Jan 12, 2009

Buku Baru... & Buku Yang Tak Berapa Baru... :-)

Salam Semua,

Terasa berkurun dah tak jenguk rumah ini... sawangpun dah mula menghuni... tapi apakan daya masa seringkali tidak memihak pada wan untuk bersenang-lenang seperti dulu... namun harapannya rumah ini masih lagi jadi persinggahan kawan-kawan semua...

Oklah... mungkin kawan-kawan semua sudah sedia maklum, malah mungkin kawan-kawan sudahpun memilikinya... tapi wan nak juga berkongsi dengan kawan-kawan semua akan buku baru yang sempat wan jenguk... jadi, inilah antaranya...

* * * * * ^ * * * * * *

Alaf21 - Akan Datang


Tajuk: Mantera Hitam
Penulis: Serunai Faqir
Halaman:
Harga:

SPIRIT OF THE COIN... sebuah permainan mistik yang menggunakan duit syiling untuk menyeru roh orang yang sudah mati.

Kehadiran roh akan diketahui apabila duit syiling yang digunakan bergerak sendiri.

Pada suatu malam dalam perkhemahan di tepi sungai, Nik mengajak Hizal dan Tunku bermain spirit of the coin.

Perasaan takut dan teruja saling berbaur. Walaupun Hizal dan Tunku memperlekehkannya, namun naluri ingin tahu lebih menguasai.

Namun apabila bulu tengkuk meremang, mereka saling berpandangan. Serentak dengan itu, guruh berdentum di langit. Bau kemenyan menyantak ke hidung. Gerimis mula menerjah.

Akibatnya, mereka direnggut ke alam yang tidak pernah dialami selama ini. Perbuatan mereka itu mengundang kecelakaan, menjemput malapetaka yang tiada berkesudahan.

MANTERA HITAM... sebuah novel fiksyen fantasi yang akan membawa anda merentasi alam ghaib, sehingga berasa tidak lagi berada di alam realiti!


Telahpun Berada di Pasaran


Tajuk: Setulus Hati
Penulis: Rozita Abd Wahab
Halaman: 480
Harga: RM18.00

KUSANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang dirasai oleh Zulaikha bila mahligai cintanya bersama Zamri musnah angkara orang kedua. Meski hatinya luluh terluka, namun demi anak-anak, dia bangkit semula daripada ke kecewaan semalam untuk meneruskan hidup. Pengalaman pahit yang dilalui membuatkan Zulaikha berusaha menghindarkan diri daripada terjebak dalam percintaan.

Namun tanpa diduga, kehadiran Nik Azhan, lelaki yang pernah me nyimpan perasaan padanya dulu kembali mengocak ketenangannya. Nik Azhan berusaha untuk merebut kembali hati Zulaikha. Zulaikha sedar, lelaki itu tegar tidak mahu melepaskannya lagi buat kali kedua.

Namun, mana mungkin... kerana hatinya benar-benar telah tertutup untuk menerima cinta baru. Dia sudah penat dikecewakan! Kasih sayang dan perhatian yang diberikan Nik Azhan amat disenangi anak-anak Zulaikha yang dahagakan perhatian daripada seorang bapa. Setiap hari nama Nik Azhan meniti di bibir mereka sehingga mengusik hati Zulaikha. Perlukah dia memaksa diri menyukai lelaki itu demi kebahagiaan anak-anaknya? Di manakah cinta Nik Azhan di sudut hatinya?



Tajuk: Mulanya Satu Cinta
Penulis: Rose Harissa
Halaman: 496
Harga: RM18.00

EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih ber­gelar pe­lajar. Malangnya, ketika anak me­reka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.

Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya.

Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.
Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya ‘mama’. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie.

Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli. Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima ke­putusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?



Tajuk: MERTUAKU SAYANG
Penulis: Lily Haslina Nasir
Halaman: 320
Harga: RM 10.00


KATA orang kalau kita sudah berkahwin, keluarga pasangan adalah keluarga kita juga. Malah, kalau kita berjaya membeli jiwa mertua, kita juga mampu menakluki sepenuhnya cinta suami, maklumlah ibu suami sudah menjadi ibu kita. Memang begitulah sepatutnya. Namun, ada kalanya tidak semua yang diimpikan manis belaka.

Pernah dengar perumpamaan, pukul anak sindir menantu, biar banyak rumah, jangan banyak serumah atau isteri boleh diganti, ibu tiada galang ganti? Hakikatnya, pelbagai kisah sama ada lucu, pilu, penuh tawa atau hiba boleh terjadi apabila kita berhadapan dengan ibu mertua.

MERTUAKU SAYANG memuatkan catatan dan rakaman pengalaman, pemerhatian, pengamatan dan kisah-kisah rumah tangga yang sering berlaku di sekeliling kita. Ambillah yang baik sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan.


Kaki Novel


























Ralat:
Blurb untuk 2 novel KN ini tak sempat nak tulis! harap kawan-kawan semua tak susah untuk dapatkan dari kedai-kedai buku yang berdekatan tempat anda ya!!

4 comments:

Anonymous said...

salam Wan..
Buku dari penulisan Rozita abdul wahad ..itu yang terbaru eh?..baca inti aje sungguh syiok lah... Jb dah ada ke belum?

wanAmalyn said...

salam kak ella :-)

IYA itu novel terbaru Rozita Abd. Wahab. Klu kat JB tu... tak pasti la pulak. Tapi klu kat KL dah ada kat kedai2 buku utama.

Anonymous said...

Alahai...kena tunggulah untuk membaca nya...:-D

adhan said...

buku rozita yang baru not bad...buku nass alina tu kuar bila? dah lama tak baca buku dia...