perhubungan peribadi yang memuaskan kedua-dua belah pihak. Pada waktu yang sama ia juga menerangkan ciri-ciri tennik yang salah yang membahayakan perhubungan.

Turut diterangkan ialah faktor-faktor yang membezakan keperluan psikologi antara lelaki dan perempuan yang mempengaruhi ciri-ciri komunikasi mereka.

Prinsip komunikasi interpersonal untuk semua perhubungan peribadi adalah serupa, sama ada perhubungan itu adalah di antara rakan-rakan, sahabat, ibubapa dengan anak-anak, adik-beradik, suami isteri mahupun antara kekasih.

Kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar psikologi perhubungan mendapati mereka dapat meramalkan dengan 99 peratus ketepatan, mana pasangan yang akan kekal dan mana yang sebaliknya, hanya dengan memerhatikan ciri-ciri komunikasi yang mereka gunakan/ ini membuktikan bagaimana pentingnya seseorang itu mempelajari teknik-teknik komunikasi interpersonal yang betul untuk menjalinkan hubungan yang berkekalan.

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (49) : Hikmah Sembahyang


Tajuk Buku : Hikmah Sembahyang
Penulis : Ahmad Syafi’e Khatib
Terbitan : Jasmin Enterprise
Muka Surat : 242


Ulasan

Sembahyang merupakan rukun Islam kedua dan ia merupakan perintah yang paling dituntut oleh Islam. Buku ini menunjukkan kebahagiaan yang bakal dikecapi oleh mereka yang menjaga sembahyangnya dengan sempurna. Penulis juga mengemukakan maksud sembahyang dari pelbagai pandangan. Sembahyang dapat menjadikan seseorang itu berakhlak mulia apabila dia menjaga dan mengerjakan sembahyang dengan baik dan sempurna. Balasan buruk bagi mereka yang meninggalkan sembahyang juga dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini mendedahkan rahsia di sebalik sembahyang itu, yang mana azab bagi mereka yang meninggalkannya, pahala dan pelbagai kebahagiaan menanti bagi mereka yang menjaganya. Selain itu, solat bukan sahaj dituntut dalam Islam tetapi ia juga keperluan untuk tubuh badan manusia yang mana sembahyang itu merupakan senaman yang terbaik untuk tubuh badan manusia.

Pada akhir zaman ini, ramai yang sering meninggalkan kewajiban ini dan menganggap ringan akan kewajiban ini. mereka kurang faham akan kedudukan sembahyang dalam Islam dan kepentingan sembahyang dalam kehidupan. Penulis menyelitkan faktor-faktor mereka meninggalkan sembahyang. Penulis juga mencadangkan cara penyelesaian terhadap mereka yang sering lalai dengan perintah Allah ini.

Buku ini dapat membantu ibubapa dan guru-guru agar mengambil berat akan kewajiban ibadah sembahyang ini terhadap anak-anak. Sebenarnya kewajiban ibadah ini perlu diingatkan selalu samaada pelajar, remaja mahupun mereka yang telah dewasa. Ibubapa tidak harus melepas tangan terhadap anak-anak mereka kerana sembahyang ini adalah kewajiban setiap individu Muslim dan jika ibubapa mahukan anak-anaknya menjadi seorang yang berakhlak mulia, mulakan dengan menjaga sembahyang mereka. Insya Allah amalan baik yang lain, mudah dilakukan oleh anak-anak anda. Didiklah anak-anak anda sebelum terlambat! Mereka merupakan harta yang paling berharga dalam kehidupan!


Kulit Belakang Buku

Buku “Hikmah Sembahyang” ini merupakan buku kedua dari lima siri, dan ia adalah sebuah buku yang membincangkan dan memperkatakan selok-belok sembahyang dari berbagai sudut. Sebagaimana sudah dimaklumi, sembahyang adalah rukun Islam yang kedua dan ibadah yang paling tinggi darjat dan kedudukannya berbanding ibadah-ibadah yang lain.

Dalam buku ini, pembaca akan mendapati pelbagai perbincangan yang berkaitan dengan syahadah, antara lain: Syahadah membawa kepada bahagia yang sebenar, mencegah dari membuat dosa dan munkar. Cekal melalui kesusahan, satu tanda diterima taubat, diampuni segala dosa, beroleh ketenangan jiwa, beroleh amal istimewa para Nabi, beroleh darjat yang tinggi, mendapat lima jenid kemuliaan, kebahagiaan dalam solat, menjana peribadi dengan solat, dan banyak lagi perkara lain.

Dengan demikian, buku ini amat sesuai dibaca oleh setiap lapisan kaum muslimin, tanpa mengira peringkat umur dan tahap pendidikan.

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (48) : Penyakit Was-was: Kemudaratan dan Cara Mengatasinya


Tajuk Buku : Penyakit Was-was: Kemudaratan dan Cara Mengatasinya
Penulis: Al-Imam, Abu Abdullah Syamsuddin Ibnu Qoyyim Al-Jauzi
Terbitan : Era Ilmu Sdn Bhd
Muka Surat : 121


Ulasan

Penyakit was-was merupakan penyakit daripada gangguan syaitan. Was-was juga merupakan godaan syaitan terhadap manusia. Godaan was-was ini jika tidak diatasi akan menjadi penyakit. Buku ini menunjukkan jenis-jenis penyakit was-was yang sering melanda masyarakat. Penyakit was-was ini perlu diubati dan dirawat agar tidak menjadi lebih teruk. Bagaimanakah ingin mengubati penyakit was-was ini? buku ini menjawab soalan tersebut. Was-was sering melanda mereka yang ingin mengerjakan ibadah seperti berwudhu’, bersolat, bersuci dari hadas besar dan kecil. Orang yang berpenyakit was-was kadangkala tidak menyedari bahawa dia mempunyai penyakit was-was. Orang yang terkena penyakit was-was terlalu berhati-hati dalam melakukan ibadah mereka sehingga keterlaluan. Contohnya dalam berniat solat, mereka akan berulang-ulang kali melafazkan niat solat. Kadangkala memakan masa yang terlalu lama untuk melafazkan niat tersebut. Perkara ini perlu diubati kerana penyakit was-was ini boleh mengakibatkan keburukan dalam akidah dan amalannya. Mereka yang melayan sifat was-was dalam hatinya adalah pengikut syaitan.


Kulit Belakang Buku

Jalan yang ditempuh oleh seseorang itu hanyalah ada empat. Suatu tempoh diakan akan mengambul jalan di kirinya. Suatu waktu dia akan mengambil jalan depan, dan pada waktu lain dia akan mengambil jalan belakang. Jalan manapun yang ditempuhnya, yang jelas dia mendapati syaitan selalu mengintainya. Apabila dia menempuh jalan ketaatan, maka dia akan mendapati syaitan berusaha menghambat serta menghalanginya. Sebaliknya apabila jalan kemaksiatan yang dia tempuh, maka dia akan melihat syaitan mendorongnya, mendudkung dan membantunya. Was-was adalah satu lorong syaitan memasuki diri manusia dan menyesatkannya.

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (47) : 77 Tips Melembutkan Hati Lelaki


Tajuk Buku : 77 Tips Melembutkan Hati Lelaki
Penulis : Zamri Mohamad
Terbitan : PTS Millennia Sdn. Bhd
Muka Surat : 256


Ulasan

Sebagai peminat buku-buku motivasi, buku ini antara koleksi terbaru saya. Banyak yang saya pelajari dari buku ini tentang cara-cara melembutkan hati lelaki. Tetapi pada pandangan saya, buku ini bukan sahaj untuk wanita tetapi untuk lelaki dan wanita. buku ini sebenarnya mengajar pasangan lebih memahami naluri pasangannya.

Buku ini, banyak menunjukkan cara sebenar yang perlu dilakukan oleh wanita kepada pasangannya dan begitu juga oleh lelaki terhadap pasanganya. Jika lelaki dan wanita saling memahami dan mengetahui apa yang perlu dilakukan, pasti sesuatu hubungan itu lebih bermakna dan behagia. Buku ini dapat membantu pasangan lebih bergembira apabila berdekatan dan merindui apabila berjauhan.

Buku terbitan PTS Millennia ini membantu wanita untuk mengambil hati pasangan mereka dengan cara mereka. Mereka bolehlah mencuba setiap tips-tips yang disediakan oleh penulis dalam buku ini. begitu juga lelaki, tips-tips ini bukan sahaja untuk wanita tetapi untuk lelaki juga. Penulis bukan sahaja membantu wanita mengambil hati pasangan mereka tetapi penulis juga membantu lelaki mendapat layanan dan wanita yang sangat memahami jiwa mereka apabila wanita mereka membaca buku ini. Para lelaki bolehlah menjadikan buku ini sebagai hadiah kepada wanita mereka jika inginkan wanita mereka lebih memahami jiwa lelakinya.

Buku ini juga dihiasi dengan kata-kata cinta dan kata-kata rindu yang diselitkan oleh penulis bagi menyemarakkan rasa cinta dan rindu dalam hati yang sedang berbunga cinta. Kenapa seringkali hubungan tidak menjadi dan perkahwinan tidak berkekalan? Ini kerana masing-masing tidak memahami antara satu masa laian dan tidak mengetahui cara untuk menyelesaikannya. Buku ini ada jawapannya. Jangan biarkan pertengkaran dan kehambaran hubungan berlarutan.


Petikan Pilihan

Elakkan kata-kata maaf yang berbunyi ugutan seolah-olah pasangan tidak dipercayai lagi sedangkan isu sudah selesai seperti “Saya boleh memaafkan bukan melupakan…”, “Jangan ingat saya lupakan perkara ini abang boleh melakukan lagi…..” dan “Saya boleh terima untuk hari ini, kalau kali kedua…”

Kegagalan cinta-cinta terdahulu jangan dikenang apabila sudah menemui cinta baru. Buang cerita kekasih lama jauh-jauh tanpa perlu memikirkannya lagi.

Minat pasangan mungkin member keuntungan besar kepada pasangannya. Elakkan dari menganggap kegemaran pasangan adalah perkara membuang masa dan tidak memberi manfaat kepada perhubungan.

Siapa menyangka segelas air suam mampu mempertahankan perkahwinan melebihi 30 tahun. Ini perkara hebat bagi wanita mengetahui rahsia di sebalik segelas air yang mampu melembutkan hati lelaki yang dikasihinya. Petua-petua beserta saranan-saranan pakar digabungkan bagi mencapai kehidupan yang diinginkan.


Kulit Belakang Buku

Sekeras-keras batu, keras lagi hati lelaki. Jika ada seorang lelaki dan sebuah tembok batu, lebih mudah meruntuhkan tembok batu itu daripada melembutkan hati lelaki. Sampai begitu sekali. Begitu keraskah hati lelaki? Tiada emosi langsungkah lelaki ini? adakah sampai bila-bila kita sekadar menggigit jari apabila berhadapan dengan kekerasan seorang lelaki?

Siapa sangka ya, lelaki menjadi begitu lembut hanya kerana secawan air kosong. Siapa sangka ya, lelaki begitu terbuka sekali dengan wanita yang melihat daripada pandangannya. Sungguh kita tidak sangka lelaki menjadi lembut kerana hal-hal yang kita sangka remeh sekali.

Hati lelaki seperti besi. Betul kuncinya, terbukalah hati dan nampaklah segala isi. Kuncinya ada di sisni. Di dalam buku ini.

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (46) : Men Are From Mars, Women Are From Venus


Tajuk Buku : Men Are From Mars, Women Are From Venus
Penulis : John Gray
Terbitan : PTS Professional
Muka Surat : 369

Ulasan

Buku terjemahan yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Adlie Syamsudin ini membantu saya yang selama ini mencari-cari buku ini. Saya berterima kasih kepada penterjemah kerana membantu saya memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis. Saya pernah membaca buku asal yang ditulis oleh John Gray tetapi kurang memahami tetapi saya berusaha untuk memahaminya kerana seorang sahabat saya menyarankan kepada saya untuk membaca buku ini. Apabila buku terjemahan ini telah keluar, saya segera mendapatkannya dan saya berpendapat bahawa buku ini harus dibaca oleh semua orang.

John Gray ingin menyampaikan bahawa sifat dan sikap antara lelaki dan perempuan sangatlah berbeza dan bagaimanakah setiap pasangan ingin mengenali dan memahami sikap dan sifat pasangan mereka. Kenapa pasangan suami isteri dan pasangan kekasih sering bertengkar mengenai masalah yang kecil? Ini kerana mereka tidak memahami sikap perbezaan antara lelaki dan perempuan dan cara menerima setiap perbezaan tersebut.

John Gray menafsirkan perbezaan antara lelaki dan perempuan dengan cara mereka berasal daripada dua negara yang berbeza. Mereka mempunyai perbezaan yang sangat ketara dan mereka saling menghormati dan saling menerima setiap perbezaan pasangannya. Jadi, disini fahamlah kita bahawa untuk bahagia, perlu menghormati dan menerima perbezaan yang ada dalam diri pasangan kita. Bukan itu sahaja, cara mengatasi pertengkaran juga diajar oleh penulis ini. untuk bahagia terserah kepada kita untuk menerima dan menghormati pasangan masing-masing. Mudah kan? Tapi itu juga perlukan kepada memahami apa perbezaan pasangan. Jika tidak tahu apakah perbezaannya, bagaimanakah anda mahu menerimanya bukan? Jadi, penulis telah memaparkan perbezaan antara lelaki dan perempuan dan anda perlulah faham akan perbezaan tersebut.

Selain itu, penulis juga menyelitkan mutiara kata yang indah dan info yang perlu diketahui oleh semua orang agar lebih memahami pasangan masing-masing. Buku setebal 369 muka surat ini tidak terasa tebal apabila anda mula membacanya kerana setiap muka surat mempunyai ilmu yang menarik tentang perbezaan lelaki dan perempuan dan ini membuatkan anda ingin lebih mengetahui dan terus menerus membaca sehingga ke muka surat terakhir. Saya menyarankan agar semua orang membaca buku ini untuk kebaikan rumahtangga. Anda menghampiri kebahagiaan apabila anda mendapatkan buku ini! kebahagiaan anda apabila anda cuba untuk memperbaikinya hubungan anda dari hari ke hari. Dengan membaca buku ini, anda telah cuba untuk memperbaikinya.


Kulit Belakang Buku

Pada suatu masa dahulu orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi. Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan mereka terlupa, mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza.

Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjafi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia. Berdasarkan pengalaman beliau member khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau member panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan.

Men Are From Mars, Women Are From Vesus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.

“Jarang sekali kita berjumpa dengan buku bukan fiksyen yang membuatkan kita tidak mampu meletakkan buku sebelum habis membaca. Tetapi John Gray berjaya menghasilkannya.” –Susan Page

“.. panduan terbaik bagi memahami hubungan suami isteri.” – Harold Bloomfield


---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (45) : Ajaibnya Sedekah


Tajuk Buku : Ajaibnya Sedekah
Penulis : Muhammad Muhyidin
Terbitan : PTS Millennia Sdn. Bhd
Muka Surat : 171

Ulasan

Apa yang ajaibnya sedekah ini ialah semakin banyak kita member semakin banyak rezeki yang datang. Anda tidak percaya? Banyak bukti yang ditunjukkan oleh buku ini akan keajaiban bersedekah. Penulis mengatakan sedekah penarik rezeki. Ajaibnya sedekah ini juga ia boleh menghindarkan bahaya. Muhammad Muhyidin menjelaskan sedekah yang menjadi magnet rezeki adalah sedekah yang terbaik. Beliau juga menjelaskan cara-cara sedekah yang salah.

