Apr 29, 2008

Pembaca undi pengarang popular

Salam semua,




Wah... dah lama rasanya wan tak menulis di sini. Terasa rumah ini makin sunyi pulak... padahal rasanya banyak jugak hal yang berlaku di sekeliling kitakan..?? salah satunya adalah seperti yang di atas tuh.

Wan tak nak tulis panjang lebar sebab wan sendiripun hanya dapat pandang sekali imbas jer hari sabtu yang lepas. Tapi kalau ada kawan-kawan yang nak tahu secara detail... boleh aje lihat di sini -> Berita Harian <- rasanya semuanya ada tercatat kat dalam tu.

Tetapi secara ringkasnya... pembaca yang ingin membuat pilihan pengarang mereka, perlu mengemukakan borang penyertaan daripada keratan akhbar Berita Harian dengan menandakan tiga buku paling digemari dan dilengkapi nama, nombor kad pengenalan serta telefon selain alamat. Borang berkenaan perlu dikirim ke alamat Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian-Popular 2008, Popular Book Co (M) Sdn Bhd, Lot 801, Level 8, Asmah Tower, Jalan Cerdas, Taman Connought, 56100 Kuala Lumpur, sebelum 17 Mei ini.

Penulis yang memenangi anugerah ini bagi Kategori Fiksyen dan Bukan Fiksyen Akan menerima hadiah wang tunai RM 1,000 dan trofi, kedua serta ketiga akan menerima wang tunai RM300 pada majlis penyampaian hadiah di KL Convention Centre, 27 Mei ini, jam 4 petang.

Sepuluh novel yang dipilih untuk Kategori Kreatif ialah Bunga-bunga Kemboja oleh Aina Emir, Biar Rindu Berlalu (Sharifah Abu Salem), Ku Seru Kasihmu (Izzul Izzati), Kasih Seharum Lavender (Eita Ashyta), Atas Nama Cinta (Bikash Nur Idris), Bayangan Rindu (Anis Ayuni), Murni Kasih (Norhayati Berahim), Senafas Rindu (Damya Hanna), Cinta... Tiada Akhirnya (Fauziah Ashari) dan Buatmu Kekasih (Aisya Sofea).

Sepuluh buku Kategori Bukan Cereka ialah Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains oleh Dr Danial Zainal Abidin, Rahsia Melabur dalam Unit Amanah (Suthara Segar), Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah (Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof), Dato’ Dr Haron Din Menjawab Persoalan Fikrah Harian (Bersama Ishak Din & Abu Hassan Din), Motivasi Alihan Pelajar (Tengku Asmadi), Ada Bagus Bagusss (Dr HM Tuah Iskandar), Jangan Main-main (Dr HM Tuah Iskandar), 13 Mei Sebelum Dan Selepas (Tunku Abdul Rahman), Rahsia Bisnes Orang Cina - ‘The Bamboo Network’ (Ann Wan Seng) dan Rahsia Minda Jutawan (Amar Mahmood).

Jadi, beramai-ramailah kita beli akhbar berita harian dan mengundi calun-calun penulis pilihan kita. Semoga industri novel/buku kita akan terus berkembang.

salam sayang,
~wan

Apr 23, 2008

World Books Day

Sekadar informasi untuk teman-teman ulat buku,



Hari ini 23 April, secara rasminya adalah
Hari Buku Sedunia (World Books Day)...



World Book and Copyright Day (also known as International Day of the Book or World Book Days) is a yearly event on 23 April, organised by UNESCO to promote reading, publishing and copyright. The Day was first celebrated in 1995. (sumber: Wikipedia)


World Book Day (UK and Ireland) 2008 logo


World Book Day was designated by UNESCO as a worldwide celebration of books and reading, and is marked in over 100 countries around the globe. The origins of the day we now celebrate in the UK and Ireland come from Catalonia, where roses and books were given as gifts to loved ones on St. George’s Day – a tradition started over 80 years ago. For international information about World Book Day, please click here. World Book Day 2008 in the UK and Ireland will take place on Thursday 6th March. Please note that this date applies to the UK and Ireland only. The initiative is so well established in schools here that we want to make sure that the Day happens in term time to really make the most of this opportunity to celebrate books and reading. Most other countries hold World Book Day on 23rd April every year. World Book Day is a partnership of publishers, booksellers and interested parties who work together to promote books and reading for the personal enrichment and enjoyment of all. (sumber: World Book Day website)


p/s: Di Malaysia setakat ini rasanya memang tak ada ditandakan dalam kalender untuk sambutan peristiwa ini... Yang ada pun setakat ini hanyalah kedai buku seperti MPH dan Times Book shop sahaja yang iejay perasan ada war-warkan tarikh ini dan memberi diskaun istimewa pada ahli mereka...
Di UK dan Ireland pada sambutan World Book Day mereka akan memberi buku pada orang tersayang. Untuk tahun 2008 ni acara mereka ialah memberi buku pada Hospital supaya dapat meberi manfaat pada pesakit-pesakit di sana... Menarik sungguh...
Bilalah dekat Malaysia ni nak ada acara macam ni ya? Mungkinkah UB boleh tandakan hari ini dalam kalender kelab kita supaya ingat tarikh penting ini dan mulakan inisiatif supaya orang lain di Malaysia juga sedar kewujudan tarikh ini?


Apr 22, 2008

Dirgahayu...


Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau panjangkan usia saudaraku...
Kau permudahkanlah segala urusannya...
Kau berkatilah setiap apa yang dikerjakannya...

Kau rahmatilah hidupnya...
Kau kurniakanlah kesihatan yang baik untuknya...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Semoga persaudaraan kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat kami...

Ameen... ameen Ya Rabbal Aalamin


Doaku buat si dia yang menyambut ulangtahun kelahirannya hari ini.

Apr 16, 2008

Temu Bual bersama Andrea Hirata

Temu bual ringkas bersama Andrea Hirata untuk tatapan bersama....

Terima kasih atas sokongan

Salam penuh kasih sayang buat semua UB....

Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Ilahi.

Di kesempatan ini Jid ingin merakamkan jutaan terima terima kasih kepada semua geng UB atas sokongan yang diberikan kepada Diskusi Tetralogi Laskar Pelangi pada Pesta Buku Antarabangsa Malaysia baru-baru ini. Semoga ia benar-benar bermanfaat buat kita semua.

Maklum balas dan komen dari semua peserta amat diharapkan.

Bersama ini Jid uploadkan sedikit sedutan daripada diskusi tersebut untuk tatapan bersama....



P/S: Amboiiii..peserta di barisan kedua itu sungguh khusyuk nampaknya ya...(",)