Jul 15, 2008

Majlis Minum Pagi Sambil Bicara Fasal Buku

Salam semua,



Syukur alhamdulillah, sebagaimana yang dicanangkan... majlis diskusi buku terbitan Jemari Seni Publishing untuk slot bulan Julai 2008, usai sudah. Majlis yang berlangsung dalam suasana yang santai penuh kekeluargaan ini telah berjaya membuka peluang kepada penulis, pembaca dan penerbit bergabung dalam satu majlis, berdiskus tentang novel-novel keluaran penerbit 'indie' ini.

Selain memberi peluang kepada pembaca mendapatkan novel yang 'fresh from oven' (novel bulan Julai), juga membuka peluang kepada pembaca mengenali secara dekat dengan para penulis Jemari Seni yang hadir memeriahkan majlis (selain sessi tandatangan). Di samping itu juga pembaca-penulis-penerbit berpeluang untuk berkongsi pandangan dengan para pembicara yang sudah pastinyalah lebih arif.

Para pembicara yang dijemput khas oleh Jemari Seni untuk berbicara fasal novel, pada aku bukan calang-calang orangnya. Seperti Puan Shaidah Shafei, beliau merupakan seorang wartawan dan penulis, Puan Ina Marjana Ulfah juga merupakan seorang pensyarah dan penulis begitu juga dengan Puan Shamsiah Mohd Nor yang merupakan seorang pendidik yang sedang menyiapkan PHD juga merupakan seorang penulis yang hebat.

Pendek kata selain majlis untuk meraikan novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu karya sulung Aidil Khalid (seorang lagi anak muda berbakat besar dalam bidang penulisan kreatif), pertemuan ini juga mampu membuka peluang untuk berkongsi idea dan pandangan terhadap dunia penulisan. Selain novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu, novel Lili Buat Najah karya Nazurah Aishah dan novel Tentang... Dhiya karya Syud juga dibicarakan pada hari itu. Oh ya penulis Salina Ibrahim juga datang memeriahkan majlis.

Untuk cerita lanjut sekitar majlis yang telah berlangsung itu, anda boleh juga lawati sini:-
Untuk melihat photo-photo sekitar majlis tersebut, anda boleh layari sini:-

Bagi pihak Jemari Seni Publishing, aku ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan buat para pembicara, buat para penulis JS yang menghadirkan diri, juga buat anda sekalian yang telah sudi meluangkan dan mengorbankan liburan hari minggu anda untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian untuk kali ini.
~wan

0 comments: