Feb 29, 2012

Cabaran 50 Buku : Pemenang Ulasan Terbaik 2011

Salam semua,

Sudah nak masuk bulan ketiga di tahun 2012 dah, nama pemenang Cabaran 50 Buah Buku untuk tahun 2011 masih lagi belum diumumkan. Teruk sungguhkan kakwan ni... *sigh*

Oklah. Selepas para panel membaca, meneliti, mengkaji dan berdiskusi... dengan ini kakwan dengan rasa besar hati mengumumkan 3 nama pemenang yang berjaya membawa pulang hadiah yang ditawarkan oleh pihak Jemari Seni Sdn Bhd selaku penaja utama.

Pemenangnya adalah...
1- Aimie – Melur Bunga Ivy
2- Anita Sang – Cinta Dari Istana
3- Ain Sabrina – Contengan Jalanan


Sebagaimana yang telah diuar-uarkan, pemenang hadiah pertama akan membawa pulang :
(a) Baucar bernilai RM200 untuk membeli buku di Toko Buku JS
(b) Hadiah hamper barangan solek bernilai RM200 – Body Shop
(c) Koleksi kerongsang daripada Pulau Nami

Sementara pemenang hadiah tempat kedua akan menerima Baucar bernilai RM150 DAN pemenang hadiah ketiga akan menerima Baucar bernilai RM100 untuk membeli buku di Toko Buku JS.

*Nota:
1- Para pemenang akan dihubungi melalui email berkenaan dengan cara penebusan hadiah daripada pihak penaja.

2- Tempoh sah laku Baucar adalah sehingga 31-Dis-2012 dan boleh digunakan untuk pembelian secara Pos atau beli di Premis JS ataupun pembelian di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) PWTC)

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Kepada yang tidak berjaya, jangan bersedih hati ya.

Di sini kakwan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan ketidakupayaan kakwan dalam mengendalikan acara Lomba Baca ini. Sesungguhnya kakwan adalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Ampunkan kakwan ya...

Sedih. Acara sudah berakhir. Teringin untuk menyambung kembali acara Lomba Baca ini, tapi kakwan tidak pasti adakah kakwan mampu memberikan komitmen memandangkan kerja-kerja opis yang makin bertambah... Insyallah jika ada apa-apa perkembangan kakwan akan uar-uarkan di sini...

Sekali lagi tahniah kepada para pemenang. Juga jutaan terima kasih untuk semua peserta yang menyumbang dan memeriahkan lagi acara Lomba Baca ini. Sesungguhnya tanpa penyertaan kalian semua, acara ini tidak akan semeriah seperti ini... Juga tidak lupa ucapan setinggi-tinggi penghargaan buat pihak Jemari Seni Sdn Bhd yang sudi menaja acara Lomba Baca ini. Sesungguhnya tanpa tajaan daripada pihak Jemari Seni pastinya acara ini tidak akan semenarik ini, betul tak?

Hingga kita bertemu lagi...

Salam sayang,
kakwan

6 comments:

Anita said...

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kakwan yang bertungkus-lumus mengndalikan acara ini, Jemari Seni yang bermurah hati menaja, Panel Penilai yang tidak jemu membaca dan menilai ulasan2 yang dihantar dan juga kepada semua peserta yang telah berkongsi ulasan dalam acara ini(sharing is caring) Tahniah juga kepada Aimie & Ain. :)

a.s.m.a said...

alhamdulilah !!

sukanya !!!!
happy sesangat..
ucapan terima kasih juga saya ucapkan pada Kak Wan , juga maaf untuk sgalanya sepnjang cbran 50buku ni.
juga terima kasih buat jemari seni , juga buat peserta2 yang lain.
tak sangka boleh habiskan cabaran 50buku setahun ni & tak sangka juga boleh menang.

alhamdulilah..alhamdulilah,syukur.

juga tahniah pada kak Aimie & anita !
jeles pada kak Aimie , baucar bodyshop tu..best2 !!!

RinnTis said...

tahniah semua. dah rinnnnnnndu

aimie_afifah said...

opppsssssssss...terkedu sekejap...

hilang segala penat terkejar dgn kerja luar..sekali buka ulatbuku ada berita gembira....alhamdulillah...

terima kasih pada kakwan yang mengorban segala untuk cabaran Jom Lomba Baca, panel penilai yang membaca & menilai & memilih resensi saya yang tidak seberapa, pihak Jemari Seni yang menaja hadiah untuk cabaran ini..

tentu rindu untuk membaca resensi dari teman-teman yang lain tp saya sungguh teruk..2012 belum ada sebuah pun buku yang saya tulis resensi..dah tersusun mengalahkan menara KLCC buku yang dibaca..kadang2 tak terkejar untuk menulis resensi namun tekad masih ada untuk terus menulis resensi...

tahniah juga untuk Kak Anita Sang & Ain Sabrina..

maaf juga jika ada yang tersilap apa-apa sepanjang cabaran tersebut...

ps: Ain..jgn jeles-jeles...alhamdulillah rezeki KakChik...

zana said...

wah, akhirnya dah diumumkan! teruja.. hehe. Tahniah kat semua pemenang2. Congrats2. =)

Walaupun tak menang tapi pengalaman yang dapat masa join cabaran nie pun dah cukup bernilai. Terima kasih semua.

airina said...

phewittt
Congrats to para pemenang terutamanya aimie :D

T/kasih pada Kak Wan & the geng yang mengaturkan acara 'lomba baca' ni. Memang terbaik.

T/kasih pada JS juga dengan hadiah-hadiah yang ditawarkan. Tak dapat menang hadiah utama tetapi dah dapat buku-buku free dari JS, dah cukup berbaloi.

Tahniah sekali lagi untuk para pemenang dan para peserta :D