Jan 6, 2010

Januari 2010 : Buku Prima


Judul: Aku Kan Novelis
Penulis: Nurul Syahida
Harga: RM 17.90
Halaman: 464
ISBN: 978-967-5489-06-8
Bakal Terbit: 15 Jan 2010

****************************************************************************
Sinopsis:

Buat Iza, cintanya pada Hisham hanya akan menjadi indah jika si pemuda melafazkan kata-kata itu terdahulu kepadanya. Seorang perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi apakah Hisham juga menyimpan perasaan yang sama?

Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yang dimahukan dalam seorang wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yang sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan wanita Tionghoa itu darinya.

Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat-sahabatnya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sebagai seorang novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dalam bentuk seorang pemuda dengan rambut yang lebih merah dari api.

*^*
Nota kaki: Daripada penulis Soalnya Hati & Plain Jane.

Jan 5, 2010

Buku Remaja terbitan Januari 10 daripada karnaDya



Sinopsis:

Perkhemahan Dol, Suppa dan Ku Chai pada suatu malam yang disertai hujan lebat telah diganggu oleh makhluk hutan yang tidak diketahui asal usulnya. Keesokan harinya, Kampung Parit Sangap gempar dengan kisah seekor anjing serigala yang terlepas dari jagaan pusat kurungan.

Tidak lama kemudian, segala-galanya menjadi reda apabila anjing serigala tersebut telah berjaya ditangkap semula dan dikurung dengan ketat. Penduduk kampung kembali lega dan aktiviti mereka diteruskan seperti biasa. Namun ketenangan mereka tidak bertahan lama. Ada misteri lain pula yang muncul!

Beberapa siri gangguan yang sungguh menakutkan menyebabkan Pak Dolloh jadi pening kepala. Saban hari, warung Marpunah dikemaskini dengan kisah-kisah seram yang dialami oleh setiap penduduk. Ada kisah binatang yang mencakar, kisah kucing jadian, kisah makhluk hutan yang terbang serta macam-macam lagi kisahnya. Dan, kebanyakan misterinya berlaku tatkala matahari terbenam.

Jadi, apakah sebenarnya yang mengganggu para penduduk Kampung Parit Sangap?

Adakah kesemua kejadian-kejadian misteri itu berkaitan antara satu sama lain?

Dapatkan Dol dan kawan-kawannya menyelesaikan tiap-tiap satu dari misteri yang melanda kampung mereka?


****

Nota Kaki: Bakal menemui pembaca mulai pertengahan Januari 2010

Buku Bulan Januari 2010 Daripada Jemari Seni

Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada:
NASRON SIRA RAHIM...

Engkau tidak dapat melihat aku,
tapi aku sentiasa wujud;
Engkau boleh bersembunyi di mana saja,
tapi aku akan tetap menjumpaimu;
Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,
tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;

Siapakah aku?


Apa tip yang ada?

“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle
dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…”


TAWARAN
Buah fikiran anda diperlukan!

Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Nama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya.

*****


ISBN: 978-967-5118-29-6
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 11 Jan. 2010)


*^^^*^^^*^^^*^^^*^^^*^^^*^^^*^^^*^^^*

AKAN DATANG...!!!


tidak pernah malam itu berpanjangan dan tidak juga siang itu hadir tanpa penghujung

******


Nota kaki: terbaharu daripada Iman Xara setelah Tanya Pada Hati

Dec 17, 2009

Hebahan...

Salam.

Atas permintaan ramai AVA akan menganjurkan bengkel penulisan puisi. Perserta hanya dihadkan 15 orang sahaja. Jika perserta yang mendaftar kurang dari 10 orang, bengkel tidak akan dijalankan. Sila hantar nama, nama pena, no selfon dan sebuah sajak (yang diletakkan tajuk dan nama perserta) untuk dibengkelkan ke ejenmanuskrip@yahoo.com. Nama perserta dan sajak akan disiarkan di blog kelak.

Pembimbing : (Belum ditetapkan - kemungkinan Prof. Rahman Shaari / klik juga di sini) [Tertakluk pada perubahan]

Tarikh : 7 Febuari (Ahad)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (ICY)
Masa : 9 pagi - 4 petang
Yuran bengkel : RM 100.00


p/s : Sebelum pertanyaan Setiakasih, sudah ada beberapa pertanyaan dari rakan-rakan AVA di FB.

sila klik : http://ejenmanuskrip.blogspot.com/2009/12/bengkel-penulisan-puisi-atas-permintaan.html


KHAR
013-6963826 (9 pagi - 5 petang sahaja)
AGENSI VILLA AKSARA (AVA)
http://ejenmanuskrip.blogspot.com

Dec 14, 2009

Buku Bulan Disember dari Kaki Novel


KPB menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian. Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangkakan sebagai cinta monyet sahaja. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran. Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul semula untuk menuntut janji, sekali gus merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris. Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin. Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran. Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi. Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya… Zarul hanyut dalam delusi…Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu?