Mar 31, 2011

R: Cabaran 50 Buku: (28) Demi Kasihmu


Demi Kasihmu
Penulis: Amieza Anaz
Editor: Hjh Faridah Abd Malek
Terbitan NHF Media
cetakan pertama 2008
952 muka surat
RM24.90
9789833156306


"Kukutip sisa cinta menjadi simpulan kasih, kuharungi duri ranjau kasih kerana sesungguhnya aku wanita yang tercipta untuk mu..."


Entah berapa bulan aku tangguh baca novel ni. Pemiliknya dah confirm cerita ini sangat best, tapi memandangkan saiznya yg sangat tebal, aku jadi segan nak mulakan. Tapi bila dah start tu, masuk hari kedua aku dah selamat habis baca hingga ke muka surat terakhir. Memang berbaloi. Memang menarik kisah Luqman Hakimi dgn Alia Maisarah.


Luqman Hakimi adalah jejaka yg ada kerjaya sendiri dan dia menyintai Azilah, rakan baik Alia Maisarah. Azilah perlahan-lahan menjauhkan diri setelah dia mula jatuh hati dengan Suhaimi. Sejak itu Luqman Hakimi sering mengunjungi Alia Maisarah utk bertanya khabar berita berkaitan Azilah. Alia rimas dengan kehadiran Hakimi yg semakin lekat di hatinya. Dia tidak mahu berpikat dgn Hakimi tetapi Hakimi sendiri sudah lupa tujuan asal berjumpa Alia kerana dia semakin gemar menghabiskan masa di kedai makan milik atuk dan nenek alia.


Mereka dicekup ketika berdua-duaan membincangkan hal Azilah. Alia menerangkan hal sebenar kepada keluarganya dan mereka memahami situasi sebenar tetapi Luqman Hakimi beriya-iya pulak nak memperisterikan Alia lantaran peristiwa itu walaupun tanpa restu ibunya, Datin Junaidah. Alia mengambil masa yang lama utk menyatakan persetujuannya. Akhirnya mereka berkahwin dan mula hidup sbg suami isteri.


Kemunculan Azilah menggugat kepercayaan Alia terhadap Hakimi walaupun Hakimi melayannya dgn baik sekali. Azilah yg turut disokong oleh ibu Hakimi memberi tekanan kepada Alia hingga memaksa Alia menghilangkan diri. Alia percaya tumpuan Hakimi terhadapnya kurang setelah berkahwin dengan Azilah.


Pertemuan semula setelah beberapa tahun terpisah memberi kejutan kepada Alia. Hakimi yang pernah mengalami kemalangan serius turut tersiksa menanggung kecederaan perasaan akibat kehilangan isteri tersayang. Dia tak pernah pun berkahwin dgn Azilah. Datin Junaidah pun dah jadi baik dan mengajak Alia tinggal bersamanya supaya Hakimi cepat sembuh.


Hakimi terlalu kecewa utk menerima Alia dgn mudah. Malah terdapat jugak adik2 Hakimi yg turut memulaukan Alia kerana tindakannya meninggalkan Hakimi begitu saja. Macam lawak pulak tiba2 saja Rose jadi baik dgn Alia selepas terbaling gula kiub kat muka Alia. Razif ngan Munirah pulak dapat menerima Alia setelah Alia membantu anak mereka yg tercekik coklat.


Keengganan Alia berterus terang mengapa dia menghilangkan diri bertahun-tahun lamanya membuat Hakimi kecewa walaupun dia sudah mula dapat menerima Alia semula. Alia tu tak mahu Datin Junaidah dibenci anak2 sendiri kalau dia menceritakan bagaimana Datin Junaidah menghalau dia dulu. Rahsia itu sedikit pun tidak dibocorkan. Tindakannya melambat-lambatkan memberitahu Hakimi dan keluarganya tentang kewujudan Luqman Hafizi membuat hati Hakimi yg semakin sembuh luka semula.



Setiap watak dalam kisah ini seperti Datin Junaidah, Suhaimi dan Azilah, Rose dan Rashid, Razif dan Munirah; mereka bukanlah watak2 tempelan semata-mata. Mereka ada kisah tersendiri yang membina watak mereka. Tapi kadang2 bila diorang bercerita tentang kejadian sebenar tu, jadi macam karangan yang panjang lah pulak.


Ending yang sangat memuaskan hati :)


sure fine whatever
alongside






blurb/novelcinta/sinopsis belakang buku


Luqman Hakimi: Sesungguhnya mencintaimu membuatkan aku membuka ruang hati utk dilukai. Kututup segalanya dgn secebis kekuatan cuma. Tapi tegakah aku melepaskan rasa cinta yg menggunung demi menyaksikan kebahagiaanmu? Aku buntu namun demi rasa cinta ini, kulepaskan jua walaupun kau milikku abadi.


Jangan kau kata rapuh cintaku padamu kerana kau tidak mengerti demi siapa aku korbankannya. Aku wanita lemah, namun kekuatan cinta kubawa untuk mengharungi liku-liku hidup ini.


Maafkan aku Luqman Hakimi andai selama ini meragui cintamu. Percayalah tak mudah utk kurelakan perpisahan, namun aku pasrah pada ketentuan. Hanya doaku agar kau terus berbahagia agar pengorbananku tidak sia2.


Alia Maisarah: Mencintaimu membuatkan aku nanar. Cinta tak semestinya perlu diucap. Namun, segalanya sirna tatkala kau meninggalkanku. Saban waktu hati ini tertanya di manakah nilai cintamu padaku? Terlalu murahkah harga cinta ini di matamu? Lelah rasa jiwa ini merinduimu, mengharapkan kepulangan mu seperti menanti bulan berwarna biru.


Luqman Hakimi, Alia Maisarah. Dua jiwa satu hati. Takdir penentu segalanya. Namun mampukah mereka mengharungi ombak badai mahakarya cinta yg tercipta utk mereka?

R: Cabaran 50 Buku (27) Aku Yang Kau Tinggalkan


Aku Yang Kau Tinggalkan
Penulis: Alina Haizar
Cetakan kedua Mac 2011
Editor: Jabatan Editorial KNE
759 mukasurat
RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00
9789675067655


"Cinta datang tanpa disedari...
walaupun ditinggalkan, cinta tetap bersemadi di dalam hati."


Teringat balik kisah ni pun dah cukup utk buat aku tersengih. hishh macam orang tak betul kan?


Kisah ini bermula di Italy. Nia ditugaskan menjadi pemandu pelancong kepada sekumpulan pelawat dari Malaysia. Pertemuan semula dgn Zaril Ikhwan mencetuskan flashback yang panjang. Haaaa flashback ni lah yang akan membuatkan kita melekat terus dengan cerita ini.


Zaril Ikhwan ni dulu pernah terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri yang meragut pelbagai keupayaan dirinya termasuklah mindanya seperti sudah 'reset' kepada minda seorg kanak2. Neneknya risau bila emak dan ayahnya nak masukkan dia ke rumah kebajikan kerana tiada siapa pun yg dapat mengendalikan Zaril Ikhwan yg serba kekurangan itu. Neneknya yg kaya raya tu telah mengambil Zaril Ikhwan tinggal bersamanya dan dia mencari seorg calon cucu menantu yg boleh menjaga cucu kesayangannya dengan baik setelah dia meninggal dunia nanti.


Ani, adik Nia yang berenti sekolah selepas peperiksaan PMR menjadi pilihan. Ani seorg gadis yang cantik dan pandai menguruskan rumahtangga malah mahir di dapur. Calon beginilah yang terbaik utk Zaril Ikhwan. Tetapi di saat2 akhir Ani menarik diri kerana sudah lama jatuh hati dengan rakan sekampungnya. Dia menghilangkan diri sebelum majlis perkahwinan. Ibu Nia sudah pun mengambil wang hantaran utk menebus semula tanah mereka yg tergadai gara2 ayah Nia yang tidak bertimbangrasa. Kesihatan ibunya turut merosot dan ini membuat Nia terpaksa tampil sebagai pengganti dan meninggalkan kolej.


Keluarga Zaril Ikhwan menyangka Nia lah gadis kampung yg bodoh yang dicari neneknya utk menjaga Zaril Ikhwan. Zaril Ikhwan ni emosi tak stabil. Sekejap ok sekejap tak OK. Lepas pulak dia ni menikah ye? Berakal tu termasuk tak dalam syarat sah nikah bagi lelaki? Well, whatever it is, akhirnya berkahwinlah Nia dgn Zaril. Nia memang seorg yg penyabar walaupun menjadi mangsa sepak terajang Zaril yg kadang2 lupa diri. Aku ni jenis anti jugak cerita2 perempuan yg asyik kena belasah jer. Tapi dalam citer ni keadaan Zaril memang dia tak mampu mengawal tindakan luar sedarnya.


sikap prihatin Nia membuat Zaril amat memerlukan Nia dalam kehidupan sehariannya. Nia terbaca satu keratan akhbar berkaitan kaedah penyembuhan berkesan utk pengidap masalah seperti Zaril. Dia nekad menggunakan elaun bulanannya utk menjemput pakar yg dapat menyembuhkan Zaril secara terapi. Nia sendiri dilatih sbg pengamal terapi utk memudahkan dia merawat sendiri keadaan zaril. Walaupun lambat, perubahan Zaril makin ketara. Tapi sekali sekala angin Zaril mari, dia bertindak di luar kawalan juga. Kecederaan teruk yang menimpa Nia membuat Zaril Ikhwan bersetuju utk mengikut ibu bapanya ke Paris bagi mendapatkan rawatan dan pembedahan. Dia mahu hidup bahagia di samping Nia. Sepanjang peninggalan Zaril, Nia menjalani proses penyembuhan dari kecederaannya dan dia tak dapat menyusul Zaril secepat mungkin kerana ibunya pula meninggal dunia. Bulan kemudian dia menyusul Zaril di Paris dgn membawa khabar gembira namun kegembiraannya sirna apabila mendengar perancangan Zaril dan ibunya utk menawarkan harga yg tinggi utk dirinya agar meninggalkan Zaril. Zaril yg sudah termakan kata2 ibunya membiarkan Nia pergi.


Pertemuan semula di Turin membuat Nia merasakan Zaril sudah tidak mengenali siapa dirinya. Zaril sudah kembali ke keadaan asal sbg seorg ahli perniagaan yg kacak bergaya. Mana mungkin dia akan ingat kepada isterinya yg telah menjaganya semasa sakit dulu. Kehadiran Maximo yang sering menempel dengan Nia membuatkan Zaril cemburu dan mahu menarik perhatian Nia. Nia sengaja mahu Zaril salah sangka dan tidak mahu ada apa2 hubungan lagi dengan Zaril kerana perjanjian perkahwinan mereka telah memberikan hak kepada Zaril utk membawa satu2nya anak mereka pergi. Nia takkan membenarkan semua itu berlaku.


Bila fikir balik, aku rasa aku ni memang jenis suka cerita macam ni kot. Kisah pasangan yg dah kahwin and then terpisah dan kemudian bertemu semula beberapa tahun kemudian dgn persoalan-persoalan mengapa mereka terpisah sekian lama. Kedengaran tipikal tapi bila dan start baca novel ni memang tak boleh nak tinggal dah. Alina Haizar menyusun perjalanan cerita ini dalam rentak yg semakin menarik dan membuat kita menutupnya dgn senyuman lebar bila konflik2 itu diuraikan simpulannya dgn baik sekali :)


sure fine whatever
alongside


blurb/alongside/sinopsis belakang buku:


Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorg untuk menjaga dirinya yg sakit.


Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dgn suaminya sendiri. Diam2 dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yg lara ke Turin utk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.


Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yg terbuku di dalam hati masing2. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi utk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yg terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing2 yg sebenarnya telah ditinggalkan.


Apakah rahsia yg dipendamkan itu...?

R: Cabaran 50 Buku (26) Jangan Ada Benci


Jangan Ada Benci
Penulis: Ana Wenta
Cetakan pertama 2009
400 mukasurat
RM20.90
9789838939010
Terbitan: Creative Enterprise


"Di sebalik kehilangan ini...
kuharapkan hadirnya sinar bahagia"


Kisah Farid dalam novel ini aku rasakan mendatar walaupun beberapa gadis datang dan pergi dalam hidup Farid. Kisah bermula dengan keadaan Farid yang tengah patah hati dengan Mastura. Sabrina hadir mengubat luka dan menjadikan Farid semakin mengenali masjid dan sejadah. Lepas belajar Sabrina memperkenalkan Farid kepada Murni dan kemudian Sabrina sekeluarga berhijrah ke Brunei.


Turut diselitkan kisah abg Farid yang berhutang dengan Along dan dilema cikgu Nora memilih utk menerima Leman atau Kassim. Tapi siapa pun yg dia pilih antara kedua tu, dia tetap jadi isteri kedua.


Farid melepaskan Murni menjadi tunangan Azman. Pada masa yg sama dia kelihatan seperti masih mengharapkan kehadiran Mastura atau Sabrina walaupun kedua-duanya sudah menjadi milik orang lain. Murni hadir semula ke dalam hidupnya setelah dia memberi syarat yg tak dapat ditunaikan Azman. Akhirnya mereka berkahwin. Lepas kawin baru Farid tahu yg Sabrina terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana bakal suaminya kemalangan.


sumber: alongside



blurb/alongside/sinopsis belakang buku


Di saat hati terasa akan kehilanganmu aku ibarat jam yang patah jarumnya. Hilang arah, hilang punca dalam menentukan waktu, masa seakan panjang tanpamu malam pula begitu sunyi kurasakan seolah-olah tiadanya siang. Hati diselubung awan nan lara lantaran hasrat tak kesampaian, lalu kututup hati ini buat insan yg bernama wanita.


Aku sebenarnya seorg insan yg lemah dalam menghadapi erti sebuah kehilangan. Tatkala kau hadir dalam hidupku aku seboleh mungkin cuba mengusir rasa itu pergi, saat rasa mula merajai hati... aku yg menanggung rasa itu. Tak kusangka mimpi kita serupa bilamana Tuhan satukan kita dgn ikatan suci utk kali ini, kau takkan ku lepaskan lagi.

R: Cabaran 50 Buku (25) Seandainya...


Seandainya...
Penulis Rys Areesa
Editor: Jabatan Editorial KNE
896 mukasurat
Terbitan Kaki Novel
cetakan pertama Mac 2011
RM29.00
Sabah/sarawak: RM32.00
9789675967624


"Takdir memang sudah tertulis begitu,
suratan bukanlah lagi suatu kebetulan..."


Kisah ini diceritakan dalam bentuk sinematografi yg boleh kita bayangkan pergerakan dan suasana ceritanya. Gaya penceritaan ini membuat satu layar terbentuk dalam minda kita yg menunjukkan watak2 dalam kisah ini bergerak melakonkan cerita. Rasa macam sedang menonton drama pun ada juga. Tak der lah rasa macam hero heroin bercinta saja sepanjang masa. Perkembangan perasaan cinta antara dua hati dalam suasana bekerja disulam dengan baik dan tidak kelihatan janggal bila dibaca.


Dalam kerancakan Kaki Novel menerbitkan cerita-cerita cinta kontemporari dalam bahasa santai, 'Seandainya...' kelihatan berbeza dengan nada yg lebih serius dan gaya penceritaan yang lain dari yang lain.


Rasanya ramai pengikut cerita Wan Zaharris dan Areena secara online. Inilah masanya utk mengikuti apa kesudahan kisah mereka.


WZ dan Areena ni banyak main tarik tali lah. Bukan Areena saja yg tidak pasti dgn perasaan sebenar WZ malah kita pun rasa seperti dibiarkan menanti tanpa keputusan yg pasti. Areena lebih bertindak merahsiakan rasa hati dan bersikap selamba. Wan Zahari tu pulak bila sudah terlajak kata meluah perasaan, dia akan cover line dengan menyebut dia hanya bergurau.


Walaupun berada dalam ketidakpastian, Areena jadi kekasih yg setia. Rupa2nya WZ ada sebab yg kukuh utk menjadikan Areena begitu. Ibunya seorg yang sangat membenci org KL seperti Areena. Baginya orang KL pemusnah ikatan keluarga. Siapa yg sudah terikat dgn org KL akan meninggalkan keluarga selama-lamanya. Ketegasan seorg ibu membuatkan WZ cuba melupakan perasaannya terhadap Areena.


Cara Wan Zaharris menduga hati Areena dgn mewujudkan seorg kekasih yg dipanggil Husna kelihatan hampir sama dgn cara Zaharris Azman (kekasih lama Areena) menduga perasaan Areena dgn berpura-pura jatuh hati dengan wanita lain dan memuja-muja wanita itu di hadapan Areena. Kedua-dua lelaki itu seperti mahu menjatuhkan ego Areena yg sentiasa bersifat tenang.


Memang sayu bila memikirkan dilema Wan Zaharris. Nak ikut kehendak hati sendiri atau kehendak hati wanita yang paling penting dalam hidupny? Melepaskan Areena dan berkahwin dengan seseorg yg tinggal paling hampir dgn rumahnya di kampung? Bila dilihat dari sudut ini Wan Zaharris lebih jauh menderita berbanding Areena.


Pergerakan separuh kedua cerita membawa kita ke lembaran baru kisah Areena. Kehadiran Nabila yg bukanlah misteri mana tetapi wanita itu mencetuskan fenomena besar dalam hidup Areena bersama suaminya. Rentak cerita berubah ke nada thriller di hujung-hujung cerita membuatkan kita turut merasakan debarannya.


Shamsul Azhar yg bertahan sekian lama akhirnya mengalah dgn perasaan sendiri. Sebaik saja dia mengalah tu, aku merasakan dia terus hilang 'keistimewaan' dalam cerita ini. Sebelum detik itu Shamsul Azhar kelihatan lebih istimewa berbanding Wan Zaharris. Bila Shamsul Azhar mula mengalah, dia terus kelihatan tidak jauh berbeza dgn Zaharris Azman atau Wan Zaharris.


Bila anda mula membaca novel ini mungkin ada satu ending yg straight forward yang anda bayangkan. Tak kiralah apa yang anda bayangkan, ianya adalah sesuatu yang gerenti takkan berlaku di pengakhiran cerita ini.


sumber: alongside


blurb/alongside/sinopsis belakang buku:


"Tak semestinya kita dapat memiliki apa yg dipilih oleh hati kita sendiri dan... tak semestinya yg bukan pilihan hati kita itu tak baik utk kita. Mungkin ada hikmah di sebaliknya." - Wan Zaharris.


"Mencintai seseorg itu bukan hanya pada kata-kata. mencintai itu adalah suatu perasaan tanpa sebarang ungkapan. hanya yg benar2 benar ikhlas boleh memahaminya." - Areena.


Meskipun Nur Dhila Areena boleh memilih, bukankah memang hanya ada seorg sahaja kekasih yg abadi?

Mar 26, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (13) Gelak tergolek

Gelak Tegolek
Penulis: Wann Azlan
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan 2010


Novel Gelak tergolek (GT) ini mengisahkan kehidupan Rahman dari bujang hingga menjadi seorang bapa. Rahman berjumpa, jatuh cinta dan berkahwin dengan Maimun. Rahman adalah seorang lelaki yang agak sengal. Pelbagai kisah lucu berlaku semasa percintaan antara Rahman dan Maimun. Pertemuan pertama, berlakunya insiden Maimun terkena najis cicak.

Sebelum Rahman berjaya berkahwin dengan Maimun, Rahman terpaksa menempuhi pelbagai karenah dari bakal bapa mertuanya iaitu Pak Brahim. Rahman juga terpaksa melayan karenah bakal mak mertuanya iaitu Mak Hendon. Semasa majlis pertunangan, kecoh satu rumah dengan adegan kejar mengejar dengan angsa dan Mak Hendon yang tersalah menyarung cincin tunang milik Maimun.

Apabila berkahwin, Rahman terlalu melebihkan Maimun berbanding ibunya. Sebenarnya, ibu Rahman tidak begitu menyukai Maimun. Rahman sentiasa mendahulukan isterinya berbanding ibunya dalam semua hal, perkara itu menyebabkan ibunya sentiasa terasa hati. Rahman juga seorang yang kurang pengetahuan agama kerana tidak begitu tahu tentang rakaat-rakaat solat apabila, Pak Brahim menyuruhnya menjadi iman.Rahman juga seorang yang suka bercerita hal rumahtangganya kepada kawan baiknya iaitu Fauzi. Bodoh sombong pun salah satu sikap Rahman.

Memang banyak kisah lucu yang berlaku apabila Rahman tinggal bersama keluarga Maimun. Pelbagai cara Rahman gunakan untuk melayan karenah Pak Brahim dan adik iparnya yang cilik, Imi yang begitu pintar dan bijak berkata-kata.

Kisah komedi ringan ini pasti akan menarik minat pada siapa-siapa yang mengemari novel komedi.

sumber: nOOr hEkmAt

Mar 24, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (12) Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata
Penulis: Hanni Ramsul
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan Pertama 2010

Mengisahkan Sabrina yang telah dikhianati kawan baik yang barnama MAria. Kawan baiknya yang membuat rancangan supaya Sabrina ditangkap khalwat dengan seseorang yang di upah tetapi Sabrina tersalah masuk bilik yang di arah oleh kawan baiknya dan Sabrina di tangkap khalwat dengan Badrul. Sabrina dan Badrul terpaksa berkahwin untuk menjaga maruah keluarga Badrul yang sangat berpengaruh dalam perniagaan. Bermulalah konflik apabila Badrul membenci Sabrina kerana menganggap Sabrina sengaja membuat rancangan untuk berkahwin supaya boleh mendapat harta.

Sabrina kehilangan segalanya setelah peristiwa tangkap khalwat berlaku pada dirinya. Dua orang penting dalam hidupnya, hilang begitu sahaja setelah apa yang terjadi pada dirinya. Sahabat baik dan kekasih merangkap bakal tunangan yang amat dicintai.

Kerjaya yang telah dicipta bertahun lama dengan hasil usaha gigihnya juga hilang bagai ditiup angin. Sabrina sangat mengharapkan kehadiran sahabat baik dan kekasih hati nya datang untuk menjernihkan keadaan dan menyelamatkannya dari terus di kurung di rumah agam milik keluarga Badrul. Namun, semuanya hampa, mereka semua tidak mahu mempercayai Sabrina lagi. Semua kata-kata Sabrina di pandang sepi oleh Maria. Akhirnya, Sabrina pasrah dikurung sepanjang masa di rumah Agam bertemankan airmata yang tidak pernah kering.

Kemarahan Badrul, kebencian ibu Badrul, iaitu Datin Hamidah telah menjadi sahabat sepanjang hari-hari Sabrina di rumah Agam. Sabrina selalu dimaki, dicaci, dicemuh oleh Badrul. Badrul nekad untuk menduakan Sabrina dengan menikahi kekasih hatinya, Dayana. Badrul mahu terus menyakiti Sabrina dan tidak mahu melepaskan Sabrina dengan cara baik kerana Badrul menganggap, Sabrina yang merancang memasang perangkap semasa kejadian mereka ditangkap khalwat.

Sabrina memiliki sekeping hati yang lembut dan tabah. Dengan memiliki sikap semulajadi itu, Sabrina berjaya melembutkan hati-hati yang keras iaitu hati Datin Hamidah dan Dato’ Hamidi. Sikap Sabrina yang mudah untuk bertolak ansur itu dapat meletakkan dirinya dalam keadaan yang agak selesa apabila berada di rumah agam itu walaupun terkurung. Lama kelamaan, hati ibu bapa Badrul lembut dan tidak susah untuk menerima Sabrina sebagai menantu kesayangan walaupun mereka masih belum mengetahui punca sebenar Sabrina boleh ditangkap khalwat bersama Badrul.

Namun, benci-benci Badrul pada Sabrina, akhirnya timbul sayang. Dayana kalah teruk pada Sabrina dalam menakluki cinta Badrul.

sumber: nOOr hEkmAt

AS: Cabaran 50 Buah Buku (9) Cinta Dari Istana

Tajuk: Cinta Dari Istana
Penulis: Adah Hamidah
Penerbit : Fajar Pakeer (2010)
632 Mukasurat
Harga: RM23.90 (SM)/ RM26.90 (SS)

Pertama kali memgang novel ini, hati tidak dapat lari dari pelbagai persoalan yang menerjah minda. Tertanya-tanya, apakah yang bakal saya temui di dalam novel ini. Pemilik novel ini meramalkan, mungkin lebih kepada cerita fantasi. Oleh itu, beliau telah mengamanahkan saya untuk membaca & menyelami novel ini terlebih dahulu. Dengan harapan beliau dapat mendengar komen dari saya dulu sebelum beliau sendiri membacanya. Terima kasih diucapkan.

Sebaik saja menghabiskan pembacaan, saya termenung seketika. Di mana saya perlu meletakkan atau mengkategorikan novel ini. Berapa bintang yang saya boleh beri? Kemudian saya sedar bahawa novel ini berada di kelas yang tersendiri ( menurut pandangan peribadi saya ) dan saya tidak dapat membandingkan dengan novel-novel lain yang saya baca.

Watak Puteri Mahkota Nur Shaafiah@ Piya ( dari Sri Alamar ) dilukiskan dengan begitu cantik sekali. Walaupun penulis tidak memberikan gambaran secara terperinci bagaimana rupa Piya, tetapi cara penulis menampilkan cara tutur kata & tingkah Piya telah cukup memberi gambaran betapa cantik & lemah lembutnya gadis bernama Piya. Manakala watak Ra’if Arjuna pula begitu menguji minda dan perasaan kerana tingkah lakunya tidak pernah seiring dengan rasa hati. Seringkali setiap kali hati Piya dilukai, hati Ra’if Arjuna turut terhiris-hiris. Semuanya kerana Ra’if Arjuna begitu berat mengaku cinta kepada Piya kerana dia masih mempertahankan cintanya kepada arwah isterinya Warda.

Disaat Ra’if Arjuna sudah tidak mampu memendam rasa kepada Piya, dia akhirnya mengaku kalah dengan perasaan sendiri dan bersedia menempatkan Piya dihatinya. Namun bahagia yang dirasa tidak lama.Mampukah Ra’if Arjuna hidup tanpa Piya setelah dia menghalau Piya pergi setelah dia mengetahui latar Piya yang sebenar & status Piya sebagai tunangan orang yang selalu dicemburuinya selama ini?

Apa yang menarik tentang novel ini?
i) Watak Ra’if Arjuna & Piya
ii) Bahasa yang digunakan begitu menarik & kadang-kala turut membuai perasaan ( saya perlu membaca dengan teliti bait-bait kata seolah-olah membaca untuk menduduki peperiksaan )
iii) Peristiwa-peristiwa yang mencuit hati & juga peristiwa yang turut meruntun perasaan.
iv) Membaca novel ini membuatkan saya sentiasa berdepar-debar & rasa tidak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya. ( sudahnya saya berjaya menghabiskan novel ini dalam masa tidak lebih dari 12 jam )

Sinopsis Kulit Buku:

Melangkah lamunan membilang bahagia... Detik itu apa maknanya?

Bukan kehendaknya melangkah keluar dari istana. Tapi dia terpaksa, maka diikutkan juga langkah kaki. Lalu takdir membawanya ke pintu pagar rumah seorang rakyat biasa.

“Okey, Piya. Tapi awak tak rasa ke yang awak ni terlalu muda untuk jadi pengasuh kepada seorang budak perempuan?” Ra’if Arjuna mengasak soalan.

Pengasuh? Tatkala itu bermulalah episod penyamaran, pendustaan yang terpaksa direncanakan oleh Puteri Mahkota Nur Shaafiah demi melindungi identiti diri. Menjadi seorang pengasuh anak kecil atau lebih tepat lagi orang gaji di rumah rakyat biasa itu merupakan satu penderitaan jiwa buat sang puteri. Dia tidak tahu membezakan apa itu senduk dan sudip, jadi bagaimana dia mahu menguruskan semuanya? Mujur saja dia bijak bermain dengan situasi sehingga dia kerap kali terselamat daripada bala yang dicipta tuan rumah, Ra’if Arjuna, duda beranak satu itu.

Bila hati disapa cinta, sang puteri mula menyangkal rasa. Mana mungkin puteri raja sepertinya jatuh cinta kepada rakyat biasa. Pantas dia menolak kata hati. Namun dia tewas pada perasaan cinta dan kasih sayang yang kian bersemi. Misi menawan hati Ra’if Arjuna tidak semudah disangka. Riaknya seperti suka, namun lafaz tidak pernah bersuara membuatkan sang puteri terus-terusan cuba mentafsir hati rakyat yang kerasnya mengalahkan tembok-tembok istana.

Apakah penyudahnya? Haruskah sang puteri melupakan saja atau haruskah terus mengejar cintanya? Atau mungkinkah tiada siapa yang mampu mengubah hakikat kenyataan bahawa tempat sang puteri tetaplah di istana, bukannya di teratak rakyat biasa!

Memangkah mimpi menghitung gembira... Detik itu cinta maknanya!

Terlalu banyak yang ingin saya perkatakan tentang novel ini tetapi tidak semua rasa terluah. Biarlah anda semua membaca sendiri novel ini dan merasai sendiri pelbagai rasa & menghayati indahnya bahasa yang cuba disampaikan oleh penulis. Syabas untuk penulis!


sumber: Anita Sang

R: Cabaran 50 Buku: (24) Pelukan Cinta


Pelukan Cinta
Penulis: Amisha Dania
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
RM17.00
sabah/sarawak: RM20.00
401 mukasurat
9789675067686
Cetakan 1 - Mac 2011



"Jika cinta tidak kesampaian, akan aku usung jiwa pasrah hingga ke akhir perjalanan. Jika jodoh kita ada, akan aku junjung cinta kita hingga ke akhir kehidupan"


Aku sangat gembira dengan saiz buku ini yg tidak tebal. Buat aku rasa tak sabar2 nak baca. Ceritanya padat dan tidak meleret, walaupun hero ngn heroin macam bergilir-gilir masuk hospital. Nasib baik tak der yg hilang ingatan! hehe.


Penulisan Amisha Dania menunjukkan ciri2 penulis genre romantis. Kalau baca kisah Armand dan Zulaika memang nak suruh diorang kawin dengan segera lah. Takyah tunggu2 lagi. Memang cinta tahap tak hengat Armand tu. Abis merana badan jadi kurus kering bila kekasih hilang. Sama pulak macam Zikri, abg kepada Zulaika.


Armand dan Zulaika bercinta sejak sama2 menuntut di pusat pengajian tinggi. Keluarga Zulaika memang sudah tahu mengenai hubungan cinta mereka tetapi Armand tak bagi tau apa2 kat mak dia sbb mak dia (Datin Rozni) memang jenis rasa dia saja yang tahu apa yg boleh membahagiakan anaknya. Baginya, Asilah, sepupu Armand yg sempurna tubuh badan dan paras rupa akan membahagiakan anak kesayangannya. Sedangkan anaknya Sofia yang dikahwinkan dgn anak sahabat baiknya tidak bahagia dan ditinggalkan suami setelah melahirkan Ontel yang montel dan sedikit slow. Datin Rozni memang bangga dgn kedudukannya berbanding Zulaika yg tak der nak bermegah2 walaupun dia anak Tan Sri. Kalau Datin Rozni tau tu, mesti awai2 dia gi meminang pa.


Aku suka watak Datin Rozni yg nak kata jahat tak jahat, baik tak baik. Dia rasa yg dia buat tu dah cukup baik sedangkan utk orang lain, ianya bukan sesuatu yang baik. Famili Zulaika pulak sangatlah sporting sampai Armand dan Zulaika tak segan nak menunjukkan kemesraan di depan mereka.


Scene sedih berjaya dilayarkan dengan baik oleh penulis ni. Merambu-rambu jugak lah airmata.


Zulaika dan keluarganya terpaksa merelakan Armand berkahwin dgn Asilah kerana akur dgn kehendak keluarga Armand. Armand ada sebab tersendiri kerana dia mahu menjaga maruah Asilah yg sedang mengandung anak luar nikah tanpa pengetahuan keluarganya. Asilah akan dilepaskan sebaik saja anak itu lahir. Setelah rahsia terbongkar, Asilah dibuang keluarga dan tinggal bersama keluarga Armand. Dia menghembuskan nafas terakhir dalam keinsafan. Aliff Danial membesar dgn penuh kasih sayang di bawah jagaan Armand.


Armand meneruskan perhubungan dgn keluarga Zulaika tanpa pengetahuan Zulaika. Malah Aliff Danial pun rapat dgn keluarga Zulaika. Peristiwa penculikan Armand memaksa keluarga Zulaika menceritakan hal sebenar. Harapan utk bersama kembali cerah tetapi Armand berada dalam bahaya. Memang banyaklah dugaan diorg ni. Ingat ker lepas memberi restu, ibu Armand akan berubah, dia buat hal lagi. Dia masih lagi menurut kata hati sendiri utk menentukan kebahagiaan Armand sedangkan sesiapa pun yg tengok Armand mesti tahu dia sangat bahagia dengan Zulaika.


Ending yg membuat kita pun tersenyum bahagia. Kalau guna bahasa melayu sepenuhnya lagi best rasanya ;)


sure fine whatever
alongside


sinopsis/novelcinta @ multiply/blurb


Jatuh cinta adalah perkara biasa di dalam kehidupan. Tetapi bagi Armand Danial dan Zulaika Husna, jatuh cinta bukanlah sesuatu yg biasa. Sekali mereka bercinta, biarlah ia menjadi sesuatu yg abadi. Kekal utk selamanya. Namun apa yg dihajati, tidak semudah itu utk dimiliki. biarpun cinta mereka tidak mendapat tentangan, tetapi pelbagai dugaan mereka perlu hadapi utk mencapai bahagia. Saat kata sepakat sudah dicapai, Armand Danial bernikah pula dgn sepupunya Asilah. Hancur luluh hati Zulaika Husna, namun dia pasrah. Jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Ilahi. Zulaika Husna membawa diri ke Pantai Timur, berbakti di sana sambil mengubat hati yg luka.


Namun sejauh mana pun Zulaika Husna membawa diri, hatinya tetap pada yang satu. Walaupun sedih dgn perpisahan yg berlaku, dia reda dan tidak berniat utk mencari pengganti Armand Danial. Baginya, biarlah kenangan bersama kekasih hatinya itu kekal di sudut hatinya, namun kembalinya Zulaika Husna dari perantauan telah mengubah segala-galanya. Kehilangan Armand Danial, kehadiran si kecil Aliff Danial kembali menggugat ketenangan hidup Zulaika Husna. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Hanya Pelukan Cinta ada jawapannya...

