Aug 21, 2009

Siapakah Di Hatiku


Novel Baru Bulan September

Tajuk : Siapakah DI HATI KU
Penulis: Adilla Tasha
Harga : RM18.00 (Sem Msia)
RM21.00 (Sabah/Sarawak)

Kata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala cemburu itu membuat diri menjadi tak tentu hala.

Perhubungan kasih yang cuba di hulurkan Tuan Megat membuat Miera dalam dilema. Hatinya masih menunggu kehadiran Haikal iaitu cinta pertamanya. Kehilangan Haikal bertahun lamanya tanpa khabar berita membuat Miera tertanya-tanya. Apa salahnya? Dalam masa yang sama sikap Tuan Megat yang sentiasa memburu cintanya meletakkan dia di persimpangan. Seperti janji Tuhan, setiap makhluknya tidak sempurna semuanya. Begitu juga dengan Tuan Megat. Dalam keperibadian yang terjaga masih ada kecacatannya. Demi keluarga, Miera menerima Tuan Megat dengan bersyarat dan cuba memberi ruang untuk mengenali lelaki itu. Tetapi tidak semuanya indah belaka. Panas yang diharapkan gerimis gugur juga. Kehadiran teman lamanya Jay Jay yang lebih bersikap tomboy dan kemunculan Haikal mencabar keegoaan Tuan Megat.

Siapakah yang dapat mengetuk pintu hati Miera hanya beliau sahaja yang tahu. Adakah Haikal kembali merebut takhta dan Tuan Megat menjeruk rasa? Dapatkah Tuan Megat memenuhi syarat yang ditetapkan dan bagaimana pula perhubungan Miera dengan teman karibnya. Perlukah Miera berkorban lagi untuk senyuman orang lain dan gerimis masih meniti bibir hatinya.



Novel Baru Bulan September

Tajuk : Qantan Biru Langit
Penulis: Muliati Abdul
Harga : RM16.00 (Sem Msia)
RM19.00 (Sabah/Sarawak)


Qantan Biru Langit hanyalah seorang gadis biasa namun dia berjaya mencuri pandang tiga orang lelaki yang berada di sekelilingnya iaitu Razif Khusaini, Khalid Zhafran dan Rafael Vivarte.Sekental mana jiwa Qantan mengharungi kehidupannya, hatinya masih percaya bahawa suatu hari nanti dia akan ketemu dengan lelaki terbaik Malaysia yang bakal menjadi raja dalam hidupnya.Siapakah lelaki tersebut? Adakah pilot cabuk yang pernah ditunangkan dengannya sewaktu kecil bakal menemani hidupnya yang sunyi, atau juga Khalid Zhafran, pemain tenis terbaik dunia yang juga sahabat karibnya atau mungkin juga Rafael yang seakan-akan mencuri pandang dari jauh untuk bertamu di laman hati Qantan. Dapatkannya di pasaran mulai September ini untuk mengetahui siapakah lelaki terbaik Malaysia yang menjadi pilihan hati Qantan Biru Langit




Salam Ramadhan 1430H

Salam buat semua sahabat-sahabat UlatBuku...

Aug 19, 2009

PENJAGAAN SEWAKTU KEHAMILAN & SELEPAS BERSALIN


Terbaru dari Kaki Buku

Tajuk : Penjagaan Sewaktu Kehamilan dan Selepas Bersalin - Dr. Rushmini Maris

Terbitan : Kaki Buku Enterprise

Harga : RM26.00 (Semenanjung) RM29.00 (Sabah/Sarawak)


Buku ini amat sesuai untuk kaum ibu yang ingin mendapatkan pelbagai info yang berguna khususnya dalam penjagaan sewaktu bersalin dan selepas melahirkan. Buku ini juga amat sesuai bagi ibu-ibu baru dan harus dimiliki segera untuk mendalami secara telus mengenai kesihatan wanita sewaktu mengandung dan juga penjagaan kehamilan yang sewajarnya dititikberatkan.

Jadi apa yang perlu ditunggu lagi... belilah ia untuk makcik, kakak, adik atau sesiapa sahaja yang bergelar wanita...

Semoga info yang diberikan di dalam buku ini boleh dijadikan panduan dan seterusnya membantu ramai ibu-ibu untuk memahami dengan lebih jelas segala yang berkaitan dengan penjagaan dan kesihatan sebelum dan selepas bersalin.