Buku 1 : Bidadari Hujan : Nor Azzahra : Jemari Seni
Bidadari Hujan ini berkisah tentang Rain – Raimy Haidar yang jatuh hati pada si dia, bidadari hujan yang memayunginya di satu pagi yang renyai. Tatkala hujan turun menyimbah bumi, dia muncul bersama sekaki payung meneduhkannya daripada titisan hujan. Dan hari itu, titisan hujan yang menimpa bumi bagaikan gugurnya kelopak bunga yang indah dan mewangi pada pandangan mata Rain. Hujan rahmat buatnya. Dan dia jatuh cinta! (Baru saya sedar signifikan kulit novel yang sebegitu!)
Lia (Qamalia) – dia, bidadari hujan benar-benar telah membuat hati Rain panasaran. Dia yang cantik, dia yang hidup adanya sahaja (bukan dalam golongan orang kaya) berjaya menawan hati Rain yang ada segala-galanya.
Namun harapan dan permintaan si nenek meranapkan seluruh impian Rain untuk membina istana bahagia bersama bidadari hujannya. Mahligai impiannya runtuh bagaikan rebahnya istana pasir pabila diterjah ganasnya sang ombak. Demi nenek yang dikasihi dia turutkan juga walau hatinya membantah. Demi nenek dia rela dalam terpaksa walaupun hatinya hancur luluh dan rasa cintanya musnah tak bersisa. Istana dibina namun permaisurinya bukanlah si bidadari hujan yang dia puja. Rain nanar. Lia pasrah.
Sufi – dia wanita yang tak punya ‘rasa’ pada tanggapan Rain. Walau terang-terangan ditunjuk rasa tidak suka Rain pada si isteri, dia tetap begitu. Endah tak endah. Apa yang Rain tidak suka itu yang dibuatnya. Dia suka-suka masuk kemas bilik Rain (mereka berlainan bilik tidur). Dia suka-suka sambut Rain balik daripada pejabat. Dia suka-suka bawa air walaupun Rain tidak minta. Dia yang suka bercakap, walaupun Rain tidak suka mendengarnya. Pendek kata, dia suka buat benda yang Rain tidak suka! Noktah.
Tapi Rain tidak tahu, di balik raut cerianya dia juga punya rahsia yang mungkin hanya Rain sahaja tidak tahu. Dia ada kisah lalu yang pedih lagi perit. Dan insiden yang meragut nyawa kedua orang tua Sufi merobohkan tembok hati Rain. Rain jatuh kasihan. Rain ingin meminjamkan bahunya pada Sufi, tapi Sufi pula sudah berubah sikap. Sufi yang sebelumnya telah menyebabkan tahap kesabaran Rain meletus terus membisu. “Dosa hari itu... Tuhan telah membalasnya pada saya semalam...” – ms 329 Sedihnya. Walau hakikatnya bukan salah Sufi pun!
Apa yang telah Sufi buat? Berbekaskah rasa kesal di hati Rain kerana mengecewakan Sufi? Dan rumahtangga mereka, mampukah dipertahankan pabila orang yang selama ini menginginkan mereka bersatu, kembali pada yang SATU? Nak tahu kisah selanjutnya... bacalah Bidadari Hujan.
Apa istimewanya novel ini?
Apa ya? Oh! uniknya pada saya ialah watak utama dalam karya ini adalah seorang LELAKI. Ya, tonggak utama adalah Rain. Noor Azzahra berjaya menghidupkan 'Rain' sebagaimana sepatutnya seorang ‘jantan’. Yang ego, yang mementingkan diri sendiri dan yang paling utama yang tidak pernah cuba menyelami hati seorang wanita bergelar isteri. Atau kerana dia sudah tanamkan rasa ‘tidak suka’ pada si isteri jadi segala-galanya yang ada kaitan dengan si isteri buatkan dia jadi benci. Mungkin pada dia ‘Sufi’ adalah perosak pada kebahagiannya, kerana dia tidak mampu untuk menyalahkan si nenek yang dia kasihi?
Saya jadi kasihan pada Sufi. Dia wanita tabah yang berjaya menyimpan kemas sejarah lalunya pada pengetahuan Rain. Atau Rain yang tidak pernah ambil tahu? Atau Rain yang tidak pernah ‘buka mata’ memandang Sufi selayaknya seorang wanita dan isteri yang harus dilindungi, dikasihi dan dicintai?
Dan buku ini pada saya sangat sweet dengan penamatnya yang sebegitu. Oh ya! saya sukakan mainan bahasa penulis. 'Manis' sahaja pada pembacaan saya. Cumanya sahaja saya jadi tertanya-tanya... bila masanya si Sufi mula jatuh cinta pada Rain? Mungkin ada dinyatakan, hanya saya yang terlepas pandang. Apa-apapun cerita yang sangat sweet (pada saya) sebagai pembuka tirai 2011.
