Wah... dah lama rasanya wan tak menulis di sini. Terasa rumah ini makin sunyi pulak... padahal rasanya banyak jugak hal yang berlaku di sekeliling kitakan..?? salah satunya adalah seperti yang di atas tuh.
Wan tak nak tulis panjang lebar sebab wan sendiripun hanya dapat pandang sekali imbas jer hari sabtu yang lepas. Tapi kalau ada kawan-kawan yang nak tahu secara detail... boleh aje lihat di sini -> Berita Harian <- rasanya semuanya ada tercatat kat dalam tu.
Tetapi secara ringkasnya... pembaca yang ingin membuat pilihan pengarang mereka, perlu mengemukakan borang penyertaan daripada keratan akhbar Berita Harian dengan menandakan tiga buku paling digemari dan dilengkapi nama, nombor kad pengenalan serta telefon selain alamat. Borang berkenaan perlu dikirim ke alamat Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian-Popular 2008, Popular Book Co (M) Sdn Bhd, Lot 801, Level 8, Asmah Tower, Jalan Cerdas, Taman Connought, 56100 Kuala Lumpur, sebelum 17 Mei ini.
Penulis yang memenangi anugerah ini bagi Kategori Fiksyen dan Bukan Fiksyen Akan menerima hadiah wang tunai RM 1,000 dan trofi, kedua serta ketiga akan menerima wang tunai RM300 pada majlis penyampaian hadiah di KL Convention Centre, 27 Mei ini, jam 4 petang.
Sepuluh novel yang dipilih untuk Kategori Kreatif ialah Bunga-bunga Kemboja oleh Aina Emir, Biar Rindu Berlalu (Sharifah Abu Salem), Ku Seru Kasihmu (Izzul Izzati), Kasih Seharum Lavender (Eita Ashyta), Atas Nama Cinta (Bikash Nur Idris), Bayangan Rindu (Anis Ayuni), Murni Kasih (Norhayati Berahim), Senafas Rindu (Damya Hanna), Cinta... Tiada Akhirnya (Fauziah Ashari) dan Buatmu Kekasih (Aisya Sofea).
Sepuluh buku Kategori Bukan Cereka ialah Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains oleh Dr Danial Zainal Abidin, Rahsia Melabur dalam Unit Amanah (Suthara Segar), Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah (Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof), Dato’ Dr Haron Din Menjawab Persoalan Fikrah Harian (Bersama Ishak Din & Abu Hassan Din), Motivasi Alihan Pelajar (Tengku Asmadi), Ada Bagus Bagusss (Dr HM Tuah Iskandar), Jangan Main-main (Dr HM Tuah Iskandar), 13 Mei Sebelum Dan Selepas (Tunku Abdul Rahman), Rahsia Bisnes Orang Cina - ‘The Bamboo Network’ (Ann Wan Seng) dan Rahsia Minda Jutawan (Amar Mahmood).
Jadi, beramai-ramailah kita beli akhbar berita harian dan mengundi calun-calun penulis pilihan kita. Semoga industri novel/buku kita akan terus berkembang.
salam sayang,
~wan
0 comments:
Post a Comment