R: Cabaran 50 Buku: (23) Dari Kerana Mata


Dari Kerana Mata
Penulis: Norhayati Berahim
Editor: Suraya Yacob
Cetakan 1 - Januari 2011
Terbitan NB Kara
870 Mukasurat
RM28.00
RM31.00 (sabah/Sarawak)


"Cinta itu tidak pernah berubah walau musim berganti"


Jaliha selalu dipukul ibunya (Ramona) sedangkan anak-anaknya yg lain, Johari dan juriah tak kena pulak. Nasib baik ada Nek Senah yg sentiasa menyokong dan membantu Jaliha mematahkan ayat2 pedas menyakitkan yg dilontarkan Ramona kepada Jaliha.


Berpindah ke tempat baru menemukan Jaliha dan Johari dengan Atan. Seorg budak yg menjual lastik utk membantu neneknya mencari wang. Walaupun masih budak-budak, dia sering membantu Tok Daud mengajar anak-anak di kampung itu mengaji. Atan memang seorg anak yg rajin. Ketulusan hati Jaliha dalam melayannya sebagai sahabat membuat Atan mengganggap Jaliha sangat baik dan bercita-cita mengahwini Jaliha bila dewasa nanti. Johan pun baik juga dgnnya. Jaliha tak pernah lokek meminjamkan basikal kpdnya.


Nenek Atan meninggal dunia dan Atan dibawa pergi tinggal bersama sebuah keluarga yg kaya raya. Sejak itu dia terputus hubungan dengan Jaliha.


Di sana Atan membesar sebagai Nik Azri yang masih menanti detik pertemuan semula dengan Jalihanya. Selepas Jaliha, tidak pernah muncul sesiapa yg setanding Jaliha. Kalau anak2 orang kaya yg lain gemar mengumpul kereta, Nik Azri gemar mengumpul basikal dari bermacam-macam negara sbg koleksi peribadi.


Hidup Jaliha bertambah baik setelah ibunya berkahwin lain. Ingat ka bapak tiri dia tu nanti garang dan jahat, tapi rupa2nya lelaki itu sangat bertimbang rasa dan jauh lebih baik dari ibunya yg gemar memukulnya.


Jaliha membantu sahabatnya, Zaitun menjaga anaknya Akim setelah suami Zaitun hilang tanpa berita. Kalau tengok cara Zaitun melayan Akim, hampir2 sama seperti Ramona (ibu Jaliha) melayan Jaliha semasa kecil dulu. itu yg membuat Jaliha sangat protektif terhadap Akim.


Jaliha tu buka butik pengantin. Keputusan ibu bapa Nik Azri utk mengahwinkan Nik Azri dengan Diana telah menemukan Nik Azri dengan Jaliha di butiknya.


Nik Azri ambil masa jugak utk siasat sikit2 sebelum betul2 confirmkan sama ada itulah Jaliha yang dicari-carinya. Takut nanti silap orang pulak. Ternyata itulah yg dicari-carinya :) tapi Jaliha kenal lagi ke Atan tu?


Buku ni sangat tebal. Mungkin sebab NB tak banyak menggunakan teknik flashback. Beliau lebih banyak bercerita dari mula sampai habis. Dari kecil sampai dewasa, so kisahnya menjadi sangat tebal. NB banyak menyelitkan kisah2 dan ayat2 pengajaran utk renungan kita bersama.


sure fine whatever
alongside




blurb/novelcinta @ multiply/ sinopsis:


Bolehkah dipercayai cinta seorg kanak2 yg tidak punya apa2? Bolehkah dipegang segala janji dan kata2? Bagi ramai org, cinta seorg kanak2 hanya cinta monyet, cinta yg cepat pudar dan hilang dalam sekelip mata. Cinta yg akan melompat dari satu dahan ke satu dahan, dari pokok ke pokok dan pergi tanpa apa2 rasa?


Tetapi bagi seorg anak kecil seperti Atan, cintanya terlalu tulus buat Jaliha. Cinta yg datang dari mata turun ke hati. Cinta yg memicu dia terus berdiri dan berlari.


Cinta bagi seorg kanak2, ianya terlalu jujur utk dikhianati dan walau musim berganti. Cinta itu tidak pernah berubah walau seinci.

Mar 23, 2011

DN - Cabaran 50 Buku : (9) Yang Mana Satu? - Emma Maizura


cover novel ni macam kiut sangat...sekali pandang ingat novel remaja pulak padahal novel dewasa :) cerita pun menarik...

YMS cerita pasal Indah yang dibenci oleh maklong sendiri sebab dia ditinggalkan mak ayah dia...disebabkan tak tahan dengan perangai maklong dia, dia lari pergi bandar..masa kat bandar, terjumpa dengan seorang perempuan yang secara tak sengaja membawa Indah bekerja di kelab malam..namun, nasib baik menyebelahi indah, dia dapat lari dari kelab malam tersebut akibat dari satu insiden yang tak disengajakan...kebetulan pulak *kebetulan lagi hehehe* dia terjumpa dengan ryian masa sedang melarikan diri tu...*macam suspen je*

itu serba sedikit...nak tau lebih-lebih kena beli n baca sendiri..mungkin 'rasa' kita sama dan mungkin tak sama langsung...novel ni santai la juga tapi berdebar la jugak..berdebar sebab dalam tak disangka banyak benda jadi kat Indah...lain yang diharapkan, lain yang jadi...tapi secara keseluruhan aku suka cerita ni...ending pun ok la boleh diterima...ending yang realistic...

tahniah buat penulis...teruskan menulis...

kategori : boleh letak kejap je...

XX : Cabaran 50 Buku : (4) PRINCE CHARMING


Penulis : Ratu Bulan
Halaman : 496
Harga : RM19.90
Terbitan : Fajar Pakeer
Cetakan 1, 2 , 3, 4, 5, 6 -2010
Cetakan 7 - 2011


Secara ringkas:

Ia hanyalah sekadar carta tapi carta yang ‘bernyawa’! ia dikatakan boleh menyumpah orang. Dan hanya kerana dia telah mengoyak dan membuangnya ke dalam tong sampah carta tersebut hidup seorang gadis biasa yang bernama Nurul Izzati berubah. Dia hampir dilanggar kereta tetapi seorang Prince Charming telah menyelamatkannya. Bermula dari saat itulah pencarian Prince Charmingnya bermula. Nurul terpaksa menjadi pengurus kelab bola sepak sekolahnya walaupun hakikatnya dia tidak minat pun dengan bola sepak ni hanya kerana misinya untuk mencari Prince Charmingnya yang mungkin tergolong dalam kalangan mereka.

Bermula saat itulah Nurul mula mengenali perangai setiap seorang pemain pasukan bola sepak mereka yang sering diagung-agungkan oleh pelajar perempuan sebagai Prince Charming! Padanya mereka semua tak layak digelar Prince Charming melainkan Fiq dan Rezza sahaja yang layak, yang lain memang tak layak terutamanya Nazrul yang suka tidur tu dan Hayrul yang tidak habis-habis menuntut surat cintanya yang tak pernah wujud.

Nazrul, lelaki sebagai seorang yang pelik. Suka tidur tanpa mengira masa dan tempat. Suka bergaduh dengan Nurul setiap masa. Tapi pada masa yang sama Nurul membenci Nazrul tapi menyenangi lelaki yang bernama Nazrin. Bagaimana Nurul hendak mencari Prince Charmingnya? Benarkah Nurul telah disumpah? Siapakah sebenarnya Prince Charming Nurul? Dan apakah sumpahan carta Prince Charming itu akan terus menghantui Nurul? Prince Charming boleh merungkaikan persoalannya.


Komen saya :

Prince Charming lain daripada yang lain. Itu yang pasti. Pada saya novel nie memang best dan unik jalan ceritanya tak seperti kebanyakan novel yang agak klise jalan ceritanya. Prince Charming menonjolkan suasana pelajar sekolah yang sedang mencari erti cinta sebenar dalam hidup mereka.

Tapi kadang-kadang tu saya agak keliru. Cara penceritaan penulis menunjukkan couple tu bukanlah sesuatu yang penting dan perlu. Tapi kemudiannya seolah-olah perlu pula. Tetapi diakhirnya apa yang penulis cuba ketengahkan adalah cinta tak memerlukan pasangan yang sempurna... paras rupa bukan ukuran harta kekayaan bukan syaratnya.
Setuju kiranya saya katakan novel nie banyak menyedarkan kita tentang erti cinta sebenar. =) totally agree...

Dalam pencarian Prince Charming tu banyak adegan yang mencuit hati, perang mulut antara Nurul dan Nazrul yang tak berpenghujung kadang-kadang membuatkan kita tersenyum sampai ketelinga. Betapa susahnya Nurul nak kejutkan Nazrul yang suka sangat tidur. Sampaikan kita yang membaca nie terfikir “betul ke kat dunia nie ada orang yang kuat tidur macam Nazrul? Tidur tak ingat dunia sampaikan dalam gawang gol pun dia boleh tidur! Memang dahsyat.”

Peristiwa lain yang melibatkan ahli pasukan bola sepak yang lain turut menghiburkan. Pada saya watak Hayrul paling melucukan. Hayrul akan pengsan setiap kali menerima surat cinta. Kemudian dia menuntut pada Nurul surat cintanya itu. Masing-masing dengan gelagat masing-masing Najmi yang pantang tengok perempuan, kalau boleh hidupnya hendak dikelilingi perempuan sentiasa. Fiq yang tenang. Rezza yang cool. Tapi Nazrul, Nazrul yang pelik tapi unik.

Saya kagum dengan penulis yang Berjaya memikirkan sesuatu dilir kotak pemikiran klise.

Prince charming memang menarik dan best… sekali baca nak terus baca dan baca.
Tengok cetakan pun dah tau kan.. =) tujuh kali cetakan dalam masa dua tahun! Thumbs up penulis.


XX Quotes : harus di beli… sangat berbaloi-baloi… hehe =)

UH: Cabaran 50 Buku: (3) 10 Sahabat yang dijanjikan Syurga


Tajuk buku: 10 Sahabat yang dijanjikan Syurga
Penulis: Saridah Hamid
Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Genre: Islamik
Penilaian : 4 Bintang


Buku ini aku beli kerana aku lupa siapa 10 orang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T. Kulit bukunya yang comel menarik perhatianku. Kisah-kisah mengenai 10 sahabat terpilih ini diceritakan dengan ringkas dan amat mudah difahami oleh kanak-kanak. Ia sesuai juga dijadikan 'bedtime story book' khas untuk anak-anak.

Di kulit belakang buku ini, terdapat kata-kata yang menggegarkan jiwa.

" Mereka dijanjikan syurga. Janji yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, terlintas dalam hati. Lebih berharga daripada segunung emas di dunia. Mereka tiada pengganti. Kini, mereka menuju ke alam barzakh dengan amalan yang dijanjikan. Bagaimana pula amalan kita"

Jadi, siapakah dia 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Allah itu?

Mereka adalah:
1) Saidina Abu Bakar As-Siddiq
2) Saidina Umar Al-Khatab
3) Saidina Uthman Al-Affan
4) Saidina Ali Abi Talib
5) Zubair Ibnu Awwam
6) Abu Ubaidah Al-Jarrah
7) Abdurrahman Ibnu Auf
8) Saad Ibnu Abi Waqas
9) Talhah Ibnu Ubaidillah
10) Said Ibnu Zaid

Itulah dia 10 insan terpilih yang telah banyak berjuang untuk agama Islam. Semoga dengan adanya buku ini, kita akan dapat memperoleh seribu manfaat daripadanya. InsyaAllah...

