Jun 29, 2009

Akan Terbit - Ogos 2009


Tajuk : Akhirnya Ku Temui
TIANA ARESYA
m/s : 309
Harga : RM15 - Ahli RM11

Kegagalan lalu banyak mengajar Mir erti ketabahan. Mengapa di saat dia akan mengecapi kebahagian yang diimpikan hatinya pasti dilukai? Adakah kerana ketentuan-Nya begitu atau ianya kerana ujian dari Yang Kuasa terhadap dirinya yang serba kekurangan?


Kegigihannya selama ni, memang berbayar dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi di dalam kerjaya. Daripada seorang yang tidak punya apa-apa, kepada seorang yang begitu berpengaruh di MIH Holding. Mungkin sudah rezeki dan tuahnya di situ.


Namun, mengapa dia sering gagal di dalam soal hati. Di saat ada jiwa yang mahu mengisi kekosongan hatinya, dia pula tidak punya rasa untuk menyambut salam bicara. Di kala dia mengimpikan insan yang diminatinya, lain pula yang terjadi. Gagal dan terus gagal yang mengundang tragis di dalam kehidupannya. Lalu membawa hati jauh dari bumi tanah tempat tumpah darahnya.


Namun janji Tuhan tak pernah dimungkiri. Setiap titis air mata, setiap derita dan sengsara pasti ada hikmah di sebaliknya. Tentunya ada sesuatu yang membahagiakan di penghujungnya. Akhirnya hadir seorang insan yang menjadi kekasih walaupun hakikatnya ada insan lain yang lebih menarik pendangan.


Namun tidak mudah kebahagian in dikecapi dengan kehadiran Tina anak majikannya yang begitu mengharap. Shieda – gadis impiannya sejak di bangku sekolah dan Myza teman seperjuangan yang tulus ikhlas mengabdikan diri untuknya. Namun bahagia tak kunjung tiba. Derita jua yang sering bertamu.


Siapakah insan yang tulus menerimanya? Bilakah dan dimanakah akan ditemui insan itu?

0 comments: