Mar 15, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (8) Cinta Datang Lagi

Cinta Datang Lagi
Penulis: Bikash Nur Idris
Terbitan: Alaf 21
Cetakan Pertama 2009

Cinta Datang Lagi (CDL) adalah hasil nukilan Bikash Nur Idris. Watak hero adalah Fariz yang pernah diwujudkan dalam novel Ria Qistina (RQ). CDL mengisahkan kisah cinta 4 penjuru diantara Fariz, Raisya, Shereen dan Jaspal. Pada awalnya, Fariz mempunyai buah hati yang bernama Shereen, manakala Raisya adalah kekasih hati Jaspal. Tetapi, mereka semua terpaksa berpisah kerana Shereen dan Jaspal dipaksa berkahwin oleh keluarga mereka.

Fariz dan Raisya bertemu di majlis perkahwinan Shereen dan Jaspal. Mereka berdua iaitu Fariz dan Raisya telah menyimpan duka kerana pasangan masing-masing telah menjadi hak milik orang lain. Tanpa pengetahuan Fariz dan Raisya, sebenarnya Shereen dan Jaspal terpaksa berpakat menerima kehendak dan bercaturan yang telah dibuat oleh keluarga masing-masing. Sebenarnya, Jaspal dan Shereen mahu berkahwin sementara sahaja dan berazam untuk kembali kepada kekasih masing-masing.

Fariz mempunyai niat terselindung disebalik kebaikan yang di tonjolkan di hadapan Raisya. Fariz cuba untuk menjalinkan hubungan yang mesra bersama Raisya kerana mahu membuat rancangan supaya Raisya kembali kepada Jaspal dan dia boleh kembali merebut Shereen ke pangkuannya. Namun, rancangan Fariz ini menjadi kucar-kacir dan haru-biru setelah adik Fariz iaitu Neesa yang nakal dan Dona sahabat baik Raisya kerana mereka mahu menyatukan Raisya dan Fariz. Raisya akhirnya menyedari bahawa dirinya mempunyai rasa cinta pada Fariz. Fariz pula, disedarkan oleh Shereen bahawa dia juga mempunyai rasa cinta terhadap Raisya.

Maka bermulalah adegan seterusnya menuju ke ambang perkahwinan sehingga mengecohkan kedua-dua keluarga tersebut. Keluarga cina mualaf dengan keluarga india mualaf. Shereen dan Jaspal pula menghadapi konflik yang agak banyak. Kisah Shereen dan Jaspal amat menarik ,ada konflik, ada misteri , dan pada akhirnya dua hati yang sebenarnya sejak kecil telah dijodohkan bersatu dengan kebahagiaan. Paling syahdu bila keduanya dalam masa yang tidak diduga telah lama menyimpan hasrat untuk bertukar agama ke Agama Islam.

Terselit juga adegan-adegan lucu dalam CDL, antaranya apabila adik Raisya, Raahah menjerit kepada ammanya di dapur untuk melaporkan perkembangan Raisya yang asyik menangis sejak semalam kerana terasa hati dengan sikap Fariz. Sehinggakan ammanya naik angin dan marah dengan Raahah yang terlalu nakal ini, ibunya sudah berpesan, jangan cakap kuat-kuat, cukup sekadar bisik ke telinga dan bukan mencanang ke seluruh kampong seperti suara orang tertelan mikrofon.

Sebenarnya, halangan cinta Fariz dan Raisya tidak sehebat halangan cinta Jaspal dan Shereen. Sememangnya saya akui, CDL memang sebuah novel komedi romantik. Hilang terbang melayan segala keresahan dan kedukaan saya sepanjang menjelajah CDL ini. Heroin yang mempunyai kereta kelisa yang dipenuhi oleh patung-patung ladybird sehinggakan heronya segan untuk menumpang naik.

sumber: nOOr hEkmAt

WA : Cabaran 50 Buku : (8) 3 Jantung Hati

Pengarang : Nisyah
Halaman : 452
Tahun : Disember 2010
Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)
ISBN: 978-967-5118-50-0


Blurb:

menahan diri daripada menerima Nadim samalah seperti menelan paku payung

Benarkah cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki itu seumur hidupnya? Biarpun lelaki itu telah tiada di alam fana ini, benarkah cintanya tidak pernah berusik? Biarpun waktu berlalu, benarkah kasihnya takkan berubah?

Lalu bagaimana pula andainya muncul seorang lelaki lain yang setara? Kalaupun tidak lebih baik daripada si jantung hatinya yang telah pergi itu, apakah cintanya akan beralih arah? Susahnya memahami hati perempuan, kadang-kadang dalamnya tidak terduga; kadang-kadang berkata ‘ya’ di dalam, di luar tetap mengaku ‘tidak’!

Sukar sungguh hidup Nadira setelah suaminya mati, meninggalkan dia merana bersama anak kecil si jantung hatinya. Ah, bertambah sukar hidupnya setelah menjadi ibu tunggal itu, tiba-tiba muncul dia! Dia yang berebut mahu jadi jantung hatinya yang ketiga. Sanggupkah dia membiarkan hatinya diisi lagi, kalau kasihnya pada Imran sudah penuh?

* * * *

NISYAH menulis tentang hati seorang perempuan yang tersepit antara kenangan cinta lama dengan munculnya ‘orang baharu’ yang begitu mengharap cintanya. NISYAH begitu berhati-hati membuat keputusan dalam 3 Jantung Hati untuk mengubah hidup Nadira selamanya.

~~***~~

Rasa Saya

3 Jantung Hati adalah kisah ketabahan seorang wanita yang mengharungi hidup selepas kematian suami. Kisah kegigihan seorang ibu yang harus berjuang demi kelangsungan hidup bersama anak tunggal yang menjadi jantung hatinya.

Dunia ini adalah pentas perjuangan dan dugaan adalah cabaran yang harus ditempuhi. Selepas kematian suami tercinta, segala-galanya adalah di atas pundak Nadira. Dialah mami, dialah babah pada Ensha Hani yang sedang membesar.

Bersama sahabat baik, Oya –Saforah– yang sama-sama membesar di rumah anak yatim Baitul Saadiah, mereka mengusahakan O&D Party Planner, sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja pengurusan majlis. Kerja-kerja yang memerlukan kreativiti dan ketelitian dalam memastikan setiap majlis yang dianjurkan berjalan selancar mungkin. Dengan misi ‘menimbulkan rasa bahagia pada setiap yang hadir ke majlis yang diraikan’ sebaik mungkin mereka akan memastikan agar satu-satu majlis yang dirancang dan dilaksana, memberi kepuasan pada pelanggan. Sekaligus menjadi sebutan pada tetamu yang hadir. Walaupun hakikatnya ada waktunya mereka harus berdepan dengan pelanggan yang cerewet.

Melalui kerja-kerja inilah mereka kenal golongan ‘atasan’, golongan korporat, golongan Puan Sri, Datuk, Datin yang pelbagai ragam dan karenah. Yang ada kalanya hanya pandang mereka –golongan marhaen– sebelah mata.

Perkenalannya dengan Nadim Syah dalam situasi yang tak dijangkakan. Mereka bertemu ketika Nadira dalam kesusahan dan perlukan bantuan walaupun hakikatnya dia tidak suka dibantu. Nadim yang terlebih baik hati menghulurkan bantuan. Nadira yang cuba 'jual mahal'. Nadim yang seakan tidak mengerti pada tindak tanduk Nadira yang bermaksud TIDAK. Pendek kata mereka tidak sehaluan walaupun arah tuju yang sama. Ingin meraih bahagia bersama orang tersayang.

Melalui O&D Party Planner inilah Nadira mengenali Puan Sri Suhaida yang menggunakan khidmat mereka untuk meraikan ulangtahun kelahiran anak terunanya. Kecilnya dunia ini. ‘Birthday boy’ yang diraikan adalah Nadim Syah yang sering membuatkan Nadira rasa nak marah tak tentu fasal.

Agaknya bila rasa cinta sudah merasuk di dada, orang waraspun boleh lakukan kerja gila demi menawan hati orang yang disukai. Itulah yang berlaku pada Nadim. Di usia 38 tahun, dia bagaikan anak muda belasan tahun yang baru kenal erti cinta. Dia sukakan Nadira yang sudah punya anak satu. Nadira yang berstatus ‘SM’ –single mother. Sedangkan bondanya sudah punya pilihan lain yang dia rasa lebih sesuai untuk anaknya yang masih bujang.

Pelbagai dugaan melanda. Semakin jauh Nadira cuba melarikan diri, semakin dekat Nadim menghampiri. Semakin jauh Nadira cuba lontarkan rasa hatinya terhadap Nadim, semakin kuat rasa itu melekat di tangkai hatinya. Semakin gigih Nadira cuba lenyapkan seorang Nadim Syah daripada kamus hidupnya, semakin kerap Nadim hadir dalam mimpi dan anganannya. Bagaimana lagi harus Nadira lakukan, apabila segala usaha bagaikan tiada hasilnya? Bukan dia tidak berusaha, hanya Nadim yang tidak mengenal erti putus asa.

Tidak sukar bagi seorang Nadim Syah memancing perhatian Nadira kerana dia ada si hunny bunny sebagai umpannya. Tidak sukar bagi Nadim Syah meneroka kotak rahsia si jelita kerana kuncinya ada pada si anak. Inilah yang namanya, andai ingin pikat hati si ibu, ikat dulu hati si anaknya. Geliga sungguh akal si Nadim!

Berjayakah seorang Nadim menjulang trofi bahagia apabila laluannya tidak semudah yang disangkakan. Dan dapatkah diraih rasa suka Puan Sri Suhaida apabila awal-awal lagi dia sudah beri amaran “I don’t like her, and will never like her!!”

* * *

Jika dibaca pada ringkasan cerita saya, anda pasti beranggapan bahawa, 'Oh! kisah cinta yang mendapat tentangan daripada keluarga'. Benar! Tapi itu hanya sebahagian kecil yang menjadi perencah. Sebetulnya cerita ini ada lebih banyak lagi rencah-ratusnya selain rencah 'cinta'. Ada rasa bahagia, ada rasa sedih, ada juga lawaknya.

Ini kisah bagaimana Nadira bangkit apabila dahan tempat dia bergantung harap pergi mengadap ilahi. Kisah bagaimana peritnya dia harus menongkah arus kehidupan dalam dunia yang dia tak punya sesiapa melainkan sahabat baiknya Oya dan anaknya Ensha Hani. Di usianya 34 tahun, dia harus tabah mengharungi setiap cubaan dan dugaan yang mendatang.

Dengan anak kecil yang perlukan perlindungan dan perhatian. Anak kecil yang masih naïf akan makna hidup. Anak kecil yang dahagakan belaian kasih seorang lelaki sosok si ayah. Anak kecil yang tidak faham makna TIDAK pada setiap jelingan dan kerlingan mata si ibu. Apa yang Ensha Hani tahu, dia suka dan dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan terlaksana apa yang dia inginkan. Walaupun adakalanya dia harus berdrama dan berkomplot dengan ‘musuh’ si ibu. Saya pula yang terasa geram!!

Adakalanya saya terbayangkan Ensha Hani itu bukan anak berusia 8 tahun tetapi belasan tahun! Dan adakalanya saya merasakan tindak tanduk Nadim (adegan panjat pagar rumah) terlalu ‘berani’ dan agak tidak masuk di akal. Gila!

Apa-apapun saya sangat enjoy ketika membacanya. Pada saya ia sebuah karya yang sungguh manis berkrim. Membaca 3 Jantung Hati membuatkan saya terimbau saat-saat manis zaman bercinta dulu. hehehe *tutup muka*

Oh! bukan. My Sirman bukanlah seorang yang romantik apatah lagi nak kagumkan saya dengan tindak-tanduknya yang tidak terjangkakan. Dia bukan Mat Bunga apatah lagi Mat Jiwang, jadi tiada adegan-adegan yang tak masuk di akal sebagaimana kisah dalam 3 Jantung Hati ini. Dia juga tidak pandai mengungkap rasa cinta lewat bicara atau ayat-ayat puitis kerana dia seorang yang praktikal dan teknikal yang hanya kenal t-square dan technical pen. Cuma yang sama (mungkin) adalah ‘rasa manis’ saat dalam hati penuh taman bunga dan kupu-kupu cinta! cheeehhh!!

Dan yang paling saya suka, penulis bijak meng‘ayat’ hinggakan saya yang membaca turut sama merasa tempiasnya. Hati saya jadi kembang setaman, pipi saya turut blushing sama. Penulis berjaya membuatkan jiwa saya kembali terasa muda. Beri peluang pada saya untuk jiwang sekejap!... hehehe

To my Sirman... Yes! I want to grow old with you!!

Selamat membaca... moga kita berkongsi rasa yang sama... :)

Mar 14, 2011

R: Cabaran 50 Buku: (21) Doktor Cinta


Doktor Cinta
Penulis: dyadila
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM26.00
Sabah/Sarawak: RM29.00
823 mukasurat
9789675067679




"Kerana aku Doktor Cinta, membuat dia tergoda.
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata"


Mazliana Haji Nordin memang ada aura periang dan sentiasa ada saja idea utk bersuara. Dia ada kebolehan utk membuat org percaya. Kelebihan ni membuat aku teringat pada heroin cerita 'My Girl'. :)


Bagi yg suka baca buku tebal-tebal, memang elok lah baca buku ni. Kejadian-kejadian yg diceritakan dalam novel ini membuat kita turut sama tersenyum-senyum dan ketawa lepas.


Pertemuan pertama Iskandar (dan zikri) dengan Mazliana adalah ketika Iskandar cedera semasa bermain bola sepak. Zikri bawa Iskandar ke sebuah klinik dan bertemulah mereka dengan seorg doktor yang pelik. Masa tu Mazliana tengah mencuba pakaian kakaknya yg merupakan doktor kat situ, sekali ada pesakit datang, jadi dia 'rawatlah' mana yang patut. haha. Mau tak pelik, pegi klinik tapi kena urut.


Kehadiran Mazliana ke Pejabat mereka untuk mengenakan sahabat baiknya Syamin membuatkan Iskandar bersetuju utk menggajikan Mazliana sbg kekasih olok-olok supaya dia tidak dipaksa berkahwin dgn Natasha yang merimaskan.


Masalah timbul apabila mak bapak Iskandar berkenan sangat2 dengan Mazliana dan berhajat menjadikannya menantu. Iskandar meminta Mazliana utk meneruskan lakonannya dan upah yang menantinya sangat lumayan. Mazliana ni guna duit tu utk bantu adik angkatnya berniaga. Dia ni jenis main2 tapi baik hati.


Jadi bertunanglah mereka. Iskandar masih menemui kekasih lamanya Julia Hana. Dia tak berani nak berterus terang dengan ibunya sbb Julia Hana ni pernah meninggalkan dia utk lelaki lain dan kejadian itu membuat ibu Iskandar membenci Julia Hana.


Ibu dan bapa Iskandar memang sudah jatuh hati dgn tunangan Iskandar malah Zikri turut terpikat dgn keletah Mazliana walaupun dia tahu Mazliana dibayar utk berlakon sbg tunangan Iskandar. Bukan mudah untuk Julia Hana menjatuhkan Mazliana tetapi akhirnya dia berjaya dan kejadian itu melontar Mazliana ke lembah yang paling duka tetapi bagi gadis yg sekuat Mazliana, dia mencari ruang untuk bangkit.


Iskandar lebih cintakan kecantikan di mata berbanding keindahan hati. Tapi agak tersentuh juga dengan pengakuannya yg dia cuba kurangkan perhatian kepada Mazliana kerana dia percaya Zikri turut berminat dengan Mazliana. Lembaran hari yang berlalu menjadikan Iskandar lebih dewasa dan matang. Tapi cukup ke utk menawan hati Mazliana Haji Nordin yg sudah terluka? Tak sangka Zikri pun dapat ending yg manis. :)


sure fine whatever
alongside








sinopsis/novelcinta@multiply/blurb


Mazliana Haji Nordin gadis yg hidup dgn 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yg sentiasa diamalkan dlm hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dala lakonan sbg tunang kpd mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar 360 darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda...


