Salam Semua,
Novelis prolifik ALAF 21, Anis Ayuni telah terpilih memenangi Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian-Popular 2008 dalam kategori fiksyen. Novelnya BAYANGAN RINDU telah dipilih pembaca daripada 10 novel yang dipertandingkan. Novelis Aisya Sofea pula memenangi tempat kedua dengan novelnya BUATMU KEKASIH, sementara Norhayati Berahim di tempat ketiga dengan novelnya Murni Kasih.
Sebanyak 10 penulis telah disenarai pendek dalam pertandingan itu. Lain-lain penulis adalah Damya Hanna (Senafas Rindu ~ ALAF 21), Sharifah Abu Salem (Biar Rindu Berlalu ~ ALAF 21), Aina Emir (Bunga-bunga Kemboja ~ KarnaDya), Eita Ashyta (Kasih Seharum Lavender ~ Kaki Novel), Bikash Nur Idris (Atas Nama Cinta ~ Fajar Pakeer), Izzul Izzati (Kuseru Kasihmu ~ Kaki Novel) dan Fauziah Ashari (Cinta Tiada Akhirnya ~ Inten).
Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Kiat. Majlis diadakan di Pusat Konvensyen KLCC itu sempena Malaysia@BookFest anjuran Popular Book Company yang terkenal dengan rangkaian KEDAI BUKU POPULAR.
(Dipetik dari web Alaf21)
May 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment