Feb 4, 2011

R: Cabaran 50 Novel: (2) Biarkan Aku Merindu


Biarkan Aku Merindu
Penulis Lily Suriani
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Editor: Mazuen Yahaya
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
484 mukasurat

"Kehangatan Cintamu mencairkan kebekuan hatiku..."

Ni kisah bos-seketeri. Rafiq yg suka bertukar-tukar teman wanita demi utk mencari wanita yg serasi dgnnya utk dijadikan isteri sering menjadikan setiausahanya, Anntasya a.k.a Anne sbg alasan utk dia melarikan diri dari wanita2 yg mula obses dgn dirinya. Tabiatnya itu berlarutan bertahun lamanya sehingga dia tidak sedar Anne sahajalah yg betul2 faham akan dirinya. Anne sendiri takut utk bergelar teman wanita Rafiq kerana faham benar dgn sikap Rafiq itu. Keputusan Rafiq utk akhirnya bertunang dengan Qistina sepatutnya membuat Anne berasa lega, tetapi dia sendiri keliru dgn perasaannya yg wujud rasa tidak senang apabila melihat Rafiq bersama Qistina. Qistina awal2 lagi sudah mengesan keakraban Anne dgn Rafiq dan mula memasang strategi utk menyingkirkan Anne dari Syarikat DecoFiq.

memang semua staff tak suka Qistina yg sudah berlagak bos sedangkan dia baru berstatus bakal tunang bos. Qistina terang-terangan memerintahkan Anne supaya berenti kerja. Kebetulan pula masa tu Anne dpt offer sambung belajar di University Lim Kok Wing, so dia ambil peluang itu sebagai alasan utk meninggalkan DecoFiq. Sikap Qistina terhadap Anne disampaikan oleh staff lain kpd Rafiq dan Rafiq memikirkan semula keputusannya utk bertunang dgn Qistina. Dia tak sangka Anne langsung tak mengadu padanya tentang sikap Qistina. Keputusan Anne utk sambung belajar membuat Rafiq hilang punca. Dia terbayang2 hidupnya tanpa Anne. Baru brapa hari Anne sambung belajar hidupnya kucar kacir. lepas bercuti utk menenangkan fikiran pun dia masih lagi tak tentu arah. Anne yg kebetulan mencari kerja sambilan utk menampung pengajiannya ditawarkan utk menjadi weekend secretary dan menguruskan temujanjinya dari rumah dan secara online. Anne memang tak menolak sbb dia memang dah serasi dgn semua staff DecoFiq. Rafiq berubah ceria semula. Dia cuba menunjukkan prihatin dan sayangnya pada Anne tapi Anne macam buat2 tak faham saja. Kehadiran Idham membuat Rafiq cemburu dan cuba memenangi hati Anne. Tak sangka pulak Idham ngn Qistina tu boleh bekerjasama pulak utk mengenakan Rafiq.

Selain kisah cinta Anne-Rafiq, kisah perpisahan keluarganya dgn ayah kandungnya juga mencuit perasaan. Anntasya sudah berputus harapan utk menemui ayah kandungnya yg menghilang tetapi adik lelakinya, Adam sentiasa tertunggu2 munculnya ayah yg tidak pernah dikenalinya. Prof Azhar terlalu malu dgn sikapnya dahulu utk kembali kpd keluarganya.

Aku memang menyenangi karya2 Lily Suriani. Karya keempatnya ini memang aku tertunggu tunggu kemunculannya :) kisah cinta sebegini mungkin kedengaran biasa bagi penggemar2 novel, tapi sentuhan Lily Suriani memberi keistimewaan sendiri utk kisah ini. Nama Ariana yg sekali sekala muncul menggantikan nama Anntasya, sedikit mengganggu konsentrasi cerita. Mungkin nama asal watak Anne adalah Ariana dan kemudian diganti dgn nama Anntasya.

sumber: AlongSide @ multiply

R: Cabaran 50 Novel: (1) Jet Jonah


Jet Jonah
Penulis: Ika Madera
Editor: Noor Suraya bt. Adnan Sallehudin
Terbitan Jemari Seni Publishing
Cetakan Pertama Nov. 2010
528 muka surat
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00


Cerita yang byk menyingkap zaman kanak2 Jet & Jonah. Journey down the memory lane tu yang membuat cerita ini manis dan ceria. Cerita ini juga membuat kita turut terbawa ke zaman kanak2 masing2.


