Jun 29, 2009

Akan Terbit - Ogos 2009


Tajuk : Akhirnya Ku Temui
TIANA ARESYA
m/s : 309
Harga : RM15 - Ahli RM11

Kegagalan lalu banyak mengajar Mir erti ketabahan. Mengapa di saat dia akan mengecapi kebahagian yang diimpikan hatinya pasti dilukai? Adakah kerana ketentuan-Nya begitu atau ianya kerana ujian dari Yang Kuasa terhadap dirinya yang serba kekurangan?


Kegigihannya selama ni, memang berbayar dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi di dalam kerjaya. Daripada seorang yang tidak punya apa-apa, kepada seorang yang begitu berpengaruh di MIH Holding. Mungkin sudah rezeki dan tuahnya di situ.


Namun, mengapa dia sering gagal di dalam soal hati. Di saat ada jiwa yang mahu mengisi kekosongan hatinya, dia pula tidak punya rasa untuk menyambut salam bicara. Di kala dia mengimpikan insan yang diminatinya, lain pula yang terjadi. Gagal dan terus gagal yang mengundang tragis di dalam kehidupannya. Lalu membawa hati jauh dari bumi tanah tempat tumpah darahnya.


Namun janji Tuhan tak pernah dimungkiri. Setiap titis air mata, setiap derita dan sengsara pasti ada hikmah di sebaliknya. Tentunya ada sesuatu yang membahagiakan di penghujungnya. Akhirnya hadir seorang insan yang menjadi kekasih walaupun hakikatnya ada insan lain yang lebih menarik pendangan.


Namun tidak mudah kebahagian in dikecapi dengan kehadiran Tina anak majikannya yang begitu mengharap. Shieda – gadis impiannya sejak di bangku sekolah dan Myza teman seperjuangan yang tulus ikhlas mengabdikan diri untuknya. Namun bahagia tak kunjung tiba. Derita jua yang sering bertamu.


Siapakah insan yang tulus menerimanya? Bilakah dan dimanakah akan ditemui insan itu?

Akan Terbit - Ogos 2009



Tajuk : Baju Pengantin Mak Andam
AREILA SAHIMI
m/s : 540
Harga :RM18 Harga Ahli RM14


“Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa.” ~Zain~

“Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih
seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila
tiba part nak luahkan isi hati.” ~Aleeya~

Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang sombong yang eksen tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tau nak kata apa sebab dia tak tau apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab dia takut kena tinggal, dia takut kuciwa macam apa yang pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat confius.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang dihati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa di bina tembok ego antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk tolong ‘shampookan’ hubungan ini. Biar yang simpul dileraikan, biar yang kusut dilembutkan, biar yang serabut dirapikan. Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?......

Novel Baru


Tajuk : Kerana C.I.N.T.A
m/s : 357
harga : RM 16 harga Ahli RM12

Dua kisah kehidupan. Dua kisah percintaan yang berbeza. Kerana cinta mereka bahagia. Kerana cinta mereka merana. Kerana cinta mereka bersengsara.

CINTA - Seorang gadis yang kematian ibu bapa. Dia dijaga oleh ibu saudara yang mengasihi dirinya. Perkenalan dengan Hazriq membuatkan dia mula mengenali erti rindu. Namun, hubungan mereka dicemburui oleh Lidya,sepupunya. Lidya mula membuat racangan bagi memisahkan mereka. Cinta sedaya upaya mempertahankan hubungannya dengan Hazriq namun apabila Hazriq sendiri berubah hati, dia terpaksa mengalah. Kerana kecewa,dia akhirnya membawa diri...

HAIRI - Cintanya terhadap Salina tiada bandingnya tetapi hubungan mereka tidak direstui keluarganya. Kerana cinta yang mendalam dia sanggup meninggalkan kemewahan demi untuk insan yang di sayangi. Hatinya gembira tatkala ibunya mula berubah dan mengajak dia kembali ke rumah. Namun, di sebalik kebaikan itu, terdapat seribu dendam. Kerana terlalu kecewa dengan nasib dirinya, dia sekali lagi membawa diri...

Dua kisah menjadi satu. Kerana cinta mereka dipertemukan. Kerana cinta mereka sekali lagi mengharungi dugaan kehidupan. Dugaan Hazriq yang sekali lagi hadir menagih kasih lalu mengusik hati Cinta. Ditambah lagi dengan sikap ibu Hairi yang masih lagi memikirkan soal darjat. Satu demi satu dugaan yang datang adakalanya menyebabkan mereka keliru namun mereka tetap menempuhnya dan mempertahankan hanya KERANA C.I.N.T.A.

Novel Baru



Novel keluaran Jun 2009

Tajuk : Seindah Taman Raudah
m/s : 362
harga : Semenanjung RM18 ( Sabah/Sarawak RM21 )
harga Ahli RM14

Raffique, aku mahu kau tahu bahawa air mata ini tidak pernah kering tiap kali aku mengingatimu. Tiap belaianmu, tiap titis kasihmu membuat aku tidak pernah tahu apa itu erti derita. Namun semua itu hanya memori semalam. Kau bawa pergi kasih kita. Kau tinggalkan mimpi indah di saat cinta bersemi. Tiap duka yang terpendam kusimpan bersama. Dan kusingkap kenangan dulu tiap kali rindu datang.

Andai bisa kulafazkan erti cinta ini, akan kucoret di tiap dada langit yang kosong. Sepanjang perjalanan ini aku menghitung hari demi hari, Mencari cinta yang agung. Aku ingin menjadi teman di setiap mimpi indah dalam lenamu. Aku juga mahu menjadi sesuatu yang akan sentiasa kau rindui. Aku mahu tiap langkahku kau ada bersama, kerana aku tahu aku menyintaimu. Dan aku mahu menjadi Faizalmu yang abadi.

Kupertaruhkan cinta yang satu. Kuhitung tiap tutur yang kau cipta. Kubina impian di atas mim[i yang belum pasti. Kutitipkan kasih abadi pada janji yang dibina. Dan aku tahu bila keyakinan kudatang, kasihku bukan hanya sekadar cinta kerana kasihku adalah seindah Taman Raudah.

Jun 16, 2009

Pesta Buku Alaf 21


Kepada pembaca sekalian, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Premis Alaf 21 pada 26 hingga 28 June 2009 sempena PESTA BUKU ALAF 21. Sememangnya Alaf 21 menjanjikan potongan harga yang sungguh mengujakan kita bagi setiap pembelian buku keluaran mereka sama ada Alaf 21 mahupun Buku Prima.

Jom kita serbu!!!