Tajuk : Journal Seorang Pelaut
Pengarang : Hasrul Syah b. Hassan
Penerbit : ar-risalah product sdn. Bhd.
ISBN :983-2672-19-8
Mukasurat : 442 Halaman
Harga: Rm 15.00
kisah seorang pelaut bernama zamri yang telah bertugas di atas kapal sebagai jurutera hampir 9 bulan.setelah tempoh itu dia dibenarkan pulang bercuti dan semasa dia sedang berkemas untuk pulang bercuti dia terjumpa diari seorang pelaut yang juga bekerja sebagai jurutera di atas kapal tersebut tetapi menghilangkan diri.
'walaupun membaca diari orang lain adalah melanggar hak keperibadian seseorang, namun Zamri tetap membacanya kerana keinginannya untuk mengetahui cerita sebenar membuak-buak'
sambil mengemas pakaiannya zamri mula membaca diari tersebut. di dalam diari tersebut tidak disebut empunya nama. malah tuan diari tersebut hanya membahasakan dirinya sebagai aku. malah segala maklumat peribadinya juga tiada dalam diari tersebut. untuk mengetahui apa yang terjadi pada jurutera tersebut zamri terus membaca diari tersebut hingga ke muka surat terakhir diari tersebut.
namun diakhir pembacaannya, 'pesanan aku kepada sesiapa yang membaca diari aku, tolong jangan buangkan diari ini ke laut. kalau boleh tuliskanlah kisah hidup aku ini buat tatapan orang lain. ini adalah bagi tatapan mereka yang sentiasa memandang rendah dan salah faham terhadap diri seorang pelaut.'
setelah selesai membaca diari tersebut, kapal zamri juga telah sampai ke pelabuhan. cutinya telah bermula dan dia mengalami konflik dengan teman wanitanya yang kononnya tidak suka ditinggalkan lama-lama.
tajuk novel ini adalah sangat biasa tetapi menarik. kerana kita jarang didedahkan dengan kehidupan seorang pelaut. malah melihat kepada penerbitan buku ini tidaklah dikenali ramai. jalan ceritanya biasa sahaja tapi buat saya tertarik untuk membaca sampai habis. bahasanya tidak terlalu berat dan santai sahaja. dalam buku ini juga, didedahkan tentang bagaimana kerjaya seorang pelaut dan juga cabaran-cabaran yang mereka hadapi. bahagian paling seronok jadi seorang pelaut adalah mereka naik kapal dan belayar di laut yang luas. seronok sebab boleh tengok langit yang biru. boleh rasa angin. jadi seorang pelaut juga boleh banyak berjalan. yalah, sebab mereka akan berhenti di pelabuhan tertentu untuk hantar dan ambil kargo.
tapi untuk jadi seorang pelaut mestilah kental dan tabah. sebab kene berjauh dari keluarga dan orang tersayang untuk tempoh tertentu.siapa sanggup kene tinggal selalu. pelaut juga memang kene kuat sebab dalam novel ini diceritakan pelaut-pelaut akan berseronok mencari perempuan-perempuan murahan dan minum arak apabila mereka berhenti di pelabuhan untuk seketika. antara sebab inilah ada yang masih memandang serong terhadap kerjaya pelaut ini.
buku ni dah lama beli tapi baru skarang nak baca.huhu.
Sumber : Khaulah Khalid
Feb 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
nampak macam best jer nie? kalo nak order online agak2 ada yer?...
tp kenapa gambaran sebagai pelaut mesti begitu kan...masih ingat pepetah orang tua2 tentang pelaut...
'pelaut akan mempunyai isteri di setiap pelabuhan'...
betul ker?
a'ah kan...betul ke 'pelaut akan mempunyai isteri di setiap pelabuhan'..kalau betul...alamak..
kak jihan...maybe buku ni boleh merungkai tanda soal itu tue...
as salam..
maaf mencelah ckit..
bukan semua pelaut macam tu dan sy rasa golongan tu hanya ade tinggal 2% saja..
zaman sekarang dah berubah,,banyak rules dah dicipta untuk pelaut..
kenapa harus mempertikaikan alasan lapuk tu lagi..
err,,duk darat pun ley ade skandal kan kat tmpat kerja..so kenapa tak pertikaikan yang itu..sdgkan kami yang diatas kapal yang kdg2 sampai dkt 2 bln x jumpa langsung darat dan bl singgah ke port 2,3 hari then belayar balik yang harus dipertikaikan..
memang lah teramat pedih tinggalkan isteri selama 6 bulan tnpa kapal singgah ke malaysia langsung..kdg2 terlajak sampai ke 9 bln,,tp nasib baik isteri faham..kdg2 dlm telefon mengalir gak air mata bile isteri menangis luahkan rasa rindu,,tp disini rezeki sy..
Seronok sebenarnya belayar ni,,tp amat menguji ketabahan..lg2 masa dapat berita ahli keluarga kita yang pergi mengadap Illahi tp time tu kita di tgh laut,,hanya Al-Fatihah yg dpt dikirimkan..Lg 1,,Hari Raya plg sayu,,sy sdri sudah 7 thun xpernah beraya di darat..dan sy sendiri berharap sangat dapat beraya di darat bersama keluarga tahun ni..
Sbnrnya banyak nak kongsi..tp takut tuan punya blog marah lak..hehe..
Apepun tepuk dada tanya IMAN..
As salam
aimie: erk..adhan=jihan ek? mcm mana tahu hehehe
anonymous: eh..takde sapa pertikaikan pasal tu la...org tanya sbb dlm novel tu ada ayat tu kot...xde sapa nk pertikaikan alasan lapuk tu la..jangan la terasa hati pulak..adoi..
Hehe..x marah pun..
Cuma nak kongsi2 jerk..hehehe
Saya perlukan buku ini untuk menyiapkan tesis PhD saya berkenaan dengan Ujian mental seorang pelaut.. jika tak keberatan, bleh tak smskan sya dimana boleh saya dptkan buku ni.. 0199651789
Pengarang buku ni, arwah abang saya. Meninggalkan seorang balu dan 3 anak, mereka kini hidup dalam kesempitan tapi masih boleh survive.
Post a Comment