Kakwan ambil kesempatan sebentar untuk menguar-uarkan tentang Pesta Buku Kelantan yang akan berlangsung pada 29 Mac ~ 4 April 2011.
Pada sesiapa yang berada di sekitar Kota Bharu dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya, silalah hadir dan memeriahkan lagi acara ini.
Ada HADIAH menarik yang menanti anda, para pengunjung Pesta Buku Kelantan 2011. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini...
7 comments:
terima kasih Kak Wan Amalyn.
Kalau senang, turun ler ke Kota Bharu
Sdr RHisham,
:) no problem... bukan buat apapun. Harap warga Kota Bharu akan pakat ramai2 turun memeriahkan lagi acara ini.
:( dukacita, rasanya tak boleh balik KB kerana nak simpan cuti untuk Pesta Buku di PWTC nanti... apa kata SMO yg turun KL?? :D
pbakl...tak sabar ni..
sedihnya sy x dpt turun masa PBAKL nnt..:(
Adhan... sabar!! :)
Aimie... kakwan baru nak berkenalan dengan Aimie di alam nyata, masih belum berjodoh untuk kita tersua muka lagi agaknya :(
Berpaksikan tema pada tahun ini, Membaca Pemangkin Transformasi Bangsa, pesta buku kali ini dianjurkan dengan harapan untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu berpaksikan kepada satu tujuan untuk melonjakkan transformasi negara secara holistik dalam semua bidang melalui penerapan budaya membaca. Tema kali ini harus dihayati dan disebarkan kepada seluruh rakyat Kelantan khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Trend membaca di kalangan pelajar amnya telah pun berubah secara drastik menjelang zaman millennium. Mengikut kajian Pusat Perkembangan Kurikulum, didapati para pelajar lebih suka membaca buku berkisar mengenai sesuatu yang hampir dengan mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka.
Oleh itu, pihak sekolah harus peka dengan perubahan trend membaca di kalangan remaja dalam urusan mendapatkan bahan bacaan untuk dijadikan koleksi di pusat sumber sekolah. Ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar dan sekaligus dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada transformasi bangsa.
Pesta Buku Kelantan 2011 telah berakhir dengan selamat dan jayanya. Jumpa lagi tahun hadapan. Insya Allah
Post a Comment