Mazliana: Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?


Tengku Iskandar: Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?


Zikri Alif: Kecewa tak sesakit menyintai seseorg dlm diam. Senyap adalah jawapan terbaik.


Julia Hana: Cinta memang pelik tetapi cinta juga kadang kala buat aku terpaksa.


Syamin a.k.a Mimi the over: Eiii... tengok orang lain putus cinta, sekali dgn aku jangkit takut bercinta.


Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?

XX : Cabaran 50 Buku : (3) ANDAI ITU TAKDIRNYA

Penulis : Siti Rosmizah
Halaman : 588
Harga : RM19.90
Terbitan : Buku Prima
Cetakan 1, 2, 3, 4, 5, 6 - 2008
Cetakan 7 - 2009

Secara ringkas :

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Aleya yang meminati seorang pemuda, Syed Aizril secara diam-diam kerana sedar perbezaan darjat antara mereka. Mereka belajar di universiti yang sama di United Kingdom. Syed Aizril mula sedar akan kehadiran Aleya apabila Aleya telah memalukannnya dihadapan kawan-kawannya. Sejak itu Syed Aizril berdendam dengan Aleya. Setelah pulang dari United Kingdom Aleya bekerja di syarikat keluarga Syed Aizril atas sebab yang tak dpat dielakkan. Syed Aizril yang pada mulanya hendak permainkan hati Aleya dengan niat membalas dendam telah betul-betul jatuh hati pada Aleya tetapi ego untuk mengakunya.

Aleya dan Syed Aizril kemudiannya di tangkap khalwat atas rancangan seseorang yang berdendam dengan Syed Aizril. Mereka terperangkap dan terpaksa berkahwin untuk menutup malu keluarga. Aleya dibuang keluarga dan keluarga Syed Aizril tidak pernah menerima kehadiran Aleya sebagai menantu di rumah mereka. Aleya dianggap orang luar. Bahkan Syed Aizril yang menyangka Aleya yang memerangkapnya kerana hendak berkahwin dengan orang kaya melayan Aleya dengan buruk sekali. Aleya dihina dan dipukul.

Aleya kemudiaanya dirogol oleh suaminya sendiri, Syed Aizril sehingga mengandung. Aleya membuat keputusan untuk berpisah dengan Syed Aizril. Pelbagai peristiwa terjadi selepas itu. Syed Aizril kemudian kemalangan dan lumpuh buat sementara waktu. Aleyalah yang menjaga dan merawat Syed Aizril sehingga sembuh. Mereka berbaik semula.

Tetapi bahagia mereka tak lama. Muncul Sharifah Emilin dan Faizal yang memorak-perandakan rumahtangga mereka. Sehingga Aleya sukar menerima Syed Aizril semula. Adakah Aleya akan menerima Syed Aizril kembali setelah apa yang berlaku? Berkali-kali hatinya dikecewakan. Siapa dalang disebalik kes tangkap khalwat mereka? Dan banyak lagi persoalan lain. Tetapi Andai Itu Takdirnya mempunyai semua jawapan untuk persoalan-persoalan ini.


Komen Saya :

Honestly cakap, novel ni memang best tak rugi kalau beli. Ikutkan hati nak cakap wajib beli ja. Hehe. Sebab memang betul sangat mengasyikkan cerita ni. Tidak tak lah jadi best seller novel ni. Penulisnya siapa tak kenal Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya merupakan novel sulungnya dan tak salah kalau saya kata dia berjaya mencipta fenomena! Peminat novel pasti setuju semua novel tulisannya tak menghampakan.

Idea jalan cerita novel ni terhasil melalui mimpi. Cara penulis mendapat idea pun sudah unik apatah lagi ceritanya. Memang lagi gempaklah. Hehe.

Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami dan puitis. Tetapi tidak la seperti sajak cuma ada nilainya. Jalan ceritanya tersusun, penulis bijak menggambarkan situasi sesuatu keadaan dengan baik. Penulis juga bijak memainkan perasaan pembaca. Pembaca akan terasa seolah-olah ianya benar-benar terjadi.

Wataknya juga digambarkan dengan sempurna. Watak hero, Syed Aizril digambarkan menjadi kegilaan para gadis, memiliki wajah yang tampan, aset kekayaan yang melimpah-ruah agak klise tapi bijak diolah penulis. Begitu juga dengan watak heroinnya, Aleya. Gadis biasa yang memiliki peribadi tinggi dan berwajah cantik serta bijak. Aleya digambarkan sebagai gadis yang bijak membawa diri dan tau menghormati orang tua.

Watak Syed Aizril ketika jahat digambarkan dengan baik sekali, sampaikan kita yang membaca ni rasa “Eii.. geramnya aku dengan Aizril ni! Jahat tahap nauzubillah! Jahat! Jahat! I hate you Aizril !” macam tu lah lebih kurang.. tapi bila Aizril dah berubah jadi baik kita yang membaca ni pun macam “Baiknya Aizril.. kalau hubby I macam Aizril mesti bahagia.. romatiknya..Aizril I love you..” Ha, macam tu pulak jadinya. Sebab tu saya kata penulis bijak memainkan perasaan pembaca.

Konflik yang dipaparkan juga menarik. Peristiwa sedih dan gembira turut diolah dengan baik. Sebagai contoh, ketika Danish meninggal dunia dan Aizril mengaku sebagai bapanya memang meruntun pilu.

Sebenarnya bagi saya cerita ni memang seronok sampaikan saya tak tau nak gambarkan guna perkataan. Duduk depan komputer jadi blurr.. Nampak perkataan best ja yang nak tulis.. Huhu.

Apapun satu ja saya nak pesan kepada sesiapa yang nak baca novel ni.
Sila sediakan kotak tisu disebelah anda ya..=)

XX Quotes : wajib beli?? =D

sumber: Xana

XX : Cabaran 50 Buku : (2) KUTEMUI CINTA

Penulis : Nuraqilah Syuhada
Halaman : 572
Harga : RM22.90
Terbitan : Buku Prima
Cetakan 1 - 2010
Cetakan 2 - 2011

Secara ringkas :

Novel ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Nurul Nadya yang menganggap cinta itu hanyalah mitos semata-mata tidak percayakan cinta serta lelaki. Baginya cinta tidak pernah berakhir dengan bahagia.

“Nak sebut cinta dan suka tu memang senang, Suraya. Tapi tak bagi saya. Cinta itu cuma mitos. Dan bagi saya, tak ada cinta yang berakhir dengan kebahagiaan. Saya takkan percaya lelaki semudah tu.” -Nurul Nadya

Percintaan orang disekelilingnya yang berakhir dengan perpisahan dan tragedi menyebabkan Nadya sentiasa berhati-hati dengan lelaki. Baginya satu-satu lelaki yang boleh dipercayai hanyalah bapanya. Kematian kakaknya dan perpisahan ibu bapanya merupakan suatu contoh yang menjadi pegangannya!

Semuanya berubah apabila Nadya memasuki universiti. Nadya berjumpa dengan Hafiz, lelaki yang telus dan menyenangkannya. Hafiz lelaki yang bersederhana dalam segala hal dan dianggap anak seorang nelayan walhal, hakikatnya bapanya berstatus Tan Sri. Hafiz yang telah jatuh cinta dengan nadya berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati Nadya dan dia tak bertepuk sebelah tangan. Nadya menerimanya.

Adam lelaki lain yang memburu Nadya. Pelbagai cara dilakukannya untuk mendapatkan Nadya. Adam juga bermusuhan dengan Hafiz kerana Nadya. Cara hidupnya yang bersosial berubah sekelip mata demi Nadya. Dia mula mendekati agama tetapi dendamnya terhadap Hafiz tidak pernah lupus!

