Cabaran 50 Buku – ‘ Jom Lomba Baca’ – 2011
(Tempoh Cabaran : 01 Januari ~ 31 Disember 2011)
Terma dan syarat-syarat penyertaan :
(a) Cabaran 50 Buku - ‘ Jom Lomba Baca’ ini terbuka kepada semua pembaca buku di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
(b) Daftarkan nama berserta url blog anda (jika ada) kepada kami di ulatbuku.06@gmail.com Sila ‘link’ blog Ulat Buku (http://ulatbuku-06.blogspot.com/) dalam blog anda.
(c) Sediakan ulasan/resensi buku yang telah anda baca, paparkan di blog anda, dan emailkan kepada kami untuk kami paparkan di blog Ulat Buku. Bagi mereka yang tidak mempunyai blog, emailkan ulasan anda kepada kami (seperti email di atas) untuk kami paparkan di blog Ulat Buku.
(d) Anda boleh mengulas buku apa sahaja daripada mana-mana penerbit pun, serta daripada apa-apa genre juga. Novel-novel terbitan tempatan dan luar Negara, buku Ilmiah, buku motivasi, buku agama atau apa sahaja bahan bacaan yang dirasakan berguna untuk dikongsi bersama pembaca lain. Nyatakan sumber, penerbitan dan tahun keluaran/terbitan.
(e) Ulasan/resensi haruslah menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Cuba gunakan bahasa Melayu yang betul ketika membuat ulasan/resensi.
(f) Ulasan/resensi buku yang dibuat adalah untuk buku yang diBACA daripada 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011. Walau bagaimanapun tahun terbitan buku tidak terhad pada tahun semasa sahaja. Buku yang diterbitkan pada tahun-tahun sebelumnya juga dibolehkan asalkan diBACA dalam tempoh cabaran ini berlangsung.
Nota kaki:
(a) Anda berhak menerima cenderahati bulanan berupa sebuah buku daripada Jemari Seni Sdn. Bhd. sekiranya ulasan anda terpilih sebagai resensi pilihan bulanan.
(b) Pilihan resensi terbaik bergantung pada bagaimana anda dapat meyakinkan pembaca, buku tersebut patut dimiliki. Ini tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik cuma komen serta saran yang positif adalah lebih digalakkan.
(c) Pemilihan ulasan/resensi terbaik setiap bulan akan dibuat pada minggu terakhir dan pengiriman hadiah akan dibuat pada minggu pertama bulan berikutnya.
(d) Resensi pilihan bulanan akan dicalonkan untuk hadiah utama hujung tahun selari dengan tamatnya Cabaran 50 Buku – ‘Jom Lomba Baca’
(e) Walau bagaimanapun, penganjur (Wan Amalyn) dan kakitangan Jemari Seni Sdn Bhd tidak layak untuk menerima hadiah utama.
(f) Hadiah akan dikirimkan melalui pos.
Jom Lomba Baca!!!