Dec 16, 2011

Aimie:Cabaran 50 Buku: (77) Sayangku Casper

Penulis: Mazni Aznita
Penerbit: Buku Prima @ Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
ISBN 978-967-0184-96-8
Harga: RM25.90 / RM28.90
M/S: 613
Cetakan 1 – 2011

Cinta pertama adalah keramat di hati…
Rindu pertama adalah penamat di jiwa…
‘Is love supposed to last throughout all time…or is it like trains changing at random stops?’


Blurb:

Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kakak tirinya. Demi amanat si ‘granny’, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelie de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat ‘daddy’nya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adila mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adila yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.

Zaman moden macam ni pakai prepaid lagi ke? Miskin betul? Tinggal seringgit pulak tu. Nak buat calling macam mana ni? – Tengku Rafique

Tia Adila terpanar. Panas hatinya mendengar kata-kata lelaki itu. Ingat aku ni sengkek sangat ke? Tolong sikit ya! Kalau semua penculik-penculik di Kuala Lumpur kenal siapa ayah aku, berderet-deret mereka semua nak menculik aku untuk menuntut tebusan. Masa tu baru kau tahu. – Tia Adila

Jangan-jangan awak sengaja, kan? Campur yang ini dah tiga kali awak jatuh atas saya. Saya ni lelaki, bukannya malaikat. Kalau lagi sekali awak buat macam ni, saya rasa saya kena kahwin dengan awak. – Tengku Rafique


Kak Chik menukil:

Ini kisah Tia Adila, anak gadis yang nampak riang dan lincah namun tidak siapa yang tahu hati yang terpendam di dalam. Sudah bertahun dia hidup bagaikan anak yatim piatu apatah lagi dilayan bagaikan orang gaji di rumah sendiri. Halijah dan Karin sentiasa mendera perasaannya. Kenapa ayah yang disayangi bagaikan menidakkan hak dia sebagai anak? Namun perasaan sayang pada ayah tidak pernah padam walaupun sejak kecil ayah tidak pernah ada masa untuknya. Bagi si ayah perniagaan adalah segalanya sehingga Tia Adila sudah terbiasa tanpa kelibat lelaki itu.

Kepulangan Tengku Rafique ke Kuala Lumpur adalah kerana amanat granny untuk mencari seseorang yang telah 17 tahun hilang dari pandangan mata. Dia bernekad untuk mencari si gadis itu kerana niat jahat ayahnya sendiri untuk merampas hak granny. Dia tidak mampu berdiam diri sedangkan granny adalah segala-galanya buat dia setelah pemergian mummy. Padanya daddy bukan orang yang patut dihormati apatah lagi lelaki itu penuh dengan niat jahat.

Pertemuan secara tidak sengaja yang berulang kali antara Tia Adila dan Tengku Rafique bagaikan mempunyai petanda tetapi bagi Tia Adila, dia tidak mahu terus ‘terikat’ dengan lelaki kacak itu. Lelaki yang mengaku mempunyai hutang dengan along itu harus dijauhi.

Apakah ada takdir yang terlukis antara mereka? Apakah petanda di sebalik hadiah yang diberikan si ayah kepada Tia Adila?

Tercapaikah impian Tia Adila untuk menikmati kota Paris yang diimpikan sedari kecil? Atau takdir lain yang menantinya di sana?


Sudut pandang KakChik:

Wahhhhhhhh…tengok kulit naskhah ini sudah buat Kak Chik teruja. Suka sangat dengan design muka depan naskhah ini apatah lagi gabungan warna silver dan hitam sungguh terserlah sekali. Design yang ringkas namun pada Kak Chik mampu menarik kita untuk membedah karya ini.

Sejujurnya karya ini mampu menambat hati Kak Chik untuk terus membedah isi yang tersembunyi di dalamnya kerana sedari prolog lagi ia sudah membuat Kak Chik teruja apatah lagi gabungan unsur thriller sedikit terselit selain hubungan kimia antara Tia Adila dan Tengku Rafique itu sendiri. Selain itu unsur komedi yang cuba dijelmakan juga mampu memikat hati.

Kak Chik suka cara olahan penulis mewujudkan kelompok watak-watak yang menggunakan Bahasa Melayu di bumi Paris itu sendiri adalah sesuatu yang unik. Karektor Madame Marianne yang buat kita pening kerana olah dan ketegasannya selain kita akan tertanya-tanya kenapa Tengku Adrian terlalu taksub untuk memiliki House of Fluer.

Pada dasarnya watak hero yang disembunyikan iaitu Ahmad Faruk terlalu ditenggelamkan kerana statusnya yang mahu menuntut keadilan sehingga kita tertinggal terlalu banyak kisahnya yang pada Kak Chik pasti menarik jika diberi ruang dan peluang.

Walaupun karya ini nampak hampir sempurna di mata Kak Chik namun masih ada sedikit perhatian yang perlu diberi penekanan kerana pada Kak Chik adalah sesuatu yang janggal pada saat mesyuarat untuk memperkenalkan Tia Adila kepada pemegang saham House of Fluer, Bahasa Inggeris digunakan sedangkan kita sedia maklum sedari awal kita tahu masyarakat di sana terlalu mengagungkan bahasa mereka. Dan tertanya-tanya juga macam mana Tia Adila lari dari rumah dengan membawa bagasi-bagasi sehingga tidak disedari Halijah dan Karin.

Pada Kak Chik watak-watak antagonis diberi hukuman yang tidak ada jalan penyudah yang mampu buat Kak Chik tersenyum. Mungkin jika diberi hukuman yang memang nyata dan jelas adalah lebih bagus dan lebih adil buat watak-watak putih yang teraniaya.

Nak tahu kesudahan adalah Tia Adila itu siapa? Anda mesti membaca karya ini kerana pada penghujungnya terlalu banyak rahsia yang akan tersingkap.

Kasih Arina ---> masih terperap di rak..apa-apa pun Kak Chik suka dengan karya ini.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-

(^__^)

0 comments: