Apr 16, 2008

Terima kasih atas sokongan

Salam penuh kasih sayang buat semua UB....

Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Ilahi.

Di kesempatan ini Jid ingin merakamkan jutaan terima terima kasih kepada semua geng UB atas sokongan yang diberikan kepada Diskusi Tetralogi Laskar Pelangi pada Pesta Buku Antarabangsa Malaysia baru-baru ini. Semoga ia benar-benar bermanfaat buat kita semua.

Maklum balas dan komen dari semua peserta amat diharapkan.

Bersama ini Jid uploadkan sedikit sedutan daripada diskusi tersebut untuk tatapan bersama....



P/S: Amboiiii..peserta di barisan kedua itu sungguh khusyuk nampaknya ya...(",)

Apr 10, 2008

Buku Baru di BF 2008 - PWTC KL

Jemari Seni Publishing ~ Booth 3029











Kaki Novel ~ Booth 3109













PTS ~ Dewan Tun Razak 2 (Lot 2071-2075 & 2080-2084)













Karnadya ~ Booth 3064 & 3065













Alaf 21 ~ Gerai Alaf













NB Kara









Syarikat Fajar







Apr 9, 2008

R A L A T

Sila ambil perhatian... EITA ASHYTA akan berada di booth Kaki Novel bermula jam 3.00 petang pada sabtu 12 April 2008
BUKAN pada jam 12 - 2 petang pada hari yang sama seperti yang diwar-warkan sebelum ini

Apr 1, 2008

Jemputan ke Diskusi Tetralogi Laskar Pelangi



Salam bahagia buat semua warga UB yang dikasihi....

Dengan rasa berbesar hati Jid ingin menjemput semua warga UB untuk sama-sama menghadiri Diskusi Tetralogi Laskar Pelangi pada Pesta Buku Antarabangsa Malaysia 2008 nanti. Oleh kerana tempat adalah terhad, pendaftaran secara online dibuka mulai sekarang. Semua warga UB atau sesiapa yang berminat boleh mendaftar dengan menghantar maklumat berikut kepada majidah@pts.com.my sebelum 10 April 2008 (Khamis).

- Nama penuh
- No kad pengenalan
- No. telefon
- Alamat E-mel

Seperti yang dimaklumkan, 30 peserta terawal akan mendapat salah sebuah buku Andrea Hirata secara percuma dan goodie bag yang menarik.

Semoga pertemuan bersama Andrea Hirata kali ini melakarkan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan buat semua warga UB. (",)

Terima kasih.

Promo... Dari Novel ke Skrin TV

Mungkin anda pernah membaca novel TANGISAN BULAN MADU hasil karya Shamsiah Md Noor. Berita baik buat anda, kerana cerita ini telah di'drama'kan dan akan menemui anda bermula pada Khamis ini 3 April, jam 9.00 malam di TV2. (telah ditunda waktu siarannya bermula 20 Mei setiap hari Selasa & Rabu jam 9.00 malam). Bersama-samalah kita nantikan kemunculannya di kaca TV rumah anda. Selamat Menonton..!!



Serba Ringkas Tentang Penulis

Sejak muncul dengan novel Sindora pada 1990, Samsiah tidak pernah lagi menoleh ke belakang. Bebunga Lalang, Kemboja Berguguran dan Tangisan Bulan Madu menyusul pada tahun berikutnya. Ledakan Tangisan Bulan Madu kemudiannya membuka lebih banyak ruang untuknya terus melangkah ke hadapan.

Perjuangan wanita kelahiran negeri Pahang ini berterusan dengan belasan novel yang kebanyakannya mendapat sambutan pembaca. Antaranya seperti Anom Suraya, Selimut Malam, Anggerik Kota, Sangkar, Maya Pusara, Sebening Langit Senja, Cinta Jati Klasik dan Sejernih Lazuardi. Karya terbaru, Bulan Berbisik terbitan Alaf 21 Sdn Bhd pada akhir tahun lalu, kini berada di tempat kedua dalam senarai novel terlaris.

Biarpun lebih dikenali dalam genre sastera pop, Samsiah turut mendapat tempat dalam genre sastera serius. Beliau berjaya memenangi anugerah sastera tempatan yang berprestij iaitu Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) melalui cerpen bertajuk ‘Kembali Ke Perut’ dan ‘Jangan Menangis Perempuan’. Selain itu pernah mendapat Anugerah Karyawan Sastera oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang pada 2004. Pada tahun 2003, Samsiah diberi penghargaan untuk menyumbangkan puisi khas untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dalam antologi “Peterana Kasih” anjuran Lembaga Muzium Negeri Pahang. Sehingga hari ini, puisi dan cerpennya tersiar dalam majalah Dewan Sastera, satu-satunya majalah yang menjadi rujukan utama dunia sastera tempatan. Beliau turut membentangkan kertas kerja di seminar, bengkel termasuk menjadi juri pertandingan penulisan.

Samsiah kini melangkah setapak lagi dengan menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah dalam bidang sastera. Sesuai dengan pengalamannya dalam genre novel pop, kajiannya tertumpu kepada aspek dakwah dalam novel popular tempatan. Kajian doktor persuratan itu ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sumber dipetik dari ->sini<-