Jul 22, 2008

Penulis Jemari Seni di PBSel '08

PESTA BUKU SELANGOR 2008
Mulai 25 Julai - 3 Ogos 2008
Bertempat: Kompleks PKNS Shah Alam
No. Gerai: C38 (depan Restoran D&R)

Jadual Bertugas Penulis:

NOTA:

1. Karikatur & Pelukis, Oly dan NUD's akan berada di booth JEMARI SENI PUBLISHING sepanjang Pesta Buku Selangor 2008 berlangsung


2. Potongan harga novel antara 20% hingga 40%


Jumpa anda di Pesta Buku Selangor, ya!

Jul 21, 2008

Teaser...

“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung.
“Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan.
“Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?”
Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.
“Tulip ada?”
“Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?”
A-Cid berpaling ke belakang. “Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.”
Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah.
Addin jatuh rahang bawah. The-what???
“A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....”
I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya.

Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?

Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.

~***~



Hlovate kini muncul dengan TUNAS karya terbaru beliau yang bakal menemui anda para peminatnya.

Santai Bersama Kaki Novel

Salam semua,


Sebagaimana yang telah diwar-warkan, semalam 20 Julai 2008 telah berlangsung satu majlis yang sederhana tetapi meriah bersama Kaki Novel. Majlis 'soft launch' novel bulan Julai - Cupid Love karya Rafizah Nordin dan novel bulan Ogos - Asmara Seribu Cinta karya Anwar Razali, telah diadakan bertempat di Burger King K Avenue KLCC.

Jutaan terima kasih diucapkan pada kawan-kawan yang telah sanggup meluangkan waktu hujung minggu semata-mata untuk memeriahkan majlis ini.

Untuk c
erita lanjut anda boleh lawati sini http://amalynaysha.blogdrive.com


~ gang UB bersama penulis Rafizah Nordin & Anwar Razali ~

Untuk gambar-gambar sekitar majlis tersebut pula anda boleh lawati sini: http://wanamalyn.multiply.com

salam sayang
~wan

UlatBuku ke Jakarta & Bandung...

Di Jakarta...


~bersama Pak Kris, Mbak Endah @ Perca, Mbak Elly @ Mbak Rita~




Di Bandung...
~bersama Mas Kef @ Kurnia Affendi Gunung Mas Puncak~



Jul 17, 2008

Buku Baru Di Pasaran

Buku Bulan Julai Terbitan Jemari Seni

Kemunculan pengarang berpotensi ini pasti memeriahkan dunia sastera tanah air
~ Faisal Tehrani, Sasterawan


Apa yang Nysrah tak mahu?

Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!

Kenapa pula Nysrah tak mahu?

Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?

Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.


******##******

Buku Terbaru Terbitan Alaf21


NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yang bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah, sekadar menumpang kasih orang dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.

Kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun, rahsia keluarga yang tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih, yang manakah harus dikorbankan? Demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan.

"Cinta bukan matematik, Nudra.

Satu cinta bahagi dua bukannya setengah."

"Saya juga bimbang Is,

kalau kekuatan saya hilang dalam keadaan payah begini."

Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ahh.. tetapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka, parutnya tinggal sampai bila-bila. Lalu, apa lagi yang terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalah lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagia dalam kepura-puraan!

******^^******


Buku Bulan Ogos Terbitan Kaki Novel



Jebat Iskandar

Dia lelaki yang hidup dengan sumpah cintanya. Meskipun Fatin sudah tiada lagi, dia tetap berpegang dengan sumpah cinta itu dan akur dengan ketentuan bahawa di syurga nanti dia akan ditemukan. Namun kehadiran roh Fatin dalam setiap mimpi-mimpinya membuatkan dia keliru.

Dian Aryanti

Dia ingin dicintai dan mencintai. Kemelut cintanya dangan Ryan Amrie dan Mikael membuatkan dia sengsara dan sepi. Kehadiran puisi cinta dan mawar merah dari peminat misteri memberikan ilusi baru untuknya.

Puteri

Lelaki yang dicintainya seringkali tidak jujur dengannya. Mereka ada agenda tersendiri yang membuatkan Puteri derita. Danny, Atoi, Alex dan Mizan terus memburu cintanya. Puteri perlu memilih salah seorang dari lelaki itu demi kekosongan hatinya.

Jebat Iskandar, Dian Aryanti dan Puteri ditemukan dalam perjalanan cinta yang penuh gelora. Siapakah antara mereka yang benar-benar bahagia dan akan tersungkur luka dalam asmara cinta yang seribu erti..


******^^******