Acara: Pelancaran Novel Persis Sebutir Pasir & Garis-Garis Dejavu
Lokasi: The Rain ~ Bandar Baru Bangi
Tema Acara: Bebas & Santai
Tarikh Berlangsung : 15 Mac 2008
Masa yang diambil : 3 - 6 Petang
**~**~**~**~**
Lokasi: The Rain ~ Bandar Baru Bangi
Tema Acara: Bebas & Santai
Tarikh Berlangsung : 15 Mac 2008
Masa yang diambil : 3 - 6 Petang
**~**~**~**~**
Ya, sebagaimana yang telah dijanjikan sebelum ini, majlis pelancaran novel terbaru terbitan Jemari Seni yang ke 10 & 11 ini telah berlangsung pada hari sabtu 15 Mac 2008. Kali ini novel hasil karya sulung ManjLara iaitu Persis Sebutir Pasir dan buah tangan ke-4 John Norafizan dan pertama bersama Jemari Seni iaitu Garis-Garis Dejavu akan mengambil tempat.
Saya agak terkilan kerana tiba sedikit lewat dari masa yang dijanjikan (sedikit saja tau.!) tatkala para jemputan telah mengambil tempat masing-masing. Terkilan juga rasa hati apabila tidak sempat untuk bersama-sama menyambut kedatangan para tetamu... ops, bukankah tugasku hanya sebagai jurukamera yang tak bertauliah..??? hehehe. Walaubagaimanapun saya pasti setiap tetamu yang hadir lebih awal dari saya punyai rasa teruja untuk sama-sama memeriahkan majlis sebagaimana yang saya alami kala itu.
Majlis dimulakan dengan alu-aluan oleh pengacara majlis hari itu iaitu Cik Ahada - yang menjadi bidan terjun saya agak... kerana sepatutnya tugas itu disandang oleh kak Anim yang diserang demam dan hilang suara- walaubagaimanapun syabas buat adik kita ni kerana berjaya melaksanakan tugas yang diberi dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Harris dan sekaligus merasmikan majlis 'soft launch' kita pada petang itu.
Usai bacaan doa di 'amin' kan oleh para jemputan yang hadir, tetamu dijemput untuk menjamu selera dengan juadah istimewa yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Jemari Seni. Sementara tetamu menjamu selera, majlis diteruskan dengan pengacara majlis menjemput penulis Garis-Garis Dejavu iaitu sdr John Norafizan untuk memberi sepatah dua kata... diikuti dengan acara kupasan novel Garis-Garis DejaVu oleh Putri Nur Iman dan Persis Sebutir Pasir oleh Pn Noor Suraya.
Usai upacara 'bercakap', bermula pula upacara menandatangani buku. Ya... saya jadi orang pertama yang minta buku saya ditandatangani oleh kedua-dua penulis berbakat besar ini. Memandangkan kali ini tempat yang lebih luas dengan suasana yang lebih santai, saya seakan tidak mampu untuk berkenalan dan beramah mesra dengan semua jemputan yang hadir. Ampunkan saya andai ada tetamu yang tidak sempat saya ber'hai' - 'hai' cuma sekadar melemparkan senyuman yang sungguh ikhlas dari hati saya.
Sedang saya leka bersembang, upacara 'lucky draw' telah berjaya menarik perhatian saya. Untuk acara ini kedua-dua penulis JS diberi penghormatan untuk mencabut nombor yang bertuah pada hari itu... dan yang paling tidak tersangka-sangka... no saya, no#1 (hehehe hari itu no. cabutan saya ialah no#1 sama dengan nama saya, wan=one... agaknya sebab itu bertuah... ahaks) telah dicabut oleh John.... horayy!! seronoknya rasa hati kerana saya jarang bertuah.!!
Oh ya, bulan Mac ini salah seorang 'ahli keluarga' JS menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-? pihak penganjur merasakan apasalahnya jika sambutan ulangtahun Anis disambut sama... maka jadilah 'surprise party' untuk Anis pada hari itu. Untuk Anis, "Selamat ulangtahun kelahiran moga terus suksess dalam apa jua bidang yang diusahakan"
Sebagaimana yang kita 'sedar', apabila kita benar-benar menikmati masa gembira 'happy hour' dengan teman-teman samada yang sudah mesra mahupun baru nak berkenal mesra... waktu bergerak amat pantas. Sedar tak sedar sudah lebih 3 jam kita bersantai bersama... tiba waktu harus berundur diri... *masa yang pada saya amat-amat menyedihkan, kerana terpaksa berpisah dengan kawan2-padahal banyak lagi benda yang nak diborakkan* walaubagaimanapun saya berharap agar kita akan diberi peluang untuk kembali berkumpul 'anak beranak' di masa akan datang.
Saya bagi pihak penganjur majlis -Jemari Seni- ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat:- anda -para jemputan- yang bersama-sama menjayakan majlis The Rain ini hingga menjadi satu majlis yang pada saya sungguh indah dan tidak mungkin akan dapat saya lupakan seumur hidup saya. Harapan saya, moga anda juga punyai memori yang indah sebagaimana yang saya rasai ini.
Tak lupa juga buat Liyana & Iejay merangkap ajk pendaftaran, syud & Lia-si gadis & muffin kita, kaknOOr yang bertanggungjawab terhadap 'goodie bag' iaitu trademark bagi setiap pelancaran novel yang kita buat sehingga ke takat ini (akan datang belum dapat dijanjikan lagi). Juga buat kaknOtie, penyelaras makanan yang disajikan hari itu... Mar, Nacha & Jid yang menjadi penyambut tetamu kita, Pn MC tak jadi kita -kak anim- moga cepat sembuh & terima kasih atas 'hadiah' kemenangan ciptaan Logo UB, juga cik MC gantian kita iaitu Ahada yang telah menjalankan kerjanya dengan cemerlang, gemilang & terbilang itu. Juga si wabbit shomel yang telah kembali dengan cameranya... serta tak lupa buat Liyana & Fatahiyyah yang setia menjaga 'kaunter' buku kita. Pendek kata ucapan penghargaan ini ditujukan buat semua yang telah menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan majlis ini sehingga menjadi sebegini indah.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat John & keluarga yang sanggup 'turun padang' menempuh perjalanan yang jauh semata-mata untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis The Rain ini. Juga buat ManjLara dan 'kroni'nya hehehe yang sudi menghadirkan diri. Harapan saya agar majlis yang tidak seberapa ini memenuhi 'piawaian' yang anda harapkan... kerana INILAH dia majlis yang kami -anak-beranak- buat bagi 'menyambut' setiap 'kelahiran baru'. cumanya kali ini pada saya agak istimewa sedikit.!!
Saya juga menyusun sepuluh jari andai ada kelemahan dan ketidakpuasan hati anda terhadap layanan terutamanya dari diri saya pada hari itu, sebenarnya terselit juga perasaan ralat disudut hati, kerana saya tidak berkesempatan untuk beramah mesra dengan semua kawan-kawan yang hadir... ampunkan saya.!! harap anda tidak serik untuk berjumpa dengan saya di lain masa dan ketika nanti.
Sehingga kita berjumpa di Pesta Buku nanti...
salam sayang,
~wan~
PS: untuk gambar sekitar majlis The Rain anda boleh lawat sini ->wabbit<- atau ->syud<- atau ->wan<-
0 comments:
Post a Comment