Selain itu, ajaibnya sedekah ini ialah sedekah dapat menjadi asbab sembuhnya penyakit dan memanjangkan usia. Ingin tahu bagaimanakah sedekah dapat menyembuhkan penyakit dan memanjangkan usia? Bacalah buku ini! Pahala mereka yang bersedekah sangatlah banyak bahkan sedekah dapat membuka pintu syurga. Marilah kita membudayakan amalan bersedekah ini. Bukan sahaja kita dapat pahala tetapi dapat juga membantu mereka yang memerlukan.

Kulit Belakang Buku

TENTU ANDA INGIN TAHU

• Benarkah sedekah mampu membantu individu menjadi lebih kaya?
• Bagaimana bersedekah mampu menjadikan seorang Muslim itu menjadi lebih kaya?
• Apakah cara sedekah yang betul?
• Keajaiban-keajaiban sedekah dan teknik mengenal pasti keajaiban-keajaiban itu?

Sama ada percaya atau tidak, sedekah adalah ibadah yang ajaib.

Ia adalah ibadah yang tidak selari dengan hokum ekonomi moden.

Semakin banyak yang dikeluarkan tanpa kepentingan, semakin bertambah pendapatan dan semakin kaya.

Namun, itulah jutaan keajaiban, mukjizat, misteri dan rahsia keagungan ibadah sedekah yang diberikan oleh Allah kepada Muslim yang sanggup bersedekah. Ajaibnya Sedekah membicarakan mengenai keajaiban dan mukjizat sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan reseki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia juga menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindar penyakit dan memanjangkan usia.

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (44) : Hadith 40 Imam Nawawi


Tajuk Buku : Hadith 40 Imam Nawawi
Penulis : Muhammad Bukhari
Terbitan : Penerbitan Seribu Dinar Sdn. Bhd
Muka Surat : 227

Ulasan

Buku bersaiz poket ini memuatkan 40 hadith yang utama yang selalu menjadi bahan asas untuk pelajar yang mempelajari pelajaran hadith. Hadith-hadith yang dimuatkan dalam buku ini disertakan dengan huraian yang lengkap dari sudut tafsiran hadith dan intisarinya agar pembaca lebih memahami maksud sebenar hadith tersebut. Selain itu, kedudukan hadith setiap hadith yang ada dalam buku ini dijelaskan oleh penulis agar pembaca lebih yakin dengan kesahihannya.

Buku kecil berwarna hijau ini mudah di bawa kemana-mana sahaja kerana saiznya yang kecil dan amat mudah bagi pelajar yang ingin mengulangkaji pelajaran hadith dan mendalami dalam bidang hadith. Selain itu, susunan hadith-hadith dalam buku ini sangat tersusun dan setiap hadith di mulakan dengan muka surat yang baru dan disertakan dengan tajuk yang jelas sangat memudahkan pembaca untuk mencari hadith dan membaca buku ini. Saya mencadangkan kepada mereka yang belajar hadith dan mendalami bidang hadith untuk mendapatkan buku ini sebagai bahan rujukan anda kerana buku ini sangat membantu anda dan mudah untuk anda fahaminya.


Kulit Belakng Buku

Buku ini menghuraikan secara terperinci 40 hadith himpunan Imam Nawawi yang dikenal di dunia dengan nama ‘Hadith-hadith Arba’in Nawawiyah”. Hadith-hadith itu sendiri merupakan rangkuman asas-asas ajaran Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w

Sebagai Muslim wajib memahami dan mengamalkan asas-asas ajaran Islam ini. Tidak mungkin seseorang disebut Muslim bila tidak memahami dan mengamalkan asas-asas ajaran Islam tersebut. Di sinilah letak urgensi buku ini bagi setiap Muslim, baik Muslim, sesiapapun dia, baik Muslim awam ataupun Muslim trpelajar. Semoga buku ini dapat membantu anda untuk menjadi Muslim yang baik, yang sesuai dengan asas-asas ajaran Islam.

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (43) : Senyumlah


Tajuk Buku : Senyumlah
Penulis : syed Alwi Alatas
Terbitan : Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Muka Surat : 300

Ulasan

Buku ini dihadiahkan oleh kawan saya kepada saya. Saya hargai pemberiannya dengan membaca dan saya berjaya menghabiskan bacaan saya selama seminggu. Banyak ilmu yang saya perolehi daripada buku ‘senyumlah’ ini. Buku ini saya kategorikan sebagai buku motivasi dan saya memang minat sangat membaca buku motivasi kerana ia dapat menaikkan semangat dan membantu saya meningkatkan diri ke arah yang lebih baik.

Buku terbitan Galeri Ilmu ini mengajar kita cara menghadapi masalah yang melanda dalam kehidupan dengan lebih matang dan bijak. Selain itu, penulis mengajar pembaca menganggap masalah sebagai batu loncatan dalam kehidupan bukan sebagai batu penghalang. Putus asa bukanlah cara penyelesaian yang bijak malah ia mengakibatkan kesan yang sangat buruk kepada sesiapa yang sahaja yang berputus asa. Keluh kesah terhadap masalah yang melanda sering muncul permasalahan-permasalahan kecil yang dihadapi sehari-hari. Jika keluh kesah dibiasakan dalam setiap masalah juga akan mengakibatkan keburukan. Jadi, biasakan menerima segala masalah dengan fikiran positif dan belajarlah menyelesaikan masalah dengan cara yang betul. Ingin mengetahui bagaimana cara menyelesaikan masalah dengan betul? Bacalah buku ‘Senyumlah’ ini, anda pasti menemui jawapannya.

Setiap masalah itu membantu kita untuk lebih matang dan maju kehadapan apabila kita bijak mengawal dan menghadapinya. Pandanglah setiap masalah itu sebagai keperluan kehidupan dan positiflah dengan setiap pandangan anda kerana anda akan bersemangat dan bergembira walau sebesar mana masalah yang menimpa anda.


Kulit Belakang Buku

Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan, sedangkan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan? Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesusahan hidup, sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluarnya lebih banyak? Mengapa harus berkeluh-kesah, sedangkan apa pun masalah yang dating, ia akan berlalu jua akhirnya? Buku ini ingin membuat pembaca tersenyum dan gembira, walaupun ada masalah dan kesusahan yang sedang dihadapi. Ia mengajak pembaca memahami rahsia permasalahan hidup dan mengetahui bagaimana cara mengatasinya dengan baik.

Ditulis dengan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, buku ini disokong oleh banyak kisah serta rajah yang akan memudahkan pembaca memahami isinya. Selesai membacanya, mudah-mudahan pandangan pembaca terhadap masalah dan kesusahan hidup berubah sepenuhnya. Dada akan menjadi lapang, beban terasa ringan, dan bibir lebih mudah tersenyum.

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (42) : Benarkah Nabi Isa Disalib


Tajuk Buku : Benarkah Nabi Isa Disalib
Penulis : Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid
Terbitan : Tuan Sharifah Islamic Foundation
Muka Surat : 38

Ulasan

Buku ini memaparkan pengalaman penulis berdialog dengan paderi-paderi di Malaysia. Pembaca boleh lihat kebijaksanaan penulis menjawab setiap soalan yang di ajukan oleh paderi kepada penulis. Banyak pengetahuan baru yang kita dapat lihat daripada dialog mereka dan pembaca dapat lihat kebenarannya agama Islam. Selain itu, pembaca boleh lihat cara paderi menjawab soalan yang di ajukan oleh penulis kepadanya.

Pembaca seolah-olah menghafal kitab bible apabila beliau mencelah setiap jawapan yang diberikan oleh paderi dengan dalil-dalil yang bercanggah dalam bible itu sendiri. Keunikan cara penulis menjawab setiap soalan mengagumkan saya dan saya pasti sesiapa sahaja yang membaca buku ini akan kagum dengan cara jawapan yang diberikan oleh penulis. Pembaca akan lebih yakin dengan kebesaran Allah apabila dalil-dalil al-Quran juga digunakan oleh penulis.

Buku senipis 38 muka surat ini tidak puas dibaca sekali sahaja, bahkan saya membaca berulang kali kerana setiap dialog mereka menambahkan ilmu pengetahuan kepada saya mengenai agama Kristian yang sememangnya saya kurang pengetahuan tentangnya. Saya menyarankan agar buku ini dibaca oleh setiap orang Islam kerana saya yakin buku ini sedikit sebanyak dapat membuka mata umat Islam tentang agama Kristian dan meningkatkan keimanan kepada Allah dan meyakinkan akan kebenaran agama Islam.

