Aug 23, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (31) Kau


Kau
Aloy Paradoks

ISBN: -
Penerbit: Paradoks Production & DuBook Press
Tarikh Terbit: Jun 2011
Halaman: ~ 40
Harga: RM 10


~ Rasaku… ~

Sekali lagi aku mencuri masa membaca kisah blook yang telah dibukukan. Hanya ada 7 cerpen walaupun penulisnya ada menyatakan menulis 8 cerpen baru, tetapi yang aku jumpa hanya 7, ia akan jadi 8 sekiranya ditambah dengan tinta penulis di halaman 3 itu.

Walaupun hanya ada 7 kisah tetapi terasa aku baca terlalu banyak kisah. Ya, ini mungkin bukan genre kesukaanku jadi aku terpaksa 'menghadam' kisahnya lebih lama daripada biasa.

7 cerpen berdiri atas paksinya sendiri, tak saling berkait tetapi gaya bahasanya sama saja. Perlu membaca hingga ke noktah terakhir dan kemudiannya aku akan berfikir 3-5 minit, mula mencerna maksud cerpen itu. Yang lebih teruk lepas habis 1 cerpen, aku tutup buku. Keluar berjalan-jalan atau capai buku lain sambil minda masih lagi terfikir-fikir akan maknanya. Aduh! *hantuk kepala ke dinding*

Ada 1 cerpen yang melekat; Lelaki Pelompat Monyet, Muthalib Sulaiman & Afifi Norian. Kisah si Enna yang sedang mencari pasangan. Dia mencari lelaki yang mampu membuatnya tersenyum, gembira sepanjang waktu dan mengembalikan keceriaan di kala dia berladung duka. Puas mencari dan akhirnya ketemu tetapi jawapan Afifi menghampakan. Kita mahu pasangan kita begini, begitu tetapi diri sendiri? Sudah cukup sempurnakah? Mengatur itu dan ini sedangkan diri belum pasti bagus. Kan lebih baik menjadi diri sendiri dan menghargai si dia itu seadanya.

Serius, ini memang bukan bukuku. Jadi aku tak tahu bagaimana mahu mengesyorkan pada kamu, tetapi kalau ingin sesuatu yang baru masih boleh cuba. Setahuku ia hanya dijual secara online di blog Paradoks.

Ps: Credit to Ajib again :)

Happy reading (^-<)
---
Airina

1 comments:

Aloy Paradoks said...

terima kasih banyak atas review awak.. :)