Setelah tamat pengajian Nadya dan Hafiz bertunang. Adam yang kecewa dengan berita ini telah berubah menjadi orang yang pemarah dan baran. Suatu hari, Hafiz ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Kematian Hafiz membuka peluang kepada Adam untuk mendampingi Nadya tetapi pada masa yang sama Rafi, pelakon dan model terkenal cuba merebut hati Nadya. Dan sekali lagi Adam tewas dalam memenangi hati Nadya. Nadya memilih Rafi bukan dirinya meskipun Hafiz telah tiada.

Tetapi peristiwa Rafi ditangkap khalwat, membuatkan Nadya berpaling daripada Rafi dan menerima Adam menjadi suaminya. Perkahwinan mereka tidak seperti pasangan lain Adam masih tidak dapat memiliki hati Nadya dan kemunculan Rafi untuk merebut Nadya yang tak putus-putus. Sehinggalah Adam melakukan pengorbanan yang sangat besar kepada Nadya.

Pengorbanan besar apa yang dilakukan Adam kepada Nadya? Adakah Nadya menerima Adam selepas itu? Adakah Rafi masih menganggu mereka? Berbaloikah penantian Adam bertahun-tahun menunggu Nadya? Semuanya akan terjawab di dalam Kutemui Cinta.

Tunggu apa lagi dapatkan Kutemui Cinta sekarang..=D

Komen Saya :

Novel ni dah lama saya cari, marata tempat jugak la. Tapi last-last jumpa dekat kedai depan rumah ja. Haha.. first time tengok novel Kutemui Cinta dalam facebook buku prima. Sekali tengok ja terus jatuh hati. Cover dia comel! Dan akhirnya dapat jugak beli.

Novel ni merupakan novel pertama penulis. Tetapi tak bermakna tak bagus. Pada saya novel ni sesuai untuk bacaan ringan. Untuk kurangkan tekanan kerja atau belajar. Untuk santai-santai baca waktu petang sambil makan biskut hup seng cicah teh sangat sesuai. Jalan ceritanya yang ringkas dan ayatnya tak berbelit-belit menyenangkan orang yang membacanya. Senang nak hadam pendek kata.

Konflik yang dipaparkan walaupun banyak. Yala sekejap kawan tu kena belasah, kawan ni bergaduh, kemudian aksi si Romeo memujuk si Juliet yang merajuk. Adegan si heroin ditipu si hero. Muncul watak protagonis yang nak hancurkan hubungan Nadya dengan Hafiz. Kekasih Adam menyerang Nadya dan banyak lagilah konflik lain. Tetapi penulis tidak memanjangkan setiap konflik ni. Setiap konflik dimulakan dengan cepat dan dihabiskan dengan cepat.

So, bagi peminat novel yang tak suka konflik berjela-jela macam drama indon tu sangat-sangat disyorkan baca novel ni. =)

Kemudian watak novel digambarkan dengan baik. Cuma saya nak ulas mengenai watak Adam. Adam digambarkan seorang yang lepas laku, pendendam, pemarah, segala jenis perangai yang buruk-buruk lah pendek kata. Hehe.. tetapi kemudian berubah menjadi seorang yang taat agama dan pendiam. Agak klise. Tapi tu la yang peminat-peminat novel sukakan? Jadi penulis hanya menurut selera pembaca. Ok, sambung balik. Adam di penghujung cerita, lepas Hafiz dah mati berubah menjadi penyayang pulak. Nadya reject dia pun, dia steady ja tak macam dulu. Bila dah kahwin pun macam-macam dia buatkan untuk Nadya. Tapi Nadya ni hati jenis batu kut? Sikit pun tak jatuh hati kat Adam tu. Padahal Adam tu dah kategori suami mithali dah.. tapi nak jugak kat Rafi tu. *Rafi nama pun dah macam pelakon indon..hehe.. Watak Adam digambarkan sebagai manusia sempurna. Yala kalaulah semua lelaki macam Adam alangkah bahagianya hidup kaum hawa kat dunia ni.

Tapi ending cerita ni rasanya semua boleh agakkan… =)
Still, bagi saya novel ni best! Percintaan dalam novel ni comel sama jugak dengan novel ni sangat comel.

XX Quotes : Tak rugi beli.. boleh buat koleksi.. =D

sumber: Xana