Petikan Pilihan

Orang-orang Kristian juga percaya bahawa kisah penyembelihan Ishak oleh Nabi Ibrahim adalah gambaran awal dari Allah S.W.T bahawa Jesus akan disalib untuk menebus dosa warisan manusia.

Ketika berbincang dengan seorang Paderi dan isterinya tentang “Benarkah Ishak yang disembelih? Saya berkata kepada beliay, “Uncle, kami sebagai Muslim percaya bahawa Ismail yang telah dikorbankan bukan Ishak sebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Kristian.

Walaupun Kristian membuktikan hujah mereka melalui Old Testament, sebagaimana yang dinyatakan dalam buku kejadian bab 22 ayat 2 :

“Pergilah ke tanah Moria dengan Ishak, anakmu yang tunggal, yang sangat engkay kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan Ku tunjukkan kepadamu, persembahkanlah anakmu sebagai korban untuk menyenangkan hatiKu”

Namun, kitab Bible sendiri menolak hujah ini!. Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Cubalah kita lihat di dalam Old Testament, buku kejadian bab 16 ayat 15-16, di mana Bible telah menyatakan:

“Kemusian Hegar (Hajar) melahirkan seorang anak lelaki, lalu Abram (Ibrahim) bapa anak itu menamakan dia Ismail. Pada masa itu Abram berumur 86 tahun.

Dan bandingkan pula dengan Old Testament, buku kejadian bab 21 ayat 5 ini:

“Ibrahim berumur 100 tahun ketika Ishak dilahirkan.

Dengan menggunakan ‘White Board’ yang ada di dalam gereja tersebut, saya melakarkan ayat-ayat tadi agar beliau dapat memerhatikan dengan jelas tentang ‘keistimewaan’ ayat-ayat ini.



Kulit Belakang Buku

Pada mulanya saya menyangka beliau seorang Arab Muslim, tetapi setelah beliau memperkenalkan diri sebagai Roger dan menyatakan beliau seorang Kristian Protestan dari Jamaica, saya segera mengambil peluang keemasan itu dengan bertanya :

“Uncle, do you believe god (Jesus) died for three days and three nights?

(Adakah tuan percaya bahawa Tuhan (Nabi Isa) telah mati tiga hari tiga malam?)

Beliau tersenyum sambil berkata: “This is a very interesting question.”

Saya menunggu agar Uncle Roger meneruskan jawapannya, tetapi apabila saya melihat beliau seperti ingin lari dari menjawab soalan tersebut, saya ulangi semula soalan itu untuk kali kedua.

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (41) : Kisah Orang-orang Yang Ditolong Allah

Tajuk Buku : Kisah Orang-orang Yang Ditolong Allah
Penulis : Mahdi Shahib Hunar
Terbitan : Al-Hidayah
Muka Surat : 179


Ulasan

Buku terbitan Al-Hidayah ini memuatkan banyak kisah-kisah orang-orang yang ditolong Allah dalam kehidupan mereka. Kisah-kisah ini dapat memberikan pengajaran dan peringatan kepada pembaca bahawa Allah adalah Penolong yang paling hebat dan pertolongan yang diberikan sangat luar biasa. Kisah-kisah yang pendek yang di muatkan dalam buku ini memudahkan pembaca untuk memahami dan pembaca tidak akan merasa jemu kerana kisah-kisah dalam buku ini berbeza-beza dan pertolongan yang mereka perolehi juga berbeza dan ajaib.

Mahdi Shahib Hunar ingin menamamkan sifat bersangka baik kepada Allah dalam diri pembaca kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang tidak memilih kasih dalam membantu hambaNya samaada hambanya baik, jahat, tua, muda, miskin, kaya dan lain-lain. Selagi hambanya meminta pertolongan dariNya, pasti Allah akan membantu. Jika merasa diri banyak lalai dari perintahNya, bertaubatlah kerana Allah suka orang yang bertaubat. Jangan terus menerus dalam melakukan dosa dan beranggapan bahawa Allah tidak akan mengampunkan dosa yang telah banyak menggunung tetapi yakin dan percayalah bahawa Allah Maha Pengampun. Pengampunan Allah lebih besar daripada dosa-dosa manusia yang menggunung itu.

Bacalah buku ini, anda pasti akan terasa bahawa kasih sayang Allah terhadap hambaNya sangat besar dan anda juga akan terasa bahawa Maha Berkuasanya Tuhan Sekalian Alam ini membantu manusia dengan bantuan yang ajaib, kadangkala ia bantuan itu merupakan bantuan luar biasa yang tidak tercapai oleh akal tetapi itulah Kuasa Allah. Allah Maha Berkuasa!


Kisah Pilihan

Suatu hari seorang perempuan mendukung bayiinya yang masih mentusu. Dia berjalan melintasi jambatan sebuah sungai. Tiba-tiba, dia terjatuh kerana berdesakan dengan orang-orang yang melewati jambatan. Bayinya terlempar ke sungai.

Dia menjerit, “Wahai muslimin, tolong saya”.

Bayi kecil itu dibawa arus sungai. Si ibu cuba mengejar si bayi sambil meminta tolong. Si bayi hanyut sampai ke tempat penuh batu yang berbahaya.

Kemudian, air sungai berputar di tempat berbatu itu.

Si ibu merasa sudah tidak dapat menolong anaknya. Dia berfikir bayinya tidak akan selamat.

Serentak dia mengangkat kepalanya kea rah langit seraya menyucapkan, “Tuhan!!”

Ajaibnya, seruan dengan satu kata itu langsung membuatkan aliran sungai berhenti. Si ibu cepat mengambil anaknya dan mengucap syukur kepada Allah.


Kulit Belakang Buku

Mungkin kita seringkali berfikian bahawa seseorang yang telah bergelimang dosa dan hanyut dalam lamunan, tidak akan diampuni lagi oleh Allah, meskipun setelah bertaubat dan mengharapkan rahmat-Nya, dengan cara berfikir seperti ini, kita malah kian terperosok ke dalam lumpur dosa. Sebaliknya, Allah pasti akan dengtan mudah menolong, memaafkan dan mengampuni hamba-Nya jika benar-benar bertaubat.

Banyak kisah yang sebenarnya dapat menggugah kita untuk segera insaf dan menyedari segala kesalahan yang selama ini dilakukan. Malah tidak ketinggalan al-Quran sendiri banyak memuatkan kisah-kisah iktibar dan pengajaran kepada kita.

Buku ini banyak memuatkan kisah-kisah orang-orang yang ditolong Allah untuk dijadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan seharian kita, sebagai umat Islam. Kisah-kisah dalam buku ini menggambarkan betapa sayangnya Allah kepada segenap hamba-Nya.

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (40) : Nawas & Mawas

Tajuk Buku : Nawas & Mawas
Penulis : Soze
Terbitan : Fathusshudur Resources
Muka Surat : 136


Ulasan

Buku ini merupakan sebuah buku motivasi santai dengan menggunakan cerita-cerita jenaka pendek tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Pembaca pasti terhibur dengan cerita yang dipaparkan di samping mendapat pengajaran yang tersirat daripadanya.

Penulis buku ini, Soze atau mana sebenarnya Shuib Sulaiman merupakan seorang pendakwah dan motivator bebas menulis buku “Nawas & Mawas” kerana ingin menegur dan memberi pengajaran kepada orang ramai dengan menggunakan kaedah yang unik dan lebih bersahaja iaitu melalui cerita jenaka. Melalui kaedah ini, pembaca lebih mudah memahami dan dengan sendirinya akan terfikir bahawa jenaka-jenaka yang dipaparkan oleh penulis merupakan teguran dan kritikan.


