Jul 31, 2008

Pesta Buku Malaysia 2008




keterangan lanjut sila lawat sini :-) http://www.pestabukumalaysia.com


Antara Peserta Yang Mengambil Bahagian :-)

Amiux (M) Sdn Bhd
Arus Intelek Sdn Bhd
Creative Enterprise Sdn Bhd
Dawama Sdn Bhd
E-Media Publication Sdn Bhd
EZ Math Sdn Bhd
Ezra Sanders Educator Sdn Bhd
Grolier (M) Sdn Bhd
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM)
Lexisnexis Malaysia Sdn Bhd
Linguaphone Distributors Sdn Bhd
MOY Publications Sdn Bhd
MPH Distributors Sdn Bhd
Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM) PRESS
Penerbit Universiti Teknologi Mara (UiTM) UPENA
Penerbitan Nadi Ilmu Sdn Bhd
Penerbitan Jaya Bakti Sdn Bhd
PNI Neuron (M) Sdn Bhd
Pustaka Salam Sdn Bhd
Pustaka Yamien Sdn Bhd
S.Abdul Majeed & Co.
Selvan Holding (M) Sdn Bhd
Unik Didik Sdn Bhd
Utusan Publications & Distribution Sdn Bhd
Zenith Resolve Zis Services

Jul 29, 2008

Akan Datang Daripada Penulis Noor Suraya

Panggil Aku Dahlia



















Dahlia menutupi badannya yang kecil dengan gebar putih. Dia berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu di tengah rumah tingkat tiga itu dengan telanjang kaki. Ruang yang sederhana luas itu, sebahagiannya ditutupi rak buku yang tinggi hampir mencecah ke lelangit rumah. Ada sofa lembut warna merah jambu berbelang putih memenuhi ruang tamu itu. Walaupun sofa tu sudah lusuh tetapi masih bersih; sehinggakan warnanya yang pudar itu nampak bagaikan satu fesyen pula. Kerusi otoman warna maroon, satu-satunya perabot baru yang ayah beli setelah hampir sepuluh tahun Dahlia pergi. Semuanya tidak berubah, sama seperti dulu! Serupa!
Kecuali.... Nay sudah tidak ada!

Di sudut ruang belajar itu, ada lukisan yang Dahlia lukis sewaktu dalam tingkatan dua. Dahlia memang tidak pandai melukis, dan lukisan yang tergantung itu satu-satunya yang pernah dia lukis secara serius. Itu pun kerana terpaksa, kerana dia tersalah pilih aktiviti kokurikulum. Hanya kerana dia ingin melarikan diri daripada sekelab dengan Wadi, dia mendera perasaannya dengan segala warna, kertas, berus. Jadi itulah hasilnya. Namun lukisan itu ada nilai sentimental yang tersendiri. Lukisan itu telah dijual untuk mengutip derma, dan ayah membeli dengan harga yang mahal. Sejak itu, ia menghuni ruang ini sejak bertahun-tahun. Dan ayah Dahlia pernah berbangga bukan main padanya pada waktu itu!

Sebenarnya ayah suka kalau Dahlia pandai melukis. Tanah tinggi ini ada seratus panorama yang boleh dipindahkan atas seribu kertas, kata ayahnya. Itulah hasil kerjanya: lukisan warna-warni tentang ladang ini dari jendela matanya sendiri. Ada bunga dahlia pelbagai warna, jua dahlia dalam warna hijau. Dan sepasang sibur-sibur berebut akan bunga nan satu. Ayah suka melihat latar ladang teh yang beralun dan menganjur luas di belakang bunga-bunga itu. Sedangkan nay pula mengagumi bunga dahlia besar berwarna seroja yang terserlah di depan sekali. Kata nay, dahlia seroja itu ialah Dahlia... penyeri banglo warisan ini. Manakala Dahlia lebih menyenangi sibur-sibur itu. Kata nay, sibur-sibur itu menyerupai nyamuk aedes aja! Ah, nay... bukankah itu jelas-jelas sepasang sibur-sibur. Mana mungkin dikatakan nyamuk!

dipetik daripada http://noorsoraya.blogdrive.com/

******

Nota kaki: tak sabar nak tunggu buah tangan terbaru kaksu ni.... terasa bagaikan penantian itu satu penyiksaan.!!

