Feb 29, 2008

Ciptaan Logo and Moto UB Club - 3

Adalah dengan ini majlis suruhanjaya UB ingin mengumumkan tarikh tutup undian akan berakhir pada jam 5 petang 3 March 08 ini (cewah macam nak umum hari puasa aje). Jumlah undian akan di umumkan pada 4 March 08. Perkiraan undi oleh majlis UB adalah muktamad. Sebarang bantahan dan surat menyurat tidak akan dilayan.
Undilah dengan bijaksana sebab ulat2 tu semua cute2 ajer macam ahli2 UB jugak ahaks!

Saya yang melaksanakan tugas

Feb 27, 2008

Ciptaan Logo and Moto UB Club - 2

Assalamualaikum geng2 UB,

Nampaknya ciptaan logo dan moto kurang mendapat sambutanlah huhuhuhuhu.... Walaubagaimanapun masih ada yang sudi share their thoughts dan juga creativity. Sehingga hari ni ada 6 logo dan moto yang anim terima dan sudah pun di letakkan di dalam slide. Jadi kengkawan boleh lah vote yang mana satu logo dan moto yang paling suai gitu. Sila letak vote anda dalam komen. Logo dan moto yang punyai undian paling banyak kira winner lah yea. Tarikh tutup lambat lagi (21/3/08). Jadi kalau ada yang nak antar masih boleh lagi. Atau nak tutup aje dan vote yang 6 ini aje? Apa pendapat kengkawan semua?



Dirgahayu buat teman di seberang sana...



Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kakmOn.!
Allah selamatkan kamu...

Khas buat kakmOn yang berada diseberang sana... moga panjang umur murah rezeki dan senantiasa dalam lindungan Yang Mana Esa... ameen


note: kek besday ni wan curik dari oven dapur kakmOn... sorry ek!! hehehe

Feb 26, 2008

Akan datang dari JS




Kata Rumi:
pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya
mereka sudah bersama sejak dari azali lagi


Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza.
Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa.
Dan satu takdir yang tersimpul mati!

Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu
Suatu pelarian tanpa noktah
dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien.

Kenapa setelah sepuluh tahun berselang
Ashraf harus mencari Laila yang hilang
sedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?

Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia?

+ + + + +

Sebuah lagi karya segar daripada JOHN NORAFIZAN, seorang jurutera yang mahir menyusun peristiwa-peristiwa cerita; pengarang yang sentiasa mendaulatkan bahasa ibunda pada setiap karya-karyanya.

---***---

Feb 25, 2008

it's your day...


*kek ni ambik dari umah de'heart cupcakes :-)*

happy birthday nacha...

luv;
adhan