Petikan Pilihan 1

Cucu: Ratusan ribu rakyat kita yang menganggur.
Atuk: Menganggur apanya? Dua juta lebih rakyat asing berada dalam negara kita, bukankah mereka itu bekerja!? Sebenarnya bukan tiada kerja tetapi tiada didikan roh, tiada iman, jiwa lemah, semuanya macam ayam daging. Pendatang itu sekurang-kurangnya ada juga jiwa nak hidup.


Petikan Pilihan 2

Sama-sama Pekak

Si Pekak 1 : engkau nak pergi memancing ke?
Si Pekak 2: Taklah, aku nak pergi memancing.
Si Pekak 1: oh gitu, aku sangka engkau nak pergi memancing.


Petikan Pilihan 3

Terlajak

Suami: berbuka petang nanti kita nak makan apa?
Isteri: eh abang ni, kita baru bangun bersahur dah sebut mengenai makan berbuka.


Kulit Belakang Buku

“Mengkritik itu bukan ertinya menentang”
“Menegur bukan ertinya membenci”
“Memuji bukan ertinya menyokong”
“Berbeza pendapat bukan ertinya bersengketa”
“Anda berani menegur, anda mesti berani kena tegur”

---
Nur Amalina

Dec 29, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku (39) : Terapi Solat Tahajud Mukjizat Penyembuhan Penyakit


Tajuk Buku : Terapi Solat Tahajud Mukjizat Penyembuhan Penyakit
Penulis : Mohammad Salleh
Terbitan : PTS Millennia Sdn. Bhd
Muka Surat : 234

Ulasan

Solat boleh menyembuhkan penyakit? Percayalah! Solat merupakan mukjizat terhebat yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya. bagi mereka yang mengerjakannya. Kajian membuktikan bahawa solat tahajud bukan sahaja menjadi pemangkin kepada peningkatan keimanan dan kekuatan dalaman manusia bahkan solat tahajud berupaya meningkatkan kesihatan tubuh badan manusia. Selain itu, solat tahajud dapat mencerdaskan ketahanan tubuh badan. Bahkan, sesiapa yang sedang menderita sakit-sakit kronik juga berpeluang untuk sembuh melalui kaedah terapi solat tahajud. Namun begitu, malangnya hari ini, tidak ramai yang tahu kehebatan solat tahajud khususnya sebagai terapi penyembuhan.

Buku ini harus dibaca oleh semua orang terutamanya bakal-bakal doktor kerana buku ini juga dikarang oleh seorang doktor. Doktor lebih memahami kehendak tubuh badan dan cara penyembuhan yang sesuai. Doktor-doktor diluar boleh mencuba kaedah solat tahajud untuk penyembuhan pesakit. Penulis merupakan salah seorang doktor yang mengasas klinik terapi solat tahajud di Indonesia. Di dalam buku ini, beliau memaparkan bukti-bukti dan fakta-fakta benar bagi meningkatkan keyakinan pembaca mengenai mukjizat solat tahajud.


Kulit Belakang Buku

TENTU ANDA INGIN TAHU
• Benarkah solat tahajud dapat menyembuhkan penyakit?
• Apakah bukti, solat tahajud dapat merancang penghasilan hormon tubuh?
• Bagaimana solat tahajud mampu mempengaruhi peningkatan sistem imunisasi?
• Mengapa ramai orang menunaikan solat tahajud namun penyakitnya tidak juga sembuh?
• Apakah teknik terbaik dalam menghasilkan kesan optimum kepada tubuh sewaktu melaksanakan solat tahajud?

Anda mempunyai penyakit yang sukar disembuhkan?

Ingin kembali sihat dan memiliki daya tahan tubuh yang ampuh?

Tercari-cari ubat mujarab dalam menyembuhkan diri daripada penyakit yang dideritai?

Lupakanlah segala ubat-ubatan yang anda tahu. Lakukanlah solat tahajud.

Terapi Solat Tahajud adalah integrasi ilmu kontemporari dan agama. Ia menyingkap penemuan-penemuan moden mengenai kehebatan solat tahajud khususnya dlam meningkatkan kekebalan tubuh terhadap penyakit. Ia mampu membantu anda meningkatkan kualiti ibadah terutamanya solat tahajud. Jadikan solat tahajud anda kunci kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

“Sejak 14 abad yang lalu,perintah dan keutamaan tahajud diajarkan dari generasi ke generasi. Kekuatan tahajud dalam pembentukan jiwa dirakamkan dalam Quran dan sunnah Muhammad. Kini,selepas 14 ribu tahun,muncul pelbagai kajian mengenai keutamaan tahajud. Buku ini adalah salah satu kajian yang menjelaskan keutamaan tahajud daripada sudut akademik dan perubatan.”

Profesor Dr.Kamaruddin Hidayat –Penulis buku bestseller Psikologi Kematian.

“Buku Terapi Solat Tahajud menjentik perhatian ilmuan kita mengenai kenyataan,sebenarnya Islam itu bersifat holistic. Personaliti Ibnu Sina sebagai doctor,ahli falsafah, emosional dan spiritual”

Dr.Asep Usman Ismail – Pensyarah Bidang Tasawuf, Universiti Islam Negeri, Syarif Hidayatullah, Jakarta.

---
Nur Amalina

Dec 28, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku (38) : Membuka Pintu Rezeki


Tajuk Buku : Membuka Pintu Rezeki
Penulis : Drs. A.F. Jaelani
Terbitan : Gema Insani
Muka Surat : 159


Ulasan

Kebanyakan orang memahami bahawa rezeki itu ialah harta dan wang ringgit, tetapi hakikat rezeki yang sebenar adalah lebih mendalam dan lebih luas lagi kerana kebahagian, kesihatan, kesejahteraan juga termasuk dalam rezeki. Buku ini membantu kita yang masih mencari-cari rezeki dengan jalan yang betul dan baik serta diredhai Allah. Ramai yang bekerja keras untuk kesenangan hidup dengan kediaman yang besar, kereta yang mewah, makanan yang lazat dan seumpamanya tetapi tidak memiliki kebahagian jiwa. Ini bermakna rezeki yang sebenar tidak tercapai walaupun pada pandangannya dan pandangan orang lain dia merupakan orang yang kaya.

Jika mahu rezeki masuk, perlulah buka pintunya dahulu. Bagaimana ingin membuka pintu tersebut?jawapannya ada dalam buku ‘Membuka Pintu Rezeki’. Bukan ilmu membuka pintu rezeki sahaja yang dapat dari buku ini tetapi ia boleh dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan juga bagi mereka yang lalai dan leka dengan perintah Allah seperti bertakwa, menjaga solat, jauhi rasa iri hati, bersedekah, bersyukur, bersangka baik dan banyak lagi. Fahamilah bahawa dengan melakukan kebaikan-kebaikan kepada Allah dan makhluk dapat membuka pintu rezeki. Contohnya: orang selalu menyangka bahawa sedekah mengurangkan harta tetapi hakikat sebenar sedekah membuka pintu rezeki, dengan bersedekah rezeki lebih mudah masuk.


Petikan Pilihan 1

Selalu Berbuat Yang Terbaik

“Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang dari kalian berbuat sesuatu maka ia lakukan dengan sebaik-baiknya” (HR Thabrani)

Selalu berusaha untuk dapat melakukan yang terbaik adalah kunci keberhasilan setiap usaha.

Petikan Pilihan 2

Berikan Sedekahmu

Allah berfirman:
“Berikan hartamu maka Aku akan memberi padamu”. (HR Bukhari dan Muslim)


Petikan Pilihan 3

Bersyukurlah Selalu

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) padamu”.
(Surah Ibrahim : 7)


Rasa syukur merupakan tanda dari rasa terima kasih kepada Allah.


Kulit Belakang Buku

Rezeki sebagai salah satu dari sekian hal yang Allah rahsiakan kepada makhluk-Nya, seakan berselimut kabut yang pekat. Walaupun demikian, sebagai makhluk, bukan bererti kita tidak boleh dan tidak mampu menyibar sedikit pun rahsia rezeki ini.

