May 26, 2010

Terbaharu daripada Alaf 21 - June 2010

Tajuk: SANGKAR
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Harga: RM13
Halaman: 248


JAZMA... tiada apa yang istimewa pada dirinya. Dia memang serba kekurangan. Dari segi paras rupa mahupun harta benda.

Seorang anak nelayan yang tidak punya apa-apa dan tiada sesiapa pun yang ambil peduli. Malah, tiada seorang pun yang ambil tahu dari mana asal usulnya.
Dia tercampak jauh dari kampung halaman sendiri, seakan-akan terbuang tidak dipedulikan. Terpisah daripada ibu dan adik-beradiknya. Dunia Jazma hanyalah di rumah besar itu.

Di situlah dia meniti hari hari sepinya. Ibarat burung di dalam sangkar, tiada siapa yang mengerti kemahuannya. Kalau ada pun cuma seorang... mak long.
Hanya mak long yang mengambil berat akan dirinya. Mak long yang misteri dan keseorangan seperti dirinya. Mak long yang rajin bertanya kisah hidupnya yang sepi.

Tidak seperti andak yang jarang mempedulikan dirinya. Apatah lagi Herman yang hanya mementingkan kerja dan anak-anaknya sedangkan dia... terkapar-kapar sendiri mencari ruang untuk terus bernafas di bumi ini. Oh TUHAN! Lepaskan aku dari penjara hidup ini...


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tajuk: BILA SENA KEMBALI BERBUNGA 2
Penulis: Amaruszati Noor Rahim
Harga: RM19.90
Halaman: 528


CINTA kepada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi. Cinta kepada manusia pula merupakan satu ibadah.

Begitu fikir Afikah sepanjang menyulam cinta bersama Zek sehingga hubungan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan.

Mereka mendandan rumah tangga dengan iman, toleransi dan saling mengasihi. Namun, rupa-rupanya ada duri semalu yang cuba merobek kebahagiaan
mereka dalam kesepian hati Afikah menanti kehadiran seorang cahaya mata. Zek cuba menyedarkan Afikah bahawa manusia perlu terus berdoa dalam rayu dan meminta, bukan mengeluh atau menyesali ketentuan ILAHI hanya kerana dia belum hamil. Tapi Afikah ragu, apakah Zek juga benar-benar ikhlas menerima takdir seperti dirinya atau sekadar menyedapkan bicara? Cinta mereka terus diuji bertubi-tubi. Hati Afikah hancur apabila akhirnya terpaksa berkongsi kasih suami dengan wanita lain.

Dia tidak pernah menduga kesetiaannya terhadap Zek memaksa dia memijak bara api angkara godaan dan perangkap Julia. Luluh hatinya membayangkan malam pertama suaminya dengan isteri baru.

Namun, dia redha dan dalam waktu yang sama kasihnya terhadap Zek semakin teguh. Mampukah perkongsian kasih ini bertahan dengan pengertian dan tolak ansur sebelah pihak? Afikah hanya mampu berdoa.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tajuk: CINTA YANG TERPILIH
Penulis: Sri Diah
Harga: RM19.90
Halaman: 512

WARDA ­ Cinta adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa? Apabila Zahim kemalangan, rupa-rupanya di sebelahnya ada perempuan lain!

Malam ini, bukan malam jahanam. Aku berkelana untuk membuang badi cinta. Aku tidak mahu mengusung sengsara selamanya. Semoga ALLAH lapangkan dadaku untuk menerima musibah ini dengan redha dan semoga aku akan menjadi wanita yang lebih baik daripada semalam.

ZAHIM - Tak mungkin aku akan meraih cintanya lagi. Aku ada maruah. Dia pun ada maruah. Manusia berbuat silap, ALLAH maafkan. Namun kesilapan manusia sesama manusia, memang payah untuk saling memaafkan.

Bukan putus, tapi aku mohon tangguhkan nikah. Keputusan itu dibuat di atas katil hospital sahaja. Siapa boleh percaya? Emak menentang. Bapa juga tidak setuju.

Kemudian aku bayangkan, kalau tak jadi bersanding atau kalau dia lari tinggalkan pelamin... Adakah dia... Cinta yang terpilih.

2 comments:

adhan said...

suka cite amaruszati tu..rasanya BSKB 2 tu dulu bukan alaf kuarkan...BSKB pun bukan alaf...cesb tapi sayngnya dua2 buku dah ilang...org pinjam tak pulang..

Wan Amalyn said...

Adhan, buku amaruszati yg 1st terbitan Creative, yang 2nd kalau tak silap terbitan Diwangsa (sudah tidak beroperasi), 2-2 kak wan ada... dan salah satu sebab kakwan tak suka orang pinjam novel kakwan, takut orang tak jaga sebaik kita jaga dan takut orang tak pulangkan... jadi tak salahkan kalau kakwan jadi seorang yang kedekut?!