--
Qatrunnada a.k.a uMMu_Hakeem

MB : Cabaran 50 Buku : (13) Tunggul-Tunggul Gerigis

Judul : Tunggul-Tunggul Gerigis
Penulis : SN Shahnon Ahmad
Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka & Rhythm Consolidated Berhad
ISBN : 983-137-848-2


1. Sarat dengan semiotik. Menurut A. Rahim Abdullah di dalam bukunya, Novelis Nusantara : Ideologi Dan Pemikiran, "Shahnon Ahmad melalui novel Tunggul-Tunggul Gerigis (TTG) memanfaatkan tanda-tanda sebagai suatu proses kreatifnya, yang mempunyai keistimewaan tersendiri."

2. Memang istimewa novel ini yang memperlihatkan bagaimana Pak Shahnon melakarkan kehidupan sosial di dalam sebuah kampung yang telah rosak hubungan sesama masyarakatnya yang berlainan ideologi di dalam parti politik yang berbeza. Selain istimewa kerana dilancarkan oleh DS Anwar Ibrahim di USM dahulu. (istimewa ke?)

3. Tunggul bolehlah dimengertikan sebagai pangkal pokok kayu yang masih tertinggal setelah pokok ditebang. Manakala gerigis pula adalah gigi-gigi tajam pada permukaan atau tepi sesuatu, geriji. Tunggul-Tunggul Gerigis adalah kisah mengenai sebatang tunggul bergerigis di dalam sebuah kampung, Poseng, yang seperti mana tunggul-tunggul lain di dalam dunia, tidak begitu meninggalkan erti kepada masyarakat.

4. Seawal tadi sudah dinyatakan bahawa novel TTG ini kaya dengan semiotik, sistem tanda. Watak utama di dalam novel ini Su Usul, diwakilkan dengan tunggul yang bergerigis itu. Seorang tua, yang sangat tua, yang digambarkan sering berdialog dengan Goh, seekor lembu, atau bermonolog di hadapan seekor lembu yang lebih tepatnya, Goh tidak pernah berdialog dengan Su Usul, tidak dipedulikan oleh orang disekeliling, termasuk anaknya, diabaikan, sehingga terpaksa dikurung demi untuk tidak menyulitkan pergerakkan.

5. Tulisan-tulisan Pak Shahnon yang dibaca sebelum daripada ini, lebih menampakkan pemikiran dan perjalanannya yang berat 'memihak' kepada parti-parti politik yang antikerajaan. Tetapi di dalam novel TTG ini, yang mana dikarang jauh sebelum Pak Shahnon menulis SHIT ataupun Nurul Anak Papaku, lebih melihatkan sifat neutral Pak Shahnon.

6. Parti politik pihak yang memerintah, parti politik pihak yang membangkang, dibawa ke dalam sebuah masyarakat kampung di Poseng, sehingga kerana jalan berbeza kedua-dua buah parti politik tersebut telah menyebabkan Poseng berpecah kepada dua kelompok, satu, yang menyokong kerajaan, partinya di dalam novel ini adalah PBB (UMNO?), manakala satu lagi adalah parti PSS (PAS?), sebuah parti pembangkang.

7. Kita boleh melihat bagaimana Pak Shahnon menghantar isyarat kepada khalayak pembaca melalui kedua-dua buah parti politik tersebut. PBB digambarkan sebagai sebuah parti yang mana pengikutnya hanya tahu mengikut sahaja kata pemimpin mereka. Jika katanya A, maka sampai matilah ahli-ahli PBB akan berA, A sahaja, jika diperintahkan boleh, maka bermatian-matianlah para ahlinya mempertahankan yang boleh itu boleh meskipun perkara boleh itu sudah tidak boleh lagi. Jika pemimpinnya berkata satu, maka semuanya akan satu-satu belaka. Siapa yang melafazkan dua, maka dia sudah terkeluar dari PBB.

8. PBB juga digambarkan sebagai sebuah parti politik yang berkuku besi. Yang suka menunjukkan kuasa mereka kepada orang ramai supaya orang tahu bahawa mereka adalah yang paling berkuasa.

9. PSS pula dilukiskan sebagai sebuah parti yang agak keagamaan, kerohanian. Parti yang hanya merasakan partinya sahaja yang betul, yang dekat dengan Tuhan, yang diredhai, sehingga parti-parti yang selain dari parti mereka adalah kafir-kafir belaka.

10. Pak Shahnon melalui watak Su Usul, bermonolog mengenai kedua-dua buah parti tersebut. Yang dilihat lebih mendatangkan musibah kepada sekalian warga kampung. PBB dengan kekuasaannya, merampaskan habis hasil bumi (balak) di Poseng dengan mengumpankan pembinaan jalan raya di dalam Poseng agar kelihatan lebih maju. Namun sebaliknya lebih untuk memudahkan keluar masuk lori balak milik mereka.

11. PSS pula hanya berfungsi sebagai penyesat fikiran orang kampung dengan fahaman agama mereka yang sempit dan jauh menyimpang dari landasan Islam yang sebenar sehingga disamakan fiil ahli-ahli dari parti tersebut seperti fiil iblis dan syaitan.

"Mungkin orang sepuluh (ahli PSS) itu bukan sebenar orang sepuluh tapi sudah dirasuk iblis dan syaitan. Iblis dan syaitan rajin juga merayau dekat masjid." (TTG - ms 113)

12. Dengan dua buah parti politik ini, dan watak Su Usul itu, TTG digerakkan. Dikembangkan, dilihatkan bagaimana akibat dari terlalu asyik berpolitik, gila berpolitik, sehingga mengabaikan tanggungjawab menjaga anak.

"Bapa dah balik dan mak pun dah siap makan. Tuk Itam orang celaka. Semua orang itu celaka belaka. Celaka! Celaka! Celaka! Semuanya haram. Bapa kata haram, bapa kata celaka. Mak kata haram, mak kata celaka juga. Nek! Nek pun celaka. Nek Bunga pun celaka. Nek pun dajal. Nek Bunga pun dajal. Goh dajal. Medang dajal. Ayam dajal dan celaka. Dul pun dajal dan celaka." (TTG - ms 69)

13. Keruntuhan akhlak dan moral di kalangan kanak-kanak kecil dapat dilihat melalui dialog di atas.

14. Kehadiran Su Usul sebagai seorang tua (simbol orang berpengalaman) yang mana anaknya, Mahmud ahli PBB, Derani ahli PSS, digambarkan sebagai tidak berkuasa lagi untuk menyatukan kedua mereka akibat dari fanatik berpolitik sehingga ikatan adik-beradik terputus dengan ideologi politik yang berbeza.

15. Sehingga Su Usul merasakan bahawa semua ini tidak akan berpenghujung, Mahmud (PBB) tetap dengan gila kuasanya, kerakusannya, Derani (PSS) tetap dengan imamnya, zikirnya, kafir-mengkafirnya, seeloknya baik mati sahaja. Hanya dengan mati Su Usul boleh merasakan kebahagiaan yang kekal, bersama dengan gemulah Bunga, isterinya. Mati sahaja yang diimpikan Su Usul, tidak yang lain. Melalui kematian, dia tidak lagi bersendirian di Poseng, malah ramai teman-temannya di alam arwah sana sedang melambai-lambai, menggamit kehadiran Su Usul. Hidup Su Usul setiap hari hanya untuk kematian sahaja. Lain tidak.

16. Pak Shahnon bercerita mengenai Poseng, Su Usul, dengan gaya dan bahasa yang begitu memikat. Walau kadang-kadang terasa plot ceritanya agak lambat berjalan, tetapi kepada yang telah terbiasa dengan stail Pak Shahnon itu akan merasakan betapa indahnya dan seninya bahasa Melayu itu bila digunakan oleh mereka yang ahli, seperti Pak Shahnon.

17. Novel ini diterbitkan kali pertama pada tahun 1988. Yang berada pada tangan saya kini adalah cetakan yang pertama edisi kedua tahun 2003. Terbitan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka & Rhythm Consolidated Berhad. Termasuk dalam Siri Novel Malaysia Pilihan Abad 20. Saya ada melakukan carian di MPH online, Dawama, tetapi tidak berjumpa dengan novel hebat ini. Kehabisan stok barangkali. Tetapi jika kalian rajin, boleh mencari di Mudah.com. *Saya juga membeli novel ini dari Mudah.com!

18. Sebagai penutupnya, saya memetik kata-kata yang ditulis A. Rahim Abdullah mengenai novel ini.

"Dunia Poseng yang sebelumnya aman dihancurkan oleh tanda dan gejala akibat kedurjanaan manusia sendiri. Akibat manusia menyalahgunakan kepentingan peribadi atas nama kepentingan ummah (sosial), menyebabkan orang yang tidak berdosa atau tidak terlibat dengan permasalahan ini pun turut terkorban. Matinya Su Usul (tanda kebenaran), runtuhnya dunia Poseng, runtuhlah tamadun bangsa dan tahap ketaatan beragama manusia Melayu yang dipertahankan selama ini. Hakikat ini satu analogi, satu fragmen, dan gejala sosial yang diperingatkan oleh Shahnon Ahmad itu, tidak lain dan tidak bukan sebagai suatu tanggungjawab moral dan sosialnya."


sumber: melihat-buku

AAB : Cabaran 50 Buku : Jaja & Din


JAJA & DIN: Perempuan dan isteri ‘keras hati’

‘Seorang lelaki muda memakai kopiah putih, sedang bertafakur di pusara seberang jalan. Matanya bening, janggutnya nipis dan sejemput. Memakai kemeja putih yang dilepaskan di luar.’ [Noor Suraya: Jaja & Din, 2009:21]

Din yang inilah yang berjaya menambat menyimpul mati rasa indah dalam hati Jaja. Din yang inilah yang menjadikan hidup Jaja tidak tenteram dan jiwa sentiasa tidak aman sehingga sanggup berbaju kurung setiap kali balik ke kampung halaman kerana ingin kelihatan sopan seorang gadis Melayu pada Din, sekiranya terserempak dan terjumpa.

Jaja & Din hasil nukilan Noor Suraya membawa kita menyelami rasa dan gelodak hati seorang perempuan Jaja. Kita melihat ‘dunia’ Jaja & Din dari ‘kacamata’ Jaja. Hanya sesekali saja kita diberi ruang untuk menyelami rasa diri Din.

Jaja & Din, sebuah kisah punyai pencirian Islam yang terang. Moral yang diangkat adalah condong kepada nilai moral Islam. Cerita tentang ‘penginsafan’ dan pencarian makna hidup sebagai perempuan Islam dalam diri Jaja setelah terpaut mati pada gambar Din.

Melalui Jaja kita melihat dunia Jaja dan dunia Din yang berbeza menjadi satu. Lengkap. Tidak ada terkurang dan terlebih di mana-mana kerana Jaja sudah lama redha dengan cara kehidupan Din yang zuhud.

Jaja & Din bagi saya sebuah kisah yang menarik dan banyak pengajaran. Namun saya pembacaan saya tentang kisah Jaja & Din tidak puas kerana kisah konflik gelodak hati Jaja diawal perkahwinan dan rasa hati sebagai isteri kepada seorang muhajid tidak dalami. Konflik diri Jaja yang melalui proses transisi ke dalam dunia Din dan isteri kepada muhajid bagi saya sungguh menarik tetapi penulis tidak mendalami konflik ini dengan lebih jauh lagi.

