Jul 17, 2008

Buku Baru Di Pasaran

Buku Bulan Julai Terbitan Jemari Seni

Kemunculan pengarang berpotensi ini pasti memeriahkan dunia sastera tanah air
~ Faisal Tehrani, Sasterawan


Apa yang Nysrah tak mahu?

Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!

Kenapa pula Nysrah tak mahu?

Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?

Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.


******##******

Buku Terbaru Terbitan Alaf21


NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yang bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah, sekadar menumpang kasih orang dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.

Kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun, rahsia keluarga yang tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih, yang manakah harus dikorbankan? Demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan.

"Cinta bukan matematik, Nudra.

Satu cinta bahagi dua bukannya setengah."

"Saya juga bimbang Is,

kalau kekuatan saya hilang dalam keadaan payah begini."

Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ahh.. tetapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka, parutnya tinggal sampai bila-bila. Lalu, apa lagi yang terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalah lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagia dalam kepura-puraan!

******^^******


Buku Bulan Ogos Terbitan Kaki Novel



Jebat Iskandar

Dia lelaki yang hidup dengan sumpah cintanya. Meskipun Fatin sudah tiada lagi, dia tetap berpegang dengan sumpah cinta itu dan akur dengan ketentuan bahawa di syurga nanti dia akan ditemukan. Namun kehadiran roh Fatin dalam setiap mimpi-mimpinya membuatkan dia keliru.

Dian Aryanti

Dia ingin dicintai dan mencintai. Kemelut cintanya dangan Ryan Amrie dan Mikael membuatkan dia sengsara dan sepi. Kehadiran puisi cinta dan mawar merah dari peminat misteri memberikan ilusi baru untuknya.

Puteri

Lelaki yang dicintainya seringkali tidak jujur dengannya. Mereka ada agenda tersendiri yang membuatkan Puteri derita. Danny, Atoi, Alex dan Mizan terus memburu cintanya. Puteri perlu memilih salah seorang dari lelaki itu demi kekosongan hatinya.

Jebat Iskandar, Dian Aryanti dan Puteri ditemukan dalam perjalanan cinta yang penuh gelora. Siapakah antara mereka yang benar-benar bahagia dan akan tersungkur luka dalam asmara cinta yang seribu erti..


******^^******

0 comments: