
Mar 27, 2008
Mar 21, 2008
Jadual Bertugas Penulis di Pesta Buku 2008
(sila lawat Jemari Seni untuk lebih jelas)
##%%&&%%##
Penulis Pustaka Nasional/Islamiyah (Gombak) :- Booth
Penulis Dedaun Hijau Di Angin Lalu & yang terbaru beliau Selembut Sutera Sekeras Waja iaitu Manaf Hamzah akan menemui anda pada 12 April 2008 jam 2 petang. (mengikut kata penulis ini sendiri, sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa).
Note:
Saya nak cuba dapatkan senarai penulis-penulis yang akan berada di Pesta Buku nanti... seperti penulis Kaki Novel, Alaf, Creative, PTS dsb... tapi saya tidak mempunyai sumber yang membolehkan saya dapatkan data tersebut *muka sedih*. Insyallah bila saya dah dapatkan maklumat tersebut akan di tampalkan di sini untuk panduan kawan2 semua... atau jika ada sesiapa yang ada... boleh juga emailkan pada saya untuk saya tampalkan disini.
~wan~
Mar 18, 2008
Andrea Hirata di Book Fair
Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati.
Jid ingin maklumkan 1 berita gembira buat peminat Andrea Hirata (**wink** to kak Anim). Beliau akan berada di Malaysia pada Pesta Buku Antarabangsa Malaysia nanti. Berikut adalah details berkaitan program beliau:
Program: Bedah Buku
Tarikh: 12/04/2008 (sabtu)
Jam: 2.00pm-3.00pm
Tempat: Bilik Seminar Kedah/Johor
Jemputan khas buat UB akan dikirimkan melalui emel sedikit masa lagi. UB akan berpeluang beramah mesra dengan beliau secara lebih dekat. Dan Kak Wabbit boleh bersedia dengan camera canggihnya. (",).
Di attachkan wajah terkini Andrea Hirata dan buku-bukunya yang sudah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.
Mar 17, 2008
The Rain da story..

Lokasi: The Rain ~ Bandar Baru Bangi
Tema Acara: Bebas & Santai
Tarikh Berlangsung : 15 Mac 2008
Masa yang diambil : 3 - 6 Petang
**~**~**~**~**
Majlis dimulakan dengan alu-aluan oleh pengacara majlis hari itu iaitu Cik Ahada - yang menjadi bidan terjun saya agak... kerana sepatutnya tugas itu disandang oleh kak Anim yang diserang demam dan hilang suara- walaubagaimanapun syabas buat adik kita ni kerana berjaya melaksanakan tugas yang diberi dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Harris dan sekaligus merasmikan majlis 'soft launch' kita pada petang itu.
Usai bacaan doa di 'amin' kan oleh para jemputan yang hadir, tetamu dijemput untuk menjamu selera dengan juadah istimewa yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Jemari Seni. Sementara tetamu menjamu selera, majlis diteruskan dengan pengacara majlis menjemput penulis Garis-Garis Dejavu iaitu sdr John Norafizan untuk memberi sepatah dua kata... diikuti dengan acara kupasan novel Garis-Garis DejaVu oleh Putri Nur Iman dan Persis Sebutir Pasir oleh Pn Noor Suraya.
Saya juga menyusun sepuluh jari andai ada kelemahan dan ketidakpuasan hati anda terhadap layanan terutamanya dari diri saya pada hari itu, sebenarnya terselit juga perasaan ralat disudut hati, kerana saya tidak berkesempatan untuk beramah mesra dengan semua kawan-kawan yang hadir... ampunkan saya.!! harap anda tidak serik untuk berjumpa dengan saya di lain masa dan ketika nanti.
salam sayang,
Seteguh Kasih Aina Najihah di MPH Alamanda

Saya yang dalam perjalanan ke BB Bangi kerana ada satu lagi 'acara' (akan diceritakan dalam n3 yang lain) sempat singgah walaupun sebentar cuma.
Saya tiba lebih awal dari yang dijadualkan (acara jam 2 - 4 petang) tapi saya tiba disana lebih kurang jam 1.45 petang. Saya disapa dengan senyuman manis milik si penulis yang cantik manis ini. Alhamdulillah Dina masih ingat akan diri ini.!! maklumlah jarang dapat bertentang mata bersua muka.
Di sini juga buat pertama kali saya dapat berkenalan dan beramah mesra dengan kak Udaidza yang peramah dan awet muda ini..!! seronok sungguh rasa hati... bertambah lagi kenalan maya yang menjadi sahabat saya... alhamdulillah.
Saya juga sempat jumpa dengan kak Puteri Andalas, yang datang ditemani anakandanya. Huhuhu rindu sungguh dengan kak Puteri yang baik hati ini. Kami sempat berkongsi 'rahsia' dengan kak Puteri dan bagi peminat setia kak Puteri, jangan lupa nantikan kak Puteri di TV3 jam 12.00 tengahari dalam slot WHI pada hari Khamis 27 Mac 2008. Nak tahu kak Puteri akan bercerita tentang apa..?? itu anda kena nantikannya.
Tak lupa juga khabar gembira buat peminat kak Puteri yang ternanti-nantikan buah tangan terbaru selepas Tanpamu Disisi (juga terbitan Kaki Novel), kerana kak Puteri ada 'hasilnya' sempena BF nanti. Cinta Seindah Madah adalah judulnya yang akan dilancarkan pada 5 April 2008 pada jam 12.00 tengah hari bersama Awang Vampiro novel karya sulung Nizam Zakaria. Jadi beramai-ramailah kita memeriahkan masjlis pelancaran DWI-Novel terbitan Kaki Novel ini.
Saya tidak dapat menunggu hingga acara tamat kerana saya dihambat waktu untuk Majlis di The Rain pula. Setelah mendapatkan novel Dina serta tandatangan beliau, saya terpaksa minta diri untuk beredar. Dan harapan saya semoga Seteguh Kasih Aina Najihah ini akan memenuhi selera pembaca sekelian.
Salam sayang,
~wan~
Note: tidak banyak gambar yang sempat saya rakamkan... walaubagaimanapun untuk tatapan anda... anda boleh lihat disini.