Secara ringkas, Jaja & Din mengangkat kisah perempuan dan isteri yang berhati ‘keras’ dalam mengharungi kehidupan sebagai isteri seorang muhajid.

sumber: Ayu-Abu-Bakar

AS: Cabaran 50 Buku (8) Dibius Cinta

Tajuk : Dibius Cinta
Penulis : Qash Irdina
Penerbit: Fajar Pakeer (2011)
466 Mukasurat
Harga: RM19.90 (SM)/ RM22.90 (SS)

***

Rasanya DC adalah novel kedua keluaran Fajar Pakeer yang saya baca. Warna kulit novel & tajuk yang menarik telah menarik saya untuk mendapatkan novel ini. Bagi saya kekuatan novel ini adalah pada pengisian cerita dengan pelbagai masalah dalam rumahtangga Cazlin Amalina & Adam Syafiq.Saya juga tertarik dengan Cazlin Amalina & Adam Syafiq kerana penulis berjaya mewujudkan watak yang mempunyai pelbagai rasa, marah, cinta, benci, sayang, cemburu & setia, semuanya ada pada Adam & Cazlin.

Cazlin juga digambarkan sebagai watak yang begitu tabah menempuhi masalah demi masalah yang melanda rumahtangganya sehingga sampai satu tahap dia seolah-olah telah berputus asa, namun hati & cintanya tidak pernah lari dari Adam Syafiq. Begitu juga dengan Adam Syafiq,selepas menikahi Cazlin, hadir cinta yang begitu tulus & mendalam untuk Cazlin. Walaupun percintaan dengan Hana Nadiah telah menjangkaui 14 tahun, tetap tidak dapat melawan rasa cintanya kepada Cazlin. Walau sesekali sikap cemburu begitu ketara,namun Adam & Cazlin mengambil sikap saling memaafkan andai ada salah pada satu sama lain.Dalam cerita ini juga, kita tidak akan hanya focus pada watak Adam & Cazlin saja kerana ada ramai lagi watak-watak yang turut mewarnai jalan cerita ini.

Mungkin yang agak tidak memenuhi kriteria yang saya suka adalah cara penulis menyampaikan satu-satu scene kadang-kala terlalu ringkas dalam satu-satu bab. Adakalanya anda inginkan lebih lagi perincian dalam satu-satu scene. Namun begitu, scene-scene yang pendek itu tidak menganggu jalan cerita.Rasanya kalau diperkemaskan lagi, cerita ini akan lekat di hati pembaca. Walau bagaimanapun, selepas separuh cerita,pengisian tidak mengecewakan sehingga ke pengakhiran cerita.

Sinopsis Kulit:

“Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula.”

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?

Apa yang pasti, dalam melayari hidup berumahtangga, tidak semuanya manis-manis belaka. Tetapi yang pahit itu tetap berguna untuk kita belajar lebih tabah & memahami serta mengenali pasangan masing-masing agar mahligai yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa. Bersyukurlah dengan segala yang terjadi. Mungkin ini yang ingin disampaikan oleh penulis. Maaflah kalau tersalah tafsir ;).

sumber: Anita Sang

AS: Cabaran 50 Buku (7) Aku Yang Kau Tinggalkan

Tajuk: AKu Yang Kau Tinggalkan
Penulis: Alina Haizar
Penerbit: Kaki Novel
759 Mukasurat
Harga: RM25.00(SM)/ RM28.00(SS)

Membaca karya kedua Alina Haizar sesuatu yang saya nanti-nantikan. Mungkin kalau dibandingkan dengan Hadirmu Takdirku, temanya lebih kurang sama iaitu suami isteri yang terpisah kerana angkara orang lain & juga kehadiran anak yang tidak disedari oleh suami. Namun begitu, bagi saya kali ini jalan ceritanya lebih mantap & terperinci. Mungkin bahagian pengakhiran cerita nampak terlalu sempurna tetapi itulah pengakhiran yang pembaca suka. Membaca novel ini juga seolah-olah membawa saya turut menjelajah bandar Turin & negara Itali.

Nia & Zaril yang dikahwinkan kerana kepentingan bagi pihak masing-masing. Tidak ada cinta & tidak juga mengenali siapa Zaril, namun kerana keluarga, Nia sanggup berkahwin dengan Zaril. Sementara, Puan Zainun mencari isteri buat Zaril supaya ada orang yang membantunya menjaga Zaril yang sakit. Walaupun Nia sering dikasari oleh Zaril, tanpa disedari, Nia telah jatuh cinta dengan suaminya.

Namun selepas Zaril sembuh dari penyakitnya, Nia merasakan seolah-olah dirinya telah ditinggalkan oleh Zaril. Niat untuk bertemu dengan suaminya di Paris adalah permulaan kisah duka buat Nia apabila dia disuruh membuat pilihan. Bagi Nia, tiada gunanya terus bergelar isteri buat Zaril sekiranya Zaril sudah ada pilihan yang lebih sempurna darinya. Tindakan Nia memilih wang yang ditawarkan berbanding dirinya telah melukakan hati Zaril kerana, apa yang diperkatakan oleh mamanya tentang Nia ternyata benar.

Bertemu semula di Turin selepas 4 tahun telah membuatkan luka di hati Nia berdarah kembali. Di Turin juga mereka mengetahui rahsia yang mereka tidak ketahui selama ini. Zaril yang bakal menikahi Suzzana telah meyakinkan bahawa dia benar-benar telah kehilangan Zaril. Masing-masing menyimpan ppersoalan-persoalan yang tidak terjawab antara mereka.Masing-masing menyalahkan satu sama lain atas perpisahan yang terjadi.

Novel yang patut dibaca dan dimiliki.

sumber: Anita Sang

DN - Cabaran 50 Buku : (8) Hati Bergetar Rindu - Dhiya Zafira


Novel terbaru dari Dhiya Zafira (DZ)...ternyata tidak mengecewakan....suka sangat baca cerita ni..dalam HBR (Hati Bergetar Rindu), DZ buat kelainan...antaranya DZ buat flashback...mula-mula masa sekarang pastu kena flashback...*rasa leceh juga sebab tengah syok-syok dah kena flashback macam pening sikit tapi takpe..masih boleh menjiwai* lepas tu DZ ada masukkan unsur-unsur thriller la juga sebab ada kisah-kisah jenayah kejam ni..kalau dulu penulis lelaki je yang suka masukkan unsur-unsur thriller jenayah kejam ni tapi sekarang penulis perempuan pun dah suka..sebelum ni jumpa dalam buku terbaru Lynn Dayana pasal thriller jenayah kejam ni sekarang dalama buku DZ pulak..kebetulan kan..pastu dalam cite ni juga DZ ada selit sikit-sikit watak-watak dari novel-novel dia sebelum ni *dulu penulis-penulis JS je yang selitkan unsur ni tapi sekarang ramai penulis dah mengikut..kalau dulu penulis alaf suka masukkan tajuk-tajuk novel kawan-kawan penulis alaf tapi now selitkan watak dari novel sendiri..kira promosi la ni..*

Dalam HBR, aku jumpa Sid atau ASP Ziyad Sidqi *macam dah terjatuh cinta kat dia hehehe*..aduhai..nama dia..mengancam...'orangnya' pun mengancam juga..suka la watak Sid *ada ke lelaki betul macam ni..ada kot hehehe* dia seorang yang tegas time kerja, pastu caring juga orangnya...digambarkan seorang yang tenang je menghadapi apa-apa termasuklah menghadapi situasi yang betul-betul buat dia macam nak mati *apa tu? hehehe* kemudian, aku jumpa Arisa atau nama glamer Ari hehehe Ari ni macam ada konflik jiwa *bukan macam tapi memang ada* sebab apa? *baca sendiri* pastu jumpa la 'orang' lain macam Fauzan, Zarin, Esya, Angel, Mahadi dan lain...untuk kesudahan sila la beli n baca...

Semua ok cuma part flashback tak berapa suka sebab aku tak suka baca flashback-flashback ni...tapi bagus juga untuk orang yang suka baca lompat-lompat sebab dia tak boleh lompat masa baca HBR..kalau lompat juga pasti tak faham...

Tahniah DZ..teruskan menulis..kita jumpa pesta buku nanti ye...saya tunggu next novel awak...mungkin kisah Jimmy pulak? :)

kategori : tak boleh letak

KK: Cabaran 50 Buku: (6) Karipap-Karipap Cinta

Tajuk : karipap-karipap cinta
Pengarang :Nazri M. Annuar
Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-5136-52-8
Jumlah Muka Surat : 256
Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd

kata kulit buku:

Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.

Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).

Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.

Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.

Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.

Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.

sumber: karipap-karipap cinta

kata KK:

karipap-karipap cinta. tajuknya sudah mengingatkan saya kepada blog saya ini. kerana dulu nama blog ini namanya karipap. hanya kerana saya sukakan karipap saya namakannya.hihi. tengok tajuk pada buku ini saya buat saya tersenyum.

kulit depannya menarik seperti poster untuk sebuah filem. disangkakan buku dari filem rupanya tidak. mungkin juga seronok membacanya sambil dihidangkan dengan karipap panas.

kisah tentang seorang wartawan bernama Ali bekerja di syarikat akhbar WADAH RAKYAT milik datuk razali bunari seorang tokoh politik yang sudah beberapa kali kalah dalam pilihanraya. disitu ali bekerja untuk bukan untuk menulis laporan berita politik tetapi lebih kepada mengambil gambar. dia juga bekerja untuk majalah MISTERI & HANTU yang juga keluaran syarikat yang sama.

ali kemudian jatuh cinta pandang pertama dengan sarah ketika dia makan di kedai berdekatan tempat kerja teman serumahnya rambai merangkap rakan sekerja sarah.

namun pertemuan pertama mereka adalah ketika ali cuba bertindak hero menyelamatkan beg sarah dari dirompak. malang sekali kerana bukan ali menyelamatkan sarah tetapi sebaliknya kerana sarah ada ilmu silat.

selepas itu ali dan sarah berkawan walaupun sarah berkelulusan dari al-azhar tetapi tidak menghalang ali dari terus berkawan dengan sarah.

seterusnya beberapa kejadian berlaku ke atas ali hanya demi sarah. kerana sayangkan sarah. kerana cintakan sarah. malah ali sanggup belajar buat karipap sedap untuk mendapatkan hati sarah. ha-ha.

semuanya hanya kerana sarah.

gaya bahasa yang penulis adalah seperti menulis blog. santai. sempoi. kadang-kadang sinikal .ada juga unsur humor tetapi entah kenapa saya tidak ketawa. hati batu betul.mungkin kerana penat.

apapun saya suka watak ali dan gengnya, kerana mereka mempunya misi dan wawasan walaupun misi dalam kisah ini adalah semuanya kerana sarah. hi-hi.

dapat maklumat karipap-karipap cinta telah difilemkan.



sumber: Khaulah Khalid

Mar 21, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (22) Labyrinth

Penulis: Imaen
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Harga: RM 18.00
M/S: 418
Cetakan 1 - Ogos 2007
Cetakan 2 - Disember 2007

Blurb:

Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah 'lantai' untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelunggu mereka!

Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?

Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai... dan Maira?

Maira
Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur...makan tanpa kenyang!

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?
lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?

Seorang diri dia memasuki labyrinth...berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya. Siapa?


Kak Chik menukil:

Akhirnya...selepas 5 hari Kak Chik mengelek novel ini ke hulu ke hilir. Mencuri-curi waktu yang bagaikan begitu cemburu dengan lambakan kerja dan tuntutan tanggugjawab lain, Kak Chik berjaya juga sampai ke titik yang terakhir. Sungguh, bukan kisahnya tidak menarik tetapi masa yang terlalu cemburu.

Bagi Kak Chik yang teramatlah jarang membaca genre thriller dan fiksyen, keterujaan sedikit merudum kerana rasa Kak Chik sudah terlalu lama disogok dengan genre romantik. Namun romantic thriller yang dijelmakan penulis mampu membuat Kak Chik sentiasa gatal tangan untuk membeleknya di setiap waktu yang terluang sehingga ketika menaip tugasan di ofis juga masih memikirkan apa yang bakal terjadi terhadap penyiasatan Kamal dan Dani.

Kamal dan Dani, dua karektor kerjaya yang sungguh jauh dan juga dua karektor personaliti yang sungguh berbeza tetapi pertemuan pertama untuk tugasan merungkai pembunuhan bersiri itu menjadi titik mula keakraban sehingga akhirnya Kamal menaiktarafkan Dani di sisinya dari kawan kepada sahabat. Mungkin juga faktor kenegerian itu begitu kuat.

Aduh! Membaca Labyrinth yang penuh dengan pelbagai kotonasi baru dan pelbagai perkara baru yang bagi Kak Chik membuatkan Kak Chik kadang-kadang terpaksa membaca berulang-ulang kali untuk memahami sesuatu situasa. Namun kerana kekuatan 'kata-kata' penulis membuatkan Kak Chik lebih bersemangat berlumba dengan pembunuh bersiri tersebut.

Dani, pensyarah bahasa yang bergelar doktor itu sungguh sopan orang. Sungguh menjaga agamanya. Sungguh mencintai bahasa. Dan kerana kepakaran yang dimiliki menjadi titik tolak kepada keterlibatan dalam penyiasatan polis. Dani yang memendam rasa pada Maira, anak gadis yang sedang kembang mekar. Tapi diam Maira itu, bagaimana tafsirannya? Maira yang terlalu sopan dan sentiasa cuba menjaga pergaulan sehingga Bashir, budak Usuluddin boleh hilang malu kerana cintakannya. Tindakan Bashir sungguh mempamerkan bahawa orang bisa hilang malu kerana cinta. Kerana Bashir juga membuatkan Dani memberi sajak selamat tinggal buat Maira, ratna hati yang dipuja ketika gadis itu masih hingusan lagi.

Kamal, detektif yang sudah terlalu lama melupakan agamanya. Kehidupan dan kerja yang sentiasa menghimpit sehingga rumahtangga yang dibina dengan pujaan hati ketika sama-sama di dunia kampus dulu, hilang wangi bahagia. Kenapa Natasya bisa berubah dalam masa 5 tahun sahaja? Diam Natasya itu, bagaimana pula tafsirannya? Lalu pelbagai dugaan yang dihadapi kerana dia memilihi untuk memasuki labyrinth...

Sebenarnya, siapa pembunuh bersiri itu sudah Kak Chik telah selepas pendedahan Doktor Nurin Batrisya tetapi kenapa Kamal tidak dapat menghalusinya selepas setiap kali mereka hampir mendapat maklumat, pasti pembunuh bersiri itu berada selangkah di depan mereka.

Labyrinth memang penuh dengan segala ilmu. Bukan setakat isu romantik thriller sahaja. Penuh dengan ilmu bahasa dan peradaban, sejarah, hiburan malah yang penting keagamaan yang diserapkan secara santai.

Pengkahiran yang sungguh manis. Kak Chik teramat la suka dengan pengakhirannya. Dan glosari di belakang sungguh memberi input baru buat Kak Chik!

Tahniah buat penulis!

LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-
(^_^)

Mar 18, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (11) aA + bB

aA + bB
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Cetakan Jan 2008

aA + bB adalah kisah cinta selepas berkahwin. Perkahwinan antara seorang doktor dan jurutera. Watak utamanya adalah Addin seorang doktor lulusan luar negara manakala heronya adalah Benz seorang jurutera juga lulusan luar negara. Diperkuatkan lagi dengan watak kembar Addin iaitu Kucai, sangat unik, kembar tidak seiras, lelaki dan perempuan. Kucai adalah sahabat baik Benz.

Addin dan Benz pernah bersekolah yang sama tapi sentiasa belakunya perselisihan faham dan menyimpan dendam di dalam diri masing-masing sehinggalah mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara. Secara tidak sengaja, Addin dan Benz terserempak di luar negara tetapi Addin tidak sedikit pun dapat mengenali Benz. Mereka menjadi sahabat di alam maya, tetapi, Benz menyamar sebagai Aie. Sememangnya Benz lebih dulu tahu yang Addin adalah musuhnya di zaman sekolah dulu.

Apabila masing- masing telah tamat pelajaran dan pulang ke tanahair, mereka di paksa kahwin oleh keluarga kerana keluarga mereka adalah kenalan rapat. Dalam hal perkahwinan yang di atur oleh keluarga, sememang Addin tidak bersetuju dan memberontak kerana dendam yang masih tersimpan kemas dalam hati pada Benz. Addin juga tidak mahu tertewas dengan perasaan sendiri dan rasa hati. Perkahwinan mereka hanya di atas kertas, hidup sebumbung tetapi membawa haluan masing-masing, mereka hidup tidak ubah seperti rakan serumah sahaja. Addin tetap menjaga semua tingkah laku dan aurat nya apabila keluar dari bilik, risau di lihat oleh Benz. Addin juga berkongsi membayar sewa rumah, bil air, bil api dan tidak berkongsi bilik yang sama.

Dendam Addin pada Benz makin bertambah dengan perkahwinan ini. Bagaimana untuk Addin menerima seorang musuh sebagai seorang suami. Addin membenci Benz kerana kelancangan mulut lelaki itu yang selalu merendah-rendahkan maruahnya suatu masa dahulu, tapi Benz mendakwa itu utk kebaikan dirinya supaya tidak dikacau oleh lelaki-lelaki lain. Berbagai cara yang Addin lakukan untuk menjauhi Benz dan menyakitkan hati Benz tetapi kesemuanya menjadikan mereka lebih rapat dan semakin mesra. Tanpa sedar perkahwinan yang tidak pernah dirancang itu menjadikan mereka insan yang matang dan bersedia untuk menerima segala yang baru dalam kehidupan mereka.

Semestinya gaya penulisan Hlovate santai dan bersahaja, tetap sama dengan novel-novelnya yang pernah say abaca sebelum ini. Jalan cerita yang sangat banyak pengajaran yang berguna untuk semua. Cukup menghiburkan dengan watak Addin dan Benz yang sama-sama mempunyai tahap kekerasan kepala yang sama. Sama-sama mempunyai ego yang tinggi. Mereka berdua sangat susah untuk meluahkan perasaan suka pada pasangan masing-masing.


sumber: nOOr hEkmAt

NH: Cabaran 50 Buku : (10) 5 Tahun 5 Bulan


5 Tahun 5 Bulan
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Cetakan 2006


Setelah saya berjaya menghabiskan novel 5tahun 5bulan

5 Tahun 5 Bulan mengisahkan kehidupan seorang pelajar perubatan di luar negara yang terlalu merendah diri, Johanna namanya. Mempunyai dua karektor, Jo dan Ana. Jo yang mempunyai perwatakan lebih kasar, tidak suka bercinta, manakala perwatakan Ana lebih lembut dan bersopan santun, dan bersifat lebih kepada seorang yang pandai menguruskan rumahtangga. Ana yang menjadi orang gaji sementara menunggu keputusan panggilan ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran telah mengambil hati seluruh isi keluarga Encik Lutfy. Walau dalam keadaan tertekan dan terlalu banyak cabaran yang terpaksa di lalui semasa berada di rumah Encik Lutfy dengan pelbagai karenah anak-anak Encik Lutfy, Ana masih tetap tenang dan mampu tersenyum lebar. Orang yang selalu memberi pelbagai tekanan semasa Ana bekerja sebagai orang gaji, adalah anak sulung Encik Lutfy yang dikenali sebagai Along.

Selama tiga bulan Ana bekerja sebagai orang gaji Encik Lutfy, memberi kesan yang mendalam pada keempat-empat anak En Lutfy. Along terutamanya selalu sahaja memberi ujian dan dugaan pada Ana, macam-macam karenah dan perangai Along yang pelik-pelik telah Ana hadapi. Tapi bila Ana pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara, keadaan rumah Encik Lutfy menjadi sunyi sepi seperti baru sahaja di landa garuda.

Sebenarnya, Along membuat pelbagai kerenah terhadap Ana kerana ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran dan ingin memahami hati dan perasaan Ana. Sememangnya Along menyimpan hasrat untuk memiliki sekeping hati milik Johanna. Kisah percintaan yang seperti tarik tali antara Along dan Ana, masing2 dengan prasangka dan ego tersendiri. Perangai Along yang suka menyakat Ana membuatkan Ana rasa lemas dan rimas. Ketiadaan Ana di rumah Encik Lutfy, mengakar erti rindu kepada anak-anak Encik Lutfy terutamanya Along kerana Along mempunyai perasaan yang masih terpendam yang belum diluahkan kepada Ana. Kehadiran Jebat sebagai kawan sekuliah Ana dalam hidup Ana memberi cabaran besar untuk Along. Apa-apa pun, setelah 5 tahun 5 bulan berada di tempat orang, ibu bapa Johanna tersenyum gembira kerana Ana membawa pulang 3 sijil ke Tanah Air, sijil Ijazah perubatan, sijil nikah dan sijil kelahiran bayinya.

Penulis menulis dengan gaya yang santai yang penuh dengan imej tersendiri. Itulah Hlovate, terlalu santai dengan bahasa yang cukup ringkas yang pastinya mencuit hati setiap pembaca. Terdapat pelbagai resepi masakan di dalam 5 tahun 5 bulan ini. Kisah kehidupan remaja yang baru untuk meningkat ke alam dewasa. Kisah tauladan yang perlu di contohi oleh mana-mana remaja yang sedang asyik di lamun cinta. Banyak contoh-contoh yang baik di sampaikan oleh penulis melalui watak Johanna.

sumber: nOOr hEkmAt

WA : Cabaran 50 Buku : (9) Akulah Cinderella

Pengarang : Nozi Danisya
Halaman : 376
Tahun : Cetakan kedua – Feb 2011
Terbitan : Kaki Novel
Harga : RM18 / RM21



Sinopsis

Akulah Cinderella ini berkisah tentang seorang anak yang kehilangan kedua orang tuanya dalam kecelakaan jalan raya. Kisah seorang kakak yang terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai ‘office boy’ di siang hari dan di restoran Mak Cik Senah di malam hari demi menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh orang tuanya.

Syah - Nur Aisyah, kakak sulung harus bertanggungjawab penuh pada adik-adiknya yang seramai empat orang itu. Di usia 17 tahun dia harus ber`lagak’ macho dengan harapan dapat menghindarkan dirinya daripada ‘mata-mata jahat’ yang ada niat tak baik padanya ketika dia harus keluar bekerja (terutamanya di malam hari). Dia harus tegar demi membela nasib adik-adiknya.

Masalah datang bertimpa-timpa. Bermula dengan masalah tempat tinggal hinggalah masalah hak penjagaan terhadap adik-adiknya yang semuanya masih kecil. Mereka diberi tempoh seminggu untuk mengosongkan rumah dan keluar daripada tanah tempat mereka berteduh. Rumah yang didirikan atas tapak tanah Pak Haji Yahya yang baik hati. Namun kematian Pak Haji Yahya menyebabkan anak menantunya menghalau mereka keluar atas alasan tanah itu akan dijual. Tambah merumitkan keadaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula bertandang dan mendakwa bahawa dia tidak layak untuk menjaga adik-adiknya kerana dia sendiri masih di bawah umur (17 tahun).

