Jul 15, 2011

Keputusan Cabaran 50 Buku : Jun 2011

Salam semua,

Alhamdulillah Cabaran 50 Buku; Jom Lomba Baca! kita sudah memasuki bulan ke-7. Ini bermakna kita sudah ada 10 lagi ulasan yang terpilih untuk bulan ke-6. Dan kita juga masih ada 5 bulan berbaki untuk membaca dan menyediakan ulasan bagi mencukupkan 50 buah buku sempena cabaran kita ini. Ingat!! harus cukupkan 50 buah buku berserta ulasan bagi melayakkan kalian merebut hadiah utama yang ditawarkan oleh pihak penaja iaitu JEMARI SENI SDN BHD.

Untuk mencari 10 ulasan terpilih, komen pertama yang kakwan dapat daripada panel penilai adalah; 'mereka lebih kepada memberi sinopsis cerita berbanding dengan membuat ulasan'. Dan kakwan, tak boleh nak kata apa-apa...

Walau bagaimanapun, untuk bulan Jun ini, inilah senarai 10 ulasan yang telah dipilih oleh panel. (Nama tidak mengikut urutan)

1- Aimie - L.U.V.E.
2- Ain - Warna
3- Amal - Indahnya Hidup Tanpa Derita
4- A&N - Tinta
5- AS - Langsir Biji Remia
6- MB - Bohemian
7- NH - Jiranku Kekasihku
8- R - Baju Melayu Hijau Serindit
9- WA - Menunggu Hujan
10- XX - Quartet

Tahniah ya pada kalian yang terpilih! Pada mereka yang namanya tidak tersenarai dalam 10 ulasan yang terpilih, jangan berputus asa, masih ada lagi masa untuk kalian menyediakan ulasan yang bisa mengkagumkan panel dan seterusnya memilih ulasan kalian sebagai pemenang!

Ayuh... jom baca dan buat ulasan!

Salam sayang,
*kakWan*

9 comments:

Unknown said...

tahniah semua... hm, dah lame saya tak menghantar ulasan.. pindah rumah bawa barang2 yang penting sahaja, tiada buku untuk dibaca.. sedih... insyaAllah bulan depan akan mula menulis dan semestinya membaca buku!!

aimie_afifah said...

Tahniah pada semua pemenang
Terima kasih pada KakWan & JS...

Anita said...

Terima kasih sekali lagi kepada panel yg telah memilih ulasan saya( kalau boleh dikatakan sebagai ulasan ;) )Akan mencuba membuat ulasan yang lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih juga buat Kakwan & JS.

RinnTis said...

Terima kasih. Cabaran 50 Buku banyak membantu saya memperbaiki gaya bahasa saya apabila menulis :) terima kasih lagi sekali

airina said...

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih :))

NooR hEkmAt HasHiM said...

Terima Kasih. Terima kasih sekali lagi kepada panel yg telah memilih ulasan saya. Terima Kasih daun keladi untuk KakWan & JS.. :]

Unknown said...

thniah sume..
syu xtau pon psl nie..
klau x leh join skaki..

Bekazon said...

yea.....

zana said...

terima kasih kak wan dan JS sebab pilih review saya..insyaALLAH, akan cuba buat review lagi untuk masa hadapan... =)