Jul 26, 2008

Temui Penulis di Pesta Buku Selangor



Penulis PTS


26 Julai 2008 (Sabtu) - 11.00 – 12.00 tengah hari
Zamri Aminuddin
Buku: Mengapa Gagal Menjual
Deskripsi: Dapatkan tip penulis bagi mempengaruhi dan memikat lebih ramai pelanggan dengan efektif dan beretika serta meningkatkan jualan produk.

26 Julai 2008 (Sabtu) - 12.00 – 1.00 petang
Penulis: Ahmad Fadzli Yusof

Buku: Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah
Deskripsi: Bersama penulis popular, mengupas prinsip Hijrah yang diamalkan individu berjaya bagi mencipta kecemerlangan dan kejayaan.

26 Julai 2008 (Sabtu) - 1.00 – 2.00 petang
Aminah Mokhtar & Amir Husaini

Buku: Seteguh Fikrah Salehah & Transgenesis
Deskripsi: Temui novelis yang memenangi pelbagai anugerah sastera dalam bidang penulisan novel. Juga Transgenesis novel fiksyen sains thriller yang menerapkan elemen saintifik dan cemas saintifik.

26 Julai 2008 (Sabtu) - 2.00 – 3.00 petang
Penulis: Ann Wan Seng

Buku: Rahsia Islam di China & Formula Bisnes Negara China
Deskripsi: Penulis dilahirkan dalam keluarga Cina dan memiliki bisnes sendiri tekad memberi informasi mencontohi bisnes dan kegemilangan Islam di China.

26 Julai 2008 (Sabtu) - 3.00 – 4.00 petang
Shamsuddin Abdul Kadir

Buku: Kaya dengan Rumah
Deskripsi: Pemilik web
www.shamsuddinkadir.com adalah pakar wang dan hutang menerangkan kepada pengunjung cara mengurus gaji dan menyelesaikan hutang mengikut kira-kira yang tepat dan selamat.


27 Julai 2008 (Ahad) - 1.00 – 2.00 petang
Amin Idris

Buku: PDA untuk Pemimpin Berwibawa
Deskripsi: Temui beliau bagi mendapatkan tip menjadi eksekutif, ketua, remaja dan masyarakat yang berwibawa.

27 Julai 2008 (Ahad) - 2.00 – 4.00 petang
Geng PEKOMIK

Buku: Lili Lulu Lala, Kecemprengman, Liga Pendekar dan TWINX
Deskripsi: Temui Nurazmi Mohter, Poyo, Azhar Abdullah dan Pac dengan brand pelopor komik Malaysia (komik-M) menggayakan aksi daripada watak ciptaan masing-masing.


2 Ogos 2008 (Sabtu) - 11.00 – 12.00 tengah hari
Saridah Hamid

Buku: Bahtera Nabi Nuh
Deskripsi: Temui penulis yang komited menyampaikan dakwah kepada remaja melalui tulisan yang santai dan bersahaja. Dapatkan juga motivasi menulis dan kongsi pengalaman beliau dalam bidang kewartawanan.


2 Ogos 2008 (Sabtu) - 12.00 – 1.00 petang
Sunthara Segar

Masa: Buku: Rahsia Melabur dalam Unit Amanah
Deskripsi: Dapatkan tip melabur yang selamat dan menguntungkan daripada pakar bidang insurans, unit amanah, pemasaran produk kewangan, wasiat, amanah dan pinjaman perumahan.

2 Ogos 2008 (Sabtu) - 2.00 – 3.00 petang
Norlela Zubir

Buku: 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia
Deskripsi: Penulis wanita yang giat memotivasi wanita menceburkan diri dalam bidang bisnes dan mengurus keluarga.

2 Ogos 2008 (Sabtu) - 4.00 – 5.00 petang
Zaid Akhtar

Buku: Salju Sakinah
Deskripsi: Novelis popular ini menemui pengunjung bagi berkongsi pengalaman menulis dan cara menulis novel yang bersifat drama dan popular.


3 Ogos 2008 (Ahad) - 4.00 – 5.00 petang
Bahruddin Bekri & Faizak Dzasrik

Buku: Dunia Ini Sederhana Kecil & Ini Suatu Cerita
Deskripsi: Temui novelis remaja ini bagi berkongsi pengalaman menulis novel isu remaja bekerjaya dan bergaya di kota metropolitan.