Buku ini menguraikan kewajiban kita dalam rangka berikhtiar memperoleh rezeki yang tersimpan dalam perbendaharaan Allah di muka bumi ini. Juga dipaparkan upaya-upaya dan metod-metod yang dapat kita gunakan sebagai kunci pembuka pintu-pintu rezeki, baik yang berasal dari dalam diri kita sendiri mahupun yang berasal dari luar diri kita.

Doa dan usaha adalah dua kunci utama yang tak dipisahkan.

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (37) : Zuriat Biologi

Tajuk Buku : Zuriat Biologi
Penulis : Hasan Basri Omar
Terbitan : PTS Islamika Sdn. Bhd
Muka Surat : 108

Ulasan

Buku karya Hasan Basri Omar ini mengenengahkan cara persenyawaan bayi yang moden melalui tabung uji dan penyewaan rahim. idea penciptaan manusia tanpa mengadakan hubungan jenis telah wujud sejak zaman sainstis terulung dahulu iaitu Ibnu Khaldun. Hukum syariat dari pelbagai mazhab tentang penghamilan sebegini dan cara menasabkan bayi tabung uji juga dijelaskan oleh penulis bagi memudahkan pembaca lebih memahaminya.

Buku terbitan PTS Islamika ini dapat memberi pengetahuan yang baru kepada pembaca mengenai sesuatu cara penciptaan manusia moden, dalam masa yang sama ia tidak bertentangan dengan syariat. Zuriat merupakan suatu anugerah dan harta yang tidak ternilai kepada pasangan suami isteri. Kaedah ini boleh dicuba oleh pasangan suami isteri yang mempunyai masalah mendapatkan zuriat bagi menyambung keturunan.

Penulis juga memaparkan sedikit sebanyak punca kemandulan lelaki dan punca kemandulan perempuan dan cara mengatasi kemandulan tersebut. Selain itu, penulis juga menunjukkan pelbagai cara persenyawaan moden yang terhasil daripada pemikiran-pemikaran saintis terhebat di dunia.


Kulit Belakang Buku

Kemajuan dan perkembangi reproduksi memungkinkan pelbagai perkara yang difikirkan mustahil suatu masa dahulu. Permanian beradas, persenyawaan in-vitro (IVF), penyewaan rahim dan bayi tabung adalah antara penemuan yang mengubah definisi reproduksi. Ketidaksuburan yang sebelum ini menjadi igauan ngri suami isteri, kini boleh diatasi.

Namun, perubahan ini juga memberikan cabaran kepada sarjana Islam bagi memberikan pencerahan hokum kepada setiap penemuan ini. Kerjasama di antara sarjana Islam dan pakar perubatan moden membolehkan persoalan ini dibahaskan secara ilmiah bagi mendapat panduan tepat untuk rujukan masyarakat Islam seluruhnya.

Buku ini disusun berdasarkan kajian dan fatwa yang dikeluarkan oleh mereka yang berautoriti dalam bidang ini. Walaupun banyak kertas dan artikal dihasilkan tentang isu ini, tetapi ia jarang dihimpunkan dalam sebuah buku yang kemas. Karya ini pasti menjadi rujukan penting kepada pengkaji dan masyarakat Islam dalam memahami dan mengambil faedah daripada kemajuan sains ini.

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (36) : Rayuan Cinta Buat Isteriku

Tajuk Buku : Rayuan Cinta Buat Isteriku
Penulis : Ibn Abdul Azib
Terbitan : Telaga Biru Sdn. Bhd
Muka Surat : 80

Ulasan

Buku comel yang berwarna biru kehijauan ini memaparkan beberapa monolog rayuan yang menggunakan bahasa yang lembut dan disulami dengan nada mendidik dan penuh kasih sayang sesuai dengan jiwa seorang isteri yang sensitif dan perasa. Para suami boleh menggunakan ayat-ayat dalam buku ini untuk memujuk isteri yang sedang merajuk. Para isteri akan cair dengan ayat yang suami gunakan untuk memujuknya dan pasti rajuknya tidak berpanjangan.

Ayat-ayat cinta yang ada di dalam buku ini juga boleh digunakan oleh sang suami untuk diberikan kepada isterinya untuk menyemarakkan kasih sayang antara suami isteri. Para suami janganlah sombong atau ego untuk menggunakan ayat-ayat manis atau meniru ayat yang tersedia dalam buku kecil ini kerana sifat wanita memang sentiasa inginkan belaian kasih sayang dan ucapan cinta daripada suaminya. Dengan adanya buku ini, diharapkan impian para isteri mendengar ucapan manis daripada suami mereka tercapai.

Selain itu, suami yang ingin menegur isterinya haruslah menegur dengan menggunakan ayat didikan manja bukan dengan cara marah dan kasar kerana perasaan siteri akan terguris dan ini akan membuatkan isteri tidak dapat berubah dengan ikhlas dan mencetuskan pergaduhan. Teguran dan didikan dalam rumahtangga sangatlah dituntut lebih-lebih lagi teguran dan didikan suami kepada isterinya tetapi setiap teguran dan didikan itu haruslah dengan cara yang betul agar tidak berlaku yang sebaliknya. Contoh yang terbaik sebelum membuat teguran perlulah memujinya terlebih dahulu, kemudian selitkan teguran dan didikan. Saya yakin, suami isteri yang mengamalkan cara yang betul dalam komunikasi tegur menegur, pujuk memujuk tidak aka nada sifat terasa hati, dendam atau memberontak kerana sifat wanita itu sendiri sentiasa inginkan kasih sayang dan lembut. Apabila kena pada caranya, wanita akan sedia menerima malah berbahagia menerima teguran atau pujukan yang sebegitu.


Petikan Pilihan 1

Sayangku jauhar gemerlapanku…. Aku ingin sekali sekiranya iringiku ke pintu tatkala aku ingin keluar. Luangkan masamu sedikit daripada disibukkan dengan urusan rumah sehingga tidak sempat untuk mempedulikanku.

Hantarlah suamimu ini ke pintu rumah dengan wajah yang bertatarias dan berseri-seri serta dengan senyuman yang merekah.

Semoga itu membuatkan ingatanku tidak lekang daripada teringatkan dirimu di luar rumah dan semoga ia dapat memelihara mataku daripada memandang wanita ajnabi di luar sana.

Petikan Pilihan 2

Sayang yang kurindui…. Betapa sejuknya hatiku lagi apabila melihat urusan rumah yang telah kamu siapkan pada waktu pagi-pagi lagi. Tika itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya kurasa apabila mendapat isteri sebijakmu.

Bijak kerana kamu boleh berpagi-pagi lagi untuk mencari keberkatan hari sementelah Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Bersegeralah mencari rezeki di waktu pagi kerana keluar berpagi-pagi itu penuh berkat dan kejayaa.” (Riwayat al-Bazzar an al-Thabrani)

Akan terasa sekali hatiku yang hidup, jiwaku yang lapang dan naluriku yang segar serta harapan yang penuh berkat ini, optimis dan keberuntungan.

Lantas, bersama sinaran mentari yang terpancar pada hari yang berkat itu, akan kuisi dengan wajah yang selalu tersenyum, roh yang penuh bersemangat, kekuatan fizikal yang bertenaga dan pemikiran yang positif.

Semuanya kerana kamu yang bijak, sayangku.. ahlan..ahlan..ahlan.. hari yang berkat bersama wanita yang diberkati!

Kulit Belakang Buku

Isteri Soleheh – kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya pula adalah satu hadiah paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah SWT buat para Mukmin yang soleh.

Nukilan berupa lembaran-lembaran warkah ini barangkali berbentuk monolog rayuan cinta dari lubuk sanubari lelaki yang bergelar suami kepada seorang isteri. Monolog rayuan yang terbit daripada suara hati yang paling rawan, terdalam dan terhalus tidak mampu diterbitkan melalui kata-kata lantaran sifat pendiam yang dominan dalam jiwa seorang lelaki. Lantas di lembarn-lembaran bisu inilah menjadi saksi terjemahannya.

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (35) : Nota jutawan Nota Motivasi


Tajuk Buku : Nota Jutawan Nota Motivasi
Penulis : Irfan Khairi
Terbitan : Telaga Biru Sdn. Bhd
Muka Surat : 132

Ulasan

Buku ini salah satu buku motivasi untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Penulis yang merupakan seorang jutawan muda ini ingin berkongsi ilmu dan pengalaman kejayaannya dengan pembaca. Pelbagai tips dan kaedah kejayaan dimuatkan dalam buku ini. Pembaca boleh menggunakan kaedah-kaedah ini untuk meniti tangga kejayaan demi kejayaan. Penulis juga menyelitkan contoh-contoh ikon yang telah berjaya seperti Nicole Ann David, Jackie Chan dan Lance Armstrong. Penulis bukan sahaja memaparkan kejayaan mereka semata-mata tetapi penulis lebih menekankan atas kesungguhan dan cara mereka untuk mencapai kejayaan itu agar pembaca dapat membuka mata bahawa untuk mencapai kejayaan haruslah berkorban dan bersabar.

Buku ini dihiasi dengan gambar-gambar, warna-warni dan kata-kata semangat bagi menaikkan semangat pembaca untuk mencapai impian dan kejayaan dalam kehidupan tanpa rasa jemu dan putus asa. Dr. Irfan Khairi menggunakan ayat dan perkataan yang pendek, ringkas dan padat serta menarik dalam tulisan beliau. Selain itu, beliau juga menggunakan kaedah point bagi menarik minat dan memudahkan pembaca membaca dan memahaminya.

Ilmu yang terdapat didalam buku ini dapatlah dimanfaatkan oleh pembaca dalam kehidupan agar bersama-sama mencapai kejayaan. Dengan membaca buku ini, saya merasakan kejayaan itu bukan sukar untuk dicapai hanya perlukan kesabaran dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu, maka kejayaan pasti akan berada digenggaman. Percayalah!

Sesiapa yang ingin mencapai kejayaan, bacalah buku ini! Anda semakin menghampiri KEJAYAAN!


Kata-kata Semangat Pilihan

“Jangan takut KEGAGALAN kerana takut kegagalan bermakna MENGHINDARI KEJAYAAN.”

“KEJAYAAN mengajar kita KEKUATAN. Takut kepada kegagalan mengajar kita untuk TERUS GAGAL.”

“Pilihlah untuk melihat perkara yang BERMANFAAT dan bukannya perkara yang MERUGIKAN.”

“Merancang MASA bermakna merancang KEJAYAAN.”

“Kelilingidiri anda dengan ORANG YANG HEBAT dan anda juga akan MENJADI HEBAT.”

“Memiliki ILMU sahaja bukanlah kekuatan tetapi ilmu yang DIPRAKTIKKAN dan DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan.”


Kulit Belakang Buku

Menjadi seorang jutawan merupakan impian semua orang. Membaca pengalaman seorang yang telah mencapai taraf jutawan ialah tindakan yang paling wajar.

Buku ini bukan tentang internet. Dr Irfan berkata, dia merancang untuk menjadi jutawan ketika berusia 18 tahun. Tiga tahun kemudian, barulah beliau berjumpa dengan perniagaan yang kebetulan melalui internet. Katanya lagi, “Sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan.” Anda juga. Anda boleh menjadi jutawan dalam bidang yang anda ceburi sekarang! Bagaimana? Buku penuh warna-warni ini member senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah berserta ilustrasi menarik.

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku (34) : Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w


Tajuk Buku : Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w
Penulis : zulkarnain Dollah
Terbitan : PTS Islamika Sdn. Bhd.
Muka Surat : 87

Ulasan

Buku yang diterbitkan oleh PTS Islamika ini perlu dibaca oleh semua orang terutamanya seorang yang beragama Islam sebagai tanda cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. Buku ini member pengetahuan kepada pembaca tentang sunnah-sunnah dan amalan-amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian baginda. Segala sunnah yang dikemukan oleh penulis disertakan sumber ambilannya agar pembaca percaya dan tidak ragu-ragu dengan ilmu yang dikaji dan dikongsi dengan pembaca.

Segala sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w perlulah dicontohi dan diikuti kerana setiap sunnah mempunyai kejayaan. Sesiapa yang mencontohi kehidupan Rasulullah s.a.w maka dia akan berjaya. Begitulah harapan penulis agar pembaca dapat ilmu dan pengetahuan tentang sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w dan cuba mengamalkan dalam kehidupan seharian agar sunnah Rasulullah s.a.w sentiasa hidup dalam jiwa dan kehidupan ummatnya. Penulis juga menyelitkan serba sedikit kelebihan-keliban amalan sunnah Rasulullah s.a.w agar pembaca lebih bersemangat untuk mengikuti cara kehidupan Rasulullah s.a.w.

Sebagai tanda seorang umat yang mencintai Rasulnya hendaklah dia mengikuti dan mencontohi kehidupan Rasulnya seberapa banyak yang boleh agar sifat cintakan Rasul itu dapat meresap ke dalam jiwa dan dirasai hakikat sebenar mencintai Rasul. Sekurang-kurangnya keazaman ingin mengikuti dan mencontohi sunnah-sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w ke dalam kehidupan seharian kita perlulah ada.

Penulis juga berharap dengan adanya buku ini, masyarakat Islam lebih mengenali dan mendekati Rasulullah s.a.w yang sebenar berdasarkan amalan-amalan dan ciri-ciri fizikal yang diselitkan dalam buku ini. Selain itu, penulis juga menyelitkan beberapa mukjizat yang Allah s.w.t berikan kepada Rasulullah s.a.w.

Bacalah buku ini agar lebih mengenali dan mendekati Rasulullah s.a.w dan menyemai rasa cinta kepada baginda, sebagaimana baginda mencintai ummatnya sehingga ke akhir hayatnya, baginda sentiasa memikirkan ummatnya.


Kulit Belakang Buku

Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun beliau meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup di kalangan umat Nabi Muhammad

Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.w. Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sekalipun perkara itu kecil.

Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah sepanjang hari bermula dari bangun tidur hingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah S.A.W dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan cirri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah bagi menambahkan rasa cinta kepada beliau.

Zulkarnain bin Dollah adalah seorang pendidik di negeri Pahang. Beliau mendapat pendidikan peringkat Ijazah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ususluddin pada tahun 1999. Beliau juga berjaya memperoleh Diploma Pendidikan Universiti Malaya pada tahun 2001.

---
Nur Amalina

Dec 23, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku (33) : Petua Pelajar Cemerlang

Tajuk Buku : Petua Pelajar Cemerlang
Penulis : Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah & Hj. Muhammad Zakaria
Terbitan : Telaga Biru Sdn Bhd
Muka Surat : 104

Ulasan

Pelbagai petua untuk cemerlang dalam pelajaran boleh didapati daripada buku “Petua Pelajar Cemerlang” yang dikongsi oleh pakar motivasi terkenal iaitu Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Berjaya dalam pelajaran adalah impian setiap pelajar tetapi untuk mencapai impian tersebut bukan mudah, hanya mereka yang belajar dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh sahaja berjaya mencapai kejayaan. Dimana mahu mengetahui cara belajar dan mengulangkaji yang betul? Buku ini bakal memberikan kepuasan bagi pelajar yang masih mencari-cari kaedah pembelajaran yang berkesan.

Selain kaedah pembelajaran, penulis juga menekankan kejayaan lebih berkat dengan menjaga hubungan dengan Allah dan makhluk terutamanya ibubapa dan guru-guru. Di samping itu, pakar motivasi Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah menekankan penjagaan fizikal yang baik serta pemakanan yang seimbang untuk membantu perjalanan pembelajaran yang teratur. Buku terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. ini diselitkan dengan gambar-gambar yang menarik dan kata-kata semangat yang bakal menaikkan semangat pelajar untuk belajar. Kertas yang digunakan juga sangat berkualiti dan saya yakin pembaca pasti berpuas hati dengan buku ini, bukan sahaja dengan fizikal buku ini tetapi dengan ilmu dan tips yang disediakan dalam buku ini.