Kalau diukur dari kisah percintaan, Jet Jonah mungkin adalah kisah yg biasa kita baca sebelum ini, sahabat dari zaman kanak2, bertemu semula dan salah seorg dari mereka sudah lama menyimpan perasaan kasih buat sahabatnya. Itulah 'kek' cerita ini, tetapi memori lama mereka merupakan topping yg lazat & manis dan kenangan2 mereka itu jugalah menjadi hiasan yg mencantikkan lagi 'kek' tadi :)


Jet menjejak Jonah di laman facebook setelah sekian lama terpisah. gambar profile Jonah ketika zaman kanak2 membawa Jet ke zaman kanak2 mereka yg penuh suka duka. Dia tak pernah menyangka rupa2nya Jonah juga merantau di Kota London dan dia mahu mengambil peluang itu utk mendekati Jonah, tetapi Jonah seperti tidak mahu didekati walaupun dia turut gembira menyusuri semula memori zaman2 kanak2 bersama Jet yg penuh cerita menarik. Jonah menyimpan rahsia, dia meninggalkan segala2nya di Malaysia kerana kecewa. Rahsia yg sekian lama disimpan kejap dalam keluarga itu terbongkar ketika Jonah bakal mendirikan rumah tangga dgn lelaki pilihan hatinya. Rahsia yg terbongkar itu telah membuatkan ikatan tersebut terlerai sebelum sempat disimpul.


Kapten Jet muncul kembali mewarnai persahabatan mereka. Tapi atas nasihat Ikhwan, Jet mengambil pendekatan yg lebih slow and steady, tapi kemesraan Jet dan Ikhwan membuat Jet berasap. Kehadiran keluarga yg merestui hajat Jet membuatkan Jet berani melamar Jonah.


Kisah sebenar asal usul Jannah tidak lah seburuk sangkaan Jannah. Jet banyak mendorong Jonah supaya mengenang jasa keluarga yg membesarkannya. Scene Jannah mula2 call family dia di kampung tu sangat mengharu kan. Memang patut Jonah membuka hatinya buat Jet. Kelihatan Jonah belajar menyintai Jet selepas menjadi isteri Jet :) Ada lagi peristiwa yg berlaku menduga hati dan perasaan Jonah. kalau kecil2 dulu, Jonah yg lebih banyak in control berbanding Jet sampai Jet pernah merajuk sbb kena ikat kat pokok rambutan yg penuh kerengga bersama-sama Jonah, tetapi sekarang Jet tetap bersama-samanya menempuh segala peristiwa yg mendatang :)


Selepas diorang kawin, dah 'hilang' flashback2 kisah diorg semasa kecil.


Sumber: AlongSide @ multiply

Feb 2, 2011

MA : Cabaran 50 Novel (1) : Sayalah Puteri Raja

Hari Isnin malam, ketika suami bekerja syift dan saya menyambar peluang yang ada untuk membaca sebuah novel. Bukanlah tiada masa ketika suami ada di rumah untuk membaca. Soalnya, saya akan rasa bersalah apabila membaca atau menulis ketika suami ada. Jadinya, membaca hanya ketika suami bekerja syift malam dan di dalam tren. Buku ini saya beli ketika Book Sale BNM di MPH. Borong sakanlah sambil suami menjeling-jeling!

Satu malam sahaja, saya berjaya menghabiskan membaca ‘Sayalah Puteri Raja!’

Hahahaha. Saya memang tergelak ketika membaca novel dari penulis Aizam Aiman ini. Hari ini terus saya ‘add’ beliau di laman FB nya.

Sambil mata melihat televisyen, mengunyah kek coklat yang yummy! Novel ini berjaya dilunasi dan cabaran membaca 50 buah buku sedang saya kejari. *Insya-Allah. Sejujurnya saya merasakan tidak mampu kerana kegiatan menulis juga sedang berjalan seiringan sekarang ini. Namun perlu diingat, jika mahu menulis maka hendaklah membaca, membaca dan membaca.
Ceritanya lebih kurang begini :

Kisah ini bermula di negara kecil yang terletak antara Malaysia dan Brunei. Armani nama diberi.
Watak utamanya adalah Zara Bin Muhammad, memang berangan menjadi puteri raja. Kemudian dia amat memusuhi jirannya, Munir Bin Musa. Plot berkembang dengan sungguh menghiburkan hati dan gelak ketawa. Zara juga seorang yang adakala sombong dan adakala membikin saya ketawa!

Ajaibnya, Mak Da (pembantu rumah) dan mamanya juga turut sama melayan angan-angan Zara menjadi nyata. * Isk, kalaulah saya juga dipanggil Puteri Mardihah, alangkah bagusnya. Berbeta dan berpatik-patik di rumah. Mahu saya meloncat keliling dunia. Haaa..perasan-perasan!

Okey, dijadikan cerita jiran baru Zara berpindah berhampiran rumah mereka. Secara kebetulan nama jiran baru mereka adalah Adam bin Muhammad. Berkongsi tarikh lahir yang sama dan bersekolah dan sekelas dengannya. Rupa-rupanya, mama dan papa Adam mahu Zara dan Adam berkawan rapat. Semestinya ada rahsia di sebalik semua ini. Adam menjadi pesaing dalam pelajaran Zara di dalam kelas. Semestinya membuatkan Zara amat cemburukan Adam.

Ada rahsia yang tersimpan di antara mama Zara dan papa Adam. Dipendekkan cerita, mereka sebenarnya adalah adik beradik kembar yang terpisah semenjak 15 tahun dahulu. Melalui perdana menteri Negara Armani, Adam memaklumkan kepada Zara bahawa Zara adalah kakak kandungnya!

Wah, sudah semestinya Zara akan menjadi puteri raja! Namun mereka harus merahsiakan pengetahuan pertama mereka mengenai status adik beradik dari mama dan papa mereka.
Mereka menyamar menjadi sepasang kekasih dan membuatkan mama dan papanya sampai pitam kerana mereka menjadi ‘kekasih’ walhal sebenarnya mereka adalah adik beradik.

Pengakhir cerita, pastinya mereka disahkan status oleh mama dan papa mereka. Rahsia akhirnya dibongkarkan kepada mereka dan Zara menjadi puteri raja seperti angan-angannya. Munir bin Isa yang menjadi musuh Zara pula rupa-rupanya adalah 'bodyguard' Adam dan pemerhati Adam. Pstt : macam ada bau-bau cinta antara Zara dan Munir!

Zara? Lantas dibawa ke Istana Mawarni. Jeng jeng jeng. Jangan ingat mudah menjadi puteri raja ya!
* saya tidak sabar membaca sambungan, 'Sayalah Putera Mahkota!'

sumber : Mardihah Adam

A&N : Cabaran 50 Novel (2) : Nyanyian Tanjung Sepi

Nyanyian Tanjung Sepi
Noor Suraya

ISBN: 9838936766
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2006 [Cetakan 2010]
Halaman: ~755
Harga: RM29.90

~ Rasaku… ~

Apa yang indahnya novel ini? Novel yang pada mulanya adalah naskah e-novel yang dilayarkan di teratak kecil Nyanyian Tanjung Sepi :D Sukar mahu menjawabnya kerana aku rasa keseluruhan cerita ini memang indah. Maaf kalau aku bias, tapi ini apa yang aku rasa seusai menutup cerita cinta berhalaman 755 ini. Ada rasa yang berbaur. Bukan kerana kecewa dengan penamatnya tetapi rasa kagum dengan penamat cinta antara Aqmar, Khalida dan Zainur.

Aqmar; lelaki hebat di mataku. Hampir setanding [atau mungkin lebih hebat di scene tertentu :P] dengan Din [J&D]. Selalunya kita melihat seorang wanita yang sanggup berkorban kerana cintanya tetapi mengenali Aqmar, aku tahu golongan Adam juga tidak kurang hebatnya dalam bercinta. Pengorbanannya dan perjuangannya bukan hanya kerana cinta dunia semata-mata, tetapi lebih kepada cintakan agamanya. Memang aku terharu dengan cara Aqmar meladeni rasa cintanya.

Aqmar pernah ditinggalkan oleh kekasihnya, Tunku Dara dan disebabkan itu dia hampir jadi bujang terlajak. Bukan tiada bunga yang cuba mengintainya tetapi tak tahu mengapa hatinya yang tersangkut. Bertemu dengan Khalida; gadis manis yang jauh lebih muda daripadanya telah berjaya mengetuk pintu hatinya yang tertutup rapat. Aura gadis itu menyebabkan Aqmar nanar. Angau dan benar dia sudah jatuh cinta buat kali keduanya.

Khalida sebaliknya memang menyampah dengan Aqmar tu. Siap bagi gelaran doktor gatal lagi hahaha Namun siapa sangka ada kisah keluarga yang merantai dia dan Aqmar. Cerita yang sudah berbelas-belas tahun itu diungkit kembali dan dengan rela dalam paksa Khalida menerima lamaran keluarga Aqmar.

