Oct 15, 2008

Jemputan ke Rumah Terbuka Norhayati Berahim


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada kakak-kakak, adik-adik, cik-cik, puan-puan dan tuan-tuan sekalian....


Dengan mandat yang telah diberikan oleh editor Puan Norhayati Berahim daripada NBKara Sdn. Bhd.( melalui Cik Suraya Adnan) maka dengan ini iejay ingin menjemput anda semua yang sudi melapangkan masa anda ke Rumah Terbuka Penulis : Norhayati Berahim.


Tarikh : 1 November 2008 (Sabtu)

Masa : 3 - 6 petang

Tempat : Pejabat NBKara Sdn Bhd
D19-1B, Jalan Prima Saujana 2/E,
Seksyen 2, Taman Prima Saujana,
43000, Kajang, Selangor
(03-8736 4025 / 03-8736 4028)


Sekiranya anda berminat, sila sahkan kehadiran anda kepada iejay selewat-lewatnya pada 24 Oktober 2008 (Jumaat) di iejay@yahoo.com. Sila nyatakan berapa jumlah comrade / batallion yang akan turut serta bersama-sama anda sekali bersama pengesahan kehadiran anda memandangkan tempat tidak terhad. maka anda bolehlah ajak sesi keluarga, rakan-rakan, adik/kakak ipar mahupun jiran tetangga anda yang berminat untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis yang julung-julung kalinya di adakan ini.


Kepada yang sememangnya failed area Kajang (seperti iejay sendiri...) pejabat NBKara terletak berdekatan dengan Giant Kajang dan tak jauh daripada Tesco Kajang. terdapat bas Intrakota dan bas mini yang melalui kawasan tersebut. Apapun di email akan datang setelah iejay dapat pengesahan kehadiran, iejay akan attached kan peta ke NBKara Sdn. Bhd.



p/s: Kalau ada sesiapa yang hendak letakkan jemputan ini di blog anda sendiri adalah dipersilakan. Tetapi sila pastikan pengesahan kehadiran di emailkan kepada iejay juga selewat-lewatnya pada 24 Oktober 2008 (Jumaat) di iejay@yahoo.com



Kita jumpa disana...sana...sana...

Oct 10, 2008

Kaulah Satu ~ buah tangan terbaru daripada KN

Judul: Kaulah Satu
Penulis: Fatin Nilam Sari
Harga: RM19.00
Terbitan: Kaki Novel

Blurb:
Apalah ertinya cinta jika tiada kesetian, tiada rindu dan tiada dendam. Cinta itu paduan semua perasaan. Cinta Halim sentiasa beralih dari satu wanita ke satu wanita. Anisa Camylia tersepit di antara cinta wanita-wanita yang dicintai papanya..

Akan terleraikah segala tekanan yang dialami apabila ketemu Jay, pemain piano muda yang kacak dan berkarisma. Akhirnya dia sanggup berkorban dan menyerahkan nyawa bagi membuktikan kesucian cinta.

*****
Anisa Camylia menjejakkan kakinya ke Pulau Pinang dengan satu misi yang satu : memporak-perandakan rumah tangga papanya dan Auntie Norma dengan harapan keluarganya akan bersatu kembali.

Ironis sekali tatkala misinya telah berubah kepada menyelamatkan Auntie Norma apabila mata hati Anisa Camylia terbuka luas menyaksikan petualangan papanya dengan perempuan lain.

Pertembungan pertamanya dengan Jay di stesyen kereta api Kuala Lumpur Sentral telah menggoyah tugu cintanya dengan Nazwan. Lantas dia terperangkap di dalam permainan perasaan ini.

Berjayakah Anisa Camylia dalam misinya untuk menyelamatkan ibu tirinya itu? Siapakah satu-satunya insan yang bertakhta di hati Anisa Camylia???

Oct 9, 2008

Novel Bulan Oktober Terbitan NB Kara


Penerbitan : NB Kara
Tajuk : Cinta Lelaki
Penulis : Nur Asikin Arsad
Harga : RM19.90
ISBN 978-983-434-737-6

Sinopsis :
Kata orang, lelaki memang banyak pilihan dalam bercinta. Kerana mereka yang akan memilih bukannya dipilih. Benar, tetapi untuk memilih bukan sesuatu yang mudah. Walau banyak yang datang, ramai yang disukai, belum tentu ada yang lekat di hati. Begitu juga Hadi. Bagi lelaki itu, yang disukai memang ramai, yang dicintai itu yang dicari. Kadangkala dia terpedaya. Itulah kata orang, terlalu sangat memilih... akhirnya diri yang terkena. Mampukah Hadi mencari cinta sejati? Siapakah yang berjaya memperdayakannya? Siapakah yang menjadi pilihannya?

Oct 8, 2008

Novel Terbaru Daripada CESB


Rindu-Rinduan - Azira Ahmad
ISBN978-983-893-892-1
RM23.90

Sinopsis:

Kusut, itulah yang dirasai Nur Addriana tatkala menerima khabar duka daripada abahnya. Antara keluarga dan cinta Zaqrul yang menyakitkan, dia nekad kembali ke Malaysia demi tanggungjawab yang terabai.

Pertemuan tidak sengaja dengan Aman Hanafi, membawa cinta baru dalam hidup Nur Addriana. Melenyapkan duka yang bertahun terpendam menjadi barah. Walau Zaqrul masih menyayanginya, masih leka dibuai cinta lama dan masih membiarkan memori silam basah dalam kenangan namun Nur Addriana nekad melupakannya. Walau sejarah silam terpalit noda, walau maruah diri telah lerai tergadai, Nur Addriana nekad beralih kasih, beralih sayang. Kisah silam… biar saja Tuhan yang tentukan keampunan-Nya…

*** ^ ***

Kau Yang Aku Sayang - Liza Nur
ISBN978-983-893-891-4
RM19.90


Sinopsis:


Memori semalam kekadang hadir, kekadang meminggir, sesekali mengusik rasa mengocak-ngocak jiwa menjadikan hati tertanya-tanya telah berakhirkah sejarah kita yang bertahun tersimpan kemas dalam lipatan kenangan? Lalu bagaimana dengan janji-janji lalu, akan terbiar lenyapkah ditelan waktu?

Dan andainya ada kebetulan dalam hidup kita yang memungkinkan aku menemui dirimu di mana-mana, aku bersedia dengan segala kemungkinannya. Aku akur dengan takdir Tuhan andai engkau telah pun berteman. Aku rela asalkan pencarianku ini telah temui penamatnya. Dan andai waktu itu engkau telah pun berteman biarlah janji-janji lalu lenyap ditelan waktu…

Salam Lebaran... Minal Aidil Wal-Faizin

Rasanya masih belum terlewat untuk wan mengucapkan Salam Lebaran buat kawan-kawan semua yang sudi menyinggah di sini...
Moga kawan-kawan semua beroleh kebahagiaan bersama orang-orang tersayang di bulan Syawal ini.
Maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap.