Salam semua,
1)Kategori dipertandingkan
- Panggung Drama (30 minit)
- Drama Khas (30 minit)
- Drama Bersiri (12 episod)
- Sketsa (5 minit)
2) Syarat-syarat pertandingan
- Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang menuntut di IPTA/IPTS sahaja.
- Peserta dibenarkan menyertai kesemua kategori atau mana-mana yang difikirkan sesuai.
- Kakitangan RTM sama ada pegawai tetap atau sementara tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
- Skrip mestilah asli dan belum pernah digunakan untuk apa-apa tujuan sebelum ini.
- Skrip yang dihantar akan menjadi hak milik RTM secara mutlak dan RTM berhak menggunakanya untuk tujuan penerbitan drama RTM.
-Pihak Penganjur atau wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika dalam proses penghantaran penyertaan.
- Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum/pada 28 Februari 2010.
- Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan Nama Peserta, Nama IPTA/IPTS, Nombor Telefon dan Nombor Pelajar. Pihak Penganjur adalah berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak lengkap.
- Keputusan pengadil adalah muktamad.
- Hantarkan Penyertaan anda ke alamat berikut:
Pertandingan Menulis Skrip Drama Radio
Unit Drama Radio
Tingkat 1 Utara, Wisma Radio
Angkasapuri
50740 Kuala Lumpur atau emelkan ke dramaradio_rtm@yahoo.com
- Hubungi 03-2288 7591 / 03-2288 7292 juga layari www.kpkk.gov.my untuk melihat contoh penulisan skrip dan keterangan lanjut.
3) Hadiah Untuk Pemenang
- Kategori Panggung Drama
Pertama : RM 2,000.00
Kedua : RM 1,500.00
Ketiga : RM 1,000.00
3 hadiah sagu hati bernilai RM 500.00 seorang
- Kategori Drama Khas
Pertama : RM 2,000.00
Kedua : RM 1,500.00
Ketiga : RM 1,000.00
3 hadiah sagu hati bernilai RM 500.00 seorang
- Kategori Drama Bersiri
Pertama : RM 3,500.00
Kedua : RM 3,000.00
Ketiga : RM 2,500.00
3 hadiah sagu hati bernilai RM 1,000.00 seorang
- Kategori Sketsa
Pertama : RM 1,500.00
Kedua : RM 1,000.00
Ketiga : RM 750.00
3 hadiah sagu hati bernilai RM 500.00 seorang
4) Panduan Menyediakan Skrip Drama Radio
- Skrip Panggung Drama dan Drama Khas perlulah sebanyak 23 muka surat melibatkan 4 hingga 5 orang pelakon. Tema Panggung Drama adalah bebas manakala bagi Drama Khas pula temanya berkaitan dengan perayaan (Maulidur Rasul, Hari Pekerja, Hari Keputeraan SPB YDP Agong, Hari Kebangsaan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Hari Malaysia & Maal Hijrah).
- Skrip Drama Bersiri perlulah lengkap sebanyak 12 episod dengan 7 muka surat bagi setiap episod dan melibatkan 4 hingga 5 orang pelakon. Tema adalah berkaitan golongan remaja.
- Skrip sketsa perlu disediakan dalam 3 muka surat yang melibatkan 2 orang pelakon. Setiap penyertaan mestilah menghantar sekurang-kurangnya 12 skrip sketsa. Tema sketsa adalah berkaitan isu-isu semasa seperti wabak denggi, mat rempit, kes ragut, keselamatan jalanraya, cara hidup sihat dan sebagainya.
- Skrip mestilah menggunakan Kertas saiz A4, Font Arial saiz 12 dan ditaip 1.5 spacing.
JOM RAMAI-RAMAI SERTAI PERTANDINGAN INI!!!
(disalin daripada ->sini<-)
Jan 8, 2010
Jan 7, 2010
Jan 6, 2010
Januari 2010 : Buku Prima

Penulis: Nurul Syahida
Harga: RM 17.90
Halaman: 464
ISBN: 978-967-5489-06-8
Bakal Terbit: 15 Jan 2010
****************************************************************************
Sinopsis:
Buat Iza, cintanya pada Hisham hanya akan menjadi indah jika si pemuda melafazkan kata-kata itu terdahulu kepadanya. Seorang perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi apakah Hisham juga menyimpan perasaan yang sama?
Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yang dimahukan dalam seorang wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yang sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan wanita Tionghoa itu darinya.
Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat-sahabatnya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sebagai seorang novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dalam bentuk seorang pemuda dengan rambut yang lebih merah dari api.
*^*
Nota kaki: Daripada penulis Soalnya Hati & Plain Jane.
Jan 5, 2010
Buku Remaja terbitan Januari 10 daripada karnaDya

Sinopsis:
Perkhemahan Dol, Suppa dan Ku Chai pada suatu malam yang disertai hujan lebat telah diganggu oleh makhluk hutan yang tidak diketahui asal usulnya. Keesokan harinya, Kampung Parit Sangap gempar dengan kisah seekor anjing serigala yang terlepas dari jagaan pusat kurungan.
Tidak lama kemudian, segala-galanya menjadi reda apabila anjing serigala tersebut telah berjaya ditangkap semula dan dikurung dengan ketat. Penduduk kampung kembali lega dan aktiviti mereka diteruskan seperti biasa. Namun ketenangan mereka tidak bertahan lama. Ada misteri lain pula yang muncul!
Beberapa siri gangguan yang sungguh menakutkan menyebabkan Pak Dolloh jadi pening kepala. Saban hari, warung Marpunah dikemaskini dengan kisah-kisah seram yang dialami oleh setiap penduduk. Ada kisah binatang yang mencakar, kisah kucing jadian, kisah makhluk hutan yang terbang serta macam-macam lagi kisahnya. Dan, kebanyakan misterinya berlaku tatkala matahari terbenam.
Jadi, apakah sebenarnya yang mengganggu para penduduk Kampung Parit Sangap?
Adakah kesemua kejadian-kejadian misteri itu berkaitan antara satu sama lain?
Dapatkan Dol dan kawan-kawannya menyelesaikan tiap-tiap satu dari misteri yang melanda kampung mereka?
****
Nota Kaki: Bakal menemui pembaca mulai pertengahan Januari 2010
Buku Bulan Januari 2010 Daripada Jemari Seni
NASRON SIRA RAHIM...
Engkau tidak dapat melihat aku,
tapi aku sentiasa wujud;
Engkau boleh bersembunyi di mana saja,
tapi aku akan tetap menjumpaimu;
Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,
tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;
Siapakah aku?
Apa tip yang ada?
“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle
dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…”
Buah fikiran anda diperlukan!
Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Nama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya.
*****
ISBN: 978-967-5118-29-6
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 11 Jan. 2010)
AKAN DATANG...!!!

******
Nota kaki: terbaharu daripada Iman Xara setelah Tanya Pada Hati
Subscribe to:
Comments (Atom)