******


Penulis Alaf 21


Temui novelis kesayangan anda iaitu Aida Adriani, Hani Fazuha dan Murni Aqila di Pesta Buku Selangor bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor pada hari Sabtu dan Ahad, 26 dan 27 Julai 2008. Pesta buku ini akan berlangsung selama 10 hari bermula daripada 25 Julai sehingga 3 Ogos 2008, jam 10 pagi hingga 9 malam. Diskaun sebanyak 15% hingga 25% diberikan untuk setiap buku.

Marilah beramai-ramai membeli buku sambil beramah-mesra dan bersua muka dengan para novelis!




******

Jul 22, 2008

Penulis Jemari Seni di PBSel '08

PESTA BUKU SELANGOR 2008
Mulai 25 Julai - 3 Ogos 2008
Bertempat: Kompleks PKNS Shah Alam
No. Gerai: C38 (depan Restoran D&R)

Jadual Bertugas Penulis:

NOTA:

1. Karikatur & Pelukis, Oly dan NUD's akan berada di booth JEMARI SENI PUBLISHING sepanjang Pesta Buku Selangor 2008 berlangsung


2. Potongan harga novel antara 20% hingga 40%


Jumpa anda di Pesta Buku Selangor, ya!

Jul 21, 2008

Teaser...

“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung.
“Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan.
“Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?”
Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.
“Tulip ada?”
“Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?”
A-Cid berpaling ke belakang. “Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.”
Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah.
Addin jatuh rahang bawah. The-what???
“A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....”
I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya.

Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?

Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.

~***~



Hlovate kini muncul dengan TUNAS karya terbaru beliau yang bakal menemui anda para peminatnya.

Santai Bersama Kaki Novel

Salam semua,


Sebagaimana yang telah diwar-warkan, semalam 20 Julai 2008 telah berlangsung satu majlis yang sederhana tetapi meriah bersama Kaki Novel. Majlis 'soft launch' novel bulan Julai - Cupid Love karya Rafizah Nordin dan novel bulan Ogos - Asmara Seribu Cinta karya Anwar Razali, telah diadakan bertempat di Burger King K Avenue KLCC.

Jutaan terima kasih diucapkan pada kawan-kawan yang telah sanggup meluangkan waktu hujung minggu semata-mata untuk memeriahkan majlis ini.

Untuk c
erita lanjut anda boleh lawati sini http://amalynaysha.blogdrive.com


~ gang UB bersama penulis Rafizah Nordin & Anwar Razali ~

Untuk gambar-gambar sekitar majlis tersebut pula anda boleh lawati sini: http://wanamalyn.multiply.com

salam sayang
~wan

UlatBuku ke Jakarta & Bandung...

Di Jakarta...


~bersama Pak Kris, Mbak Endah @ Perca, Mbak Elly @ Mbak Rita~




Di Bandung...
~bersama Mas Kef @ Kurnia Affendi Gunung Mas Puncak~



Jul 17, 2008

Buku Baru Di Pasaran

Buku Bulan Julai Terbitan Jemari Seni

Kemunculan pengarang berpotensi ini pasti memeriahkan dunia sastera tanah air
~ Faisal Tehrani, Sasterawan


Apa yang Nysrah tak mahu?

Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!

Kenapa pula Nysrah tak mahu?

Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?

Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.


******##******

Buku Terbaru Terbitan Alaf21


NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yang bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah, sekadar menumpang kasih orang dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.

Kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun, rahsia keluarga yang tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih, yang manakah harus dikorbankan? Demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan.

"Cinta bukan matematik, Nudra.

Satu cinta bahagi dua bukannya setengah."

"Saya juga bimbang Is,

kalau kekuatan saya hilang dalam keadaan payah begini."

Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ahh.. tetapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka, parutnya tinggal sampai bila-bila. Lalu, apa lagi yang terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalah lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagia dalam kepura-puraan!

******^^******


Buku Bulan Ogos Terbitan Kaki Novel



Jebat Iskandar

Dia lelaki yang hidup dengan sumpah cintanya. Meskipun Fatin sudah tiada lagi, dia tetap berpegang dengan sumpah cinta itu dan akur dengan ketentuan bahawa di syurga nanti dia akan ditemukan. Namun kehadiran roh Fatin dalam setiap mimpi-mimpinya membuatkan dia keliru.

