Pengarang: Norhayati Berahim
Halaman : 870
Tahun : Januari 2011
Terbitan : NB Kara
Harga : RM28.00
Blurb:
Cinta itu tidak pernah berubah walau musim berganti
Bolehkah dipercayai cinta seorang kanak-kanak yang tidak punya apa-apa? Bolehkah dipegang segala janji dan kata-kata? Bagi ramai orang, cinta seorang kanak-kanak hanya cinta monyet, cinta yang cepat pudar dan hilang dalam sekelip mata. Cinta yang akan melompat dari satu dahan ke satu dahan, dari pokok pokok dan pergi tanpa apa-apa rasa?
Tetapi bagi seorang anak kecil seperti Atan, cintanya terlalu tulus buat Jaliha. Cinta yang datang dari mata turun ke hati. Cinta yang memicu dia terus berdiri dan berlari.
Cinta bagi seorang kanak-kanak, ianya terlalu jujur untuk dikhianati dan walau musim berganti. Cinta itu tidak pernah berubah walau seinci.
* * * * *
Membaca tajuk novel terbaharu karya penulis tersohor, Norhayati Berahim ini minda saya terngiang-ngiang lagu dendangan R. Azmi dan secara automatik bibir mula menyanyikan bait-bait lagu ~Dari Kerana Mata yang mempunyai kuasa... Oh aku tergoda... aku tergoda terkecewa.. jeng jeng... hahahaha
Dari Kerana Mata (DKM), kisah tentang Jaliha anak pensyarah maktab yang sering berpindah randah mengikut ibunya. Dari Seremban ke Melaka mereka berpindah membuatkan Jaliha tidak sukakan keadaan itu kerana dia sering kehilangan sahabat tatkala berpindah rumah dan sekolah. Jaliha, si anak yang dibenci ibu sendiri, sering di bela oleh si nenek. Dan hanya Johari, si abang yang menjadi sahabat baiknya, yang sering mempertahankan dirinya tatkala dipukul oleh si ibu.
Atan anak yatim yang kehilangan bapa dan ditinggalkan oleh ibunya kepada si nenek untuk di bela. Nenek Boyah yang miskin, yang hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun Atan anak yang baik pekerti, yang insaf akan keadaan diri, berusaha membantu meringankan beban si nenek. Sanggup bersusah payah dengan si nenek.
Perkenalan mereka, membuatkan zaman kanak-kanak Jaliha kembali ceria. Persahabatan mereka membuatkan Atan punya sahabat yang sanggup susah senang bersama. Memberi peluang pada Atan berkongsi ‘abang’ (Johari) dengan Jaliha untuk dia menumpang kasih. Pada Jaliha dan Johari, kaya-miskin bukan syarat untuk bersahabat dengan mereka. Dan sebuah basikal yang menjadi pengikat hati mereka.
Namun takdir memisahkan mereka apabila nenek kesayangan Atan kembali kerahmatullah. Atan yang sebatang kara hilang tempat bergantung. Pada hari Atan di bawa pergi dari hidup Jaliha & Johari tanpa rela, mereka kehilangan sahabat yang dikasihi. Hanya kenangan yang tinggal sebagai azimat dan doa moga dengan ihsan-Nya mereka bisa ketemu di suatu masa nanti.
Hidup dijalani sebagaimana yang diaturkan takdir. Jaliha yang telah tamat pengajian dengan gelar Doktor Jaliha, membuka butik pengantin dan menjadi perancang perkahwinan. Johari yang cemerlang dengan gelar Doktor membuka klinik sendiri. Namun ‘Atan’ mereka masih belum mendapat khabar berita apatah lagi untuk ketemu.
Bagaimanakah nasib si Atan apabila dia dibawa pergi oleh mereka yang bergelar ibu & ayah angkat? Masihkah takdir menyebelahi mereka, memberi peluang untuk mereka bertemu? Jawapannya ada di dalam naskhah setebal 870 mukasurat ini.
Rasa Saya:
Dari Kerana Mata (DKM) ini bukan sekadar berkisah tentang Jaliha – Atan – Johari semata. Ada Zaitun yang menjadi sahabat Jaliha sedari kecil. Ada Nik Azri yang membuka madrasah di Pattani, yang bercita-cita ingin menjadi peniaga berjaya. Ada Akim, anak Zaitun yang menjadi penghibur Jaliha, Johari dan Haji Arshad (bapa tiri Jaliha). Ada Dr. Ramona si ibu yang bencikan anak kandung sendiri. Ada Deraman si lelaki yang tidak bertanggung-jawab. Pendek kata ada ’ramai’ lagi watak yang menghidupkan jalan cerita ini.
