Jan 1, 2012

01-01-2012

Salam semua,

Selamat tahun baru 2012.

Ya, tirai 2011 berlabuh sudah. Bermakna Cabaran 50 Buah Buku Setahun dengan rasminya telah berakhir. Tahniah dan syabas kakwan ucapkan pada adinda-adinda semua yang telah berjaya mencapai misi membaca 50 buah buku untuk tahun 2011. Bahkan ada di antara geng-geng kita telah melebihi jumlah yang ditetapkan. Kakwan salute pada adinda-adinda semua.

Pada mereka yang tidak berjaya, jangan susah hati, boleh usahakan lagi di tahun ini. Atau kalian boleh jadikan ia azam untuk tahun baru 2012 pula. Mana tahu misi akan tercapai?

Di kesempatan ini kakwan menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap kakwan sepanjang setahun kakwan mengendalikan acara Lomba Baca ini. Ya, pastinya ada. Kakwan berjanji, tapi tak tepati (untuk umumkan dan hantar buku di minggu pertama setiap bulan). Adakalanya kakwan lambat paparkan ulasan kalian di blog ulatbuku. Maafkan kakwan. Sesungguhnya ada kalanya masa seakan tidak ingin bersahabat dengan kakwan. Sering membuatkan kakwan lelah sendirian. Terutamanya di penghujung tahun. Kerja datang bagaikan tsunami, hingga langsung membuatkan kakwan lemas tanpa oksigen.

Syukur Alhamdulillah. Walaupun lambat, kakwan berjaya tunaikan janji. Kakwan amat bersyukur sangat-sangat kerana adinda-adinda geng Lomba Baca bersama kakwan ini sangat sporting! Sebenarnya semangat membaca adinda-adinda geng Lomba Baca inilah yang telah memacu semangat kakwan untuk terus bertahan dan bergabung tenaga dan semangat untuk memastikan misi membaca 50 buah buku sepanjang tahun 2011 terlaksana dengan jayanya.

TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. Bahkan seribu kali kakwan ucapkan pun tidak akan mampu menggambarkan betapa kakwan sangat menghargai jasa dan sokongan adinda-adinda semua. Tanpa sokongan dan dorongan adinda semua pastinya acara Cabaran 50 Buah Buku : Jom Lomba Baca! ini tidak akan semeriah ini. TERIMA KASIH untuk kesekian kalinya.

Juga ucapan penghargaan yang tidak terhingga buat penaja utama JEMARI SENI yang berbaik hati menaja hadiah-hadiah untuk kita menangi setiap bulan juga hadiah utama yang bakal antara kita akan menangi nanti. Sesungguhnya tanpa sokongan dan penajaan daripada pihak Jemari Seni, pastinya acara kita ini tidak akan berseri. Ya tak?

Terima Kasih Jemari Seni!

Terima kasih yang tidak terhingga juga kakwan ingin ucapkan pada 'panel penilai' yang bersusah payah membantu kakwan memilih 10 ulasan setiap bulan. Sesungguhnya kerja keras mereka jugalah yang merealisasikan cabaran ini. TERIMA KASIH berjuta-juta lemon untuk 'kamu dan kamu' yang kakwan sayangi!

Akhir kata, bersempena dengan kedatangan tahun baru 2012 ini, sama-samalah kita tanamkan azam semoga kita istiqomah membaca walau apapun bahan bacaan kita, walau apa sahaja genre pilihan kita, asalkan ianya bermanfaat untuk kita dan agama kita.


Nota 1: Mungkin masa yang lebih diperlukan untuk kakwan umumkan siapakah mereka yang bakal menjadi pemenang utama, harap kalian semua akan bersabar ya.

Nota 2: Apakah acara yang boleh kita buat untuk tahun 2012 ini ya? Cadangan pleaseeee :-)




Salam sayang,

4 comments:

aimie_afifah said...

Ribuan terima kasih juga buat KakWan yang tidak pernah lelah (walaupun dah tak cukup oksigen nak bernafas) yang berkorban banyak untuk geng semua....

Sayang KakWan & semua..
Kita kan geng!...

airina said...

Tahniah pada Kak Wang & mereka yang terlibat dalam menjayakan C50B ni. Pihak JS juga yang menyediakan hadiah. Memang gempak habis ;))

Tahniah pada Geng Lomba Baca yang lain sebab sama-sama memeriahkan aktiviti ini.

Rasanya boleh teruskan aktiviti ni pada tahun ni. Biar semangat membaca itu terus membara :D

RinnTis said...

Kak Wan thanks sudi jemput saya join aktiviti ni. Walaupun tak cukup 100 buku seperti tahun2 sebelum ni, saya seronok berkongsi review di sini dan berkenalan dengan rakan2 baru :)
terima kasih jemari seni atas hadiah-hadiah buku. memang memberi suntikan semangat untuk terus membaca walaupun kadang-kadang terasa letih :)

adhan said...

salam..
kak wan, sy pun minta ampun sebab ari tu sy pun janji nak tolong kakwan tapi rupanya saya hanya mampu berjanji dan sesekali saja dapat menunaikan lantara kesibukan kerja wajib yang kadangkala buat saya tak boleh nak tolong kakwan..*bukan setakat tak tolong, review buku yg sendiri baca pun tak sempat*..

tahniah buat rinn sebab banyak giler baca...saya hanya sempat baca 70 buah novel je...

terima kasih juga buat jemari seni sebagai penaja utama..

tahniah kepada semua geng lomba baca yang dapat hadiah dan capai target...