Oct 10, 2009

Jemputan Beraya Bersama PTS

Salam buat semua,
Buat sahabat-sahabat geng UlatBuku...

Wan sekadar memanjangkan email yang dihantar oleh Saudara Roslan Isa (roslan@pts.com.my)

*****

Assalammualaikum.

Pihak kami menjemput rakan media ke Majlis Beraya Bersama PTS. Jemput hadir ya.

Tarikh; 15 Oktober 2009
Tempat: Pejabat Pentadbiran PTS, Batu Caves
Masa: 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang


Terima kasih.

--
MOHD ROSLAN MD ISA
PR Executive
Marketing Department

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
No 12 & 12A, Jalan DBP
Dolomite Business Park
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Tel: +6 03 6188 0316
Fax: +6 03 6189 0316
H/P: +6 016 661 1847
E-mail: roslan@pts.com.my


*****

[ Buat sahabat yang berminat untuk menghadiri dan memeriahkan lagi jamuan ini... harap kamu dapat berhubung terus dengan Saudara Roslan (016-661 1847) untuk urusan konfirmasi ya.. =)]

Oct 8, 2009

Untuk anda bakal penulis tersohor...

Salam semua,

Jika anda berbakat dalam bidang penulisan, tapi tidak pasti di mana harus anda hantarkan manuskrip anda untuk dinilai dan diterbitkan... kini ada satu tempat yang boleh anda tuju bagi merealisasikan impian anda untuk bergelar penulis.

Sila lawat :: SINI ::<-.

Moga impian anda akan terlaksana!!

Pesta Buku & Penulisan 2009


Sukacita ingin kami hebahkan bahawa UIAM akan menganjurkan Pesta Buku dan Penulisan 2009 bersempena dengan Pesta Konvokesyen ke-25 UIAM pada 9-11 oktober 2009.

Butiran program adalah seperti berikut:

Program : Pesta Buku & Penulisan 2009
Tarikh : 9-11 Oktober 2009
Tempat : KAED Gallery, Kuliyah Arkitek dan Senibina UIAM


Dengan itu, kami mengalu-alukan seluruh warga Malaysia bagi memeriahkan lagi aktiviti yang telah disediakan. Untuk makluman semua, tiada bayaran masuk dikenakan untuk pesta buku. Pelbagai gerai jualan buku daripada pelbagai penerbit akan hadir dan juga pelbagai pertandingan bakal diadakan seperti deklamasi sajak, pertandingan bercerita dan sebagainya. Hadiah yang menarik bakal menanti pemenang yang bertuah.

Juga diadakan Seminar Sehari Penulisan Buku Popular bersama mentor penulis bestseller. Seminar ini buat julung-julung kalinya diadakan bersempena dengan Pesta Buku dan Penulisan 2009. Ia diadakan seiring dengan Pesta Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2009.

Ia diadakan berdasarkan butiran berikut :

* Tarikh : 10 Oktober 2009
* Tempat : KAED Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Akademi Penulis akan berkongsi maklumat bagaimana hendak menghasilkan sebuah karya popular yang mampu menjadi karya terlaris dalam pasaran. Seminar ini akan dikendalikan oleh dua orang jurulatih berpengalaman iaitu En. Fauzul Na’im Ishak, Pengurus Besar Penerbitan Kumpulan PTS merangkap jurulatih utama Akademi penulis dan saudara Zamri Mohamad, jurulatih kanan di Akademi Penulis.

Pengisian yang akan diberikan adalah :
* Motivasi Penulis : 5P : Formula Menjadi Penulis Bestseller
* Bagaimana Menjaga Hak Cipta dan Hak Penulis
* Teknik Penulisan Berkuasa Tinggi : KJ Metode
* Bagaimana Memasarkan Buku Cara Berkesan

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai seminar yang julung-julung kali diadakan ini. Bagi yang berminat boleh langsung menghubungi saudara Abdul Qahhar di talian 013 628 8614 ataupun 03 4149 2560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com. Bertindak sekarang!!

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Pesta Buku dan Penulisan 2009, semuanya dialu-alukan untuk menghubungi:

Saudara Mohd Helmi b. Md Suhaimi, H/P: 012-3052143
email : helmisuhaimi@gmail.com
Facebook : Helmi Suhaimi
Pesta Buku dan Penulisan 2009
Pengarah Program Pesta Buku dan Penulisan 2009

[Sumber Petikan daripada ->sini<-]

Alaf 21 ~ Oktober

Tajuk: Bebunga Kasih
Penulis: Hani Fazuha
Harga: RM19.90
Halaman: 512

Blurb:

DYA dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ‘suami orang’. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!

Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.

Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?


Tajuk: SAKSI CINTA
Penulis: WANA AMANI
Harga: RM18.00
Halaman: 488

Blurb:

MENGENALI Juliana seakan satu anugerah yang ALLAH berikan kepada Iskandar. Kehadiran gadis itu telah menceriakan hidupnya dan disayangi oleh seluruh ahli keluarga serta sahabatnya. Juliana begitu istimewa. Malah, Juliana juga telah mengajarnya menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.

Di saat Iskandar masih berteka-teki tentang perasaannya terhadap Juliana, Maya hadir menghulur salam perkenalan. Ternyata wajah ayu, kesopanan dan kelembutan gadis itu telah mencuri hati lelakinya. Dia rela bersama Maya walaupun jalan yang dilalui tidak semudah dan seindah ketika berdampingan dengan Juliana.

Bagi Juliana, dia terpaksa akur... Iskandar bukan miliknya. Demi sayang, dia sanggup melihat Iskandar berbahagia walaupun hatinya merintih hiba. Namun, saat semua impian ingin dicapai, Iskandar hadir memberi segunung harapan. Dia keliru. Adakah Iskandar lelaki yang sama pernah bertapak dalam hatinya?

Kini, mimpinya yang bertahun lalu seakan berubah menjadi realiti...

Oct 5, 2009

JS - Oktober 2009

Percayalah... Akhirnya ~ Ruby Hazri



dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang di permukaan, berolak dan bergelora di dasarnya

Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding dengan lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...



Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak untuk memiliki hatinya ~ Khairil



Salji datang lagi…

Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang

di padang harapan

Salji datang lagi...

Kala suramnya awan diri yang pasrah

mengenang mentari cindur yang hilang


Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~ Danial Wolfgang


Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi.


Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah

*****

Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi kisah Nur Atiqah.

*****

ISBN: 978-967-5118-23-4
Harga: RM22.00 (Sem. M'sia), RM25.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos: RM20.00 (mulai 7 Okt. 2009)