Jan 31, 2011
WA : Cabaran 50 Novel : (1) Bidadari Hujan
Labels:
Cabaran 50 Buku,
Jemari Seni,
Noor Azzahra,
Wan Amalyn
Jan 27, 2011
DN - Cabaran 50 Novel : (2) Harga Sebuah Cinta - Hani Fazuha
` Novel ketiga Hani Fazuha ini berkisar tentang percintaan, persahabatan, kesetiaan, keegoan dan darjat keturunan...
` Harga Sebuah Cinta (HSC) ni macam mana cerita dia? Ceritanya macam ni....kasih Fea dan Arman terputus di tengah jalan lantaran kedudukan keluarga mereka yang jauh berbeza, bagai langit dan bumi...Fea merupakan anak kepada seorang wanita yang bekerja sebagai orang gaji manakala Arman pula adalah anak kepada seorang wanita yang berdarjat tinggi...atas sebab itu perhubungan mereka tidak direstui oleh emak Arman yang mementingkan darjat dan keturunan...Fea amat kecewa dengan sikap Arman yang langsung tidak mempertahankan perhubungan mereka...akhirnya mereka terpisah..jauh...Masa berlalu..perkenalan Fea dengan Zura telah menemukan Fea dengan Ikmal...Ikmal yang dianggap seperti abang kandung oleh Zura menyukai Fea dalam diam namun Fea hanya melayan Ikmal tidak lebih dari seorang kawan kerana dia masih terikat dengan janji yang dibuat bersama Arman satu ketika dulu...tanpa Fea atau Zura duga, persahabatan mereka diuji...kemunculan Arman sebagai kekasih Zura benar-benar membuat Fea tertekan dan dalam masa yang sama muncul Zhafir yang menjadikan kehidupan Fea bertambah rumit...apa yang telah Fea lakukan kepada lelaki-lelaki itu sehingga hidupnya jadi kucar-kacir? *kalau nak tau kena beli sendiri..kalau bagitau nanti tak best la kan hehehe*
` Aku suka HSC...cerita ni memang masuk dengan jiwa aku dan tak sia-sia lah aku jadi tak sabar-sabar nak dapatkan HSC sehingga sanggup ambil sendiri dari penulisnya (Hani Fazuha)...jalan cerita mudah difahami..takde part yang tunggang terbalik tetapi ada beberapa kesilapan ejaan *biasa la tu*...aku menyampah dengan Zhafir..macam bagus-bagus..rasa macam nak ketuk-ketuk je dia tu...aku kesian kat Ikmal , Arman dan Fea. *kenapa kesian? baca sendiri hehehe*...dalam masa yang sama, aku 'tabik spring' kat Fea sebab dia memang betul-betul pentingkan persahabatan walaupun dalam masa yang sama dia nak pertahankan kesetiaan dia...ada juga part 'air-mata'...walaupun air mata yang keluar tu takde la 'banjir' tapi aku tetap menangis membacanya...puas juga aku tahan supaya air mata tak mengalir tapi tak bole..aku 'meletakkan' diri aku dalam 'diri Fea' jadi aku sedih dengan apa yang berlaku..*kat mana yang aku menangis tu? cari sendiri hehehe tapi kalau korang ratu air mata sila sediakan tisu atau sapu tangan untuk lap air mata ye..aku tak sediakan apa-apa jadi aku biarkan je air mata mengalir*..
` Moral of the story...
(1) Jangan pandang rendah pada seseorang...tak semestinya kita lebih senang dari dia, maka kita boleh hina atau pandang rendah pada orang yang tak bernasib baik macam kita...
(2) Berani menyuarakan atau mempertahankan hak kita terutamanya kalau kita berada di pihak yang benar
(3) Kalau kita suka atau sayang pada seseorang, jangan la berlagak atau egoi tinggi sangat...berterus-terang lebih mudah..takde sesiapa yang akan salah faham
(4) Siasat dulu tentang apa juga berita atau perkara yang kita dengar, jangan main 'terjah' tak tentu hala
(5) Berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan supaya tidak menyesal kemudian
(6) Belajar menerima hakikat sekiranya berlaku sesuatu kepada kita
(7) Berbincang dan bertolak ansur bagi memastikan hubungan yang dijalinkan berkekalan
` Tahniah kepada Hani Fazuha...saya suka novel ni..best...teruskan menulis...sorry kalau ada ayata-ayat di atas ni buat awak tersinggung atau terasa hati....
p/s: saya suka ending dia tu...puas hati...
sumber : dunia-novel (http://dunia-novel.blogspot.com/)
Jan 26, 2011
Cabaran 50 Novel/Buku Setahun
Mari sertai beramai-ramai...syaratnya mudah je..
(a) daftarkan nama anda beserta url blog anda kepada kami di amalynputri@gmail.com (Wan Amalyn) atau dunia_novel@yahoo.com (Adhan)
(b) sediakan sinopsis/resensi novel/buku yang anda baca (ikut keselesaan anda) ke blog anda DAN
(c) emailkan sinopsis/review novel/buku tersebut kepada kami untuk kami 'post' sinopsis tersebut ke blog Ulat Buku
(d) letak 'link' blog Ulat Buku (http://ulatbuku-06.blogspot.com/) dalam blog anda..
mudah je kan...
Tempoh cabaran : 01 Januari 2011 - 31 Disember 2011
(hanya novel/buku yang dibaca dan dibuat sinopsis mulai 01 Jan sehingga 31 Dis 2011 sahaja)

Jan 25, 2011
DN - Cabaran 50 Novel : (1) Rindu di Awan Biru - Meen Zulaikha

` Akhirnya petang semalam dapat juga novel terbaru kak meen...masuk je pintu kedai dah nampak...maklum aje la cover dia memang dah terakam dalam kepala...sampai je kat rak buku terus ambik dan pegi bayar..ada sorang cik kak ni dok tengah membaca blurb RDAB macam terpinga-pinga tengok aku ambik dan terus bayar...hehehe
` Novel yang bertemakan keluarga dan poligami *opss orang perempuan sensitif pasal poligami ni hehhee tapi jangan risau RDAB memang best walaupun ada pasal poligami*
` Suka sangat...tersusun je jalan cerita...bermula di alam persekolahan, masuk ke alam pekerjaan seterusnya alam rumahtangga...dari awal lagi cerita ni dah mengundang airmata dan membuatkan aku geram...bila dah makin lama makin geram dan makin geram...tapi dalam geram tu ada juga yang buat aku tersenyum dan bahagia tapi sedang aku berbahagia aku kecewa... [kak meen, akak telah membuat saya kecewa dengan Akmal....saya benci Akmal...kesian kat Hanan....sampai hati Akmal buat macam tu kat Hanan *menangis*] tapi walaupun bersedih aku tetap terima sebab itu adalah hakikat....dan sesungguhnya aku suka dengan ending yang kak meen buat untuk RDAB
` Ops..lupa lak..aku cite sikit pasal RDAB ni...RDAB kisah Hanan..dia ni sejak kecil lagi dah mengharungi kepayahan hidup disebabkan ayah dia dan disebabkan ayah dia juga, dia jadi terluka dan FOBIA nak bercinta dan berkahwin...pada dia semua lelaki sama macam ayah dia kecuali adik lelaki dia, Adi..masa dia bekerja dia terjumpa Kapten Akmal secara tak sengaja...dua kali terjumpa secara tak sengaja dan mungkin juga itu jodoh mereka....tapi dengan tak disangka-sangka, jodoh mereka tak panjang...sekali lagi dia terluka dengan perbuatan lelaki...tapi kita merancang Allah yang menentukan, dia bertemu jodoh lagi sekali dengan Ridz...erm..agak-agak panjang tak jodoh Hanan dan Ridz kali ni? *beli n baca sendiri la hehehe*
` Moral of the story:
(1) Sentiasa ingat pada keluarga kita...
(2) Berterus-teranglah tentang sesuatu especially bila ia melibatkan keluarga dan insan yang kita sayang sebab kalau kita tak berterus-terang, andai kata perkara tu terbongkar, pastinya insan yang kita sayang tu akan terluka sangat-sangat..
(3) Fikir masak-masak sebelum mengambil satu-satu keputusan atau tindakan...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...
` Cuma ada sedikit persoalan:
(1) kenapa adik-adik Hanan panggil dia 'angah'? Dalam RDAB ni takde pulak diceritakan tentang anak sulung keluarga ni..takde pulak masuk watak abang/kakak kepada Hanan..sampai hujung cerita tak jumpa tapi dalam page 44 ada tulis ni [Tiba di giliran Hanan, wajah anak sulungnya itu dipandang lama........"Dah, semua pergi belajar, mak nak rehat sekejap di bilik. Angah, ajar apa yang patut," pesan Sabariah sebelum berlalu ke bilik]<-- sori ye kawan-kawan..tak perasan..kak meen bagitau dah katne penerangan mana anak sulung Sabariah...kat page 380...terlepas pandang sebab baca had laju 180 km/j hehehe
(2) napa kejap sangat kisah cinta Hanan dan Ridz :( *tapi suka la Hanan n Ridz*
` Tahniah Kak Meen Zulaikha...sorry ek kalau ada terkasar bahasa dalam ayat-ayat di atas ;)
p/s: lupa plak...suka sangat kat satu part yang Hanan pegi makan dengan Kak Alia tu....memang patut pun sound macam tu kat bebudak tu hehehe *nak tau apa kena baca ek..*

Jul 5, 2010
Novel bulan Julai daripada Jemari Seni

dalam benakku, lama tertanam
sejuta bayangan dirimu
Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!
I
“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri."
“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik. Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
“Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh kau orang berdua kahwin.”
Tawa Adil pecah.
“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.
“Makkk...” Adil mula memprotes, “Nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak memandai apa-apa.”
“Iya... tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.
Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa
II
Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?
Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; ‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!
Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi
* * * *
SYUD menulis ceritanya seperti ‘melukis’. Tulisannya berwarna-warni bak pelangi. Susuri persahabatan bertukar cinta dalam Untuk Awak Teja Aulia. Tentulah karya SYUD ini sebuah ‘lukisan’ yang cantik sekali!
ISBN: 978-967-5118-35-7
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos/pesanan online: RM18.00 (mulai 5 Julai 2010)
Subscribe to:
Comments (Atom)