Jan 19, 2010

Kaki Novel : Jauhari Hatiku


Nur Farisa Othman… gadis yang hidup di pinggir kota. Berwajah cantik menawan, serta penuh dengan sopan santun membuatkan ramai lelaki ingin mendampinginya. Namun ditolak dengan alasan ingin menumpukan perhatian pada pelajaran.

Ketika Farisa bekerja di syarikat terkemuka negara, dia bertemu dengan Daniel McCormick (duda beranak satu), anak kepada Micheal McCormick iaitu pengerusi syarikat berkenaan. Hubungan staf dan bos yang terjalin di antara mereka membibitkan rasa cinta di hati Daniel. Namun perasaan itu dikekang demi bersikap profesional.

Di dalam kekalutan membesarkan Samantha, Daniel menyerahkan tanggungjawab menjaga anaknya kepada Farisa. Anak kecil yang comel itu telah menjadi penyambung kasih di antara mereka berdua. Bibit cinta terus mekar dalam diam.

Kemunculan semula Angela yang menuntut hak penjagaan terhadap Samantha telah membuatkan hidup Daniel kucar-kacir sekali gus

Pelbagai onak dan duri kehidupan harus ditempuhi oleh Daniel dan Farisa untuk terus berada di samping orang tersayang. Namun… berjayakah Farisa bertarung nyawa dengan kesakitannya itu untuk bersama dengan jauhari hatinya?

p/s: maklumat lanjut sila klik --> kaki novel <--

Kaki Novel : Pergilah Air Mata


Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga.

Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.

Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.

Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.

Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.

Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.

Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.

Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

p/s: maklumat lanjut sila klik ---> kaki novel <---

Februari : Jemari Seni


berapa lama untuk kita jatuh cinta?
dan berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...?


Cinta seperti jigsaw puzzle, berpecah tetapi tetap bercantum pada paksinya.

Jan 16, 2010

Akan datang : PTS


RM 20 / RM 23 (Sabah & Sarawak)
978-983-3892-70-9;
Tarikh Terbit: 15 February 2010 ;
Jumlah Muka Surat : 616 halaman


Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yang disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah.

Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu-malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagian untuk sesiapa yang mengertikannya.

Pengertiannya, menitis lembut pada kata Wasilah Cinta Weera.

Trio Alaf: Januari


Harga: RM16.00
Halaman: 448
Penulis: Hasreeyati Ramli
ISBN: 978-983-124-514-0

Sinopsis: HARLINA seorang gadis yang tegas ketika bekerja. Bagaimana pun, sejak Ryan Iskandar mengetuai syarikat tempat dia bertugas, Harlina sering dibuli. Lama-kelamaan, lelaki itu mula jatuh cinta setelah mengenali hati budi Harlina. Namun, gadis itu bagaikan mawar berduri. Cantik dipandang, tetapi sukar didekati. Cinta yang mekar di hati Ryan Iskandar hanya dipandang sepi.

Kehadiran Eddie Firhan telah menawan hati Harlina yang sekeras kerikil. Belaian cinta lelaki itu menyebabkan dia rasa sangat dihargai. Tanpa disedarinya, Eddie Firhan mempunyai muslihat tertentu.

Ryan Iskandar yang mengetahui tentang kejahatan lelaki itu bertindak menyelamatkan Harlina. Dia sanggup menggadai nyawa demi Harlina biarpun huluran cintanya tidak disambut.