Penulis: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM14.00 / RM16.00
M/S : 170
Cetakan 1 - 2011
Blurb:
Azrin
Badrul
Choon Wai
Deva
Ee Lin
... membawa anda bercuti bersama mereka ke Arau, di rumah Tok dan Tok Wan. Di Perlis banyak yang dipelajari Geng ABCDE. Daripada membantu tok menceraikan biji kekabu untuk dibuat bantal, menghiris asam gelugur dan menolong di dapur, mereka juga membantu Tok Wan membuat bubu, menjemur koko dan macam-macam lagi.Selain mandi sungai dan menjelajah Gua Kelam, mereka juga belajar membuat layang-layang. Mereka pernah juga dikejar dengan parang dan pelepah pisang oleh Abang Harun. Benarkah Abang Harun itu seorang pekebun pisang?
Jon sama-sama bantu Geng ABCDE selesaikan misteri penyeludupan dari negara jiran.
"HLOVATE pelajar dari luar negara ini menggunakan pengalaman waktu kecil bersama nenek dan datuknya untuk menulis cerita ini. Pada HLOVATE pendidikan bukan sahaja ada di bilik darjah tetapi kita peroleh melalui pengalaman secara tidak formal"
Review:
Geng ABCDE : Azrin, Badrul, Choon Wai, Deva dan Ee Lin merupakan kumpulan kanak-kanak yang bersahabat baik. Azrin adik kepada Badrul manakala Ee Lin pula adik kepada Choon Wai. Mereka digelar Geng ABCDE kerana keakraban mereka dan nama panggilan tersebut diambil bersempena huruf pertama pada setiap nama.
Kisah mereka bermula, apabila mereka telah mengambil keputusan untuk menghabiskan baki cuti sekolah ke Kampung Permai di Arau. Bercuti di rumah Tok dan Tok Wan Azrin dan Badrul.
Pelbagai pengalaman yang dikutip mereka sepanjang percutian tersebut: membuat layang-layang, mengasingkan biji kekabu, membantu Tok menyediakan asam keping & membantu Tok Wan menjemur biji koko.
Selain itu, mereka juga telah dibawa oleh Tok dan Tok Wan berkelah di dusun buah-buahan dan menjala ikan di anak sungai. Semuanya menjadi pengalaman yang sungguh mengujakan.
Tetapi, siapakah Abang Harun yang telah mengejar Badrul, Choon Wai dan Deva dengan pelepah pisang dan parang yang tajam berkilat. Apakah tujuan Abang Harun berkebun pisang di tanah seberang dusun Tok Wan?
Singkap rahsia percutian Geng ABCDE di Kampung Permai di dalam novel kanak-kanak ini...
Novel ini berguna untuk anak-anak mempelajari peribahasa yang banyak digunakan dalam karya terbaru HLOVATE ini. Selain itu, ada juga bacaan doa-doa harian yang dititipkan HLOVATE untuk pembaca.
P/S: Heheheh.. rasa sedikit pelik apabila HLOVATE menggunakan bahasa yang lain daripada bahasa sarkastik yang menjadi identitinya. Bahasa yang digunakan mudah difahami bagi golongan kanak-kanak.
Kak Chik dah cadangkan pada kawan-kawan untuk beli novel ni untuk anak-anak mereka mempelajari cara penulisan karangan yang baik... :)
2 thumbs up to HLOVATE & JS Adiwarna!!!!!
LiFe iS a LoNG JouRNeY
~ Kak Chik~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment