May 5, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (32) Keranamu Ain...

Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Harga: RM16.90
ISBN 983-893-429-1
M/S: 273
Cetakan 1, 2 – 2001
Cetakan 3 – 2002
Cetakan 4 – 2003

Kita telah terlalu
lama membuang masa dan merana…


Blurb:
Dia pintar dan kadang-kadang garang tetapi menarik. Dia penyayang dan kadang-kadang terlalu sensitif tetapi pemaaf. Yang pasti Ain ialah insan dalam dunia dengan gayanya yang tulen. Anggun dalam darjahnya yang tersendiri. Indah dalam peribadinya yang sempurna…

Kak Chik menukil:

Ain Najwa, si yatim piatu yang sentiasa tabah dan berdikari. Permohonan kerja sebagai editor Bahasa Melayu di Baki Publishing telah mempertemukan Ain dengan Haris Fadhillah, anak pemilik Baki Publishing. Haris bersungguh-sungguh tidak mahu menggajikan Ain sebagai editor di syarikatnya kerana Ain itu graduan yang baru habis belajar dari universiti tempatan dan tidak mempunyai pengalaman bekerja.

Namun Pak Baki tetap bertegas untuk memberi Ain kerja di Baki Publishing, lagi pun Ain itu anak sabahat karibnya, Pak Mansur yang telah meninggal. Pak Baki merasa bertanggungjawab terhadap Ain kerana Ain itu sudah tiada keluarga (walaupun tok dan neneknya sebelah ibunya masih ada). Pak Baki sudah menganggap Ain itu anak saudaranya.

Haris itu bagaikan mempunyai dua watak yang berbeza, di pejabat dia seorang ketua yang tegas dan garang terutama terhadap Ain tetapi di rumah boleh pula dia berubah sikap dalam sekelip mata apabila berdepan dengan Farah. Haris selalu mencari salah Ain dan selalu mencari peluang untuk memarahi Ain. Kenapa mesti Haris berwatak begitu?

Pertemuan kembali Ain Najwa dengan pujaan hati bertahun dulu, Nik Ahmad Adam selepas lima tahun terpisah, kembali memberi peluang untuk Ain menganyam impian. Mereka selalu keluar bersama tetapi Ain tidak akan keluar bertemu Adam kalau Maisarah tidak ada bersama. Pada Ain, Adam selalu memberi tumpuan kepada Sarah yang cantik itu.

Selepas dua tahun, Puan Aisya mendesak Haris untuk menerima Ain sebagai calon isterinya barulah Haris tersedar selama ini dia selalu marah-marah pada Ain untuk menutup rasa itu. Namun segalanya sudah terlambat apabila Ain sudah berkeputusan untuk berhenti kerja dan berpindah bekerja di Brunei.

Apa yang menyebabkan Ain begitu tega untuk meninggalkan tanah air sendiri? Kalau kerana duit, Ain itu sebenarnya jutawan dalam senyap kerana harta tinggalan ayah dan ibu.

Apa kesudahannya hubungan Ain dengan Adam selepas mereka saling mengaku mempunyai perasaan yang sama? Adakah hijrah Ain akan memberi dia bahagia?

Sebuah karya yang cukup senang untuk dibaca walaupun kadang-kadang Kak Su menceritakan Ain itu sebagai pihak ketiga dan pertama. Perkara itu bagaikan tiada apa-apa sebuah karya yang cantik ini.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)

2 comments:

Kay said...

apa khabar nasi di daun, nasi di talam bagai nak basi, apa khabar tinggal setahun, tinggal semalam bagai nak mati

aimie_afifah said...

hehehheeh....pandai berpantun pula....memang karya kaksu penuh dengan keindahan bahasa...