Jun 10, 2010

Akan Datang daripada Jemari Seni


Lalu siapakah harus dipilih kalau di sana cantik di sini menawan?

Ketika aku melangkah keluar, ada yang tertinggal di sini; angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sebagai gantinya aku membawa bersama wajahnya, dan rindu padanya – Nur Tahani gadis bertudung labuh.

Aku memang telah jatuh cinta pada dia. ‘Bidadari’, versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak digandingkan dengan orang beriman.

Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan terlahir dalam gedung Gucci seperti Nina mahukan aku? Dia hanya layak bersanding dengan lelaki kategori ‘arreviste-hooray henry’. Sedangkan aku hanya lelaki terbuang. Kelas kambing! Paria! Dalit!

Benarkah, kalaulah cantik itu pintu kepada cinta, setiap lelaki kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?

Lalu aku melambung dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun, aku sudah tiada apa-apa lagi untuk rugi. Sama ada aku lambung atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh mati dan mencintainya seumur hidup.

* * * *

Terimalah Seikat Kembang Merah daripada IMAEN; yang tetap menulis novel action-romantic, tetapi kali ini nadanya berbeza.


ISBN: 978-967-5118-41-8
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos/pesanan online: RM18.00 (mulai 20 Jun 2010)

Daripada Buku Prima

Kutemui Cinta
NURAQILAH SYUHAIDA
RM 22.90
ISBN: 978-967-5489-48-8
~576 hlm
Tarikh Terbit: 31 Mei 2010

Adam sering memperdaya gadis-gadis demi melepaskan tekanan keluarga. Namun, tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan gadis bernama Nadya. Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi Hafiz dan menjadi seorang pendendam.

Pemergian Hafiz memberi kesedaran kepada Adam namun dia tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya. Ketika itu muncullah Rafi yang turut menyimpan perasaan terhadap Nadya. Hakikatnya siapakah pilihan di hati Nadya? Adam atau Rafi?


* * * * *

KASIHKU ARINA
MAZNI AZNITA
RM 25.90
ISBN: 978-967-5489-47-1
~720 hlm
Tarikh Terbit: 19 Mei 2010

Kehilangan adiknya Chayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Namun halangan demi halangan yang ditempuhinya dengan pihak polis Manila dan Kedutaan Malaysia membuatkan dia hampir kehabisan ikhtiar sehinggalah dia dipertemukan dengan seorang lelaki bernama Alwiz. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa merelakan dirinya berada di bawah kawalan lelaki itu, dan terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangannya dihadapan anggota keluarganya yang lain.

Novel bulan Jun daripada Alaf21

TAK SECANTIK HUSNA

Penulis: Ainul Hazrah
Halaman: 504
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-551-4

Sinopsis:

LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia...” -Luqman Hariez

* * * * *

KAU CIPTA KASIH

Harga: RM16.00
Penulis: Azilah Wahab
Halaman: 416
ISBN: 978-983-124-559-0

Sinopsis:

Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.

Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.

Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!

Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...

Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?


* * * * *

DENGAR KATA HATI

Penulis: Iffa Zalia
Halaman: 544
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-565-1

Sinopsis:

ALLYZA terperangkap dalam dunia cinta remaja. Cinta pandang pertama memusnahkan dirinya. Insan yang ingin dikasihi untuk selamanya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Natijahnya, hati yang naif dan rapuh itu tidak mampu menanggung kehampaan dan kekecewaan. Dia dan Erry berpisah jua akhirnya.

Masa yang berlalu tetap tidak dapat memadamkan ingatan lampau. Dirinya yang tidak suci dirasakan tidak layak berdampingan dengan lelaki budiman. Sekeping cinta yang dihulurkan Haziq, tidak mampu dibalas. Dia malu untuk berterus terang mengenai keaiban kisah silamnya.

Tanpa disangka, Erry hadir semula dalam hidup Allyza untuk membuktikan keikhlasan janji yang pernah dilafazkannya dulu. Gadis itu gembira dengan kehadiran Erry di sisi. Barulah dia tahu bahawa Erry tidak bersalah dalam kejadian hitam yang menghantui dirinya. Kebahagiaan yang diimpikan, tetapi keperitan yang diperolehi. Saban hari dirinya dilukai dan disakiti. Akhirnya dia membawa diri. Allyza redha dengan apa yang bakal terjadi...

Read Malaysia 2010

Malaysia International Exhibition & Convention Centre
4 - 13 June 2010
11am - 10pm
MIECC, Mines Resort City


for more details, visit here