Namun segalanya mula berubah apabila Syah menyelamatkan Datin Zulaikha yang dalam kesulitan. Bagaikan sudah tersurat, takdir hidupnya mula berubah. Kehadiran Datin Zulaikha membuka jalan penyelesaian pada Syah dan adik-adiknya. Mereka dijadikan anak angkat oleh Datin Zulaikha.

Syafiq Daniel, perkenalannya dengan Syah dalam keadaan yang haru-biru. Syah yang disangkanya lelaki dipukul dan dilempang oleh Syafiq tanpa belas kasihan. Aduh! Bagaikan badi, mereka bertemu dan sering bertegang leher. Bermulalah ‘perang saudara’ antara mereka. Namun yang lebih merumitkan keadaan, Syafiq adalah anak lelaki Datin Zulaikha dan sekaligus abang angkat Syah dan adik-adiknya - Alia, Ain, Azah & Aiman.

Amankah hidup Syah apabila harus hidup dibawah satu bumbung dengan 'musuh'nya? Bagaimana kesudahan kisah Syah-Syafiq ini? Bacalah Akulah Cinderella ini dan dapatkan jawapannya!


Rasa Saya:

Membaca judulnya, saya terbayangkan kisah seorang anak malang yang didera fizikal dan mental oleh ibu dan saudara-saudara tirinya. Kisah anak malang yang kehilangan ibu kandung, kemudian dibawa oleh bapa kandung tinggal bersama isteri barunya bersama anak-anak tirinya. Malang menimpa, apabila bapa kesayangannya juga meninggal dunia. Dan hiduplah dia bersama ibu tiri dan kakak-kakak tirinya. Itu kisah dongeng Cinderella yang pernah saya tonton dan baca.

Secara peribadinya saya memang tidak dapat membuang ‘imej’ Cinderalla yang berakar umbi dalam minda saya. Jadi bila naskhah ini menggunakan Akulah Cinderella sebagai judulnya, sedikit sebanyak saya cuba memadankan setiap watak dan perwatakkan dalam Akulah Cinderella ini dengan watak-watak yang ada dalam kisah Cinderella yang saya tahu.

Jangan salahkan saya apabila saya cuba mencari di mana signifikannya judul dengan plot sesebuah cerita, kerana itulah yang saya buat ketika membaca sesebuah karya kreatif. Judul dan plot cerita seharusnya ada hubung-jalinnya. Itu pendapat sayalah. Mungkin saya salah.

Dalam naskhah ini, saya merasakan bahawa Datin Zulaikha itu adalah ‘Fairy Godmother’ yang menjadi penyelamat ‘Cinderella’ apabila dia dirundung malang dan ditimpa kesusahan dan Syafiq Daniel adalah 'Prince Charming'. Cuma yang berbeza, Syah bukan anak tiri dan dia tiada adik beradik tiri. Kisahnya juga berbeza, Syafiq Daniel bukan ‘Prince Charming’ yang menjadi pujaan ramai walaupun dibayangkan dia lelaki yang cukup kacak dan menarik kerana dalam cerita ini tiada watak antagonis yang akan merampas ‘Prince Charming’ daripada tangan ‘Cinderella’. Yang ada cuma watak Intan, yang terlalu obsess pada Zailan yang sukakan Syah. Itupun tidak cukup kuat untuk buatkan saya bencikan ‘Intan’. Ada sesuatu yang ‘kosong’, tapi saya tidak tahu di mana puncanya.

Satu lagi kelemahan saya ketika membaca sesebuah karya, saya suka meletakkan diri saya ‘dalam’ satu-satu watak agar setiap ‘roh’ dapat saya rasai jiwanya. Malangnya saya tidak berjaya meletakkan diri saya dalam ‘kasut’ Syah. Saya tidak boleh menjadi Syah.

Apa-apapun Akulah Cinderella masih mampu menarik tumpuan saya yang adakalanya tersasar, dengan tindak-tanduk Syah dan Syafiq yang menjadi tonggak utama dalam karya ini. Walaupun ada kalanya ia agak keanak-anakkan pada saya yang sudah berusia ini.

Selamat membaca.

Mar 16, 2011

Iklan : Pesta Buku Kelantan 2011

Salam semua,

Kakwan ambil kesempatan sebentar untuk menguar-uarkan tentang Pesta Buku Kelantan yang akan berlangsung pada 29 Mac ~ 4 April 2011.

Pada sesiapa yang berada di sekitar Kota Bharu dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya, silalah hadir dan memeriahkan lagi acara ini.

ditaja oleh SMO (Syarikat Muda Osman)


Ada HADIAH menarik yang menanti anda, para pengunjung Pesta Buku Kelantan 2011. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini...

NH: Cabaran 50 Buku : (9) Biarlah YM Berbicara

Biarlah YM Berbicara
Penulis: Hanni Ramsul
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan Pertama 2009

Biarlah Ym Berbicara (BYB) mengisahkan kisah Cinta Diya atau nama sebenarnya Nurul Adiya Fatiha bersama 3 hero iaitu encik Firdaus selaku majikannya, Abang Kamal iaitu abang sepupunya dan Charming, teman sembangnya di YM. Jalan cerita yang agak santai dan menarik. Gaya bahasa dan olahan yang membuatkan saya cukup tertarik.

Diya mempunyai perwatakan yang sangat ringkas, sedikit kelam kabut, lasak dan suka termenung. Kebanyakan masa di pejabat, di habiskan dengan termenung dan bersembang di YM bersama Charmingnya. Mempunyai kawan baik yang bernama Sherry. Walaupun dengan tabiat yang suka termenung itu, membuatkan majikannya sendiri tertarik dengan Diya sekaligus menyimpan perasaan cinta kepada Diya. Encik Firdaus memang bersungguh-sungguh untuk memikat hati Diya sehingga terpaksa menyamar sebagai Charming dan mendekati Diya melalui Ym. Misteri kebencian yang teramat sangat Diya kepada abang Kamal terjawab apabila kisah pahit di masa lalu Diya di ungkap satu persatu. Nasib menyebelahi Diya kerana dapat mempertahankan kesucian yang hampir-hampir di ragut oleh abang Kamal.

Banyak peristiwa lucu sepanjang ranjau percintaan Firdaus dan Diya. Cuma yang membuatkan saya cukup geram sangat dengan perangai keras hati dan degil Diya ini. Diya suka membuat keputusan terburu-buru. Walau bagaimanapun, sikap dan perangai Diya menggelikan hati terutama semasa dia memanjat pokok. Juga watak ATUK. Atuk adalah kucing kesayangan Diya. Sesuatu yang baik melalui watak Diya ialah, dia seorang yang cukup berhati-hati . Diya juga seorang yang amat tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak akan mempermainkan hati lelaki-lelaki yang meminatinya. Jika dia tidak menyukai, dia akan terus menolak dengan baik.

Persahabatan antara Diya dan Sherry sangat baik. Tulus ikhlas tali persahabatan yang tidak dicemari rasa cemburu, iri dan khianat. Begitu juga kasih seorang abang sepupu seperti Kamal, biarpun tercemar dengan gelojohnya semasa remaja namun sikapnya yang profesional terhadap Diya amat mengharukan. Betapa sayangnya Kamal kepada adik sepupunya ini sehingga sanggup mengundur diri demi kebahagiaan Diya.

Kecanggihan dan kemajuan ICT menjadikan YM sebagai era baru untuk bercinta, jika sudah jodoh tidak akan ke mana mana.

Hanni Ramsul muncul dengan cerita cinta yang santai, sesuai untuk pembaca yang mahu menghilang tekanan kerja seperti saya.

sumber: nOOr hEkmAt

Mar 15, 2011

R: Cabaran 50 Buku: (22) Advencer Si Peniup Ney


Advencer Si Peniup Ney
Penulis : Faisal Tehrani
Utusan Publications & distributors Sdn Bhd
Cetakan Pertama 2005
Cetakan Kedua 2006
RM19.00
9789676117625
236 muka surat


Pemenang Hadiah Sastera 2004 Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja


Kisah pengembaraan seorang anak muda bernama Sulaiman bersama sekumpulan 40 Jin Islam ke Negara Fantasia. Jin-jin Islam bimbang kerana remaja mereka semakin rosak di Negara Fantasia yang terletak di atas awan. Hiburan menjadi pujaan mereka, nama Tuhan sudah lama dilupakan. Atas nama musik dan souti samad, Sulaiman berjaya bertapak di Fantasia sebagai salah seorang peserta bersama 40 jin pengiringnya. Ada yang meminatinya kerana wajahnya, ada yang meminatinya kerana suaranya dan ada yang meminatinya kerana landasan musik yang dibawanya adalah kerana Allah.


Banyak perkara tentang musik yang dikongsi dalam karya ini membuatkan kita mengkagumi nikmat Allah. Ada jin yang dihantar sbg pengintip utk mengintip aktiviti kelas muzik Sulaiman yg mengundang rasa kurang senang Raja Jin Bertindik Satu, pemerintah Negara Fantasia.


Konsert pertama yang disertai Sulaiman telah melonjakkan namanya. Puteri kepada Raja Jin Bertindik Satu sangat terpikat dgn ketampanan Sulaiman lalu meminta Ayahandanya memastikan Sulaiman menjadi guru kelas muziknya. Mula-mula tu nampak macam nak belajar tapi lama-lama, dia semakin berani menggoda Sulaiman sehingga cuba meragut kesucian Sulaiman. Eh terbalik? apala nak jadi anak jin nih. Puteri Simone menfitnah mengatakan Sulaiman yang cuba meragut kesuciannya lalu Sulaiman dipenjarakan.


Dalam penjara, dakwahnya tidak terhenti. walaupun masih muda remaja, dia tidak pernah berhenti menyebarkan keagungan agama Islam. Salah sorang lelaki di situ bermimpi dan setelah keluar dari penjara, mimpi yang ditafisrkan Sulaiman adalah benar belaka. Lalu apabila Raja Jin bermimpi, lelaki itu mencadangkan agar baginda mendapatkan tafsir mimpi baginda dari Sulaiman. Takwil mimpi Raja Jin yang diberikan Sulaiman adalah sangat tepat apabila negara fantasi dilanggar pesawat boeing. Kalau tak MAS mesti AirAsia kan? haha. Kesedaran melanda negara Fantasia yang kemudiannya dikenali sbg al-Hidayah.


Kembara seterusnya membawa Sulaiman ke tengah samudera bertemu jin laut pulak, Andak dan Mahajara Tenggiri yang belum pernah mendengar tentang Islam. Dengan nama Allah, Sulaiman berjaya menyembuhkan Maharaja Tenggiri dan dia bersama rakan2 jin pengiringnya dibenarkan menyebarkan Islam di situ. Terharu rasa macam nak nangis bila Maharaja Tenggiri dapat meneka siapa Sulaiman lalu mencium tangannya sbg tanda jin menghormati manusia.

sumber: AlongSide


blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
melangsungkan kesinambungan iltizam memasyarakatkan sastera dan memartabatkan kedudukannya di peta tamadun bangsa. Menerusi hadiah ini, Kumpulan Utusan memberi rangsangan u tuk menyuburkan pertumbuhan pengarang generasi baru dan memupuk istiqamah pengarang mapan dalam menghasilkan karya yang segar, maju, berseni dan tinggi mutunya.


Advencer Si Peniup Ney

Hedonis. Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk seronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan; emm, cita rasa, cita rasa!


40 remaja berwajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta: Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janjij abadi: Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.


Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.