Dian Aryanti

Dia ingin dicintai dan mencintai. Kemelut cintanya dangan Ryan Amrie dan Mikael membuatkan dia sengsara dan sepi. Kehadiran puisi cinta dan mawar merah dari peminat misteri memberikan ilusi baru untuknya.

Puteri

Lelaki yang dicintainya seringkali tidak jujur dengannya. Mereka ada agenda tersendiri yang membuatkan Puteri derita. Danny, Atoi, Alex dan Mizan terus memburu cintanya. Puteri perlu memilih salah seorang dari lelaki itu demi kekosongan hatinya.

Jebat Iskandar, Dian Aryanti dan Puteri ditemukan dalam perjalanan cinta yang penuh gelora. Siapakah antara mereka yang benar-benar bahagia dan akan tersungkur luka dalam asmara cinta yang seribu erti..


******^^******

Jul 15, 2008

Majlis Minum Pagi Sambil Bicara Fasal Buku

Salam semua,



Syukur alhamdulillah, sebagaimana yang dicanangkan... majlis diskusi buku terbitan Jemari Seni Publishing untuk slot bulan Julai 2008, usai sudah. Majlis yang berlangsung dalam suasana yang santai penuh kekeluargaan ini telah berjaya membuka peluang kepada penulis, pembaca dan penerbit bergabung dalam satu majlis, berdiskus tentang novel-novel keluaran penerbit 'indie' ini.

Selain memberi peluang kepada pembaca mendapatkan novel yang 'fresh from oven' (novel bulan Julai), juga membuka peluang kepada pembaca mengenali secara dekat dengan para penulis Jemari Seni yang hadir memeriahkan majlis (selain sessi tandatangan). Di samping itu juga pembaca-penulis-penerbit berpeluang untuk berkongsi pandangan dengan para pembicara yang sudah pastinyalah lebih arif.

Para pembicara yang dijemput khas oleh Jemari Seni untuk berbicara fasal novel, pada aku bukan calang-calang orangnya. Seperti Puan Shaidah Shafei, beliau merupakan seorang wartawan dan penulis, Puan Ina Marjana Ulfah juga merupakan seorang pensyarah dan penulis begitu juga dengan Puan Shamsiah Mohd Nor yang merupakan seorang pendidik yang sedang menyiapkan PHD juga merupakan seorang penulis yang hebat.

Pendek kata selain majlis untuk meraikan novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu karya sulung Aidil Khalid (seorang lagi anak muda berbakat besar dalam bidang penulisan kreatif), pertemuan ini juga mampu membuka peluang untuk berkongsi idea dan pandangan terhadap dunia penulisan. Selain novel Bila Nysrah Kata Tak Mahu, novel Lili Buat Najah karya Nazurah Aishah dan novel Tentang... Dhiya karya Syud juga dibicarakan pada hari itu. Oh ya penulis Salina Ibrahim juga datang memeriahkan majlis.

Untuk cerita lanjut sekitar majlis yang telah berlangsung itu, anda boleh juga lawati sini:-
Untuk melihat photo-photo sekitar majlis tersebut, anda boleh layari sini:-

Bagi pihak Jemari Seni Publishing, aku ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan buat para pembicara, buat para penulis JS yang menghadirkan diri, juga buat anda sekalian yang telah sudi meluangkan dan mengorbankan liburan hari minggu anda untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian untuk kali ini.
~wan

Jul 10, 2008

Majlis Bersama Kaki Novel & Novel Bulan Julai-nya

Salam semua,

Sekali lagi wan/kakWan diamanatkan untuk menjemput kawan-kawan semua bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran novel terbaru terbitan Kaki Novel.

Bagi mereka yang sudah maklum ataupun masih lagi tak pasti di mana majlis ini akan berlangsung, majlis ini akan diadakan di...

  • Lokasi : Burger King K-Avenue KLCC (bersebelahan dengan stesen LRT KLCC)
  • Tarikh : 20 July 2008 (Ahad)
  • Masa : 10.00 pagi

Bagi kawan-kawan yang berminat nak menghadirkan diri, sila email pada wan/kakWan di amalynputri@gmail.com selewat-lewatnya sebelum atau pada 16 Julai 2008 untuk tempahan tempat. Memandangkan tempat adalah terhad, Offer ini terbuka kepada 30 orang yang pertama menghantar email pada wan/kakWan.

Sekian, terima kasih.

~wan