Petikan Pilihan 1

Petua 2 : Menggunakan Kedua-dua Belah Otak Ketika Belajar

Aplikasikan kedua-dua belah otak dengan melibatkan kedua-dua belah anggota badan (tangan) ketika belajar. Untuk menjadi pelajar cemerlang, kita hendaklah menggunakan kedua-dua belah otak ketika belajar. Orang yang bijak, rasional dan kuat berfikir banyak menggunakan otak kiri. Orang seni pula banyak menggunakan otak kiri.


Petikan Pilihan 1

Petua 7 : Selang selikan Rehat Ketika Belajar

Pelajar paling produktif belajar banyak perkara dalam masa yang paling singkat.
Jangan belajar terus menerus dalam jangka masa yang panjang. Anda akan merasa letih. Keupayaan otak anda untuk menerima pembelajaran akan menurun. Anda akan mengalami masa yang tidak produktif.


Kulit Belakang Buku

• Panduan pelajar dan remaja untuk mencapai kecemerlangan akademik serentak dengan peningkatan sahsiah

• Teks dipermudahkan dalam bentuk nota ringkas dan sub-tajuk untuk memudahkan anda merujuk mengikut tajuk

• Gambar foto dan ilustrasi member penjelasan secara praktik bahawa kecemerlangan adalah benar dan realiti serta mudah dicapai

• Gambarajah, carta dan jadual menerangkan langkah yang efisyen menuju kecemerlangan

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku : (32) Tanda-tanda Besar Peristiwa Menjelang Kiamat

Tajuk Buku : Tanda-tanda Besar Peristiwa Menjelang Kiamat
Penulis : Yusuf bin Abdullah bin Yusud al-Wabil MA
Terbitan : Al-Hidayah Publications
Muka Surat : 252


Ulasan

Buku ini dapat membuatkan seseorang itu lebih menginsafi diri dan mengingati mati. Mengingati mati merupakan salah satu cara untuk meningkatkan iman. Buku ini menyenaraikan beberapa tanda-tanda besar menjelang kiamat setelah tanda-tanda kecil kiamat yang telah dapat dilihat sekarang ini. Pembaca dapat mengenali apa tanda-tanda besar kiamat dengan membaca buku terbitan al-Hidayah ini. Penulis juga mengemukakan dalil-dalil dan pendapat-pendapat ulama terdahulu mengenai tanda-tanda besar kiamat ini agar pembaca tidak ragu-ragu dengan kenyataan yang dikongsikan oleh penulis.

Ilmu yang dikongsikan oleh penulis dengan pembaca dapat membantu pembaca bersedia menghadapi kematian dengan meningkatkan amal ibadah. Pembaca dapat banyak manfaat daripada buku ini. Bukan sahaja meningkatkan keimanan, menginsafi diri dan memperbaiki diri agar menjadi lebih baik bahkan ilmu ini dapat membuka minda mereka yang kurang faham tentang hari kiamat serta tanda-tandanya. Manusia semakin leka tetapi kiamat semakin mendekat dengan kita. Dengan buku ini, penulis dapat mengingatkan pembaca mengenai kiamat yang semakin menghampir.

Sama-samalah kita menginsafi diri dan menambah pengetahuan dengan membaca buku ini!


Kulit Belakang Buku

“Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari satu masa, sedangkan dia ketika itu belum merupakan sesuatau yang dapat disebut? Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukkan jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir. Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur (iaitu) mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya. Mereka menunaikan nazar dan takut kepada suatu hari yang azabnya merata-rata dimana-mana. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang-orang yang ditawan. Sesungguhnya Kami memberikan makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan azab Tuhan kami pada yang di hari itu orang-orang bermuka masam penuh kesulitan”.

Al-Insaan : 1-10

---
Nur Amalina

AMAL : Cabaran 50 Buku : (31) Teknik Belajar Berkesan

Tajuk Buku : Teknik Belajar Berkesan
Penulis : Hasnan Kasan
Terbitan : As-Syabab Media
Muka Surat : 94

Ulasan

Buku “Teknik Belajar Berkesan” banyak mengajar pembaca terutamanya mereka yang bergelar pelajar mengenai teknik-teknik pembelajaran yang betul, persediaan sebelum belajar dan teknik mengulangkaji. Selain itu, buku ini mengajar pembaca mengatasi masalah yang sering melanda pelajar iaitu malas, tidak memahami mata pelajaran, lupa, letih, kurang tumpuan, fikiran berserabut, gangguan perasaan dan lain-lain.

Buku terbitan As-Syabab ini dapat membawa pelajar lebih dekat dengan kejayaan yang sememangnya menjadi impian setiap pelajar. Kejayaan bukan untuk mereka yang bijak tetapi kejayaan untuk mereka yang belajar dengan teknik yang betul di samping bijak mengatur masa. Jika anda inginkan kejayaan, bacalah buku ini kerana buku ini dapat membantu anda. Dan sekiranya anda mengamalkan ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh penulis ini, percayalah, anda sudah semakin hampir dengan kejayaan!


Petikan Pilihan 1

Latihan Dan Ulangan

Latihan dan ulangan adalah factor pembantu yang boleh mengekalkan maklumat dalam ingatan. Begitu juga dengan mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Sistem ini hendaklah dilakukan dengan perhatian dan kefahaman. “Latihan dan ulangan kosong” tidak memberi faedah kepada pelajar.


Petikan Pilihan 2

Membahagikan Kerja Pada Masa Yang Berasingan

Maklumat yang banyak tidak akan kekal lama dalam ingatan sekiranya ia diterima secara serentak. Maklumat sama seperti ubat yang mesti dimakan pada waktu yang berasingan.

Sekiranya banyak pelajaran yang hendak dihafal, adalah lebih baik jika dibahagikan kepada beberapa waktu yang berasingan. Hafallah secara beransur-ansursedikit demi sedikit. Cara ini lebih baik dari menghafal terus menerus tanpa henti.


Kulit Belakang Buku

Kecemerlangan dalam bidang akademik di tanpa mengira peringkat adalah satu idaman yang diharapkan berhasil oleh pelajar, ibubapa dan pihak berwajib. Namun realitinya untuk mencapai impian ini bukanlah suatu perkara mudah yang boleh dicapai dengan hanya sekadar angan-angan kosong tanpa usaha yang gigih.

Kebijaksanaan semata-mata tanpa disertai dengan pengurusan pembelajaran yang berkesan tidak akan menjamin kejayaan yang diharap-harapkan. Berbagai aspek perlu digembeling dalam memastikan kejayaan dalam bidang akademik dapat dicapai. Kecemerlangan ini bertambah penting bagi pelajar-pelajar Islam, kerana ia merupakan salah satu peranan membimbing pelajar-pelajar ini untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan peperiksaan. buku kecil ini telah dikarang sebagai panduan mereka berdepan dengan mata pelajaran.

Antara penekanan-penekanan yang terdapat dalam buku ini termasuklah bentuk dorongan yang paling berkesan bagi pelajar untuk membolehkan mereka mengerah tenaga menghadapi pelajaran, teknik-teknik dan pendekatan-pendekatan yang berkesan untuk mereka memahami dan mengingati pelajaran samaad yang mudah atau yang susah. Tidak dinafikan juga kadang-kadang pelajar mempunyai keinginan dan semangat yang tinggi, tetapi mereka berdepan dengan beberapa masalah dan rintingan untuk memahami dan mengingati pelajaran yang di pelajari.

Masalah dan rintingan ini juga turut dibincangkan dalam buku kecil ini. Kebanyakan masalah yang didedahkan adalah yang berbentuk praktikal dan kerap dihadapi oleh pelajar. Tidak ketinggalan juga dibincangkan dalam buku ini ialah panduan-panduan kerohanian yang tidak kurang penting peranannya dalam memberikan dorongan dan kekuatan semangat kepada pelajar untuk berdepan dengan pelajaran dan segala macam masalah dalam proses pembelajaran yang dijalani.

---
Nur Amalina