Wangian Kasih
Harga: RM18.00
Penulis: Mahmud Eddie
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-524-8
Sinopsis:
Amin pasrah siapa dirinya. Anak angkat kepada sepasang suami isteri yang baik hati yang telah banyak mendidiknya menjadi insan yang bertakwa. Akibat desakan hati yang mahu mengenali ibu bapa sebenar, dia nekad menjejaki mereka di bandar. Mencari pekerjaan hanyalah alasan untuk membaiki ekonomi diri.
Bekerja di syarikat pembinaan, milik datuk jamalul telah mengajarnya erti kehidupan, kemanusiaan dan cinta. Kejujurannya yang tulus telah membuatkan amin di-amanahkan bekerja sebagai pemandu peribadi kepada lelaki itu. Namun, kehadirannya di dalam keluarga datuk jamalul telah menerbitkan rasa benci di hati safika. Hati gadis itu sakit kerana dialah yang hampir melanggar amin. Dianggapnya lelaki itu sengaja menempah maut, sedangkan amin sebenarnya mahu menyelamatkan seorang wanita tua daripada dilanggar oleh gadis itu.
Bulan berganti bulan, amin mengalami jalan buntu mencari ibu bapa kandungnya, sedangkan dia sudah banyak termakan budi dengan datuk jamalul dan dirinya terus dibenci oleh safika. Haruskah dia berhenti berharap dan menganggap bahawa mereka sudah tiada di muka bumi ini?
Dan, perlukah dia kembali ke pangkuan keluarga angkatnya yang mengharapkan kepulangannya?
Namun, wangian kasih terhadap insan-insan ini masih mekar di hatinya.
Rindu Tercipta
Penulis: Liyana Zahim
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-539-2
Sinopsis:
SAAT Anis mengumpul se juta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati.
Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya.
Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari.
Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim.
Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini.
Ilusi Hati
Penulis: Haiza Najwa
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-522-4
Sinopsis:
TULISAN takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmine terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipandu merempuh sebuah kereta lain.
Akibatnya, pemandu itu juga koma sepertinya. Sesuatu yang ghaib terjadi... Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine berbicara dengan bayangan seseorang. Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing.
Lalu, tercipta ikrar untuk bertemu sesudah sedar daripada koma. Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari jejaka yang kini muncul pula dalam lenanya. Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yang diseru sebagai Joshua.
Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri. Seluruh jiwanya luluh.
0 comments:
Post a Comment