Dec 17, 2009

Hebahan...

Salam.

Atas permintaan ramai AVA akan menganjurkan bengkel penulisan puisi. Perserta hanya dihadkan 15 orang sahaja. Jika perserta yang mendaftar kurang dari 10 orang, bengkel tidak akan dijalankan. Sila hantar nama, nama pena, no selfon dan sebuah sajak (yang diletakkan tajuk dan nama perserta) untuk dibengkelkan ke ejenmanuskrip@yahoo.com. Nama perserta dan sajak akan disiarkan di blog kelak.

Pembimbing : (Belum ditetapkan - kemungkinan Prof. Rahman Shaari / klik juga di sini) [Tertakluk pada perubahan]

Tarikh : 7 Febuari (Ahad)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (ICY)
Masa : 9 pagi - 4 petang
Yuran bengkel : RM 100.00


p/s : Sebelum pertanyaan Setiakasih, sudah ada beberapa pertanyaan dari rakan-rakan AVA di FB.

sila klik : http://ejenmanuskrip.blogspot.com/2009/12/bengkel-penulisan-puisi-atas-permintaan.html


KHAR
013-6963826 (9 pagi - 5 petang sahaja)
AGENSI VILLA AKSARA (AVA)
http://ejenmanuskrip.blogspot.com

Dec 14, 2009

Buku Bulan Disember dari Kaki Novel


KPB menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian. Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangkakan sebagai cinta monyet sahaja. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran. Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul semula untuk menuntut janji, sekali gus merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris. Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin. Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran. Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi. Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya… Zarul hanyut dalam delusi…Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu?

Nov 26, 2009

Buku bulan Disember 09 daripada PTS


Sinopsis:

Kisah pengajian tinggi pada masa hadapan. Pada waktu itu, yuran pengajian perlu dibayar lumpsump bagi seluruh tahun pengajian. Pada waktu itu pelajar juga semakin ramai cemerlang dan perlu bersaing. Kolej-kolej baru juga banyak yang dibina termasuk sebuah kolej baru yang dibina di Sarawak ‘Kolej Melayu Tinggi’ yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Dijadikan cerita, Kamarul seorang yang lurus bendul dan takut dengan perempuan, antara mereka layak menyambung pelajaran di KMT. Kamarul terlewat mendaftar dan penempatan di dalam kolej sudah penuh. Dia terpaksa menyewa dengan seorang lagi pelajar kolej yang pendiam dan murung.

Pada suatu hari teman serumahnya hilang, diganti pula dengan seorang lelaki yang tegap, berwajah ganas dan suka mengarah. Lelaki itu menetap di rumah sewanya tanpa kebenaran. Lalu bermulalah kisah Kamarul, mencantumkan semua yang terjadi bagi menjawab persoalan yang datangnya tiba-tiba, di mana terangnya bulan.

* * * *

Info lanjut sila lawati sini takpun sini

Nov 23, 2009

Buku Bulan Disember 09 daripada Jemari Seni

Cinta pandang pertamakah ini...

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya

=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu

=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia

=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan


cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:

Abah dan uminya rasa

[♪¿∫∞Ωπ䮉¾]

Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!

Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...

JS di Popular Mega Bookfair

Jemputlah ke Popular Mega Bookfair di Danga City Mall, Johor Bahru pada 3 Disember 2009 (Khamis) bersama Jemari Seni Publishing.
(Peta Danga City Mall di sini)

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan aktiviti-aktiviti berikut:

Acara :Sesi tandatangan
Masa :11.00 am ~ 1.30 pm
Catatan :1. Imaen ; 2. Nazurah Aishah ; 3. Noor Suraya ; 4. Syud


Acara : Bengkel Menulis Novel Kanak-kanak
Masa : 2.00 pm ~ 3.30 pm
* sila daftarkan nama di info@jemariseni.com tempat terhad

Fasilitator:
1. Noor Suraya (Munsyi Dewan Bahasa)
2. Mohd Rosdi (Editor Kanan, Siri Adiwarna)


Acara : Resensi Buku oleh Mohamad HM (Munsyi Dewan Bahasa)IPGM, Kampus Perguruan Perempuan Melayu Melaka
Masa : 5.00 pm ~ 6.30 pm

Novel:
1. Rahsia Hati Sofia - Nazurah Aishah
2. Pelangi - Syud