Feb 2, 2011

A&N : Cabaran 50 Novel (2) : Nyanyian Tanjung Sepi

Nyanyian Tanjung Sepi
Noor Suraya

ISBN: 9838936766
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2006 [Cetakan 2010]
Halaman: ~755
Harga: RM29.90

~ Rasaku… ~

Apa yang indahnya novel ini? Novel yang pada mulanya adalah naskah e-novel yang dilayarkan di teratak kecil Nyanyian Tanjung Sepi :D Sukar mahu menjawabnya kerana aku rasa keseluruhan cerita ini memang indah. Maaf kalau aku bias, tapi ini apa yang aku rasa seusai menutup cerita cinta berhalaman 755 ini. Ada rasa yang berbaur. Bukan kerana kecewa dengan penamatnya tetapi rasa kagum dengan penamat cinta antara Aqmar, Khalida dan Zainur.

Aqmar; lelaki hebat di mataku. Hampir setanding [atau mungkin lebih hebat di scene tertentu :P] dengan Din [J&D]. Selalunya kita melihat seorang wanita yang sanggup berkorban kerana cintanya tetapi mengenali Aqmar, aku tahu golongan Adam juga tidak kurang hebatnya dalam bercinta. Pengorbanannya dan perjuangannya bukan hanya kerana cinta dunia semata-mata, tetapi lebih kepada cintakan agamanya. Memang aku terharu dengan cara Aqmar meladeni rasa cintanya.

Aqmar pernah ditinggalkan oleh kekasihnya, Tunku Dara dan disebabkan itu dia hampir jadi bujang terlajak. Bukan tiada bunga yang cuba mengintainya tetapi tak tahu mengapa hatinya yang tersangkut. Bertemu dengan Khalida; gadis manis yang jauh lebih muda daripadanya telah berjaya mengetuk pintu hatinya yang tertutup rapat. Aura gadis itu menyebabkan Aqmar nanar. Angau dan benar dia sudah jatuh cinta buat kali keduanya.

Khalida sebaliknya memang menyampah dengan Aqmar tu. Siap bagi gelaran doktor gatal lagi hahaha Namun siapa sangka ada kisah keluarga yang merantai dia dan Aqmar. Cerita yang sudah berbelas-belas tahun itu diungkit kembali dan dengan rela dalam paksa Khalida menerima lamaran keluarga Aqmar.

Sukar sebenarnya meyakinkan Khalida tentang rasa cinta yang menggunung di dalam hati Aqmar. Aku memang tabik spring pada Aqmar kerana kesabarannya menanti Khalida menyambut cintanya. Rasa yang tak pernah putus asa walaupun dia tahu Khalida menerimanya kerana desakan keluarganya. Memang wajar Aqmar dihadiahkan gelaran kekasih yang terhebat. Cuma aku memang tidak setuju dengan tindakan Aqmar yang bagaikan membelakangkan Khalida ketika dia mengambil Tunku Dara sebagai isteri keduanya. Jeng jeng jeng... ha pasti terkejut kan bila aku sebut pasal hal ini? Kalau nak tahu di sini lah aku makin kagum dengan Aqmar walaupun jauh di sudut hati aku rasa nak cepuk je kepala Aqmar ni kih5 :P

Apa terjadi pada Khalida selepas itu memang memeritkan. Aku sendiri tak tahu nak menyokong siapa. Khalida atau Aqmar? Yang pasti kehadiran Tunku Dara memang amat menjengkelkan aku. Lupa nak cerita tentang Zainur. Dia ni pensyarah muda di universiti Khalida dan merupakan jejaka pertama yang disukai Khalida. Rasanya lebih tepat kalau aku gelarkan cinta pandang pertama Khalida. Tetapi jodoh mereka 'tergantung' seketika kerana Khalida mengahwini Aqmar. Dan seterusnya? Ha, sila baca sendiri. Tak best la nak cerita semua kan? :P Ingatan pada yang mudah mengalirkan air mata, aku kira sediakan tisu atau sapu tangan kerana emosi anda pasti terusik!

Ps: Kalau tak silap novel ini dinobatkan novel terbaik CESB pada tahun 2006. Betulkan kalau aku silap :D

Happy reading (^-<)

sumber : Airina

0 comments: