Jun 25, 2008

Akan Datang Daripada Kaki Novel


Bersaksikan lautan yang terbentang luas, camar yang berterbangan bebas di udara kita dipertemukan atas nama sahabat. Bermula sapa-menyapa lantas berpanjangan menjadi teman bicara.

Pertemuan yang sedetik cuma rupa-rupaya membuahkan bibit-bibit kemanisan tanpa kau dan aku sedari. Dan hari-hari yang berlalu disulami tawa dan usik-mengusik adalah tunas sayang yang mula bercambah di hati kita.

Kala kau dan aku mengikat janji untuk bersua, halangan mengintai lalu merungkai janji… memusnahkan kepercayaan kau padaku. Lantas tanpa pamitan kau pergi… pergi dan meninggalkan nanar di hati ini.

Dari lewat bicara antara kita... aku cuba jejakimu. Aku tidak mahu kecundang untuk kali kedua, kerana kecundang itu amat menyakitkan.

*******

Maklumat lanjut sila layari web
Kaki Novel.

Pesta Buku Alaf 21

Pemberitahuan

Salam semua...

Harap maklum, bahawasanya pendaftaran untuk menyertai majlis Sarapan Pagi Minggu Sambil Bicara Buku yang dijadualkan akan berlangsung di Restoran Ayamas KL Sentral telahpun PENUH.


Ribuan terima kasih diucapkan atas sambutan dan sokongan anda.

Jun 23, 2008

Bicara Buku Jemari Seni

Assalamualaikum,

Saudara/ Saudari adalah dijemput ke:

Sarapan Pagi Minggu Sambil Bicara Buku
Bersama Jemari Seni Publishing


Pada:
Ahad bersamaan 13 Julai 2008

Tempat:
Restoran A&W (sebelah Stesen LRT Taman Jaya)

Masa:
9.15-11.00 pagi


Buku Pilihan Kali Ini:

Bila Nysrah Kata Tak Mahu
Karya Aidil Khalid
Pembicara: Puan Ina Marjana Ulfah - Pensyarah Undang-Undang/Pengarang

Lili Buat Najah
Karya Nazurah Aishah
Pembicara: Shaidah Shafie - Penulis

Tentang... Dhiya
Karya Syud
Pembicara: Puan Samsiah Mohd. Nor- Pengarang
(Novelis Tangisan Bulan Madu)


Tempat terhad – Sila maklumkan kehadiran saudara/saudari pada

Saudari Syuhada (kazukimahiru@gmail.com)

Selewat-lewatnya 29 Jun 2008

Wassalam, Terima Kasih


Harap maklum, bahawasanya pendaftaran untuk menyertai majlis Sarapan Pagi Minggu Sambil Bicara Buku yang dijadualkan akan berlangsung di Restoran Ayamas KL Sentral telahpun PENUH.

Novel Bulan Julai daripada JS


Kemunculan pengarang berpotensi ini pasti memeriahkan dunia sastera tanah air
~ Faisal Tehrani, Sasterawan



Apa yang Nysrah tak mahu?
Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!

Kenapa pula Nysrah tak mahu?
Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?

Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.

*****

Aidil Khalid menulis secara telus dan lantang. Penulis muda, mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2007 – anjuran Dewan Bahasa & Pustaka ini, memaparkan isu yang tidak terduga. Pelajar perundangan ini mempertaruhkan naratif yang jitu untuk membawa Bila Nysrah Kata Tak Mahu ke dunia sastera.

*****

ISBN No: 978-967-5118-05-0
Harga: RM18.00
Harga pembelian melalui pos: RM16.00 (mulai 10 Julai)* pos percuma dalam Malaysia

Petikan daripada web Jemari Seni Publishing

Jun 20, 2008

happy besday dearest wan




MY FRIEND, I HAVE SO MANY WISHES FOR YOU
– susan polis schutz


I wish for you to have
people to love
people in your life who will care about you
as much as I do

blue skies and clear days
exciting things to do
easy solutions to any problems
knowledge to make the right decisions
strength in your values
laughter and fun
goals to pursue
happiness in all that you do
I wish for you to have
beautiful experiences
each new day
as you follow
your dreams

HAPPY BIRTHDAY DEAREST WAN... may ALLAH blessed..

love
wabbit



Jun 12, 2008

Tahniah...

Salam Semua,

Pertama sekali, aku ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat kawanku yang jauh di seberang tambak sana. Khas buat anda semua, terimalah buah tangan terbaru dari Norisah A Bakar, Kasih Antara Kita. Novel terbitan Creative Enterprise ini boleh anda dapati di kedai-kedai buku mulai hari ini.

** ^ **

** ^ **

Blurb:

Perasaan cinta bukan rasa mutlak yang boleh membawa ke mahligai perkahwinan. Nur Asyikin punya hati terhadap Zulkarnain. Namun cinta mulis yang diidamkan oleh Nur Asyikin ditolak oleh jejaka itu. Tetapi selepas berjauhan dan tinggal di Australia, rasa menyesal dan cinta mula berputik dihati Zulkarnain. Timbul perasaan untuk mengait benih-benih cinta yang telah diabaikannya selama ini. Apakan daya hembusan angin yang lembut tidak menyampaikan suara hatinya itu. Cinta dan hasrat hati Zulkarnain terkubur jauh kerana jarak antara benua telah memisahkanya. Nur Asyikin pula berdepan dengan berbagai dugaan hati dan juga kehidupannya seharian. Bagaimanapun, roh cinta kemudiannya hadir dalam dirinya.

Ahmad Zakuan lelaki yang kurang dipandang ramai kerana statusnya hadir dalam hidup Nur Asyikin. Sayangnya berbagai dilema timbul menghalang penyatuan hati antara mereka berdua. Ahmad Zakuan cuba melamar, Nur Asyikin. Cuma mampukah dirinya diterima oleh gadis yang menjadi dambaannya itu?. Hanya jodoh, keadaan dan kekuatan, cinta antara mereka yang mampu menyatukan kedua-duanya di jenjang pelamin.

** ^ **

Jun 5, 2008

PENGUMUMAN PENTING

Salam Semua,

Dukacita dimaklumkan bahawa majlis pelancaran novel terbaru terbitan Kaki Novel - Bahang Selatan karya Aimy Najwa terpaksa ditunda tarikhnya ke minggu hadapan - 15 Jun 2008 - bagi menghormati kehilangan ibunda Ryzal.


Sekian harap maklum

Jun 2, 2008

Warehouse SALES !! Let's go shopping gurls..!!

Salam Semua,

For more details you can log on this link.