John Norafizan
ISBN: 9789675118159
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Tarikh Terbit: Mac 2009
Halaman: ~ 478
Harga: RM 19.90
~ Rasaku… ~
Seperti kisah-kisah JN yang lalu, penulis suka benar membawa para pembacanya bersama-sama mengembara dan meneroka sesebuah negara. Dan untuk kali ini, aku 'dibawa' Akira Muhammad [Akira] menikmati keindahan bumi Jepun dan Turki.
Menggunakan kata nama diri 'aku' memang lebih memudahkan pembacaan apatah lagi kalau kisah pencarian sebegini. Akira bukanlah hero sebenar cerita ini. Wataknya dibina berdikit-dikit sebelum boleh dianggap wira. Jujurnya aku lebih tertarik dengan watak Yamata, lelaki misteri yang menyelamatkan Akira sewaktu dia cuba membunuh diri. Aku juga lebih suka dengan Emri, anak muda yang cacat penglihatan di bumi Turki itu. Dua watak ini menyedarkan aku betapa pentingnya kita percaya pada Tuhan. Iman dan kecintaan kita hanya senipis kulit bawang, tanpa pegangan yang kukuh kita akan tersungkur bila-bila masa saja.
Watak-watak lain seperti Ayumi, Kafka dan Nakamura merupakan pelengkap kisah Akira. Mereka semua ditemui ketika Akira mencari ayahnya. Namun siapa tahu dalam misinya itu dia juga terheret sama dalam pencarian kitab yang boleh merungkai misteri nama Allah yang ke-100. Di penghujung kisah, barulah muncul Qistina. Gadis yang kita kenali semenjak daripada Bab 1. Menarik kerana watak itu yang akan membongkar keseluruhan pencarian ini. Lupa! Watak yang penting juga. Umazaki; adik Akira. Dia pencetus kepada pencarian ini.
Ini kisah pencarian. Bukan saja mencari seseorang atau pun sesuatu tetapi juga sesi mencari diri sendiri. Dalam Akira mencari ayahnya dan membantu Ayumi dan Kafka, dia sebenarnya sedang mencari dirinya yang 'hilang'. Mahu tahu apa maksudku? Sila baca :D Dan ya, amat penting jangan melangkau pembacaan kerana setiap babak ada adegan flashback yang akan membawa anda lebih mengenali cerita ini sebenarnya. Banyak yang aku nak tulis tetapi bagiku cukup setakat ini. Kisah pencarian ini perlu dirasai sendiri. Anda harus mengembara bersama-sama Akira kerana penghujungnya kita akan berada di Doro No Kakou :D
Terbang tinggi mengikut angin dan jangan sesekali melihat ke bawah. Ikut ke mana hati ingin pergi dan jangan pernah menyesalinya [page 199]
Ps: 3 bintang? Kenapa? Kerana GGDV lebih berkesan di hati :))
Happy reading (^-<)
sumber : Airina
0 comments:
Post a Comment