DKM bergerak mengikut kronologi. Berkisah seawal mereka di usia kanak-kanak (8 tahun) hinggalah ke usia mereka yang meningkat dewasa (lebih 30 tahun). Berkisar tentang erti persabahatan. Tentang pengorbanan seorang sahabat terhadap sahabatnya tanpa mengharapkan balasan. Tentang pentingnya ikatan kekeluargaan walau seburuk mana sekalipun layanan mereka. Pendek kata DKM yang mengangkat tema kekeluargaan dan persahabatan ini sarat dengan kisah yang memberi pengajaran, teladan dan iktibar buat kita.
Saya rasa naskhah ini boleh dipendekkan andainya teknik imbas kembali (flashback) digunapakai. Namun saya sedar mungkin ini adalah trademark penulis yang lebih gemar bercerita sedari awal cerita (A) hingga ke noktah akhir (Z) mengikut turutannya. Sebagai pembaca, anda tidak perlu risau akan hilang punca. Tapi apa yang tidak syoknya, naskhah yang setebal 870 halaman ini membuatkan tangan saya lenguh bila harus memegangnya dalam jangkamasa yang agak lama. Lagi satu, tabiat saya yang gemar membaca ala-ala Cleopatra (sambil baring) agak menyakitkan apabila buku ini terjatuh ke atas dada... tak percaya? Cuba lah baca sambil baring! Hehehehe
Selamat membaca!
Sumber: wanAmalyn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
rasanya baru je beli Hujan pun Menari, dah ada novel baru? byk betul Idea NB ni kan... mmg pun, sy pun suka baca novel sambil baring selalu terjatuh atas dada sebb lenguh pegang...
Komennya best ke tak best novel ni? boleh beat novel lama2 dia tak? NB mmg suka buat citer byk2 watak kan? kadang2 rasa semua watak tu watak utama.
SweetYatt yang sweet :)
Ya, saya memang tabik spring pada kak yati (NB) dia memang banyak idea dan cepat aje menulis... bagaimanalah agaknya cara dia berkarya ya? Pulak tu novel dia bukannya nipis, tebal!
:) hehehe tebal-tebalpun tetap baca jugak kan??
Secara peribadinya saya rasa karya-karya beliau bersama Creative dulu lebih melekat di hati saya. Tak tahu kenapa. Tapi disebabkan ada tertera nama Norhayati Berahim di kulit hadapan saya tetap beli... :D
Best ke tak? Inilah soalan yang sangat susah saya nak jawab. :)Terpulang pada pembaca, tapi apa yang boleh saya katakan kadang-kala trend watak-wataknya agak similar to previous novel. Cuma yang membezakan adalah KISAH yang di paparkan sebagai jalan cerita.
:)
yup.. selalu org beli sebb nama dia.. belum ada promotion or ulasan buku dia dah sold out... saya belum sempat nak baca buku2 lama dia, tak ada dalm simpanan pun sebb dulu2 tak pandai baca novel.. he he ..
mesti kureng kan? sebb susah nak komen he he.. Hujan pun menari tu sy suka watak mak dia, dgn watak jahat aminah, watak utama mcm penyedap cerita je..
saya tak leh sahut lah baca 50 buku ni... rasa mcm byk sgt... now reading Biar Jadi Kaktus by Iffa Zalia
SweetYatt yang sweet... :)
Nak kata kureng tu tak laaa... mungkin sebab saya sudah terlalu banyak baca hasil karya kak yati (hampir kesemua karya2 beliau saya dah baca) jadi saya boleh agak bagaimana 'watak'nya berkembang. Dan apa yang pasti heroinnya pastilah sebaik-baik manusia... ;)
Jomlah join... tak cukup pun tak apa, sekurang-kurangnya kita mencuba! Saya ni pun belum tentu berjaya menghabiskan 50 buah TAPI akan berusaha dengan gigih untuk capai matlamat! :D
kak wan...saya pun peminat tegar kak yati..buku kak yati ngan alaf n cesb sy de simpan...
Adhan...
:) bagaimana dengan penerbitan lain (kakwan dah lupa namanya tp rasa2nya dah tutup pun publisher tu) & NB Kara ada terbitkan semula... dah baca? :)
kak wan...semua buku kak yati saya ada..tak kira dgn penerbitan dh tutup ke apa ke...semua yg penulisnya NORHAYATI BERAHIM *termasuk yg NB Kara terbitkan semula* saya ada kecuali novel kanak2 sbb rasa kak yati penah buat cite kanak2..
Post a Comment