Aug 25, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (32) Gelora Asmara

Gelora Asmara
Haryani Kamilan

ISBN: 9789833669370
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 2 - 2008
Halaman: ~ 528
Harga: RM 18.90


~ Rasaku… ~

GA membawa kisah si mata keranjang; Tengku Ryan [Ryan] yang mula memperbaiki diri sendiri setelah terbabit dalam kemalangan yang menyebabkannya koma. Sebaik saja sedar dia pula disahkan mengalami komplikasi pneumonia akibat daripada gaya hidupnya yang kuat mengambil minuman beralkohol dan merokok ditambah pula dengan kecederaan yang dialami ketika kemalangan. Kesemuanya membuatkan Ryan mula menginsafi diri sendiri.

Sebagai lelaki yang kacak dan mempunyai harta peninggalan yang banyak memang sudah cukup melekakan Ryan. Dia digilai oleh ramai wanita sekaligus Ryan makin asyik dibuai nikmat duniawi. Tanggungjawabnya ditolak tepi, apa yang penting enjoy! Dan itu membuatkan ibu saudaranya; Engku Zabedah dan Lokman mengambil kesempatan untuk merampas segala hartanya. Dendam dan sikap iri hati sudah lama bersarang dalam diri dua beranak itu. Ryan yang sememangnya hanyut dengan keindahan sementara tidak pernah mengesyaki apa-apa. Padanya Engku Zabedah dan Lokman adalah tempat untuk bergantung harap.

MB : Cabaran 50 Buku : (39) Universiti Kedua

Judul : Universiti Kedua
Penulis : Kassim Ahmad
Terbitan : ZI Publications Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5266-14-0



1. Bolehlah kita melihat autobiografi ini sebagai sebuah catitan penulis sepanjang pengalamannya di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama hampir 5 tahun.

2. Dari kisah penangkapannya, sehingga ke pembebasannya.

3. Ditambah dengan penulisnya seorang pemuisi yang disegani juga kontroversi, memoir ini terasa enak dihadam dengan bahasa dan persembahan yang terasa dekat.

4. Mungkin sering kita mendengar tentang kezaliman ISA ini. Ditangkap tanpa siasatan, ditahan seberapa lama, terpisah dengan keluarga. Namun tak ramai pula yang mengetahui modus operandinya bagaimana seseorang itu boleh ditahan di bawah akta ini dan bagaimana pula kehidupan mereka di kem tahanan di Kamunting, Taiping, Perak sana.

5. Melalui memoir ini, penulis, Kassim Ahmad berkongsi sedaya ingatannya kronologi bermula dari pagi dirinya didatangi anggota Polis Persekutuan sehingga Timbalan Penguasa mengkhabarkan tentang pembebasannya lima tahun kemudian.

Aug 24, 2011

WA : Cabaran 50 Buku : (21) Baju Melayu Hijau Serindit

Penulis : Syud
Halaman : 430
Tahun : Mei 2011
Terbitan : Jemari Seni Sdn Bhd
Harga : RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)

Buku terbaharu karya Syud ini sebenarnya sudah lama saya khatam. Semasa Pesta Buku (2011) hari tu lagi saya dah habis baca. 1-kerana tuntutan tugas waktu itu, saya kena tahu apa kisahnya buku ini kalau-kalau ada yang bertanya. 2-sebagai penggemar karya-karya Syud, sememangnya karya terbaharu beliau sangat-sangatlah saya nantikan. Dan pastinya ia menjadi prioriti saya untuk dibaca.

Plot/Jalan Cerita:

Baju Melayu Hijau Serindit berkisah tentang Wardah yang polos. Kisah tentang Pacai yang 'tidak berapa budiman' (pada Wardah lah). Dan ini kisah yang berlaku di seputar hidup mereka. Takdir mereka terlakar dek naskhah Nyanyian Tanjung Sepi yang sudah payah untuk dicari. Pertemuan kali pertama yang menjengkelkan hati Wardah pada si dia yang memborong dua naskhah terakhir NTS. Pertemuan pertama yang tidak meninggalkan sebarang tanda pada Pacai. Yang dia ingat hanyalah sekadar si dia yang berkasut merah berjalan ketuk-ketak-ketuk-ketak.

UA : Cabaran 50 Buku : (4) Maaf, Saya bukan Bibik!


Judul : Maaf, saya bukan Bibik!
Penulis : Nashmin
Terbitan: JS Adiwarna Sdn. Bhd.
Halaman: 340 m/s
ISBN : 978-967-0201-10-8
Cetakan pertama Mei 2011

Kulit belakang novel :

Bahasa Melayu SPM tu ‘kacang’ baginya. Lalu dia luangkan masa baca majalah hiburan saja. Hasil: Bahasa Melayu – 9G. Dia nekad mahu ambil semula SPM, tapi dia kesian pada ibu yang sudah jadi balu. Mereka sekeluarga bukan orang berada, tinggal pun di rumah pangsa DBKL saja.

Dia perlu cari duit sendiri!

Peluang terbuka luas apabila ada kerja kosong jadi orang gaji di Selama, Perak. Tapi mampukah dia gadis Kuala Lumpur hidup jauh di pedalaman? Lebih-lebih lagi, anak lelaki majikan yang sudah bertunang itu sangat benci padanya.

Bibikkkk!! Siang ikan bersih-bersih ya!!

Kerenah Zaki yang memang seperti mahu menghalaunya itu buat Suhana jadi geram bercampur sedih. Perlu terus bertahan? Atau dia mengaku kalah sahaja dan katakan pada Zaki: Maaf, Saya Bukan Bibik!

Ini memang novel pertama NASHMIN. Namun karyanya sudah memperlihatkan kematangan; dia menulis daripada hati yang jujur lagi polos. Pemilik ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu ini garap bahasa Melayunya dengan baik sekali, menarik dan bersahaja. Prinsipnya, ‘segala usaha dan kerja yang dilakukan kerana Allah maka akan dinilai sebagai ibadah’.

Bicara Ummu Ammar :

Aug 23, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (31) Kau


Kau
Aloy Paradoks

ISBN: -
Penerbit: Paradoks Production & DuBook Press
Tarikh Terbit: Jun 2011
Halaman: ~ 40
Harga: RM 10


~ Rasaku… ~

Sekali lagi aku mencuri masa membaca kisah blook yang telah dibukukan. Hanya ada 7 cerpen walaupun penulisnya ada menyatakan menulis 8 cerpen baru, tetapi yang aku jumpa hanya 7, ia akan jadi 8 sekiranya ditambah dengan tinta penulis di halaman 3 itu.

Walaupun hanya ada 7 kisah tetapi terasa aku baca terlalu banyak kisah. Ya, ini mungkin bukan genre kesukaanku jadi aku terpaksa 'menghadam' kisahnya lebih lama daripada biasa.