Sukar sebenarnya meyakinkan Khalida tentang rasa cinta yang menggunung di dalam hati Aqmar. Aku memang tabik spring pada Aqmar kerana kesabarannya menanti Khalida menyambut cintanya. Rasa yang tak pernah putus asa walaupun dia tahu Khalida menerimanya kerana desakan keluarganya. Memang wajar Aqmar dihadiahkan gelaran kekasih yang terhebat. Cuma aku memang tidak setuju dengan tindakan Aqmar yang bagaikan membelakangkan Khalida ketika dia mengambil Tunku Dara sebagai isteri keduanya. Jeng jeng jeng... ha pasti terkejut kan bila aku sebut pasal hal ini? Kalau nak tahu di sini lah aku makin kagum dengan Aqmar walaupun jauh di sudut hati aku rasa nak cepuk je kepala Aqmar ni kih5 :P

Apa terjadi pada Khalida selepas itu memang memeritkan. Aku sendiri tak tahu nak menyokong siapa. Khalida atau Aqmar? Yang pasti kehadiran Tunku Dara memang amat menjengkelkan aku. Lupa nak cerita tentang Zainur. Dia ni pensyarah muda di universiti Khalida dan merupakan jejaka pertama yang disukai Khalida. Rasanya lebih tepat kalau aku gelarkan cinta pandang pertama Khalida. Tetapi jodoh mereka 'tergantung' seketika kerana Khalida mengahwini Aqmar. Dan seterusnya? Ha, sila baca sendiri. Tak best la nak cerita semua kan? :P Ingatan pada yang mudah mengalirkan air mata, aku kira sediakan tisu atau sapu tangan kerana emosi anda pasti terusik!

Ps: Kalau tak silap novel ini dinobatkan novel terbaik CESB pada tahun 2006. Betulkan kalau aku silap :D

Happy reading (^-<)

sumber : Airina

A&N : Cabaran 50 Novel (1) : Odisi Bulan Biru

Odisi Bulan Biru
John Norafizan

ISBN: 9789675118159
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Tarikh Terbit: Mac 2009
Halaman: ~ 478
Harga: RM 19.90

~ Rasaku… ~

Seperti kisah-kisah JN yang lalu, penulis suka benar membawa para pembacanya bersama-sama mengembara dan meneroka sesebuah negara. Dan untuk kali ini, aku 'dibawa' Akira Muhammad [Akira] menikmati keindahan bumi Jepun dan Turki.

Menggunakan kata nama diri 'aku' memang lebih memudahkan pembacaan apatah lagi kalau kisah pencarian sebegini. Akira bukanlah hero sebenar cerita ini. Wataknya dibina berdikit-dikit sebelum boleh dianggap wira. Jujurnya aku lebih tertarik dengan watak Yamata, lelaki misteri yang menyelamatkan Akira sewaktu dia cuba membunuh diri. Aku juga lebih suka dengan Emri, anak muda yang cacat penglihatan di bumi Turki itu. Dua watak ini menyedarkan aku betapa pentingnya kita percaya pada Tuhan. Iman dan kecintaan kita hanya senipis kulit bawang, tanpa pegangan yang kukuh kita akan tersungkur bila-bila masa saja.

Watak-watak lain seperti Ayumi, Kafka dan Nakamura merupakan pelengkap kisah Akira. Mereka semua ditemui ketika Akira mencari ayahnya. Namun siapa tahu dalam misinya itu dia juga terheret sama dalam pencarian kitab yang boleh merungkai misteri nama Allah yang ke-100. Di penghujung kisah, barulah muncul Qistina. Gadis yang kita kenali semenjak daripada Bab 1. Menarik kerana watak itu yang akan membongkar keseluruhan pencarian ini. Lupa! Watak yang penting juga. Umazaki; adik Akira. Dia pencetus kepada pencarian ini.

Ini kisah pencarian. Bukan saja mencari seseorang atau pun sesuatu tetapi juga sesi mencari diri sendiri. Dalam Akira mencari ayahnya dan membantu Ayumi dan Kafka, dia sebenarnya sedang mencari dirinya yang 'hilang'. Mahu tahu apa maksudku? Sila baca :D Dan ya, amat penting jangan melangkau pembacaan kerana setiap babak ada adegan flashback yang akan membawa anda lebih mengenali cerita ini sebenarnya. Banyak yang aku nak tulis tetapi bagiku cukup setakat ini. Kisah pencarian ini perlu dirasai sendiri. Anda harus mengembara bersama-sama Akira kerana penghujungnya kita akan berada di Doro No Kakou :D

Terbang tinggi mengikut angin dan jangan sesekali melihat ke bawah. Ikut ke mana hati ingin pergi dan jangan pernah menyesalinya [page 199]

Ps: 3 bintang? Kenapa? Kerana GGDV lebih berkesan di hati :))

Happy reading (^-<)

sumber : Airina